Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Disember 31, 2009

N17 ke N27

Sebentar tadi dapat email dari Leyana, Pekeliling N17 naik ke N27, (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 tahun 2009) baca tajuk saja dan baca sekali imbas, yang penting ini satu berita gembira bagi ramai bekas Pelajar DSK yang sekarang berkhidmat di Seantero Negara. Tak kiralah dari Poly mana. Tahniah untuk mereka semua.

Yang aku sedih bila nampak saja pekeliling ini ialah, apa nak jadi dengan Diploma SK yang bakal ditukar ke Sijil. Pelik, lucu, sedih dan macam-macam lagilah. Apakan daya aku hanya boleh luahkan kat sini sajalah. Macam anjing menyalak bukit. Nak cakap pun tak guna bukan ada orang nak dengar. Kekadang pelik juga pihak yang membuat keputusan ini, macam orang melangkah berundur kebelakang. Aku ni bukanya macam Mazidul Akmal, seorang yang berani, kalau tak kena dia soud saja. Dia wartawan aku cikgu saja, makan gaji ngan kerajaan, mana boleh. Aku selalu baca blog dia. Aku memang tabik kat dia.

Kawan aku pernah memberi satu teka teki "ada dua orang sorang dari Tambak Johor dan Sorang dari Bukit Kayu Hitam, jalan berundur, dimanakah merka akan bertemu?". Jawapanya ialah Tanjung Rambutan. Sebab mereka sakit. Sakit. Sakit. Sakit.

Jumaat, Disember 25, 2009

Cakap Berlapik

Kebanyakan orang memang suka cakap berlapik, berkias atau tidak berterus terang, kenapa perkara begini berlaku dalam masyarakat kita (bangsa kita). Dari golongan atasan menteri hingga ke golongan bawahan ada saja yang tidak suka cakap berterus terang. Adakah ini memang budaya bangsa Melayu atau seluruh dunia berbudaya seperti ini.

Aku tahu orang kita kalau bab bercakap memang bersopan, lembut "Bahasa Budaya Bangsa". Tapi takkan semua cakap nak berlapik kot. Kalau orang politik bercakap berkias, atau berlapik mungkin itu salah satu perancangan dalam politik.

Kalau orang biasa macam aku cakap mesti tak berterus terang. Aku berazam lepas ini akan bekata yang sebenar terbuku dalam hati, bukan kata yes, tapi dalam kata no. Mungkin juga sikap penakut nak berterus terang ada dalam diri kita (aku).

Rabu, Disember 23, 2009

2 X Ganda

Bil telefon aku bulan lepas meningkat dengan mendadak 2 x ganda, kalau selalunya tak lebih dari RM70.00 tapi bulan ini aku kena bayar 121.70, apa dah jadi. Nak kata aku begayut, mustahil, aku bukanya bercinta lagi. Mungkinkah pembayaran yang aku buat melalui Internet Banking bulan lepas tersilap, tak juga. Bila diselidiki secara terperinci dalam bil yang diterima memang betul aku yang guna. Bila dah guna kenalah bayar.

Memang ada orang yang memegang kepada prinsip jangan guna harta peribadi untuk tugas dan jangan guna barang pejabat untuk kegunaan peribadi. Bila ingin membuat panggilan berkaitan dengan tugas guna telefon pejabat. Masalahnya kerja perlu diselesaikan segera, kalau nak guna telefon pejabat alamatnya kerja yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit mungkin memerlukan 30 minit. Nak kena telefon operator, minta dia sambungkan, itupun kalau talian tidak sibuk, kalau talian sibuk lama lagilah. Kalau masa dah masuk pukul 1.00 tepat dah tak boleh guna dah sebab masa rehat, kena tunggu pukul 2.00.

Awal bulan lepas aku kena uruskan satu majlis penting pada hari minggu pula tu, dah sah hari minggu tak boleh guna telefon pejabat sebab operator tak ada, mau tak mau terpaksalah guna telefon sendiri. Dahlah kena datang berkerja pada hari minggu dan tidak boleh berganti kena guna telefon sendiri. Tak ada bayaran langsung. Kena maki hamun ada la, sebab kerja tak buat dengan baik (tak ambil gambar). Kena bayar bil lebih pula tu. Apa lah nasib badan.

Mungkin gunung berapi Mayon di Philipina tu dah lama memendam perasaan seperti aku ini, mujur ada laman blog ini boleh juga aku melepaskan geram, lega la sikit. Tak ada orang baca pun tak apa, janji boleh lepaskan geram. Gunung Mayon mana ada laman blog untuk melepaskan geram.

Ada yang berkata buat kerja kena ikhlas, aku memang buat kerja ikhlas, tapi masalahnya duit, masa dan perasaan yang di keluarkan adalah lebih baik aku sumbangkan untuk keluarga dan anak-anak aku. Buat kerja penat dan habis duit orang lain yang dapat nama.

Jumaat, Disember 18, 2009

Hujan


Syukur kepada Allah pagi ini hujan turun, tak lebat sangat tidak rintik-rintik sangat, sederhana sahaja. Hujan merupakan rezeki. Elok berdoa ketika hujan mula turun (lama tak hujan). Kalau tak salah aku hujan yang terakhir ialah pada akhir bulan November lalu, masa tu kami mandi hujan. Gambar diatas diambil pada 29 Nov 2009. Lepas tu lama juga tak hujan, semalam ada sedikit hujan.
Semoga dengan kedatangan tahun 1431 Hijrah hari ini kita semua akan diberikan rezeki yang lebih murah oleh dan Allah memberikan petujuk dan hidayah kepada kita semua. Sama-samalah kita berdoa untuk kita semua.
Ingatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan, banyak lagi yang perlu dibuat, seeloknya muhasabah diri, tinjau kembali apa yang telah dibuat pada tahun lepas. Bertaubatlah banyak-banyak kepada Allah, kita pasti ada dosa sebab kita manusia biasa. Semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih dekat kepadaNya.


Selasa, Disember 15, 2009

Nama

Buat kerja penat-penat orang lain dapat nama, dapat ganjaran, memang begitulah nasib bekerja dengan orang lain. Kalau nak buat kerja tanpa orang lain dapat ganjaran dapat nama jadilah boss. Buka bisnes sendiri.

Emmm... nak buka bisnes sendiri, banyak juga nak kena fikirkan, modal, usaha, untung, rugi, nak jual apa. Mengikut kata Donald Trump (betul tak ejaan aku ni) kalau nak jadi usahawan yang berjaya mesti ada "naluri" (kehendak) yang tinggi, kalau tak tak payah, jadi kuli lebih baik. Adakah itu semua alasan seorang yang takut untuk bejaya.

Semalam tengok Astro TVIQ seorang jutawan dari Indonesia (Francais Kebab) menyatakan kalau nak jadi usahawan tak perlu belajar pandai-pandai. Nak jadi usahawan sesiapa sahaja boleh samada remaja atau yang dan bersara. Yang penting "Unik", barang unik, unik untuk dipasarakan.

Isnin, Disember 14, 2009

Kenapa Kita Masih Perlu Guna Kertas

Zaman sekarang kan dah ada komputer dan kecangihan rangkaian internet, aku rasa kertas dah tak perlu digunakan lagi dah dalam urusan seharian kerja aku. Semua perkara boleh dimasukan terus dalam komputer dan disimpan dalam pengkalan data. Orang yang bertanggungjawab memegang data hanya perlu masukkan data dalam komputer. Orang yang nak semak juga tak perlu semak pada kertas, semak je kat komputer di meja dia, orang yang nak sahkan pun tak perlu sah kat kertas, sahkan sahaja kat komputer dia. Tanda tangan pun boleh diubah cara digital, pakai password masing-masing.

Bila ini semua dilaksanakan banyak benda boleh dibuang dalam sungai (maksudnya tak perlu digunakan). Mesin Cetak, Mesin Photostat, Kertas, Stapler, Dawai Kokot dan banyak lagilah. Kan ini semua dinamakan menjaga alam sekitar, pokok tak lagi perlu ditebang, duit pun boleh jimat untuk beli peralatan seperti mesin-mesin tadi. Yang perlu ada cuma komputer dan rangkaian.

Adakah alasan selagi ada ISO selagi itulah kertas diperlukan, emmm aku rasa itu hanya alasan, ISO sendiripun kalau boleh bercakap dan berfikir akan kata tak payah guna kertas. Guna komputer lagi canggih.

Apa lagi yang boleh kita buang bila dah canggih manggih ni, aku ingat telefon pun dah tak perlu guna lagi, buang saja, pakai perhubungan secara rangkaian.

Pelajar pun tak perlu lagi bawa buku, bekalkan (bagi free) dengan laptop sorang satu, semua pakat bawa laptop saja. Nota, buku dan juga exam pakai laptop saja.

Mungkin idea aku hari ini banyak orang tak setuju dan pertikaikan, tapi percayalah satu hari nanti semua akan jadi seperti ini. Cuma masa saja belum sampai. Cuma yang penting aku jangan dibuang sudahlah, nak makan apa kalau dah tak ada kerja. Takkan nak jadi dreba teksi sapu kot.

