Sudi-sudilah klik kat sini

Selasa, Ogos 28, 2012

PTSS

Tengahari tadi makan di Kafetaria baru asrama, baru dibuka, sebelum ini ramaddhan  hanya dibuka waktu malam. Makanan yang dijual bagus, menarik dan sedap. Cuma harga agak mahal sedikit, aku makan nasi putih lauk daging dan seketul ikan asam pedas, isteri ambil daging dan sayur terung, minum air suam dan teh ais, semuanya RM11.40.
Masa nak bayar beratur lama juga lebih kurang 5 minit, mungkin jurukira masih baru. Itu pengalaman pertama kat kafe baru sebelah asrama lelaki, esok insyaAllah nak pi kafe yang satu lagi pula dan nak bawa kamera sekali.

Isnin, Ogos 20, 2012

Selamat Hari Raya

Hari ini 20 Ogos 2012 bersamaan 2 Syawal 1433 Hijrah, hari raya yang kedua, lama juga tak menulis dalam blog Indahnya Mencapai Kejayaan ini. Dari apa yang dipelajari melalui ustaz di kuliah-kuliah, Ramadhan merupakan madrasah untuk kita belajar membetulkan diri kita agar lebih mendalami lagi konsep Takwa, dan sekiranya kita benar-benar belajar dalam kuliah Ramadhan maka 1 Shawal merupakan hari Konvokesyen. Sebab itulah kita kena pakai baju baru menyambutnya.

Kalau di Universiti dulu  bila habis belajar, time konvo kita sanggup pakai baju baru pakai jubah dan "topi" kemajlis yang sungguh istimewa, rupa-rupanya dalam islam kita konvo tiap-tiap tahun. Cuma selepas Ramadhan kita kena nilai diri kita sendiri sama ada kita dapat 4 flat, kelas pertama, kelas kedua atas atau bawah.  Kalau lepas ramadhan masih macam dulu juga, hari-hari dok mengata boss, hari-hari mata dok tengok maksiat, hari-hari dok dengar perkara yang melekakan, hari-hari kaki tak teringin melangkah ke Masjid untuk solat jamaah atau kekuliah agama, tidak ada maknanya Ramadan yang kita masuk kuliah dahulu. Maha Suci Allah, Allah jadikan segalanya untuk kita ke tidak masuk dalam Neraka.

Berazamlah kita (kita ni termasuk aku sekali lah) untuk lebih bertakwa (takut kepada Allah). Azam yang patut kita capai ialah solat berjamaah, memelihara mata, lisan dan telinga dari melakukan maksiat. Mendalami Ilmu untuk ke Akhirat yang kekal. Semoga Allah mengizinkannya. Semoga Allah merahmati segala pekerjaan kita. Amin.

Rabu, Februari 22, 2012

Cuti dan melepaskan geram

Dimanakah tempat yang sesuai bagi orang seperti aku untuk melepaskan geram (bukan garam) kalau bukan di laman Blog ini. Hari ini nak menulis tentang cuti, sebenarnya dah lama tak menulis. Emmm mungkin tak ada geram yang nak dilepaskan kot. Hari ini memang ada.

Sekarang kan musim pelajar bercuti, inilah masa yang sesuai untuk menghabiskan kerja-kerja yang berlambak tersadai. Rasa-rasa sekarang makin banyak pula kerja yang nak kena buat. Cukuplah rasanya dari Isnin sampai Khamis menyelesaikan segala kerja yang tertangguh dan merancang apa yang nak diajar selepas cuti ini. Hanya satu hari saja diperuntukan untuk bersama anak dan isteri. Hari Jumaat anak-anak bercuti sebab bersekoolah di Negeri Kedah.  Kononnya dapatlah cuti dalam 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu bersama mereka.

Awal pagi tadi Isteri terima SMS menyatakan bahawa kena kursus dari hari ini 22 hingga 24 haribulan (melalui sms sahaja, canggihnya perhubungan zaman sekarang). Hancur harapan untuk bercuti. Dalam hati terfikir tentang "majikan". Betapa susuahnya nak menjadi majikan yang perihatin kepada kebajikan pekerja mereka. Tidak terfikirkah mereka yang berstatus tinggi ini tentang kebajikan pekerja mereka. Pekerja juga perlukan cuti untuk merehatkan minda da diri setelah lama bekerja agar dapat kembali semula bertugas selepas cuti dengan semangat yang baru.

Bagi aku ini semua adalah salah insan yang bergelar majikan. Majikan seharusnya merancang dengan baik segala perjalanan organisasi mereka, bukan sekadar duduk dalam bilik yang selesa dengan kerusi empuknya. Memang tak dinafikan yang menguruskan segala urusan bukanlah boss besar, tetapi boss besar seharusnya adalah orang yang bertanggungjawab. Harap boss besar baca blog aku ini barulah dia sedar dan insaf sikit kot.