Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Disember 29, 2010

Mencapai Kejayaan

Belum masuk tahun baru dah kena pergi sekolah, kalau dulu tak begini, sekarang cuti cikgu pun dah dikurangkan, terpaksa datang awal kesekolah demi anak bangsa.

Khamis, Disember 23, 2010

Satu Petang

Pakar Motivasi sentiasa mengajar kita agar menerima segala cabaran "jangan lari dari cabaran". Kenapalah petang ini amat membosankan, paling tidak menyeronokkan. Sebabnya biarlah aku sahaja yang tahu, kerana ini blog aku dan disinilah aku meluakan segala kebosanan aku.

Adakah dengan mengetik keyboard ini boleh menghilangkan kebosanan, kadang-kadang boleh. Adakalanya bila kebosanan dan kemurungan melanda nak menaip pun tak jadi sebab idea buntu. Tensionnyyyyaaaaaaaaaa

Kalaulah ketikan ini berada di tepi pantai yang menderu ombak kan best...., itulah, dulu cuti banyak sekarang cuti dah tak ada. Minggu depan aku nak cuti, tapi kesian pula kat pelajar nanti nak kena ganti kelas.

Ahad, Disember 19, 2010

Makmurnya Negaraku

Pagi tadi ke kedai lampu di pekan Changloon, terserempak dengan seorang warga negara jiran lengkap berpakaian seragam, kalau tak salah aku dia ni Polis dari negara Thailand. Waktu itu dia sedang membeli lampu. Lepas beli lampu dia siap tanya tokey kedai tu mana boleh beli minyak masak. Dalam hati terfikir betapa makmurnya negara aku ni, mereka dari negara jiran boleh datang tanpa rasa takut, bebas bergerak kesana sini serta membeli belah. Sayangnya aku tak ada kamera, kalau ada teringin juga aku nak bergambar dengan Mat Polis dari Thailand ni.

Sekarang ini aku agak  pendatang yang ada kat negara kita ni berapa nisbah mereka dengan rakyat kita agaknya 1:2 kot. Mungkin masa depan semua yang ada dinegara kita adalah pendatang.

Negara kita ni memang tenpat kunjungan pendatang bersesuaian dengan bentuk geographinya "semenganjung". Semoga negara kita sentiasa aman dan makmur.

Isnin, Disember 13, 2010

Wajah Gembira dan Ceria

Isnin 13 Disember 2010, ramai yang ceria dan keriangan kerana mendapat berita gembira, tahniah kerana hajat yang lama diidamkan telah tercapai. Semoga bahagia ditempat baru, harap di tempat baru bintang lebih menyinar. Bagi yang masih tinggal di sini seperti aku bilalah bintang nak menyinar terang.

Indahnya Mencapai Kejayaan, itulah tajuk blog aku. Bagi aku mencapai kejayaan bukanlah satu yang datang bergolek, setiap kejayaan yang aku capai selama ini adalah dari hasil usaha dan kerja keras dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah jua.

Kegembiraan yang tidak dapat diucapkan oleh kata-kata bila mencapai kejayaan, ianya begitu indah sekali, hanya kepada Nya juga kita memanjatkan kesyukuran bila beroleh sesuatu.

Adakah kita sebagai manusia biasa boleh menahan insan lain dari mencapai kejayaan, layakkah kita menidakkan hak orang lain, bolehkan kita besikap kejam sesama manusia. Dunia sekarang memang penuh dengan tipu daya dan muslihat, ingatlah dalam perjalanan mencapai kejayaan kekadang ada juga yang tersungkur. Bagi yang tersungkur jatuh dan rebah, bangun dan kumpulkan semangat dan tenaga baru, teruskan usaha kerana kejayaan pasti akan dicapai jika kita tidak mudah putus asa.

Sabtu, Disember 11, 2010

Minggu Pertama

20 jam seminggu, biasa sahaja, aku pernah dapat 26 jam seminggu satu ketika dahulu. Semuanya diterima dengan keterpaksaan, nak buat macam mana, nak menyalak bukit pasti tak akan runtuh. Sipalah aku yang dapat merubah apa yang telah diberikan.

Kekadang terfikir juga difikiran aku yang bukan dalam bidang pengurusan ini, tidak terfikirkah pihak bertanggunjawab membuat pengambilan bahawa tenaga yang akan membimbing modal ihsan itu tidak mencukupi. Kalau dah tak cukup orang kenapa nak menyusahkan ambil banyak-banyak. Tidak bijak sungguh mereka ini dalam bidang pengurusan, tak reti nak congak ke. Mungkin mereka tidak peduli dengan apa yang akan terjadi, mereka tidak  perlu berjuang dilapangan yang nak berjuang adalah golongan kuli seperti aku ini, yang nak perit tekak, bisu dan berpeluh ketiak adalah kami. Bo*** dan kejam sungguh.

Mereka tidak terfikirkah yang akan menjadi mangsa adalah pelanggan-pelanggan, kalau pelanggan-pelanggan merungut dan tidak berpuashati nanti golongan seperti aku juga yang akan dipersalahkan. Pihak yang memerintah tak akan jadi apa-apa, malah mereka akan bertambah naik pangkat. Hidung makin tinggi, bila ada masalah kami juga akan dimaki dan di herdik dan di cabar ajak betumbuk. Piiii rahhhhhhhh, geram sunggu aku ini.


Ahad, Disember 05, 2010

Selamat Kembali Bertugas

Salam sejahtera, esok 6 December 2010 pemulaan semester baru. Boleh juga dikatakan permulaan era baru, sebab sebelum ini semester baru hanya bermula pada awal Januari, tetapi kini dah ditukar menjadi December pula, begitulah perancangan manusia yang tidak pernah tetap dan kekal.

Walau apapun atau bilapun semuanya tidak penting, yang penting adalah tugas yang suci dan ikhlas "sicncerely"  dalam mendidik pelajar "modal insan". Semuanya mesti di setkan dalam dalam minda agar diri dan minda bersedia untuk menerima apa sahaja tugasan yang diberikan. Nampaknya semester ini terpaksa bergelut dengan bilangan pelajar yang melipah ruah. 

Bilangan pelajar yang melebihi dari kemampuan tenaga pengajar juga satu yang fenomena yang pelik berlaku ditahun ini, dimanakah kewarasan fikiran pihak yang menentukan terjadinya fenomena ini pun tidak dapat di terima oleh akal. Menjadi pengurus juga satu tanggungjawab yang berat, menganiaya dan menyebabkan orang teraniaya juga akan dipersolakan nanti.

Banyak idea dan perancangan yang tercetus dalam pemikiran bertujuan untuk menjana kecemerlangan pelajar. Ingat "Pelajar adalah keutamaan" bukan diri sendiri. Harap segala yang dirancang dan direncanakan akan mebuahkan hasil yang cemerlang.

16 December juga satu tarikh yang dinanti-nantikan. Khabarnya satu gelombang perubahan besar akan dilakukan oleh KP. Adakah aku akan terlibat juga dalam gelombang itu tidak dapat dipastikan  hanya Allah juga yang Berkuasa dan  Dialah yang Mentakdirkan segala-galanya. Semoga Allah Mengampunkan dosa kita dan memberi Petunjuk serta Hidayahnya kepada kita semua.

Rabu, November 10, 2010

Mengawasi Peperiksaan

Bermula dari tahun 2004 hingga ke semester ini, tidak pernah lagi aku dikecualikan dari menjadi Pegawas Peperiksaan di Politeknik (PTSS). Memang dah termaktub dalam tugas sebagai seorang pensyarah di PTSS menjadi Pengawas Peperiksaan adalah salah satu tugas yang mesti dilakukan. Dahulu pelajar tak ramai, pesyarah pun tak ramai, sekarang pelajar dah ramai, pensyarah juga dah ramai, kena jadi pengawas peperiksaan juga.

Pernah satu ketika dahulu bilik kelas digunakan sebagai dewan peperiksaan, sekarang Dewan Harum Manis digunakan sepenuhya. Nampaknya tahun ini DHM besrta bilik kelas digunakan juga.