Selasa, Disember 08, 2009

Cekap


Perkhidmatan yang cekap diperlukan dimana-mana sahaja, naik bas, naik teksi, naik keretapi, kapal terbang, streamyx, talipon, dan segala-galanya.


Aku bawa kenderaan aku yang berjenama honda untuk dibaiki, punyalah respek habis pada sorang mekanik yang semestinya bukan bangsa aku. Kenderaan aku ni sebenarnya dah lama semput, enjin masih hidup tapi semput bila bergerak. Sampai saja kat kedai, mekanik ini terus memperbaikinya secara profesional dan akhirnya dapat dihidupkan dengan mudah dan berjalan dengan lancar.


Inilah yang dikatakan pasaran bebas, bila perniagaan (bengkel) dah banyak maka pengguna yang mendapat manfaat, apa tidaknya peniaga terpaksa memberikan perkhidmatan yang baik barulah pelanggan akan datang lagi. Pelanggan yang berpuashati juga akan memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain tentag kebaikan perniagaan mereka.

Isnin, November 16, 2009

Mencapai Kejayaan

Indahnya mencapai kejayaan. Semua orang mahukan kejayaan, kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan mendapatkan diploma, ijazah, kejayaan membimbing keluarga, kejayaan mendapat pangkat besar dan bermacam-macam kejayaan yang ada dalam hidup kita.

Bagamanakah kejayaan itu diperolehi?. Jika seorang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir, bagaimanakah ianya diperlolehi?. Adakah ianya hasil titik peluh yang bersungguh-sungguh, siang hari hadirkan diri ke kelas untuk mendapatkan ilmu, masa lapang dipenuhi dengan mentelaah atau membuat latihan yang bersungguh-sungguh. Insan begini yang kita harus tabik kepada mereka.

Bagimana pula dengan mereka yang menggunakan khidmat "kuasa ghaib/toyol" untuk mencapai kejayaan. Ini memang berlaku dan tidak dinafikan cuma kita tidak pernah bongkarkan atau dedahkan. Memang wujud tak kira jantina, berbagai-bagai kaedah yang mereka gunakan. Perlukan kita nyanyikan lagu biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Mereka ini tak rasa bersalah ke.

Bagaimana pula dengan kejayaan yang lebih besar. Ada orang yang mencapai kejayaan dengan memerah keringat orang lain, ini lagi amat-amat menyedihkan dan mendukacitakan. Memang berlaku dan sentiasa berlaku disekeliling kita. Apa nak buat, yang menjadi mangsa hanya menurut sahaja. Bagaikan kata pepatah orang tua-tua, seperti timun dengan durian. Timun golek pi kat durian kena duri, durian golek mai kat timun pun kena duri. Nak buat apa dah nasib badan. Durian memang tak reti rasa bersalah sebab dia buah, tapi orang yang jadi durian tu tak rasa bersalah ke.

Ada sebuah buku pernah menyatakan cara mudah nak jadi kaya. Satu daripada caranya ialah mintalah supaya anda dilahirkan dalam golongan kaya raya. Bolehkah kita minta untuk dilahirkan sedangkan kita dah dilahirkan.

Jadi berusahalah sendiri sehingga mencapai kejayaan, jangan duk menganiaya orang lain, biar ada sikit sifat malu dalam diri kita. Indahnya Mencapai Kejayaan. Dapatkan Yang Terbaik Dalam Hidup Anda. Anda Pasti Mencapainya.

Khamis, November 12, 2009

Menepati Masa

Susah sangatkah untuk menepati masa, kalau dah berjanji tepat 8.00 pagi, kenapa masih ada yang lambat. 8.10 baru nak sampai. Apakah ini satu budaya. Kalau dah jadi budaya susah nak di betulkan. Kalau kecemasan boleh diterima, datang dengan alasan kemalangan atau cuaca buruk. Tapi alasan yang diberikan tidak masuk akal dan ianya dilakukan berulang kali.

Kenapa jadi begini, kenapa bangsa aku ni memang susah sangat nak dilatih. Mungkin banyak sangat alasan yang berlegar dikepala, otak mereka ini memang bijak membuat alasan. "Lambat Sikit Tak Apalah".

Atau mereka-mereka ini meamang tidak pandai merancang masa. Kalau masa yang 10 hingga 20 minit pun tidak pandai merancang, bagaimanakah mereka-mereka ini nak merancang dan mentadbirkan negara 10 tahun nanti. Hancur jadinya.

Ahad, November 08, 2009

Kualiti

Kualiti atau mutu kerja amat penting dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Dalam menjalankan perniagaan samada menjual barangan atau memberikan perkhidmatan pelanggan mahukan nilai yang berpadanan dengan wang yang dibelanjakan.

Berapa lamakah wang gaji yang diterima pada setiap akhir bulan akan kekal dalam poket atau akaun kita. Masuk saja gaji kita akan sibuk memikirkan bil-bil yang perlu dijelaskan. Bil air kepada JKR, Bil elektrik kepada TNB, Astro, Telekom, Celcom, Maxis, DiGi, Bank (Hutang Kereta). Semuanya syarikat yang memang telah dah kaya raya.

Kita tidak pernah terfikir untuk membayar kepada diri kita yang penat lelah mencari wang tadi untuk dihabiskan pada hujung bulan. Ambilah sedikit (40% cukup kot) untuk dibayar kepada diri kita.

Rabu, Oktober 21, 2009

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Begitulah kata pepatah. Dahulu kerja cikgu, bila pelajar cuti aku pun cuti, banyak juga cuti dalam setahun. Tapi sekarang dah tukar dari cikgu jadi pensyarah. Dahulu mengajar kat sekolah sekarang kat Politeknik. Dahulu orang panggil Cikgu sekarang panggil Encik. Dulu cuti banyak sekarang cuti sikit. Dulu cuti penggal sekarang cuti tahun.
Dalam kes aku sekarang cuti bukan lagi hak, ianya adalah satu kemudahan sahaja. Ketua Jabatan ada hak untuk tidak meluluskan cuti aku, huhuhu...., Kononya bila dah tukar kepada cuti tahun, senang sikit nak cuti bersama dengan anak-anak. Bila anak-anak cuti sekolah boleh lah aku pun minta cuti sama. Ini bisikan hati aku masa nak sign masuk skim DH dahulu.
Tapi..., kalau cuti waktu pelajar tidak cuti, kena ganti kelas yang tertinggal. Alasan yang diberikan memang lah seratus peratus tidak boleh dinafikan kerana jam pertemuan mestilah cukup kalau tidak budak (palajar) akan "kurang ajar". Pelajar perlu diutamakan anak sendiri biarpilah.
Anak-anak aku akan mula bercuti pada 21 November hingga 31 December 2009 ini, jadi masa yang paling sesuai untuk ambik cuti ialah 21 November hingga 4 December, lebih kurang 14 hari, cuti rasmi hanya 9 hari sahaja. Aku rasa 9 hari tu hak aku nak cuti, kelas yang tertinggal pun boleh diganti cuma 5 jam sahaja (bisa diatur). Kebetulan pula masa itu adalah hari raya haji, jadi bolehlah bercuti sakan sikit. Tapi apa boleh buat cuti yang di pohon ini bukanya hak cuma satu keistimewaan, boleh diluluskan dan boleh tidak diluluskan dan ianya juga boleh ditarik balik. Huhuhuhuhuhu ....... apa nak buat ketawa jelah hahahahahahahah, padan muka aku.
Idea sapalah yang terlalu bijak sangat pi tukar sistem cuti ini aku pun tak tau, kalau aku diberi kesempatan untuk jumpa orang ini aku nak ucap tahniah diatas kebijaksanaan dia. "Perkara dah elok-elok baik pi tukar buat apa". Sapa yang jadi mangsa, aku, dia ataupun mungkin juga pihak lain yang akan merana kerana pangkah tak mengena. Padan muka.... sapa?

Selasa, Oktober 20, 2009

Siapa Yang Kena

Gambar ini diperlolehi dari seorang kawan. Ini gambar yang didakwa diambil di kawasan PTSS, Mengikut cerita atas cerita gambar ini diambil secara tidak sengaja. Jadi penulis misteri pula kali ini.

Nampak gaya macam satu posing istemewa je, aneh juga. Aku pernah tengok rancangan TAPS dan Ghost Hunter, Orang Puteh yang bawa camera canggih pun susah nak dapat tangkap gambar hantu, tapi mereka ini dapat tangkap, menghairankan.

Walaubagimanapun cuba lihat dan renungkanlah, percaya atau tidak terpulanglah. Tapi aku tetap tak percaya.

Isnin, Oktober 19, 2009

Bisul

Baru ni anak aku jadi bisul, bawa ke klinik, doktor bagi antibiotik dan ubat menghilangkan bengkak. Mengikut doktor tu bisul ni boleh jadi dari luar dan juga dari dalam, maksudnya dari luar tu ialah sebab kita kurang bersih, dari dalam tu aku tak berapa paham apa yang di perkatakan oleh doktor tu, dia cakap orang puteh aku bukanya paham sangat.

