Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Jun 25, 2009

Bersantai

Petang tadi sempat bersama anak-anak memancing ikan di tasik di kawasan politeknik. Dapat atau tidak ikan tak lah penting sangat. Yang penting masa bersama anak-anak.











Memancing ni sebenarnya tak termasuk dalam hobi masa lapang aku pun, dan aku sebenarnya bukan ada hobi yang khusus, tapi memandangkan kat Politeknik (PTSS) ni ada tasik yang tersedia luas, jadi apa salahnya digunakan kemudahan yang ada. Tak payah susah nak pi jauh-jauh meredah hutan mencari port baik untuk memancing, hanya perlu jalan kaki je. Tempat pun tak semak dan tak panas. Syok juga melayan kerenah anak-anak ni.


Bayak lagi tempat bersantai yang ada di sekitar PTSS ni, ada kolam renang.

Ada pusat sukan boleh main badminton, tenis, squash, takraw dan macam-macam lagilah. Kalau tak pandai main jalan kaki keliling PTSS pun boleh. Kekadang terfikir juga kalau tak digunakan rugi rasanya.
Pusat Islam pun dekat, yang ini kalau tak pergi selalu lagi rugi besar. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada aku dan kita semua.
Nikmat yang Allah berikan ini amatlah besar, dapat hidup sihat sejahtra, dapat bekerluarga, mendapat rezeki dan banyak lagilah. Hanya kepada Allah sahaja layak kita bersyukur dan berterima kasih.



6 ulasan:

pkksabah berkata...

baguih tu optimom kan penggunaan...dulu waktu dok rumah kedai..apa pun tarak..susah no..Beribu alasan diberi. La ni dah ada..sama gak..beribu alasan diberi.. Fitrah manusia memang suka berbantah-bantah..

cik farah berkata...

errrr dh bleh mancing ke kt tasik tu.dlu xleh pon.kalau tau,dh lama ktorg menjala kt situ wawawaawa!!!

alladiin berkata...

klu tasik tu besar, wa nak bwk jet ski klu gi utara.. leh parkir kat situ...

adanz berkata...

mancing ni bermusim... jenis ikut kawan pun ramai... last2 tinggal yg gigih je la...

BuTtErFlyInFraMe berkata...

wah wahhhh tasik poliiiii
(alina)

rosendy berkata...

encik taher, selama saya kat poli tu, xtau pun ada tasik yang boleh mancing..ish2, apala sy ni..