Yang aku tahu waktu mengawas peperiksaan ada peraturan-peraturan yang patut di ikuti, kerja pensyarah ni sebenarnya taraf Profesional. Profesional ni samalah macam Doktor. Diantara peraturan mengawas peperiksaan yang masih aku ingat ialah:-

  • Waktu mengawas tak boleh bersembang.
  • Tak boleh baca jawapan pelajar
  • Tak boleh guna kasut yang kuat berbunyi ketika berjalan
  • Mesti berikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar, dicadangkan agar duduk/berdiri disudut yang dapat memerhatikan keseluruhan pelajar.
  • Mulakan masa peperiksaan mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Tidak boleh mengubah jarum jam
  • Tidak boleh mengganggu calon dengan pembetulan-pembetulan
Mengawas peperiksaan kalau nasib kurang baik dapat rakan yang banyak kerenah pun jenuh juga, ada yang datang 10 minit sahaja lepas tu hilang entah kemana,  pergi minumlah, mesyuaratlah dan bermacam-macam alasan yang diberi.

Kalau kita dah mengiktiraf diri sebagai Profesional maka kita harus menjaga Profesional kita, kalau tidak sanggup lebih baik tak payah jadi Profesional.

Isnin, November 01, 2010

Banjir

Hujan turun 2 hari tanpa henti,  maka terjadilah banjir, semuanya adalah dengan kuasa Allah. Banjir yang agak besar juga, syukur kepada Allah air tidaklah masuk sampai ke dalam rumah. Nampaknya ketika ini jam 22:39 malam hujan dan menunjukan tanda hendak berhenti, itupun dari pendengaran aku sahaja, nak mendongak ke langit tak nampak sebab malam. Apapun yang akan berlaku semuanya adalah kehendak dan ketentuan yang maha Esa.


Ahad, Oktober 31, 2010

Hujan

Syukur kepada Allah, hujan turun lagi hari ini, bermula dari awal pagi sehingga waktu ini 21:40 malam hujan masih turun, kadang-kadang lebat kadang-kadang renyai-renyai. Hujan datang bersama rezeki. Semoga rezeki bertambah-tambah.

Ahad, Oktober 10, 2010

Warga Asing

Kemana sahaja kita pergi sekarang ini mesti berjumpa dengan warga asing. Memang negara kita yang berbentuk semenanjung ini dikurniakan oleh Allah satu keistimewaan, sejak dari zaman dahulu kala lagi ianya menjadi tempat rebutan.

Pergi makan dekat kafetaria pekerja dan pelayan warga Kemboja, naik kereta nak pergi kerja berhenti kat lampu isyarat ada motor nombor pendaftaran Thailand disebelah, pi makan kat kedai mamak semua pekerja warga India, pi gunting rambut pun warga India. Naik kapal terbang sampai kat LCCT nak naik bas bau gudang garam, semua pekerja syarikat bas warga Indonesia. Mungkin Pilot yang bawa kapal terbang juga warga negara lain, pramugari mungkin rakyat Malaysia.

Kat Kuala Lumpur naik komuter lagi macam-macam warga asing yang aku jumpa, sampai tak tau nak sebut negara mana. Begitulah bertuahnya negara aku ini. Semoga ianya sentiasa aman dan sentosa.


Tip nak menjimatkan minyak. Jangan panaskan enjin kereta terlalu lama diwaktu pagi. 30 saat cukup. Lama-lama boleh membazikan minyak dan menyebabkan suhu bumi bertambah panas. Hanya satu mitos sahaja mengatakan bahawa memanaskan enjin dalam masa yang lama boleh menjaga enjin kenderaan anda. Semoga bumi kita lebih terpelihara selepas mengamalkan tip ini.


Hujung Minggu

Kenapa kita diberi cuti pada hari Sabtu dan Ahad?. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada hujung minggu ini, terutamanya aktiviti bersama keluarga.  Minggu lepas pi kursus, penceramah yang paling sempoi pernah aku Jumpa Encik Zahiruddin ada berkata "kita telah dilatih untuk berkerja, setiap hari pikir nak pergi kerja untuk dapatkan pendapatan bagi membesarkan anak-anak supaya mereka nanti boleh bekerja juga, begitulah kitaran hidup kita" betul juga kata dia.



Inilah aktiviti yang sempat aku lakukan pada hujung minggu ini, bukan nak tunjuk rajin. Inilah yang mampu aku buat.

Ada ketika kita kena bertugas pada hujung minggu, aduh sedih sekali, kalau dapat RM masuk tak apa juga, tapi kalau kena kerja tapi tak dapat apa "kosong je". Orang lain boleh berada dirumah bersama keluarga, bersama isteri dan anak-anak. Dahlah kena kerja pada  hari Sabtu dan Ahad, guna telefon sendiri pula kalau nak buat panggilan (hari cuti mana boleh guna telefon kat opis, sebab operator tak datang). Lepas tu kena maki dan kena marah pula sebab kerja tidak memuaskan hati orang yang menyuruh. Itulah hakikatnya kehidupan ini.

Selasa, September 28, 2010

Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah

Ada ketika pekerja terpaksa menghadapi perubahan, perubahan yang bakal dilakukan oleh peneraju organisasi, pekerja tidak boleh statik sahaja dalam kehidupan, mesti boleh berubah.

Ada yang mengatakan bahawa pekerja adalah seperti ketulan ais yang boleh dibekukan dan boleh dicairkan dan boleh dibekukan dan boleh dicairkan dan boleh dibekukan terus dan boleh dicairkan terus, ikut suka pentadbir.

Begitulah nasib ketulan ais, samalah nasib perkerja seperti aku ini.  Kita lihatlah nanti apa nak jadi pada ketulan ais tadi. Samada dia akan kembali seperti asal atau berubah. Kalau berubah bentuk ini yang dinamakan "Transfomasi".

Kalau peneraju kali ini memang prihatin tentang pekerja bawahan maka beruntunglah kami semua, kalau peneraju kali ini asyik nak memenuhi kantung sendiri, tak taulah apa nak jadi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Ahad, September 19, 2010

Lain Padang Lain Belalang

Kepada rakan-rakan dalam fb teks asal di laman blog http://www.taherkasa.blogspot.com sudi-sudilah ke laman blog aku dan klik pada iklan

Apakah yang dibuat oleh belalang?, pesoalan yang menarik, belalang mana ada bekerja. Belalang adalah sejenis serangga yang merosakkan tanaman seperti sayuran. Belalang merupakan musuh utama bagi petani. Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menghapuskan belalang?. Penggunaan racun makhluk perosak adalah kaedah yang amat mudah dan berkesan.

Bagaimana pula jika kita pelihara burung-burung sebagai penghapus belalang. Kita biarkan alam semula jadi yang meghapuskan musuh tanaman seperti belalang dan ulat-ulat. Katakan "tidak" pada racun makhluk perosak, pasti hidup kita akan lebih selamat.

Petua hari ini ialah kita tanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri, tanam bayam, tanam kunyit, tanam halia, tanam cili, serai, rebung dan bermacam-macam lagi sayuran boleh ditanam. Kalau tak ada tanah tanam sahaja dalam "polybag". Ingat jangan gunakan racun, biarkan burung-burung memakan ulat-ulat dan belalang.

Hasil tanaman pastinya tidaklah cantik seperti yang dibeli di pasar, daun sayur pasti belubang, tak apa asalkan kita makan makanan yang tidak mempunyai unsur-unsur yang membahayakan diri.


Juga jangan gunakan baja yang mempunyai kandungan bahan kimia, gunakan baja organik atau baja kompos.

Kalau nak makan ayam organik beli sahaja dari HPA.

Bagimana pula dangan pepatah Melayu "Lain Padang Lain Belalang". Ini lebih kurang  pada tafsiran aku ialah, perangai, tingkah laku dan tabiat manusia tidak sama di semua tempat.

Bagi orang yang baru datang ke sesuatu tempat sama ada berpindah kerja atau baru masuk kerja, jangalah anggap orang ditempat baru tu sama seperti di tempat lama. Tak kira yang baik atau yang buruk. Banyak perbezaannya.  Ambil masa untuk memerhati dan memahami manusia di tempat baru, masa yang diambil mungkin 6 bulan hingga 2 tahun. Kalau dah 2 tahun pun masih tak juga dapat memahami perangai manusia di tempat baru, baik berhenti saja dari jadi manusia.