Lepas beberapa hari makan antibiotik ada la surut sikit, selang seminggu jadi lagi, bawa lagi ke klinik, kali ni depa bagi lagi antibiotik. Masa kat klinik isteri aku ada berbual dengan sorang kakak, dia bagi petua untuk merawat bisul. Katannya bisul ni senang saja. Ambil daun mengkudu sapu dengan kapur makan lepas tu upar-upar (gosok kat tapak tangan sampai lumat atau hancur) sehingga keluar buih dan tampal kat tempat jadi bisul. InsyaAllah akan sembuh katanya.

Aku pun, cubalah petua ini dan dengan izin Allah mujarab. Ini cuma petua yang aku guna kat anak aku sajalah, mungkin petua ini tak serasi ngan orang lain. Tapi bagus juga petua tradisional ni, tak salah mencuba. Untuk kegunaan luar badan saja, kalau dalaman kena fikir dulu.

Ahad, Oktober 11, 2009

Semangat

Semangat adalah satu perkataan melayu. Ada organisasi yang terpaksa bebelanja untuk menaikan semangat kakitangan bagi meningkatkan produktiviti. Bagi diri kita sendiri apakah perkara yang boleh menaikkan semangat. Adakah semangat satu yang ada dalam diri atau sekadar satu perkataan.

Selalu kita dengar ada yang berkata "aku datang dengan penuh semagat" atau "aku tak bersemangatlah hari ini". Bagaimanakah nak memastikan kita sentiasa bersemangat atau semangat itu sentiasa "tip top". Bolehkah semangat diperolehi dengan memerhati sahaja apa yang orang lain buat.

Semangat, semangat, harap kau datang dalam hidup ini setiap hari...... menyeru semangat.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Chaplong







Pokok ini tempat aku panggil pokok cenderai, buah dia bulat-bulat. Kegunaanya yang aku tahu ialah buat peluru dalam permainan "chaplong". Dulu masa aku kecik-kecik aku suka permainan ini. Nak buat "chaplong" ni kena rajin sikit, sebab nak kena cari buluh. Buluh yang digunakan adalah jenis buluh yang tebal. Buluh jenis kecil saiznya, bukan buluh yang digunakan untuk buat lemang, itu buluh besar tetapi nipis, ada buluh kecil tetapi nipis, yang ini digunakan untuk buat pancing.
Buluh untuk buat chaplong ni mesti kecil tetapi tebal. Lubang di tengahnya mesti kecil. Kena masuk hutan cari buluh ni.
Bila dah dapat buluh, kena buat penjolok dia pula dengan buluh juga, buat penjolok kena raut elok-elok, supaya dapat dijolok ditengah-tengah batang buluh tadi. Penjolok mesti ada hulu, supaya mudah untuk dipegang.
Buah cenderai digunakan sebagai peluru, mula-mula kena masuk satu biji dulu, jolok bagi dia berada di depan. Kemudian masuk satu biji lagi dan jolok dengan kuat, bila dijolok satu letupan kecil akan berbunyi dan buah yang didepan tadi akan keluar, buah yang baru masuk akan berada di depan. Lepas tu ulang lagi, begitulah seterusnya.
Seronok juga guna caplong ni main perang. Sapa yang mula cipta permainan ini aku tak tau la, dan aku harap orang yang baca blog aku ni faham dengan apa yang aku ceritakan. Sekarang ni ada tak lagi budak-budak yang main benda ni. Entah lah, zaman dah berubah. Mana sesuai lagi nak main benda-benda macam ini. Dulu mana ada permainan yang canggih-canggih, mana ada PS2 atau PS3. Apapun kita mesti ikut peredaran zaman. Kalau jadi Ketua Pengarah atau Pengarah atau Ketua Jabatan pun mesti ikut peredaran zaman, tak boleh nak samakan dengan zaman mereka muda-muda dahulu. Heheheheheh......

Khamis, Oktober 08, 2009

Indah dan Permai
















Betapa indahnya kampungku, aman damai, udaranya nyaman. Malamnya sepi, tanpa kepengitan suara kenderaan. Udara pagi yang segar, kekadang diselabuti kabus yang dingin. Berbeza di tempat lain yang diwaktu pagi udara seakan-akan bercampur bau minyak petrol.

Syok duduk di kampung ni, begitulah kisah orang lama, dulu dah puas merantau, sampai ke Miri, Sarawak, kemudian Seremban, Kelang, Damansara dan kini di Ulu Pauh. Insya Allah hujung bulan ni nak pindah pi Changloon pula, rumah baru.

Ada pepatah melayu mengatakan "batu yang bergolek tak berlumut". Maksudnya kalau sentiasa pindah randah tak sempat nak buat harta. Aku harap lepas ni tak pindah randah lagi kot. Apa pun situasinya, hanya Allah yang menentukan kita hanya mampu merancang.

Isnin, Oktober 05, 2009

Kursus Di Hutan Belum, Tasik Banding, Perak

1. Gambar Buah macam Pisang
2. Gambar Bunga Pakma yang belum kembang
3.Gambar Cendawan
4. Gambar Awan yang mendung




Video Perjanan (Kesiputan yang amat sangat) dengan tongkang yang dikatakan Feri


29 September 2009 hingga 2 Oktober 2009 berkursus "Team Building" di Hutan Belum, Tasik Banding, Grik Perak. Perjalanan yang agak lama, menaiki bas dari PTSS jam 9.00 pagi sampai di Jeti Tasik Banding Jam 2 petang. Dari Jeti menaiki Feri (Tongkang) ke Pulau Tali Kali, memakan masa selama 1 jam (kesiputan yang amat sangat).
4 hari 3 malam, berkampung dalam hutan tebal, tepi tasik. Tidur di callet yang agak selesa juga. Banyak juga aktiviti, yang dah biasa dibuat, ada yang aku tak sanggup buat (kalau tak sanggup jangan buat, buat apa nak menyusahkan diri sendiri). Minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan yang menyumpah kat aku bagi aktiviti ini.
Bukan nak kejar pangkat atau nak apa-apa, yang penting rezeki yang halal. Biarlah peluang yang ada diberikan kepada golongan muda yang masih banyak peluang dan masa hadapan. Bagi aku yang dan 40++ tak ada apa yang nak dikejarkan sangat, sekadar untuk tidak mengecewakan pihak yang telah bertungkus-lumus mendapatkan peruntukan bagi menjayakan program ini. Semoga aku tidak mengecewakan sangat rakan-rakan sekumpulan dan orang lain, kalau ada (rasa memang ada) sekali lagi mohon ampun dan maaf (masih mood hari raya).
Harap hidup aku tak akan menyusahkan orang lain.





Rabu, September 23, 2009

Aktiviti malam raya






Kebiasaan bagi aku dan isteri pada malam raya ialah menyediakan ketupat pulut di balut dengan daun palas. Bagi orang sebelah utara memang tak sah kalau tak buat ketupat daun palas setiap kali hari raya. Nak buat ketupat ni bukanya susah sangat, yang penting "kalau kita ada kemahuan mesti ada jalan" kata pepatah orang tua-tua. Nak kata expert tu tak lah sangat tapi sekadar nak bagi anak-anak makan di hari raya.

Aku buat bukanya banyak sangat lebih kurang 1 1/2 kilo beras pulut saja. Kalau 1 1/2 kilo beras pulut aku guna 1 biji setengah santan kelapa. Kalau nak sedap kelapa kukur sendiri guna kukur nyior dirumah, lepas tu perah santan dengan tangan. Sukat santan sama banyak dengan pulut, masak santan bagi panas lepas tu masukan pulut, jangan lupa masuk garam secukup rasa. Apa lagi kacau la pulut tu dari masa ke semasa sampai kering, jangan le sampai masak. Kalau pulut jenis lembut jangan banyak sangat air nanti ketupat lembik.

Pulut yang telah dikacau tadi (pulut ni belum masak - mentah lagi) bagi sejuk sikit, lepas tu balut dengan daun palas, nak balut pun bukannya susah sangat, tapi kena belajar le. Nak ajar kat sini tak boleh la.

Bila dah siap balut, ketupat tadi mesti direbus dengan air dalam periuk. Masukan ketupat dalam periuk lepas tu masuk air bagi tenggelam sama paras, rebus sampai kering airnya. Seeloknya lapikkan bawah sebelah dalam periuk tadi dengan batang daun palas yang dipotong untuk mengelakan hangit. Bila air kering ada bunyi seperti minyak dimasak bercampur air, itu tandanya dah kering la tu.

Bagi aku ketupat ini sedap dimakan dengan gulai daging, masak gulai ni isteri aku yang buat, dia pakar bab masak kari.
Gambar kat atas tu sebelah aku sahaja, sebenarnya isteri aku ada disebelah dia pun sedang pulun membalut ketupat juga disamping menyediakan kari daging dan rendang ayam.

Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Pemandangan di hadapan PTSS

Gambar Pemandangan di Bagunan Pentadbiran PTSS, kami sekeluarga lepas tarwikh malam tadi menikmati gemerlapan lampu yang di sediakan oleh PTSS.