Jumaat, September 17, 2010

Tugas Luar

Dah lama aku tak bertugas di luar kawasan.  Sebenarnya banyak tugas kekeluargaan yang pelu diuruskan, yang utama sekali ialah menghantar anak-anak ke sekolah dan bermacam-macam lagilah, biasalah orang dah bekeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, keluarga perlu diutamakan. 

Bayangkanlah bagaimana seorang anggota tentera yang terpaksa bertugas berbulan-bulan di luar (operasi/masuk hutan). Mungkin inilah salah satu sebab mengapa anak-anak tentera ada kenderaan (feri) menghantar mereka ke sekolah.

Aku lebih rela bekerja ditempat kerja sekarang dari bekerja diluar kawasan. Bayangkanlah terpaksa berkerja dari jam 8.00 hingga 10.00 malam dan memberikan sepenuh tumpuan kepada satu kerja, amat membosankan, tapi apa boleh buat dah diarahkan, terpaksalah ikut saja.

Untuk menghilangkan rasa kebosanan terpaksalah tanamkan dalam minda, "sekali sekala apa salahnya berjalan makan angin dan duduk dihotel."

Bayangkanlah perjalanan menggunakan bas ekspress dari Perlis ke Kota Raya, sekurang-kurangnya 6 jam, kalau naik keretapi lagi lah membosankan. Nak bawa kenderaan sendiri pun memenatkan juga. Aku ni bukan jenis suka sangat memandu jauh-jauh. Kalau boleh naik MAS syok sikit. Tapi siapa nak bagi, jangan haraplah.

Sepatutnya majikan mestilah mementingkan kebajikan pekerja, jika pekerja diperlukan untuk melakukan satu tugasan, berilah sedikit keistimewaan, tak boleh naik MAS, airAsia pun jadilah, alah bukannya mahal sangat. Mahal sikit dari bas ekspres saja.

Apa boleh buat, dah berkerja dengan orang, kena ikut sajalah, nantilah kalau aku dah jadi boss kepada diri sendiri aku tak akan mengeluh lagi. Harap-harap tahun depan aku akan jadi boss kepada diri aku sendiri, masa itu "akulah boss dan akulah pekerjanya"
 

Isnin, September 13, 2010

Raya 2010



Kegembiraan pada wajah anak-anak. Bahagialah mereka didunia dan akhirat.






Petua dari pakar motivasi "Jangan terlalu mewahkan anak-anak jika mahu lihat mereka berjaya." Insya Allah aku akan cuba.

Ahad, September 12, 2010

Aktiviti Selepas Ramadan

Semua di jemput untuk menghadiri kuliah maghrib di Masjid Kampung Tradisi, Lembah Keriang, Changloon, Kedah. Tiada yuran pengajian di kenakan semuanya adalah percuma.

Jadual Pengajian adalah seperti di bawah:-

Hari Ahad -   Ustaz Wan Abdul Rahman (UUM)
Hari Isnin -  Ustaz Nizo bin Abdul Rahman
              (UUM)
Hari Selasa - Ustaz Haji Helmi bin Haji Ramli
Hari Rabu -   Tiada Kuliah
Hari Khamis - Bacaan Yasin
Hari Jumaat - Ustaz Hasminuddin
Hari Sabtu -  Ustaz Tuan Sheikh Mohamad Naim 
              (Pegawai dari Pejabat Agama
              Kubang Pasu)

Datanglah beramai ramai, luangkan sedikit masa kita untuk agama dan akhirat.

Maghrib masuk lebih kurang jam 7.25 (19.25 pm) malam, Isyak lebih kurang jam 8.45 (20.45) malam. 

1 jam 30 minit sahaja kena duduk bersila mendengar kuliah, itupun termasuk sembahyang maghrib dan isyak. Kuliah sebenarnya lebih kurang 45 minit sahaja, tiada kerusi dan meja macam kat kelas.

Tiada diploma, ijazah atau master yang akan dianugerakan. Ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk kebaikan kita. Semoga Allah mengurniakan petunjuk dan hidayah kepada kita (termasuk aku). Semoga Allah menjauhkan sifat riak dan takbur dalam diri aku.

Sabtu, September 11, 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta Ketika Balik Kampung

http://www.taherkasa.blogspot.com/

Kepada yang memandu kenderaan balik ke kampung cuba kurangkan barangan yang dibawa bersama anda. Bawa sedikit barang cukuplah, rancang berapa helai baju yang nak dibawa balik, berapa helai seluar nak pakai, berapa pasang kasut nak guna dan dan keperluan lain yang nak bawak bawak balik ke kampung.  Barang-barang yang tak berguna dalam kereta keluarkan, besi-besi spana, tool box, botol air, payung, buku-buku, resit-resit kedai minyak dan bermacam-macam perkara lagi yang tak berguna buang saja. Bayangkan jika 1/2 kilogram barang tak berguna yang kita bawa sejauh beratus-ratus kilometer tentu tak dak faedahnya. Jika semua pengguna yang balik raya tahun ini buangkan 1/2 kilogram berat yang sepatutnya tidak dibawa bersama pada setiap kenderaan, berapa banyak yang telah dapat dijimatkan dinegara kita. Itulah petua yang boleh dipertimbangkan untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi di petua yang akan datang.

Jumaat, September 10, 2010

Gali Perigi

http://www.taherkasa.blogspot.com/

Selamat Hari Raya, teringat kata imam ketika khutbah pagi tadi. "Adakah kita mahu menjadi penggali perigi yang  setelah selesai menggali, air yang keluar itu diberi minum kepada orang sedangkan kita melihat dengan penuh kehausan tanpa menikmatinya sedikit pun".  Itulah antara kata-kata khatib yang masih aku ingat. Seruan yang penuh bermakna itu ditujukan khusus kepada golongan pemuda. Tapi aku rasa semua yang hadir juga patut mengambil iktibar dari cerita pengali perigi itu.  Itulah gambaran yang akan terjadi kepada kita jika kita tidak menguasai sepenuhnya negara kita. Kalau kita tidak jaganya dengan baik, mungkin semua akan tergadai, dan kita akan mengemis di bumi yang bertuah ini. Yang penting sekarang kita mesti kembali kepada Islam, jika kita berpegang kepada Islam, InsyaAllah semuanya akan terjamin.

Khamis, September 09, 2010

Makmurnya Negaraku

Siapa kata ekonomi kita sekarang meleset, sejak terbenamnya matahari petang tadi hingga sekarang berapa banyak dentuman mercun dan bunga api yang telah aku lihat dan dengar. Bayangkanlah jika setiap kali dentuman berapa RM yang melayang. Banyak sungguh duit depa no. Mana depa dapat, ish, ish, ish tak sayang ke duit sungguh. Arwah bapa aku pernah kata membakar mercun atau bunga apa seolah-olah seperti membakar duit. Alhamdulillah aku masih berpegang kepada pesanan dia. Jangan harap aku nak beli bunga api atau mercun untuk anak-anak aku. Kalau mereka beli sendiri aku tak tau la, biasalah anak remaja keinginan mereka bukan boleh disekat. Aku dulu pun pernah ramaja juga.

Kalau dulu hanya ada mercun roket dan bunga api sahaja, paling power pun mercun lada. Tapi sekarang bermacam-macam bunga api dan mercun. Dulu kalau nak tengok bunga api hanya pada hari-hari tertentu di Stadium. Tapi sekarang jiran sebelah pun ada bunga api yang power punya. Inilah budaya kita yang semakin berkembang. Dunia yang tanpa sempadan, masyarakat kita bermain mercun dan bunga api mengalahkan negara yang mengeluarkan barangan itu sendiri. Makmurnya Negaraku. Heran macamana depa boleh bawa masuk benda ni kenegara kita, siapalah yang punya angkara. Ini mesti RM punya pasal, yang penting boleh untung, apa nak jadi kepada negara mereka peduli apa. Yang jual dan yang beli serupa saja.