Esok hari raya, begitulah yang diperkatakan oleh setiap orang yang aku tanya, macam pasti je esok raya, kalau aku dulu, hari raya hanya akan pasti selepas pengisiharan oleh Pihak berwajib. Nampaknya semua orang konfiden je esok raya, tak kisalah lah, esok atau lusa raya, yang penting puasa kita cukup bermakna.
Kepada semua yang mengenali, yang membaca blog ini, selamat hari raya diucapakan, maaf zahir dan batin, somoga ibadah kita diterima Oleh Allah.
Aku raya kat PTSS je. Macam biasa.


Isnin, September 14, 2009

Pengalaman

Jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman yang di timba. Pengalaman lah yang menjadikan sesaorang itu dihormati, disegani dan mungkin juga digeruni. Pengalaman juga membolehkan pangkat sesaorang itu menjadi lebih tinggi dari yang lain. Bayangkanlah sesebuah organisasi di kepalai oleh boss yang baru tamat pengajian, mungkin haru biru jadinya. Tambah-tambah pula baru lepas dari politeknik dah dilantik jadi boss.

Bagi mereka yang dah berpengalaman kekadang boleh mendabik dada dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kerja mereka boleh dibereskan dengan penuh bermutu dan berkualiti jika nak dibandingkan dengan golongan yang masih mentah. Kira orang yang berpengalaman ni macam Profesional lah. Tapi sayangnya profesional tak dapat bonus tahun ni. Aduhai kesiannya. Melalak, memekik dan melolongpun orang tak akan dengar punya.

Bidang pendidikan juga memerlukan pengalaman, kalau dah berpengalaman tu semua kerenah pelajar dapat di selesaikan dengan mudah. "Sekilas Ikan Di Air Dah Ku Tahu Jantan atau Betina". Tak payah nak kelentong, apa saja alasan yang diberikan oleh pelajar dah tau apa disebaliknya. Bahkan mereka yang berpengalaman ini dari pertemuan pertama dah dapat agak dah pelajar ni jenis apa, rajin, sederhana atau lembab. Sekiranya pengalaman yang dimiliki digunakan dengan baik yang lembab pun boleh berjaya.

Apapun yang dimiliki, semua adalah dipinjamkan oleh Allah kepada kita, pengalaman, kecerdikan, kecantikan dan segala-galanya adalah milik Dia Yang Maha Esa. Jadi untuk diriku dan yang lain, pergunakanlah anugerah yang diberikan dengan cara yang baik kearah tujuan yang baik. Semoga kita akan mendapat balasan yang setimpal.

Jumaat, September 04, 2009

Bintang

Apakah faktor utama kejayaan sesaorang dalam menjalankan sesuatu tugas? Adakah terletak seratus peratus pada "usaha" ataupun ada sesuatu yang di istilahkan sebagai "bintang yang cerah" dalam diri sesorang itu. "Usaha tangga kejayaan", tetapi faktor bintang jua perlu diambilkira. Ada orang yang buat apa pun jadi, tanam pokok; menjadi, memancing; dapat banyak ikan, berniaga; untung selalu; pelihara binatang, kucing, lembu, kambing dan ikan keli; menjadi.
Ada yang buat apa pun tak menjadi, perniagaan dah bepuluh-puluh dicuba, satu pun tak menjadi, tanam pokok; tumbuh macam tak mau hidup je; memancing; seekor pun tak dapat.
Adakah faktor kecerdikan juga perlu diambilkira dalam mencapai kejayaan. Ada manusia yang dilahirkan dengan IQ yang tinggi, kira pandai la ni. Kalau kat sekolah dulu dia mesti dapat no 1. Huh kalau nak difikirkan banyak juga faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan sesaorang.
Melalui pengamatan aku, sesaorang itu perlu ada "Ong" kata orang cina, atau "bintang sentiasa cerah" mengikut kata isteri aku akan berjaya dalam melakukan sesuatu perkara. Ini semua adalah pendapat dan pengamatan peribadi aku sendiri sajalah, mungkin mengikut teori motivasi adalah tidak tepat sama sekali. Tak kiralah tepat atau tidak, tapi itu yang selalu aku perhatikan.
Kalau dalam sitem saraan baru dahulu, rakan yang mendapat prestasi melintang dan mengegak selalunya mereka-mereka yang mempunyai bintang yang cerah ni saja yang dapat. Kalau nak dinilai dari prestasi kerja dan kecerdikan lebih kurang sama saja dengan orang lain.
Apapun istilah dan situasi, kita haruslah bersyukur kepada kurniaan Allah kepada kita, mungkin ada orang yang dikurniakan dengan kecerdikan, kepandaian dan juga keistimewaan tertentu. Cuma kita terlupa untuk menggilap bintang yang dianugerahkan agar ianya menjadi lebih begermelapan.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Ramadhan

Selamat berpuasa semua, semoga ibadah kita tahun ini di terima oleh Allah.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Zaman Berubah

Teringat aku satu ketika dahulu kalau tak silap dalam tahun 1973 atau 1974 (agak-agak) masa tu umur dalam lingkungan 5 atau 6 tahun, satu malam aku pegi menonton TV di sebuah rumah kat dalam kampung, setahu aku hanya satu rumah itu sahaja yang ada TV ketika itu. Pengalaman itu yang aku masih ingat (memori lama) yang lain dah tak ingat dah. Pegi tengok cerita apa aku pun tak ingat. TV pula ketika itu sure hitam dan putih je. Masa tu kampung aku tak ada elektrik lagi, guna jenerator kecil. Mungkin ramai yang mempunyai kisah yang seakan-akan sama, malah lebih menarik lagi.



Berbeza sungguh dengan masa sekarang boleh kata setiap buah rumah ada TV, ada sesetengah rumah tu bukan satu malah dua atau tiga biji. Sekarang tahun 2009, lebih kurang dah 36 tahun masa dah berlalu, kalau direnungkan memang 30++ tahun tu memang lah lama, tapi kalau di renung-renung lagi macam sekejap saja, entah apa lagi perubahan yang akan berlaku. Itu baru tentang TV, bermacam-macam lagi perkara yang boleh disenaraikan. Inilah yang dinamakan kemajuan dan InoVasi, telefon, kereta, motosikal, Universiti malah manusia pun berubah, bertambah dan berevolusi. Itu belum kira cerita dinasor yang pupus. Bayangkanlah 30++ tahun yang akan datang.



Masa sekolah dulu cikgu suruh lukis kenderaan masa depan, mesti ada kawan-kawan yang akan melukiskan gambaran Kota Kuala Lumpur ada kenderaan bersayap yang boleh terbang kesana-kesini. Mungkin juga perkara ini akan benar-benar wujud hari nanti (kereta terbang).

KUALA LUMPUR (Gambar hiasan)
Bersediakan generasi sekarang untuk menghadapi tahun-tahun yang mendatang, adakah kita sebagai ibu bapa telah melengkapkan mereka dengan persediaan yang cukup?. Satu persoalan yang kekadang sukar untuk di jawab. Adakah kita hanya membiarkan keadaan sahaja yang menentukan masa depan mereka, atau menyerakah sahaja bulat-bulat kepada sistem pendidikan yang dirangka oleh golongan yang dianggap cerdik pandai. Sedangkan kita semua sibuk mencari RM untuk membayar bil-bil (hutang) setiap 25 haribulan.

Rabu, Julai 22, 2009

Gambar

"Tiada Kata Secantik Bahasa" "Tiada Gambar Seindah Lukisan"
Air Keluar Melalui Batang Buluh

Rama-Rama Besar

Pokok Kacang Bendi


Pokok Bunga Yang Aku Tanam Sendiri

Khamis, Julai 16, 2009

Mencapai Kejayaan

Masa aku belajar dulu Teori Hieraki Maslow yang berbentuk Piramid adalah yang mudah diingat. Bagi aku teori ini mudah diingat sebab ianya memang berlaku kepada semua orang. Kalau tak salah aku teori ini di perkenalkan oleh Abraham H. Maslow dalam tahun 1954. Mengikut teori ini keperluan prima (bawah dan paling lebar) mesti dipenuhi dahulu sebelum naik keatas untuk memenuhi keperluan yang lain.

Keperluan Fisiologi, adalah keperluan paling asas seperti makan, minum, tidur dan lain-lain yang asaslah. Bila dah dapat yang ini orang akan bergerak pula keatas pula iaitu;

Keselamtan Diri, semua orang memerlukan persekitaran yang selamat dan terjamin. Seterusnya ialah;

Keperluan Sosial, bersosialah kita seperti kasih sayang, bermasyarakat, lepak kedai kopi, ajak geng main golf, memancing dan sebagainya, huh main golf...

Kerpluan Ego yang ini lain pula kot, bila dah dapat semua, teringin pula bagi orang lain respek kat kita, kononya kita ni dah terer lah..., pengalaman dah banyak...,

Seterusnya yang terakhir sekali Hasrat Diri.., yang ni yang paling tinggi sekali dan paling kecil pasai dia duduk kat atas dan muncungnya tajam sikit. Keperluan ini adalah keperluan individu untuk kesempurnaan diri sendiri.

Kalau dilihat disekeliling kita semuanya ada, semuanya berlaku. Memang betul apa yang dikatakan oleh si Maslow pada tahun 1954 tu dulu.

Pesoalanya penting yang ingin diajukan oleh aku dalam Teori Maslow ini adakah dalam mengejar segala impian kita, perlukah keringat orang lain di perah dan kepala orang lain dipijak dan dihenyak-henyak. Adaklah kita bangga jika apa yang kita capai dengan cara begitu.

Akhir sekali ada satu teka teki yang nak ditanya dan teka teki ini tidak ada kaitan dengan Maslow.

Apakah jawapan bagi soalan di bawah, jawapannya hanya satu sahaja.

1. Kenapa pencuri kena tangkap?
2. Kenapa ubi jadi kayu?
3. Kenapa gigi sakit?

Aku rasa ramai yang tahu jawapanya, jawapanya ialah kerana lambat cabut. Kalau masa remaja dahulu ada lagi satu soalan no 4., tapi aku tak mau masukan soalan itu di sini, sebab aku rasa aku bukan di tahap itu lagi, tak sesuai rasanya. Kenapa aku tanya teka-teki yang semua orang tau jawapanya ini, sebab aku sakit gigi, dan hari selasa lepas sebatang gigi aku telah dicabut oleh Tuan Dr. Gigi. Dah kena ambil balik satu nikmat yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa.

Khamis, Jun 25, 2009

Bersantai

Petang tadi sempat bersama anak-anak memancing ikan di tasik di kawasan politeknik. Dapat atau tidak ikan tak lah penting sangat. Yang penting masa bersama anak-anak.











Memancing ni sebenarnya tak termasuk dalam hobi masa lapang aku pun, dan aku sebenarnya bukan ada hobi yang khusus, tapi memandangkan kat Politeknik (PTSS) ni ada tasik yang tersedia luas, jadi apa salahnya digunakan kemudahan yang ada. Tak payah susah nak pi jauh-jauh meredah hutan mencari port baik untuk memancing, hanya perlu jalan kaki je. Tempat pun tak semak dan tak panas. Syok juga melayan kerenah anak-anak ni.


Bayak lagi tempat bersantai yang ada di sekitar PTSS ni, ada kolam renang.

Ada pusat sukan boleh main badminton, tenis, squash, takraw dan macam-macam lagilah. Kalau tak pandai main jalan kaki keliling PTSS pun boleh. Kekadang terfikir juga kalau tak digunakan rugi rasanya.
Pusat Islam pun dekat, yang ini kalau tak pergi selalu lagi rugi besar. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada aku dan kita semua.
Nikmat yang Allah berikan ini amatlah besar, dapat hidup sihat sejahtra, dapat bekerluarga, mendapat rezeki dan banyak lagilah. Hanya kepada Allah sahaja layak kita bersyukur dan berterima kasih.



Rabu, Jun 24, 2009

Cakap Untuk Jadi Jutawan

Aku rasa jutawan-jutawan yang ada di dunia ini kebanyakannya menggunakan mulut untuk menjadikan duit mereka tumbuh seperti taugeh yang tumbuh didalam gelap. Tak kira siang atau malam, tidur atau berjaga duit mereka sentiasa sahaja becambah dan bercambah. Mereka mesti bermula dengan bercakap, mesti dengan bercakap punyalah, mana ada cara lain, sebab kalau nak jual sesuatu produk mesti mula dengan cakap. Kalau tak cakap mana orang nak beli.

Hari ini dalam mesyuarat jabatan, Ketua Jabatan suruh orang cakap, dia kata "cakap, cakap apa saja, bukan kena bayar". Mungkin dia nak test power anak buah dia, yang mana boleh bercakap dan yang mana tak boleh bercakap (bukan bisu da). Sebab taktik boss ni senang saja, mereka saja nak nilai kita, manusia kan memang suka menilai orang, terutama yang dah bergelar boss. Semasa bercakap juga kita akan keluarkan idea, dari idea itu juga boss boleh menilai kita. Sebab itu aku tak suka bercakap aku lebih suka mendengar. Lagipun kerja aku mengajar dah jenuh aku bercakap, nak kata aku tak pandai bercakap, mustahil juga sebab dah ramai pelajar yang aku ajar lulus dan dah bekerja.

Tapi harus juga diingat ada sesetengah orang cakap je lebih, kerja habuk pun tarak. Harap-harap orang begini tak ada kat tempat aku. Pepatah juga ada menyatakan bahawa "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa" Pepatah ini sesuai bagi orang yang tak ada otak saja. Bagi orang yang berakal mereka tidak gunakan mulut untuk membinasakan badan. Mereka gunakan mulut untuk menjadi jutawan.

Jadi akupun berazam lepas ini akan menggunakan kuasa mulut (cakap) untuk menghasilkan jutawan baru. Ya!! jadi jutawan seperti jutawan yang ada di dunia ini. Tak perlulah nak sebut nama nanti mereka minta royalti pula.

Apa macam ada peluang tak aku jadi Jutawan. Apa pun hasrat dan cita-cita pasti akan berjaya jika kita berusaha. Seperti tajuk blog aku ini "Indahnya Mencapai Kejayaan. Dapatkan Yang Terbaik Dalam Hidup. Anda Pasti Akan Mencapainya".

Apa sahaja perkara yang kita inginkan mesti ditafsirkan dahulu oleh minda kita agar minda kita akan memandu kita kearah apa yang dihajati. Mana ada perkara yang akan terjadi secara kebetulan. Mana ada orang yang menjadi Jutawan secara kebetulan. Mesti ada kemahuan, hasrat dan disertakan dengan usaha. Biarpun masa yang ada hanya 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 4 minggu sebulan. Tak kira hujan ataupun panas, tak kira kerja sepenuh masa atau "part time" atau kerja "flexible" yang penting ada kemahuan dan usaha, pasti akan berjaya.



Khamis, Jun 18, 2009

Live Begin At 40

Itu pendapat orang putih, orang kita pun boleh pakai juga kot. Bila dah masuk umur 40an kira dah cukup matang. Kalau masih belum matang tu, susah le nak cakap. Kawan aku nama dia "Abang G" pernah berkata, kalau dah masuk umur 40 tak berubah jadi baik, maka memang tak akan berubah. Bila di lihat dalam masyarakat memang perkara ini ada kebenaran. Tak perlulah diceritakan ataupun di berikan contoh. Ada mata lihat sendiri ada kepala fikirlah sendiri.

Petang tadi semasa berbual dengan sorang kawan sambil mengambil angin petang, terkeluarlah cerita yang bila dah umur lebih dari 40 ni kena tukar kereta, kena pakai kereta yang ada klas sikit seperti mecedes ataupun toyota camry kalau tak pun perdana V6. Betul juga kata kawan aku ni. Tapi bagi aku kena tengok suasana di rumah juga, kalau anak-anak semua dah besar dah masuk sekolah menengah memang sesuai pakai kereta begini sebab mereka bukan nak ikut lagi mana kita nak pergi.

Kalau pakai motor besar seperti virago atau honda wing pun kira ok juga kot, mesti ramai yang jelous tengok orang tua naik motor besar. Tapi aku berminat nak beli motor Vespa model baru. Tadi baru je bercerita tentang berubah jadi baik bila masuk 40, ini dah pasang angan-angan nak pakai motor besar pula, masih tak sedar diri la pula. Hehehehe... angan-angan sikit tak apa kot, bukanya kena bayar.

Nak pakai kenderaan apa pun tak kesahlah, yang penting cermin diri sendiri, lihat uban kat kepala, kedut kat muka dan renungkan apakah tujuan hidup kita. Tepuk dada tanya iman. Semoga kita semua mendapat taufik, hidayah, rahmat dan kemapunan dari yang Maha Esa.

Selasa, Jun 16, 2009

Malaysia Boleh

Aku amat bersyukur kerana tinggal di Negara yang diberi nama Malaysia. Sebuah negara yang aman dan damai. Jika nak dibandingkan dengan negara jiran yang bersebelahan jauh panggang dari api keamanannya. Lihat sahaja negara Thailand dan Indonesia, jauh sekali amannya negara aku ini. Thailand (Siam) bukanya jauh dari tempat tinggal aku sekarang, lebih kurang 16 km sahaja, 20 minit saja perjalanan dengan kereta. Tak ada niat pula aku nak menyeberang sempadan, tambah-tambah bila mendengar berita tentang suasana di Selatan Thai. Harap-harap saudara semuslim kita disana akan mencapai keamanan dan kesejateraan seberapa segera. Moga Allah akan memberikan kekuatan kepada bagi mereka menempuh segala rintangan dan cabaran di negara sendiri.