Apalah agaknya akan terjadi 10 atau 20 tahun lagi. Semoga Allah sentiasa merahmati negara ku ini. Semoga Allah akan membahagiakan anak cucu kita nanti didunia dan akhirat.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Allah menerima ibadah kita.

Teks asal boleh dibaca dilaman blog http://www.taherkasa.blogspot.com/

Rabu, September 08, 2010

Raya Datang Lagi


Syukur kepada Allah Ramadan masih ada satu hari lagi, hari Jumaat Raya. 30 hari rasa begitu cepat sekali, detikan jam tidak pernah menjadi cepat, ianya tetap sama walau berjuta tahun dahulu, cuma manusia dan zaman sahaja berubah, kalau dahulu nak pergi satu-satu tempat mengambil masa yang begitu lama sebab tak ada kenderaan, bila dah ada kenderaan semuanya menjadi pantas, mungkin dulu orang naik kuda, unta, gajah, keldai, sekarang orang naik kereta, motorsikal, basikal dan jet.

Sekarang semua orang sibuk bekerja mencari rezeki.



Pemandangan belakang rumah aku (rumah jiran)

Kerana sibuk mungkin tak sempat nak bersihkan halaman rumah. Kekadang kita hidup berjiran kena fikirkan juga jiran sebelah menyebelah, kalau rumput keliling rumah dah nak sama tinggi dengan tingkap rumah, mungkin boleh menyebabkan banyak masalah. Harap lepas raya nanti segalanya beres.








Selasa, Ogos 24, 2010

Kerja

Awal bulan, akhir bulan dan pertengahan bulan. Bahagian manakah yang paling menyeronokkan. Mengikut ustaz yang bagi ceramah kat masjid mengatakan ramadan terbahagi kepada tiga, 10 yang pertama Rahmat, 10 yang kedua Keampunan dan 10 yang terakhir adalah Dijauhkan dari api neraka. Itu bulan ramadan semoga kita semua mendapat apa yang dihidangkan.

Awal bulan duit masih banyak, pertengahan bulan duit dah kurang, belanja pun perlahan saja, akhir bulan wow dapat gaji, masa  ini duit keluar macam air paip bomba yang dibuka, apa tidaknya. Bayar ansuran kereta, ansuran rumah, bil air, bil elektrik, bil telefon, bil astro, beli barang keperluan dapur, bayar tambang bas sekolah anak, bayar kredit kad dan bermacam-macam lagi. 80 % dari gaji akan  habis dalam beberapa hari saja. Agaknya itulah tujuan kita kerja, kerja dapat gaji lepastu bayar bil.

Kerja ni sebenarnya kena iklhas, macam aku contohnya, aku kerja mengajar, hari-hari aku mengajar, mengajar sampai pandai, sampai boleh buat, tak kira siapa budak tu, anak petani, anak penoreh, anak polis, anak datuk, anak cina, anak india dan ada yang aku tak tau pun anak siapa. Kalau tak pandai juga apa boleh buat. Kita cuma boleh berusaha dan berdoa hanya Allah sahaja yang berkuasa.

Setiap hari datang kerja kena "punch kad" balik pun "punch kad" [rakam waktu kedatangan dan balik]. Ketepatan masa amat penting, mesti datang sebelum jam lapan tak boleh lambat walau 3 minit, kalau lambat 3 kali dalam sebulan akan dapat kad baru [warna lain]. Macam kata Pengarah aku baru-baru ini, "lepas punch card baru "free" sebelum itu tidak...,". Bagus juga kata-kata dia ni, biar sesetengah orang tu sedar sikit yang kita ni kerja dengan orang bukan kerja sendiri, tak boleh buat sesuka hati sahaja.

Kalau kerja polis atau tentera siapa yang ada pangkat akan nampak dibahunya ada paku atau line. Kalau kerja macam aku ni tak la ada paku kat bahu. Tapi ramai orang nak naik pangkat, termasuklah aku. Mungkin bila pangkat dah tinggi masyuk pun lebih kot, bolehlah menarik napas lega setiap kali pertengahan bulan.

Tapi bagi aku pangkat ini satu amanah dari majikan kita, kalau kita ada pangkat tetapi kerja tak tera (setakat) mana pun tak bagus juga. Kalau jadi boss banyak perkara yang nak kena fikir dan laksanakan, keadilan, cekap, kebajikan orang bawahan, mesra, tegas dan macam-macam lagilah. Kalau opis tak ceria kena bagi ceria. Kena selalu senyum dan mesra dengan anak buah. Selalu bertanya khabar dengan anak buah, kalau ada peralatan yang tak berfungsi atau rosak perlu di baiki segera. Kalau ada anak buah ditimpa musibah kena bantu. Kalau jam tak betul kena betulkan. Huh banyak juga kalau nak disenaraikan. Semuanya baik-baik belaka.

Kepada semua kawan-kawan yang di validasi termasuk aku, akan memperolehi apa yang diidamkan. Rezeki itu datang dari Allah. Bukan dari makhluk.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Pemandangan Bumi Tercinta

Inilah bumi yang tercinta, pemandangan yang indah, mungkin kamera yang digunakan tak berapa canggih kot, gambar pun tak berapa cantik.

Ini pula gambar tengah membeli makanan kat kafe baru PTSS, apa boleh buat dah peraturan, mana ada keistimewaan, terpaksalah beratur besama-sama dengan student. Jangan haraplah nak dapat bayar dahulu, lama juga tunggu nak bayar 10 minit ada le, dah lah lapar. (gambar ini diambil sebelum bulan puasa).

Kalau pihak berkuasa tentu tak merasa suasana beratur seperti aku ini, sebab selalunya pihak yang berkuasa, atau yang berwajib atau pihak pentadbiran selalunya makanan telah dihidangkan atas meja dan mendapat layanan istimewa. Sebab itulah ramai yang berpusu-pusu hendak medapat tempat yang lebih tinggi, rupa-rupanya banyak keistimewaanya. Kenapalah aku tak terpikirkan ini semua. Ish-ish cobaan... Kalau asyik dok kat bawah, jadi kuli lah seumur hidup.

Cuba renungkan beberapa ungkapan dibawah.

Sebagai seorang pekerja....

Yang paling mengembirakan ialah bila dapat gaji.

Yang paling syok ialah tak buat kerja teruk-teruk pun dapat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat

Bakat yang paling terer ialah "bodek boss"

Kesalahan paling besar ialah "bertentang pendapat dengan boss"

Yang paling-paling mengembirakan ialah menjadi boss kepada boss anda

Paling bijak ialah bila anda datang lewat tapi boss tak tau

Paling rugi ialah anda bekerja kuat tetapi yang dapat pujian adalah orang lain

Ini semua bukan pendapat aku, aku cilok daripada satu email yang aku terima. Bukan nak tunjuk apa-apa cuma sekadar catatan sahaja.

Rabu, Ogos 11, 2010

Untung

Siapa yang tidak mahu untung, tidak ada orang yang berniaga semata-mata untuk rugi. Setiap perniagaan mesti berobjektifkan keuntungan.  Berapa peratuskah (%) keuntungan seunit barang yang dijual.  Sebagai pembeli mungkin kita tidak pernah memikirkan perkara ini. Bagi kita asalkan kita dapat beli barang yang diidamkan dengan harga yang berpatutan sudahlah.  9 daripada 10 rezeki adalah dari perniagaan.

Selagi ada keuntungan selagi  itulah manusia akan berusaha untuk berniaga, dalam bulan ramadan ramai yang akan  berniaga. Setiap perniagaan pasti akan beroleh keuntungan. Ada yang berniaga barangan yang sah dan halal. Ada jua yang menjual barangan yang tidak pasti sah dan juga halalnya seperti menjual mercun yang diseludup. Barangan seperti mercun ni bukanya ada faedah, membazir dan menganggu ketenteraman  orang saja.(bising)

Selagi ada untung selagi itu manusia akan berjual, ada yang sanggup jual minyak petrol ke negara jiran, ada yang jual barang cetak rompak dan bermacam-macam lagi. Harap-harap mereka yang buat kerja tak senonoh ini cepat-cepatlah insaf dan bertaubat. Semoga negara kita akan dipenuhi mausia yang berniaga secara jujur.