Sebenarnya tujuan aku menulis hari ini nak menyatakan keistimewaan yang aku rasa aku perolehi ditempat yang aku diam sekarang ini. Tempat kerja aku ini sebenarnya besempadan dengan negeri Kedah. Aku bekerja kat Perlis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Arau, Perlis (PTSS). Letaknya memang betul-betul ditepi sempadan negeri Kedah. Kalau masuk melalui Google Earth atau Google Map kedudukannya ialah 6 darjah 26.55.17 N / 100 darjah 20.29.29 E. Bukan main detail lagi nak bagitau kedudukan. PTSS nama singkatan diberi yang bakal bersaing dan terkenal seperti PUO (Politeknik Ungku Omar).



Aku tinggal di negeri Kedah lebih kurang 12 km dari tempat kerja aku. Keistimewaan yang aku nak nyatakan (istemewa bagi aku, bagi orang lain mungkin tidak kot) ialah>-
  1. Aku bersarapan di Kedah, makan tengahari di Perlis.

  2. Aku boleh makan malam di Perlis tetapi tidur di Kedah.

  3. Satu ketika dahulu aku boleh berurusan dengan Pejabat POS tujuh hari seminggu. Sebab hari Ahad pejabat POS di kedah dibuka hari Jumaat tutup. Di Perlis hari Ahad tutup hari Jumaat buka, begitu juga pejabat yang lain seperti Tabung Haji. Sekarang hari Sabtu semua tutup.

  4. Bank kat kedah ditutup pada hari Jumaat.

  5. Aku pernah pergi satu kedai gunting rambut yang terletak di Kodiang, Kedah. Kata pemilik kedai itu bila masuk dalam kedai dia aku berada di Kedah, bila keluar kat luar tu Perlis. Aku juga pernah terbaca dalam akhbar ada orang yang ruang tamu rumah dia negeri Melaka, dapur Negeri Sembilan.
Sebenarnya memang indah tinggal di Malaysia, kita boleh pergi kemana sahaja tanpa rasa takut dan risau. Aku harap keamanan, kedamaian dan keharmonian yang dipinjamkan oleh anak cucu kita ini akan dikembalikan kepada mereka seperti mana diberikan oleh mereka kepada kita satu hari nanti.

Cuma aku sedih sikit bila terpandangkan gambar bendera Malaysia yang sempat aku rakamkan di satu tempat (rahsia) dah terlalu usang sangat. Sebenarnya banyak lagi tempat yang dengan mudah kita lihat pemandangan seperti ini, bagi orang yang suka pandang ke atas la. Kekadang ada juga permandangan bendera usang ini boleh dilihat di bangunan Sekolah dan Pejabat. Kalau dah tau usang tu turunkanlah kalau tak mampu beli yang baru. Adakah perkara ini boleh dianggap remeh??... Cuba kita fikir dan renungkan sejenak.

Jumaat, Jun 05, 2009

Adik Beradik

Kalau di utara perkataan Adik Beradik ini mengikut yang aku faham ada hubungan kekeluargaan la tu, bukan setakat abang dan adik sahaja, sepupu dua pupu juga kira adik beradik le tu, kalau ada bau-bau bacang pun kira adik beradik juga la kot. Ikatan kekeluargaan ini amat penting juga, kita hidup di dunia ni kalau susah keluargalah yang akan kita cari.

Pepatah ada mengatakan "Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi dan Yang Indah Itu Bahasa. Orang melayu memang indah berbahasa, dan Bahasa Melayu memang mudah untuk di palajari. Pernah aku ditegur oleh seorang lelaki Pakistan semasa sedang menaiki bas shutle di Lapangan Terbang Karachi dalam Bahasa Melayu. Bayangkan betapa terperanjatnya aku dalam banyak-banyak orang asing disekeliling aku masa tu, tiba-tiba sorang lelaki yang bukan Melayu menegur aku dalam Bahasa Melayu dan berbual dalam Bahasa Melayu dan dia kenal pula aku ini Orang Melayu. Katanya 6 tahun dia di Malaysia. Aku agak dia ni Bai jual kain kot kat Malaysia dulu.

Orang Melayu juga terkenal dengan budi yang baik, tak kira berapa rapat kita dengan seseorang atau adakah ianya adik beradik kita, tapi kalau dia dalam kesusahan mesti kita tolong punya. Tolong bukan seperti dalam cerita Anak Bapa "baik ada makna tu". Kita tolong dengan ikhlas.

Tapi zaman sekarang banyak dah berubah, manusia makin berpendidikan dan negara makin maju. Kadang-kadang kita mesti ada sikap berhati-hati kerana banyak yang suka mengambil kesempatan keatas kebaikan budi yang kita ada. Kawan aku pernah kata kita mesti ada sikap "curiga" terhadap setiap manusia yang kita temui. Jangan kita anggap semua orang baik. Apa pun pengalaman jugalah yang banyak membantu kita dalam kehidupan. Oleh itu respek la pada orang yang lebih berpengalaman. Jangan bila dah ada Ijazah atau Master atau PHD kita dah cukup terre (hebat).

Rabu, Jun 03, 2009

Ayam Telur

Pernah tengok ayam telur tak?. Ayam telur ni kalau dah tua dipanggil ayam pencen. Agaknya kerana dia dah pencen dari bertelur kot sebab tu di panggil begitu. Ayam telur yang kat reban tu sapa yang buatkan mereka bertelur?. Adakah dalam banyak-banyak ayam betina tu ada seekor ayam jantan? atau ayam-ayam ini diberi makanan khas yang mebolehkan mereka betelur. Mungkin ramai yang tak kisah tentang ini, tapi aku pernah terfikir juga persoalan ini.

Perkara begini kita kena tanya orang yang pakar tentang haiwan. Kebetulan aku pernah bertanyakan soalan ini pada sorang kawan lepasan Universiti Pertanian Malaysia sekarang Universiti Putera Malaysia. Katanya ayam telur ini memang akan bertelur, tidak ada ayam jantan atau makanan yang special diberikan. Ia memang di cipta untuk bertelur.

Telur yang dihasilkan juga tidak akan menetas jika dieram. Sebab tidak ada pesenyawaan berlaku. Selepas itu barulah aku faham. Nampaknya ilmu yang kita miliki ini hanya sedikit sahaja. Banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui. Oleh itu rajin-rajinlah belajar, bertanya, membaca, memerhati dan memikirkan kejadian alam ciptaan Allah. Semoga apa yang kita pelajari, fikir, perhati akhirnya akan menuju kepada kesedaran yang kita ini hanya kerdil dan Ilmu Allah itu tiada batasannya.

Ahad, Mei 31, 2009

Manusia Berperasaan dan Produk Yang Berkualiti ...

"Semakin Hari Semakin Sayang" itulah tema Kementerian Kesihatan, ada juga tema "Keluarga Diutamakan" yang ini aku tak ingat Kementerian Mana. Apa yang penting ialah keluarga perlu diutamakan. Jika keluarga terutamanya anak-akan kita bahagia, sihat dan penuh kasih sayang kita akan bekerja dengan baik. Bayangkan jika seorang pekerja yang asyik memikirkan bagaimana anaknya nak pergi sekolah atau anak masih menunggu di sekolah walaupun dah habis waktu belajar nak jemput tak boleh sebab pintu pagar tempat kerja berkunci dan sebagainya, situasi begini dah jadi kes teruk.

Waktu cuti sekolah adalah waktu kita nak habiskan masa dengan anak-anak, nak bawa mereka pergi bercuti ataupun nak lapangkan lebih masa dengan mereka. Masa yang amat berharga ini (cuti sekolah) kali ini nampaknya telah dirampas oleh KERJA. Ini boleh diumpamakan seperti sejarah Belanda menyerang dan merampas Tanah Melayu. Apa tidaknya wujudnya semester pendek ini menyebabkan ada orang yang tidak dapat bercuti, bila dah tak boleh bercuti, terabailah anak-anak. Tak boleh le nak bawa pi bercuti yang ada adalah masa-masa terluang seperti biasa, tidak adalah lagi keistimewaan. Apa boleh buat dah kerja dengan orang. Kalau tak ikut, itulah periuk nasi. Nak cari rezeki bukanya mudah. Arahan ketua mesti diikut.

Kekadang ada pihak yang mungkin mereka dah lepas zaman anak-anak pergi ke sekolah, atau dalam bahasa yang mudah anak dah besar, semua dah masuk U atau dah kawin. Mana nak fikirkan lagi masalah seperti ini. Begitulah hidup ini adalah ibarat roda ada ketika kita di bawah ada ketika diatas. Bila la nak dok atas pula?. Jadilah manusia yang berperasaan dan berbelas kasihan.

Khamis, Mei 28, 2009

Manusia Berperasaan dan Produk Yang Berkualiti

Bagi sesebuah kilang yang mengeluarkan produk sudah pasti akan berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan tiada pembaziran. Sebab itulah ada kilang yang menggamalkan kosep "zero defect". Dengan konsep ini setiap produk yang dihasilkan tidak akan ada kecacatan langsung, semua keluaran pasti akan dapat dipasarkan atau dijual. Konsep ini juga sepatutnya diamalkan di tempat aku bekerja.