Selamat berpuasa. Layarilah laman blog aku selalu http://www.taherkasa.blogspot.com/

Selasa, Ogos 10, 2010

Selasa, Ogos 03, 2010

Bahasa

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Aku bangga menjadi seorang Melayu yang mempunyai budi dan bahasa yang amat baik sekali. Aku juga bangga menjadi Rakyat Negara Malaysia yang aman dan damai. Semoga bangsa dan negaraku sentiasa dirahmati Allah, amin. Aku selalu menasihati pelajar dan juga diriku supaya mengubah fenomena "Janji Melayu". Inilah salah satu tabiat yang perlu diubah agar bangsaku bertambah maju dimasa hadapan.

Ahad, Julai 25, 2010

Macam-macam

Lama tak menulis, hari ini nak mulakan dengan satu kisah terserempak dengan dua orang pemuda berumur dalam lingkungan 20 tahun sedang membeli alat ujian kehamilan di sebuah kedai 24 jam disini. Waktu itu jam dah pukul 12 malam, aku kesana kerana nak beli roti untuk sarapan pagi esok. Dalam hati terfikir juga kenapalah dua orang pemuda ini nak beli benda ni?. Apakah tujuan mereka, takkan mereka nak guna untuk diri sendiri kot. Hakikatnya inilah tempat kita sekarang, apa dah jadi. Kita terlalu mengejar kemodenan, kita mau segala-galanya maju, manusia maju, idustri maju, pendidikan maju  dan yang sama maju denganya. Kita hidup terlalu bebas apa dah jadi?

Kisah berikutnya terserempak dengan dua orang pemuda juga umur dalam lingkungan 20 tahun, tapi yang ini warga Thai, dari motosikal dan wajah mereka aku pasti mereka dari Thailand. Berpakaian seragam balik dari menoreh getah dan membawa peralatan menoreh. Kelihatan amat penat mencari rezeki yang halal di negeri orang. Itulah kehidupan dan nasib mereka, bebeza dengan anak-anak kita yang dibuai dengan kemewahan dan kemajuan. Mana ada anak-anak kita yang sanggup bekerja keras menoreh getah sekarang ni.

Berikutnya terserempak pula dengan seorang pemuda yang membeli minyak petrol dengan kuantiti yang banyak diisikan dalam tong dan dimuatkan didalam kereka nasional. Mulanya terfikir juga mesti nak guna untuk mesin menuai padi, tapi mana ada mesin menuai padi yang guna minyak petrol. Dia nak buat apa minyak banyak sangat?. Selagi ada keuntungan manusia akan tetap berusaha tak kira ianya merampas hak orang lain atau tidak, asal boleh jadi duit dengan mudah. Tidak langsung terfikir risiko kereta terbakar ke atau ...

aku pun nak cari duit juga....
lawatilah blog kedai aku http://www.cantikbergaya.blogspot.com/
yang ini halal dan tak curi hak orang

Khamis, Mei 27, 2010

Pekerja Adalah Aset Penting Dalam Organisasi

Kalau di sektor Swasta pekerja adalah aset penting bagi organisasi mereka, lagi lama bekerja lagi tinggi nilai sesaorang pekerja. Sebab orang lama banyak pengalaman, kerja cekap dan bermacam-macam lagi yang baik-baiklah. Cuma pekerja lama perlu dibayar gaji lebih sedikit. Kalau pekerja baru, kerja tak berapa cekap, tidak berpengalaman dan macam-macam lagilah. Gaji sikit sebab baru kerja.

Kalau majikan yang waras tentu akan mengekalkan pekerja lama, sebab apa? pikirlah sendiri. Kalau pengurus yang kurang bijak pasti akan mengambil pekerja baru buang yang lama, kononya menjimatkan kos. Pengurus yang bengong saya buat begini.

Pekerja yang dibayar gaji atau upah akan dikerah keringatnya setimpal dengan gaji yang dibayar. Kalau tak percaya tanya orang yang pernah kerja dengan Jepun.

Kebajikan pekerja adalah perkara yang paling penting dalam mengendalikan organisasi. Cuti adalah satu kebajikan, cuti diperlukan oleh pekerja untuk merehatkan diri dan minda setelah penat diperah keringatnya. Tenaga dan minda yang segar diperlukan untuk memulakan kerja setelah bercuti, barulah produktiviti akan meningkat.

Tempat aku kerja kebajikan pekerja boleh dikatakan teruk. Langsung tidak mempedulikan dan menghormati masa cuti. Kebetulan minggu ini hari Jumaat adalah cuti umum sempena hari Vesak. Aku bukanya nak merayakan Vesak. Cuma bila cuti semua orang akan berasa lega dan masa inilah nak berehat bersama anak-anak, nak bawa anak berjalan-jalan pergi berkelah dan sebagainyalah mengikut citarasa masing-masing. Ada ke patut kerja mesti disiapkan pada Hari Isnin. Bermakna tidak ada cutilah. Terusterang aku cakaplah senang. Tugas menanda kertas mesti disiapkan pada hari Isnin (markah mesti siap). Sedangkan ada peperiksan yang baru habis pada petang Khamis pukul 4.45 petang (bukan kertas aku). Bayangkanlah, bilalah masa nak cuti bagi mereka yang kertasnya akhir sekali ini.

Beginilah keadaanya jika ada pengurusan yang tidak memikirkan kebajikan orang lain. Apalah salahnya bagi lebih sikit hari untuk orang-orang yang kertas mereka lewat habis. Akupun tak faham apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pengurus-pengurus begini. Adakah mereka mementingkan pangkat (bila kerja cepat siap merekalah yang dapat nama) sedangkan yang berkerja keras adalah orang-orang macam kami.

Ingatlah wahai Pengurus-pengurus, kekadang kita sibuk mengejar pangkat didunia sedangkan kita tidak sedar yang kita telah menindas orang lain. Fikirkanlah sedikit orang yang ditindas dan juga apakah balasan yang mungkin akan diterima di akhirat nanti. Dunia yang dikejar hanyalah kesenangan sementara, akhirat juga yang kekal.

Isnin, Mei 24, 2010

Naik Bas

Sekitar tahun 80an pengangkutan Bas memang popular di tempat aku. Kalau hari Sabtu nak ke Alor Setar memang jenuh menunggu bas, kekadang datang satu bas penuh, kalau dah penuh mestilah pemandunya tak nak hentikan bas, terpaksalah tunggu satu lagi bas datang. Masa tu tak ramai orang memilik motorsikal, kalau nak kebandar bas adalah pengangkutan pilihan.

Pernah aku dengar cerita satu ketika bas yang ditinggalkan oleh pemandu tanpa dimatikan enjin dicuri pandu oleh orang yang kurang waras "gila". Bayangkanlah jika anda adalah salah seorang dari penumpang bas itu, apakah perasaan anda? apakah tindakan anda? bagaimanakah wajah anda? bermacam-macam kemungkinan lagilah. Mengikut orang yang menceritakan kisah ini akhirnya pemandu yang "mereng" ini memberhentikan bas ditepi jalan dan meninggalanya begitu sahaja. Aku pun tak pastilah cerita ini benar atau tidak, aku cuma dengar cakap sahaja.

Sekarang bas dah tak begitu popular lagi kot? aku pun dah lama tak naik bas kat kampung aku ni, bukannya sombong tapi dah ada kereta buat apa nak naik bas. Tapi masa kerja kat KL dulu hari-hari naik bas pergi kerja. Naik saja bas boleh tido, macam ada suis automatik pula, bila bas bergerak terus lena dan bila sampai je tempat berhenti mesti terjaga, kalau tak terjaga pun ada member yang tolong kejutkan. Kalau tak percaya cuba sekali naik bas dari Seremban atau Klang waktu sama dengan orang peri kerja.

Apa pun yang penting pastikan pemandu bas yang anda naiki itu adalah waras 100%, JANGAN yang mereng atau setengah tiang macam yang aku dengar cerita tadi. Begitulah juga dengan hidup ini harap-harap dapat yang waras untuk membawa kita menuju kehadapan, kalau yang bawa kita kurang waras tak kemanahlah kita jadinya.

Isnin, Mei 17, 2010

Piramid

Ada piramid ka kat sini?, mungkin itu persoalan yang timbul bila anda lalu di kawasan ini. Perjalanan dari Changlon ke Kuala Nerang menggunakan jalan belakang melalui Kampung Darat akan menemui satu bukit yang seakan-akan piramid. Mungkinkah orang Melayu juga telah membina bangunan seperti piramid di sini. Hah! mengarut saja aku ini. Ini semua adalah kejadian alam semula jadi yang telah ujud beratus-ratus tahun, itulah kebesaran Allah. Bukit-bukau dan gunung-ganang adalah paku alam. Sayangnya banyak yang telah digondol dan diratakan untuk di ambil tanahnya. Manusia peduli apa, yang penting boleh mendatangkan RM ($$$$). Apa sahaja yang ada muka bumi ini boleh dijual dijadikan duit, jual sahaja. Jangan pedulikan generasi akan datang. Tanah, bukit, pasir, balak, batu, minyak, malah orang pun boleh dijual.

Ahad, April 25, 2010

Hiburan




Tak Perlu Beli Tiket, Tak Perlu Bayar Cukai... teringat lagu Sudirman Haji Arshad. Petang Sabtu lepas bersama anak-anak ke Alor Setar. Beberapa hari sebelum ini ada terbaca dalam akhbar akan berlangsung acara penerjunan payung terjun di Menara Alor Setar. Memang ada niat untuk pergi, dalam hati berkata "kalau boleh pergi tengok bagus juga ni". Secara kebetulan pula dalam dok pusing-pusing bandar Alor Setar, ternampaklah Menara yang tersergam dan ada kelibat seperti orang nak terjun. Apa lagi, kami sekeluarga pun teruslah kesana, kebetulan pula majlis baru nak bermula dan pengunjung pun tak berapa ramai lagi. Menarik juga dan sempat juga merakamkan beberapa keping gambar menggunakan telefon bimbit kepunyaan isteri yang baru dibeli. Ada juga aku rakamkan video menggunakan telefon bimbit, rasa tak perlu upload nanti slow jadinya nak masuk blog aku ni.
Mula-mula sampai tak ramai orang kat sana, makin lama makin ramai pula. Walaupun bagi aku ini satu acara yang menarik dan bertaraf "international" tapi tak ramai pula pengunjung, orang yang datang nampak seperti satu kebetulan sahaja. Mungkin kerana tak perlu bayar, ataupun tak ada artis yang terkenal. Ataupun memang tak ramai yang berminat. Tak taulah, yang penting aku suka dan menikmati acara ini.
Aku suka tengok sahaja, tapi kalau diberi peluang untuk terjun, minta maaf aku tak berani, gayat tempat tinggi. Seronok juga tengok manusia boleh melayang-layang diudara dari bagunan tinggi. Aku memang suka tengok pertunjukan terjun payung ini. Mungkin sebab aku tak berani buat tapi aku kagum dengan manusia yang berani dan sanggup berlatih untuk membolehkan mereka layak melakukan sukan extrem ini.

Sabtu, April 17, 2010

Bisnes, Usahawan

Pagi tadi berkesempatan menghadiri seminar Program Gerak Usahawan Siswa di Dewan Harumanis PTSS, kehadiran pelajar seperti biasalah dari sepuluh hanya dua yang hadir. Mungkin bagi sesetengah orang bilangan yang hadir tidak penting, kenginan mereka yang hadir untuk mendengar dan seterusnya menjadi usahawan adalah penting.

Penceramah bukan calang-calang orang, Ybhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali bin Hashim, peluang ini tak disia-siakan oleh aku. Dari buku "Berani Menang" tulisan Mark Victor Hansen dan Jack Canfield, setiap kita seharusnya menghadiri seminar dalam bidang yang diminati sekurang-kurannya sekali sebulan. Menghadiri seminar adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kekuatan mental diantaranya; Membaca bahan yang membina, menjadi pekongsi minda, menjadi seorang mentee, mendengar pita rakaman yang memberikan inpirasi dan pengajaran, menghadiri seminar, dan akhir sekali elakan pengaruh buruk TV.

Dalam buku itu juga menyarankan kita agar kita menyenaraikan orang yang ingin kita temui. Senaraikan seberapa ramai orang yang ingin kita temui. Bila kita dah berjaya bertemu dengan orang yang kita senaraikan, tuliskan perkataan "kemenangan".

Banyak juga input-input baik yang disampaikan oleh penceramah serta doa dan harapan beliau agar ramai yang menjadi usahawan pada satu hari nanti.

Timang Tinggi Sampai Cucur Atap
Belum Tumbuh Gigi Dah Pandai Baca Kitab

ATAU

Timang Tinggi-Tinggi Sampai Jangan Sampai Jatuh Tangga
Belum Tumbuh Gigi Dah Pandai Nak Berniaga

Rabu, April 07, 2010

Kejujuran

Kejujuran amat penting dalam kehidupan, jujur terhadap majikan, jujur terhadap kawan, jujur terhadap suami atau isteri dan jujur terhadap diri sendiri. Pepatah mengatakan "Siakap, Senohong, Gelama dan Ikan Duri, bercakap bohong lama-lama mencuri". Bercakap bohong jangan sekali biar dalam apa situasi sekalipun. Mencuri lagi tak boleh, kalau ikut hukum hudud mencuri boleh dipotong tangan.

Alangkah amannya dunia jika semua manusia bersikap jujur dan tidak mencuri. Kehidupan akan menjadi damai sekali, tidak ada kes ragut, tidak ada kecurian dan jenayah. Pernah tak anda kehilangan barang, aku dah banyak dah. Kasut, pancing, motosikal antara barang aku yang pernah dicuri. Harap-harap orang yang mencuri barang aku tu dah insaf. Minta perlindungan dari Allah semoga aku dan keluarga aku tidak termasuk dalam golongan ini.

Yang penting hidup mesti diteruskan. Hidup tanpa cabaran tidak ada maknanya.

Isnin, Mac 29, 2010

Apa nak buat

Rutin kerja harian ialah pagi pergi kerja jam 7.30 pagi hantar anak ke sekolah lepastu terus ke tempat kerja, punch kad (sebelum jam lapan). Masuk kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerja ku mengajar, ajar orang sampai pandai, yang asalnya datang tak reti nak buat apa, akhinya mahir. Itulah hasil kerja aku, kerja nampak mudah tapi tak seorangpun yang sanggup nak ambil alih tugas aku dan tak ada orang yang nak buat kerja aku, sebab sampai sekarang ni pun tak ada yang nak mohon kerja aku ni. Aku bangga dengan kerja aku sebab hasilnya nampak dan dapat dinilai. Ada orang pernah pertikaikan kerja aku, katanya kerja yang tidak ada cabaran langsung, aku hormati pendapat orang itu, tapi dia tak hormati kerja aku, suka hati dia lah. Aku masih ingat orang ini, tapi maaf aku tak berdendam dengan orang. Kalau yang pernah belajar dengan aku mesti tau apa kerja aku.

Aku bahagia dengan kerja yang aku buat. Aku bangga, aku tak pernah minta untuk dinaikan pangkat, dan aku tak pernah minta berhenti dari melakukan kerja aku. Nak tau apa kerja aku. Kerja aku ialah mengajar menaip. Kepada bekas pelajar aku yang menaip dengan mahir dan mendapat pujian bila menaip jangan lupa aku.

Isnin, Mac 15, 2010

Tingggi-Tinggi Si MaTaHari



Cuti sekolah datang lagi, apakah akitviti yang kau lakukan wahai anakku. Apakah perancangan yang telah engkau tetapkan sepanjang cuti ini wahai anakku. Adakah kau akan biarkan masa berlalu tanpa sebarang faedah. Kau hanya biarkan detik waktu berlalu dengan bangun pagi semasa mentari telah menyinar terang, memenuhi perutmu dengan masakan enak ibu di rumah dan meronda-ronda sekeliling taman tanpa apa-apa yang dilakukan dan memuhi hari malam dengan rancangan TV yang melalaikan. Betapa ruginya masa yang berlalu bila ia dah pergi. Masa adalah sesuatu yang pergi tanpa tahu kembali.