Tempat aku bekerja mengeluarkan tenaga kerja separa mahir, bukannya barangan. Tenaga mahir yang dihasilkan disini juga seboleh-bolehnya seperti barangan yang dihasilkan. Maksudnya mereka ini haruslah tip top. Hantar saja kat mana pun boleh terus bekerja bermula dari hari mendaftar diri, tidak perlu lagi bertanya atau "kena belajar lagi". Maaf le aku bukan nak samakan manusia dengan barangan, tetapi aku nak bayangkan yang apa yang cuba kami hasilkan disini adalah tenaga kerja yang memang berkualiti. Bak kata pepatah melayu, "campak ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi bukit".

Tetapi kekadang usaha murni yang hendak dicapai akan menghadapi kekangan yang membuatkan kita menjadi kecewa. Ialah, apa tidaknya, kita berhadapan dengan manusia. Bayangkanlah masa yang sepatutnya diambil selama 13 minggu dipendekkan menjadi 8 minggu sahaja. Cuba bayangkan jika sesuatu produk yang sepatutnya disiapkan dalam 7 hari, mesti disiapkan dalam 4 hari sahaja. Jika tenaga pekerja tidak ditambah malah dikurangkan terpaksalah berkerja 24 jam sehari selama 4 hari tanpa henti, aku ingat robot pun boleh JEM.

Itu dari segi tenaga kerja untuk mengeluarkan produk, bagaimana pula dengan produk yang akan dikeluarkan adakah akan wujud fenomena "asal jadi dah le". Kalau tak salah aku satu ketika dulu Universiti juga telah cuba melaksanakan "third semester" bagi tujuan untuk melahirkan graduan dalam masa yang singkat. Tetapi perkara tak diamalkan lagi dengan alasan masa yang singkat menyebabkan graduan yang keluar tidak berkualiti.

Apa pun yang akan terjadi semua pihak haruslah berfikir secara waras, bagi pihak yang merancang apakah niat mereka, tidakah mereka terfikir banyak-banyak, kesan, akibat dan hasil yang akan dicapai. Tercapaikah usaha kita untuk menghasilkan "pekerja minda kelas pertama" atau "kelas yang terbawah" yang akan ada nanti di pasaran. Kekadang kita berselindung disebalik lidah tajam yang pandai bermain kata, kononya untuk membantu pihak yang memerlukan walaupun hakikatnya hati dan fikiran memanglah tidak dapat dilihat orang lain.

Rabu, Mei 27, 2009

Kisah Lama

Teringat tentang kisah lama yang terjadi pada diri aku beberapa tahun yang lepas. Masa itu aku berkursus di bandar Kota Bharu, Kelantan. Biasalah zaman sekarang kalau kursus mesti kat Hotel. Hotel yang kami menginap tu terletak ditengah-tengah bandar Kota Bharu. Kisahnya bermula begini, pada satu pagi aku teringin nak minum di luar daripada tempat kursus (minum kat gerai). Jadi dalam pukul sepuluh pagi time rehat aku pun mulalah mencari gerai untuk menikmati kudapan yang lain sedikit dari yang disediakan oleh hotel.

Selepas berjalan dalam 1 kilometer terjumpalah satu kedai yang menjual roti tempayan, kalau tak salah kedai ini di belakang Hospital. Aku pun duduk dan memesan sekeping roti dan minuman. Kakak yang menjual roti tu tanya nak kuah apa. Aku tanya ada kuah apa? katanya ada daging kijang dan ayam. Wah hebat sungguh kedai ini ada daging kijang. Aku kata bagi satu le kuah daging kijang tu. Merasa juga aku makan daging kijang hari ini.

Sambil menjamah roti tempayan dicicah dengan daging kijang, aku mula terfikir nanti balik boleh le bagitau kawan-kawan yang lain bahawa hari ni aku telah merasa daging kijang. Mesti bangga dapat rasa daging kijang di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Habis makan akupun bayar, semuanya tak sampai pun RM5.00, murah juga makanan kat negeri Kelantan ni. Aku terfikir mungkin juga daging ini di Import dari Thailand kot. Memang ramai sebelum ni menyatakan yang harga barangan kat sini murah. Aku pun segeralah beredar dan tidak sabar untuk mewar-warkan kepada kekawan yang lain untuk segera menyerbu kedai special yang menjual roti tempayan dan daging kijang.

Bila je sampai semula ke tempat berkursus (hotel) aku pun segeralah menyampaikan berita gembira kepada kekawan yang lain dengan penuh megah dan bangga sekali yang aku hari ini merasa daging kijang. Setelah menerangkan lokasi kedai berkenaan dengan lakaran pelan agar tidak ada yang sesat dan kempunan merasa daging kijang. Ramailah diantara kekawan yang bersetuju untuk bergerak kesana pada masa makan tengahari nanti, lagipun makanan kat hotel sama saja menunya setiap hari.

Pukul dua petang bila nak mula sesi petang datang beberapa orang kawan menyerbu aku dengan muka yang marah ada yang ketawa pun ada. "Woi!!! Taher bukan daging kijang lah, itu daging cincang. Rupa-rupanya kakak tu tadi sebut daging cincang dalam loghat kelantan dan aku ingatkan daging kijang. Bunyinya hampir sama.

Itulah satu pengalaman yang dapat aku kongsikan. Apa yang aku pelajari dari pengalaman ini ialah kita hendaklah menjadi seorang pendengar yang baik. Terutama sekali dalam tugas akusebagai seorang pengajar aku harus mendengar apa yang diperkatakan oleh pelajar sehingga habis barulah boleh aku memberikan cadangan ataupun apa-apa keputusan kepada mereka. Kita tidak boleh anggap kita tahu semuanya, bila pelajar datang menceritkan masalah atau apa-apa sahaja perkara, dengar dahulu hingga habis apa yang diperkatakan, jangan terus potong saja dan kata "oo saya tau tu".

Sabtu, Mei 23, 2009

Berapakah Simpanan Wang Anda Sebulan ????

Hari ini kita akan memeperkatakan tentang berapa peratuskah dari pendapatan yang perolehi setiap bulan sempat disimpan sebagai kegunaam untuk masa depan atau dimasa kecemasan. Cuba kita renungkan sejenak. Adakah semua wang yang diperolehi setiap bulan akan dibelanjakan bagi membayar bil-bil, hutang, membeli pakaian dan makan. Tida ada satu sen pun yang sempat kita simpan. Kalau disimpanpun hanya untuk beberapa bulan sahaja atau diistilahkan "akan dikorek/gali bila sesak". Adakah kita akan sesak setiap hujung bulan.

Kita harus mengenepikan sejumlah wang sebagai simpanan yang kekal dan tidak mengusik simpanan ini walau apapun berlaku. Jika ini dapat diamalkan barulah kita akan dikategorikan sebagai seorang yang dapat mendisiplinkan diri dalam meyimpan wang. Adakah kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam menyimpan wang?. Tanya diri sendiri dan kaji corak penyimpanan dan perbelanjaan sendiri.

Insuran atau Takaful (takaful patut menjadi pilihan kerana halal) adalah satu kaedah penyimpanan yang paling sesuai bagi yang ingin lebih berdisiplin dalam kaedah menyimpan wang untuk masa depan.

Dengan menyertai pelan Etiqa Takaful kita bukan sahaja dapat menyimpan wang untuk masa depan malah mendapat manfaat perlindungan jika berlaku kematian. Dalam bahasa yang mudah, jika kita mati waris akan mendapat pampasan. Ini mungkin dapat meringankan sedikit beban yang akan ditanggung oleh waris kita, terutama jika kita dah ada keluarga. Senang sikit isteri atau suami sekurang-kurangnya beberapa bulan sebelum kedudukan kewangan mereka menjadi stabil selepas ditinggalkan.

Dalam masa yang sama simpanan yang kita buat dalam pelan Etiqa takaful tadi juga merupakan simpanan untuk masa depan. Jika diizinkan Allah umur kita panjang dan telah sampai tempoh matang, segala sumbangan yang dibuat akan dapat kepada kita semuanya termasuk keuntungan sepertimana yang dipersetujui dalam kontrak.

Mungkin kita pernah terbaca dalam lapuran akhbar beberapa minggu yang lepas, mengatakan bahawa ramai diantara kita yang akan sengsara selepas bersara (pencen). Sudah semestinya bermula sahaja bulan pertama kita pencen, pendapatan dah jadi separuh. Kalau bulan sebelum pencen gaji RM3000, bulan depan setelah pencen tinggal RM1500, dan itu mungkin pada 20 atau 25 tahun akan datang masa tu nilai duit mungkin akan menjadi lebih rendah dari sekarag. Adakah kita bersedia untuk mengalami situasi begini.

Fikirkanlah sejenak betapa pentingnya menyertai Skim Etiqa Takaful. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi saya, bagi mendapatkan cara yang betul untuk menyimpan wang anda dengan selamat.