Lihatlah bangsa lain wahai anakku, apa yang mereka buat semasa cuti. Ada yang menolong ibu bapa di premis-premis perniagaan, mereka tolong bukan hanya diwaktu cuti sahaja, malah dari usia kecil lagi mereka dah diasuh untuk bekerja. Itulah punca pendapatan yang menyara hidup mereka. Itulah sumber wang yang digunakan untuk dibawa kesekolah, membeli barang keperluan harian, membeli pakaian, malah mendirikan mahligai mewah mereka. Mereka di latih dan ditanam dalam jiwa mereka "inilah punca pendapatan kita", "dengan pekerjaan inilah kita hidup". Cuba lihat dipremis-premis perniagaan, banyak kawan-kawanmu yang berbangsa lain bekerja secara sambilan semasa cuti ini. Kenapa mereka bekerja, adakah kerana mereka nakkan wang, tidak sama sekali. Mereka melatih diri sediri, memberi kesedaran kepada diri sendiri betapa susahnya mendapatkan sesuap nasi. Bila kita tahu betapa payahnya hidup barulah kita hargai kehidupan ini. Cuba bandingkan dengan kita, kita mewah, kita ada segala-galanya, kita tidak pernah rasa susah. Bangun pagi semua dah ada.

Sedarlah wahai anak-anaku, jangan lagi kita leka dengan kemewahan, jangan lagi kita leka dengan "Subuh Gajah", jangan kita tidur dengan kekenyangan. Kita harus bersedia menghadapi kesusahan. Bangunlah.

"Tinggi-tinggi Si Matahari, Anak Kerbau Mati Tertambat"

Jumaat, Mac 12, 2010

Hujan


Hari ini hujan turun agak lebat juga, lama juga dah tak hujan. Mungkin sebab dah mula cuti sekolah dan dah mula kenduri kawin maka hujan pun turun. Mungkin musim hujan dah bermula, mengikut ramalan jabatan meteorologi cuaca panas akan berpanjangan sehingga bulan April. Harap-harap ramalan mereka tidak tepat. Setiap hari ada sahaja kelihatan kebakaran belukar berlaku di kawasan aku ni.

Inilah negara kita yang beriklim tropika yang sentiasa hujan dan panas. Negara yang kita cintai. Negara Tumpah Darahku. Semoga Negara kita akan sentiasa aman dan damai.

Jumaat, Mac 05, 2010

Bijak

Alat apakah yang boleh digunakan untuk mengukur kebijaksanaan seseorang. Adakah kaedah mengukur IQ yang digunakan boleh diterima pakai. Aku pernah dengar IQ seseorang boleh diukur, tapi tak tau dimanakah, siapakah dan bagaimanakah ianya diukur, sebab aku tidak pernah mengambil ujian itu. Ujian yang pernah aku ambil diantaranya ialah Peperiksaan Darjah 6, Peperiksaan SRP, SPM, Ujian Memandu dan banyak ujian lain.

Macam mana kita nak ukur kecerdikan sesaorang?????.

Bolehkah kita mengatakan bahawa orang itu kurang cerdik, orang ini lebih cerdik. Susah juga. Yang penting kita kena gunakan otak yang ada untuk berfikir. Jadi gunakanlah ia sebaik-baiknya.

Ahad, Februari 28, 2010

Pekerjaan

Apakah pekerjaan warga kampung kita atau anda, ada yang menoreh getah, ada yang bersawah padi dan bermacam-macam pekerjaan yang menghasilkan pendapatan yang halal. Jika di kenang kembali 100 tahun dahulu sekitar tahun 1910 atau tahun 1900 dan sebelum itu. Ini cuma kenangan kembali, bukan fakta sejarah. Berapa ramaikah penghuni sesebuah kampung. Apakah pekerjaan penghuni kampung ketika itu, bagaimanakah cara pakaian mereka, bagaimanakah rumah mereka dibina, bagaimanakah perhubungan mereka, jalan yang menghubungi sebuah kampung dengan kampung yang lain.

Kita sekarang yang tinggal dalam suasana serba maju, ada jalan raya yang besar, ada pengangkutan yang pantas, ada makanan yang mewah dan sedap, ada pakaian yang cantik dan banyak dan bermacam-macam lagi. Aman dan damai. Syukur kepada Allah banyak-banyak.

Cuba bayangkan pula 100 tahun akan datang, apa nak jadi. Bagaimanakah bentuk kenderaan masa itu, bagaimanakah cara perhubungan masa itu, apakah jenis makanan bagaimana cara berpakaian. Tak siapa yang tahu. Seronok juga menggunakan otak kita yang ada berjuta-juta sel untuk menggambarakan masa depan.

Yang penting disini, ialah untuk menggunakan minda kita yang dijadikan oleh Allah untuk berfikiran kreatif dan inovatif menghasilkan banyak barangan agar kita menjadi bangsa yang maju.

Sabtu, Februari 27, 2010

Kami 1Keluarga



















Keluarga bahagia, minggu ini cuti 3 hari banyak masa bersama anak-anak.


Isnin, Februari 22, 2010

Mengubah Haluan



Masih ingat lagi sekolah rendah aku dahulu, Sekolah Kebangsaan Hosba http://skhosba.zoom-a.com/index.html, banyak kenangan manis disana, kawan-kawan lama, cikgu yang mengajar aku mengenal a, b, c sampai z. Kalau tak ada Guru-guru darjah 1 manalah aku tau membaca dan manalah aku boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih Cikgu, aku mohon kepada Allah agar sentiasa merahmati semua guru-guru yang pernah mengajar aku. Semoga mereka dan keluarga sentiasa bahagia dan dilimpahi dengan taufik dan hidayahNya.





Jauh juga perjalanan nak sampai ke tahap ini, tapi kalau di kenangkan masih banyak lagi yang nak di kejar. Umur dah semakin tua. Perlukah belajar lagi, perlukah masuk ke Universiti lagi, kekadang rasa dah cukup lah. Apakah tujuan nak belajar lagi, adakah benar-benar ingin menuntut ilmu, atau ada muslihat lain. Patutkah pergi belajar kerana ingin melarikan diri dari bebanan tugas ditempat kerja, atau kerana memang ada kemudahan yang disediakan dan kalau tak guna rugi juga. Ataupun belajar kerana salah satu kriteria kenaikan pangkat mesti ada master atau PHD. Ataupun kerana takut ketinggalan berbanding dengan rakan setugas muda-muda yang masing-masing ada Master dan PHD.





Ahhhh, itu belum cerita lagi tengtang ilmu keagamaan dan ilmu akhirat.

Ahad, Februari 21, 2010

Hujan

Syukur kepada Allah petang tadi lebih kurang jam 1800 hujuan turun dengan lebat di kawasan rumah aku. Agak lama juga tak hujan. Petang tadi juga sebelum hujan ada berjumpa dua tiga orang jiran yang berkata "hari ini panas betul, macam nak hujan" memang betul tekaan mereka. Aku rasa bukan tekaan tapi satu doa. Bila hari terlalu panas ungkapan tadi akan keluar, "panas betul hari ni, macam nak hujan je". Memang hujan akan turun. Orang Melayu memang hidup dengan penuh perkara-perkara yang tak dapat di jelaskan dengan sains dan teknologi. Gambar diatas sebagai hiasan sahaja, bukan gambar terkini.