Mohamad Taher bin Kasa
019-4156019
email: taherkasa@hotmail.com

Selasa, Mei 19, 2009

Peperiksaan Akhir

Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar PTSS khususnya dan Pelajar DSK amnya. Semoga anda semua dapat mejawab segala soalan yang dikemukakan dengan tenang dan betul. Memang menjadi adat belajar setelah berhempas pulas mentelaah pelajaran maka peperiksaanlah yang akan menjadi kayu pengukur tahap pencapaian anda semua. Kalau belajar dengan betul, gigih, sabar, tekun dan disertakan dengan doa yang tulus kepada yang Maha Esa, InsyaAllah akan beroleh hasil yang diharapkan. Saya doakan semoga anda semua akan berjaya. Ingat jangan guna kaedah "TOYOL" tak berkat, silap-silap kantoi dengan pengawas boleh GB (Good Bye).

Masa 2 jam dalam dewan peperiksaan amat penting dan bermakna sekali, segala tumpuan mestilah diberikan sepenuhnya kepada menjawab soalan, diharap tidak ada gangguan dari persekitaran seperti bunyi bising mesin rumput, bunyi tapak kaki orang berjalan, bunyi orang bersembang dan gangguan lain yang boleh membuatkan formula atau ingatan yang disimpan dalam memori boleh hilang.

Kepada rakan-rakan harap dapat bekerja dengan penuh dedikasi sebab dalam 2 minggu ini semua orang sibuk menjaga peperiksaan ada yang menjadi pengawas, ada yang nama diatas dan ada dibawah, ada yang menjadi ketua pengawas, dan mungkin juga yang tak jadi apa-apa.. nasiblah. Teringat apa yang disampaikan oleh Pengarah semasa perhimpunan yang akan menjadi kenangan bagi aku, sebab......????

Pengarah mahukan kecemerlangan dalam kerja, kerja mesti lebih dari masa yang ditetapkan. Perlu peka kepada persekitaran, cuba untuk membezakan dahulu dan sekarang. Dulu aku tak ada PS2 dirumah, sekarang anak aku main PS2 kat rumah, anak yang belum sekolah pun dah pandai main. Dulu susah nak naik pangkat harap-harap sekarang senang sikit naik pangkat. Dulu jawatan tak banyak sekarang banyak kot.

Pemikiran mestilah diluar kotak. Berfikir secara kreatif dan kritis. Ini sesuatu yang bagus ni, aku fikir nak bawa satu extreme game kat PTSS "hang-glidig" a sport in which you fly while hanging from a frame like a large kite which you control with your body movements. Aku rasa sukan ini sesuai kat sini, sukan ini boleh bermula dari atas bukit kat tangki air dan terbang turun hingga ke Ladang Tebu atau mana-mana saja nak landing. Apa macam canggih tak idea aku. Harap-harap lepas ini ada orang yang akan memajukan sukan ini, lepas tu baru la ramai orang datang kat ULU PAUH ni sebab nak cuba sukan yang extreme. Pauh Inn ada untuk penginapan.

Banyak lagi yang diperkatakan oleh BOSS seperti Keceriaan, Kerja Berpasukan, Tepati Masa dan Hadir Mesyuarat atau perjumpaan bagi mendapatkan info terkini. Aku rasa semua yang diperkatakan oleh Boss ini adalah sikap atau perkara yang perlu, mesti atau wajib ada pada semua orang. Ah.. tak perlu cakap banyaklah semua orang tau punya. Cakap banyak nanti kata nak bodek pula. Bodek tak main la.

Lepas minggu peperiksaan maka kita semua akan sibuk pula dengan menanda kertas peperiksaan. Kalau dulu lepas habis je minggu peperiksaan maka semua orang akan sibuk bercuti, nampaknya tahun ini tak perlulah berangan nak cuti panjang sebab cuti aku telah dirampas oleh pihak yang lebih berkuasa. Yang tinggal hanya cuti 30 hari sahaja setahun itu pun diistilahkan sebagai keistimewaan sahaja dan bukanya hak, Boss boleh tarik bila-bila masa sahaja jika dia mau. Padan muka aku., apa boleh buat kekadang kita terpaksa lepaskan satu perkara jika mahukan satu perkara yang lain, mana boleh dapat kedua-duanya. Memang dah menjadi adat. Lagipun aku dah lama juga jadi cikgu ni dah lebih 10 tahun dah, dah puas cuti panjang. (cakap untuk menyedapakan hati sendiri).

CUTI!!! 30 Mei hingga 13 Jun cuti sekolah, emmm elok juga kalau minta cuti masa tu. Esok boleh isi borang cuti, harap-harap Boss luluskan. Apapun .. Keluarga Perlu Diutamakan....

Rabu, April 29, 2009

Mari Belajar

Belajar Matematik

Semalam dapat email dari seorang kawan bertajuk "Beauty of Mathematic", bagus juga antaranya yang pernah aku dengar sebelum ini ialah tentang uniknya angka sembilan "9"

9 x 1 = 9
9 x 2 = 18 -- 1 + 8 = 9
9 x 3 = 27 -- 2 + 7 = 9
9 x 4 = 36 -- 3 + 6 = 9

begitulah seterusnya hasil darab sembilan jika ditambakan 2 angka itu akan menjadi sembilan juga.

Yang di bawah ini aku ambil dari email kawan aku tu.

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Sekarang kita cuba darab angka di bawah, tapi angka ini tidak berkaitan dengan angka sembilan la.

5567 x RM2.00 = RM11,134.00
1000 x RM2.50 = RM 2,500.00

RM11,134.00 + RM2,500.00 = RM13,634.00

Pandai!!

Sekarang kita belajar Bahasa pula

Mari kita mengenali perkataan "SULIT". Apakah maksud sulit. Satahu akau sulit adalah sesuatu yang perlu di sembunyikan, tak boleh bagi orang tengok sewenang-wenangnya. Jika kita ada perkara yang sulit kita mesti sebunyikan sebabitulah kita pakai baju. Begitu juga jika sesuatu dokumen itu sulit kita mesti mejaganya supaya ianya tidak terdedah dan dapat di "akses" oleh orang lain.

Mari kita kenali pula perkaan "JAGA". Jika ditambah imbuhan ber maka ia akan menjadi berjaga. Jaga lawanya tidur, betul tak.

Tamatlah sesi pembelajaran kita hari ini. Semoga berjumpa lagi.

Selasa, April 21, 2009

Harum Manis








Gerai Mempelam Kampung Hulu Pauh Lebuhraya Changlun Kuala Perlis










Gambar buah pelam tak ada pokok pelam pun jadi lah.

Musim buah mempelam/mangga datang lagi. Kalau diikutkan bermula Mac dan berakhir Julai, tetapi masa sekarang lah tengah jenuh buah mempelam di Perlis yang Indah lagi Permai ini. Terdapat bermacam-macam jenis mempelam yang ada seperti , Cokanan, Harum Manis, Sala, Thong Dam (Emas Hitam), Siku Raja dan tah apa-apa lagi.
Ada yang memang buah tempatan dan ada juga buah yang di import dari Thailand. Susah juga nak bezakan yang mana satu tempatan (local) dan yang mana satu made in Thailand, yang pasti Perlis adalah negeri yang mengeluarkan mempelam harum manis.
Ada yang jual harum manis sampai RM12 sekilo, ada sesetengah tempat boleh dapat RM8 atau RM6 sekilo. Bergantung kepada tempat kita beli. Kalau pi beli kat ladang mungkin dapat harga murah. Kalau datang Perlis pi la beli kat Jabatan Pertanian punya ladang. Lokasi tak jauh dari bandar Kangar lebih kurang 10 KM sahaja. Terletak di jalan ke Sungai Batu Pahat, tak jauh dari Taman Ular dan Lapang Sasar Genting Kabu.
Kat sana juga ada jual pulut mempelam. Kalau yang teringin nak cuba boleh le singgah. Pekena sorang sepinggan pulut dengan mempelam dan jus mempelam. Sekali rasa mesti teringat nak datang lagi. Tapi kalau nak jimat masa balik tu boleh le beli beberapa kilo mempelam dan juga beberapa kilo beras pulut dan balik tanak sendiri.
Cara nak kukus pulut senang saja.
Rendam pulut semalaman bagi dia kembang, ada petua suruh masukkan asam keping semasa rendam bagi menjadikan pulut lebih berkilat. Jangan lupa keluarkan asam keping masa nak kukus.
Panaskan air dalam periuk kukus sampai mendidih dahulu, lepas tu baru masukan beras pulut.
Bila dah masak baru masukan santan dan kacau. Sebelum tu perah santan dulu dapatkan santan pekat, nak elok lagi perah dengan air suam supaya tak cepat basi.
Kalau malas nak kukus tanak pun boleh, caranya sukat santan sama banyak dengan pulut, masak santan tadi sampai mendidih lepas tu masukkan pulut, kacau sampai kering dan tutup tudung periuk dan kecilkan api. Tunggu sampai masak.
Bila dah masak tunggu apa lagi kupas le mempelam dan makanlah sepuas-puas dengan pulut tadi.
Diantara mempelam yang sesuai di makan dengan pulut ni ialah Harum Manis, Thong Dham dan Chokanan. Kalau pelam sala tak berapa kick. Kalau tak ada mempelam durian pun boleh juga.
PERLIS PERMAI LAGI MEMPESONA