Rabu, Februari 17, 2010

Kemahiran






Salam sejahtera petang tadi ke basikal tukar tiub tayar depan kena caj RM7.00. Basikal yang aku kadang-kadang guna untuk mengeluarkan sedikit peluh diwaktu petang. Pemilik kedai seorang lelaki tua yang dibantu oleh seorang anak yang masih muda. Gambar basikal dan kedai diatas hanya sekadar hiasan sahaja. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah bagaimana kemahiran dan perniagaan di warisi dari satu keturunan ke satu keturunan. Kemahiran dalam perniagaan menservis (membaiki) basikal yang diturunkan kepada anaknya. Anaknya dengan rela dan gembira menjalankan tugasnya (dari riak muka yang aku lihat). Inilah rahsia yang perlu dicungkil. Inilah ilmu yang perlu dipelajari. Di Sekolah, Politeknik dan Universiti matapelajaran keusahawanan di gubal dan di ajar kepada kebanyakan pelajar. Tetapi ramai yang tak sampai kemana, dimanakah kekurangan ilmu yang dipelajari. Banyak lagi yang perlu kita terokai.
Semangat, kekuatan, ketabahan, kemahuan, pengorbanan dan macam-macam perkara +ve perlu ada dalam jiwa kita. Kalau tidak, kita tidak akan kemana. Entah-entah kita perlu mengemis di tanah air sendiri satu masa nanti.
Kalau kita baca kebanyakan akhbar hari ini menceritakan tentang kajian yang dilakukan oleh Malaysian Business menyatakan orang terkaya di Malaysia mempunyai kekayaan sebanyak RM42.76 billion. (Baca akhbar hari ini kalau nak tau lebih lanjut). Macamana harta yang sebegitu banyak diperolehi?. Sudah tentu daripada usaha yang gigih diperingkat awal. Tentu banyak cabaran dan rintangan ditempuhi sehigga angka berbillion ini di capai.
Ada seorang kawan pernah berkata ketika bersembang di kedai kopi. Nak cari RM1 juta yang pertama memang sukar, tapi bila dah ada RM1 juta, duit itu akan tumbuh seperti taugeh. Walaupun kita tidor duit itu akan tumboh sendiri.
Ada juga cerita dari kawan lama tentang sorang pemuda yang menang dalam pertandingan hanya mahukan satu biji beras pada hari pertama, permintaan ini menjadi bahan ketawa pembesar-pembesar yang mendengarnya. Tetapi satu biji hendaklah digandakan dengan dua pada kedua, dua biji akan diganda dengan dua pada hari berikutnya, begitualah setiap hari jumlah yang bertambah perlu digandakan dengan jumlah yang bertambah. Cuba ambil kakulator kira tengok. Hari pertama 1, esok 2 ganda 2, lusa 4 ganda 4, tulat 16 ganda 16 dan seterusnya tungging dan hari-hari lain.
Duit satu sen yang kita tak hiraukan pun kalau kita gandakan menggunakan kaedah ini sebulan jadi berapa? Banyak juga wooo....

Sabtu, Februari 06, 2010

Mari Pakat Ramai-Ramai Jadi Ahli NUTP

NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) http://nutp.org/ membela nasib Pensyarah Politeknik, untuk maklumat lanjut baca harian metro atau singgah di http://www.hmetro.com.my/ hari ini, cari pada ruangan "setempat".

Sebenarnya dah lama aku kempen agar kawan-kawan menjadi ahli kesatuan, tetapi disebabkan kesibukan kita semua kita mungkin lupa tentang pentingnya kita berpesatuan. Kalau dalam 300 orang pensyarah hanya 15 orang sahaja jadi ahli, kesatuan mungkin sukar nak tolong, tapi kalau semua 300 kita menjadi ahli sudah semestinya mereka akan tolong kita.

Untuk dapatkan borang boleh berhubung dengan aku atau Encik Shamsuri unit multimedia. (maaf kalau salah eja nama)

Khamis, Februari 04, 2010

Kebersihan











Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil ketika makan tengahari di kafe pentadbiran. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku bila melihatkan lima dari enam paip air kat sinki dibalut dengan plastik.
Pesoalan pertama ialah siapa rajin sangat balut paip air dengan plastik. Persoalan kedua, kenapa ianya dibalut. Tekaan aku bagi soalan pertama ialah sinki ini dibalut oleh pengusaha kafe. Jawapan bagi persoalan kedua, kenapa dia balut?, mungkin tekanan air tak kuat jadi langkah bijak pengusaha kafe ini ialah menutup 5 dari 6 paip air, maka tekanan menjadi stabil, mudahlah pekerja dia mencuci pinggan dan menyediakan makanan. Mungkin juga dia balut sebab kotor. Lihat gambar kedua. Bila satu sinki sahaja boleh digunakan jadi tak teruklah kerja pembersihan dilakukan.
Masa aku pergi makan tadi lebih kurang jam 1.15 tengahari, suasana di kafe memanglah penuh sesak dengan pelajar. Meja boleh dikatakan kotor sebab tidak dilap. Memang tak ada orang lap pun. Kempen kebersihan yang dijalankan boleh dikatakan berkesan, pelajar memang dah mengikuti peraturan memasukan pinggan mangkuk yang digunakan kedalam bekas yang disediakan, cuma meja saja tak dilap. Sebab mengelap meja tidak termasuk dalam arahan, dan memang tak sesuai pun suruh pelajar lap meja. Tapi apa salahnya jika kita menjadi insan yang bertanggungjawab, membesihkan tempat kita makan. Ini kena latih dari rumah.
Dari pemerhatian aku, ada pihak yang perlu turun melihat sendiri keadaan di tempat makan pelajar, pihak-pihak ini perlu datang makan (beli) makanan bersama-sama dengan pelajar, rasai sendiri keenakan makanan yang dijual, rasai sendiri harga makanan, hidu sendiri suasana sekitar tempat makan pelajar, lihat sendiri perangai pelajar. Setelah puas turun dan menikmati bersama-sama barulah boleh diperbetulkan apa yang tidak betul.
Kalau tekana air rendah, pihak yang mempunyai kuasa bolehlah arahkan dibaiki segera. Kalau ada lantai yang pecah, boleh segera arahkan, kalau lampu atau kipas tak berfungsi, minta pihak yang pandai elektrik betulkan. Kalau makanan mahal sangat, bincang dengan pengusaha. Kalau ada pelajar yang terlampau boleh tegur-tegurkan. Boleh kata banyak perkara yang boleh dibuat, demi kebaikan Institusi yang disayangi.
Kekadang bila kita terlalu mengejar banyak sangat perkara yang besar seperti keuntungan, bertukar dan gelaran, kita lupa kepada anak didik kita yang seolah-olah dibiarkan tanpa pedoman. Sebenarnya merekalah yang kita nak didik, bukan pangkat, keuntungan dan kekayaan yang perlu diutamakan. Jangan sampai satu hari nanti kita akan dipersoalkan jika mereka gagal dalam kehidupan. Merekalah yang akan menjadi pewaris Negara kita dan 90% dari mereka adalah anak bangsa kita yang selalu menjadi statistik dalam pengiraan penghuni pusat serenti, penghuni rumah besi dan perempit-perempit dimalam minggu.

Orang Kuat DSK Politeknik Malaysia

Kepada semua pelajar DSK (bekas pelajar atau yang masih belajar) ramai-ramai kita baca blog berikut

http://alladiin.blogspot.com/

Isnin, Februari 01, 2010

Kena Lagi

Salam sejahtera, kerja sebagai tenaga pengajar ni memanglah menyeronokkan, itulah kerja aku sejak tahun 1991 dah nak masuk 20 tahun. Mula-mula lagi dah bersemangat dan sampai sekarang pun tidak pernah luntur semangat mendidik anak bangsa. Dahulu terpaksa menyeberang Laut Cina Selatan menaiki belon untuk mendapatkan sesuap nasi. Syukur sekarang dan dekat dengan kampung halaman. "Kemana haluan kaki melangkahi itulah sumpah MPT" itulah rangkap terakhir lagu Maktab Peguruan yang mendidik aku menjadi Cikgu.

Kerja mengajar ni tak ada boleh nak minta tolong orang lain buat, kalau silibus tak habis, mesti habiskan, kalau tidak rasa macam ada yang tak lengkap. Semua kerja mesti buat sendiri, daripada padam papan hitam (putih pun ada), tutup makmal, bersihkan makmal dan macam-macam lagilah. Setiap pagi Isnin pasti bersemangat untuk ke tempat kerja.

Sekarang kat Politeknik pun sama juga, semua kerja kena buat sendiri juga, menaip soalan, photostat dokumen, order barang, ambil kedatangan dan sebagainya. Tak ada sesiapa yang akan tolong buat untuk anda.

Yang aku nak perkatakan di sini ialah, kenapalah pihak pentadbiran (Kerani, CC, EO dan bermacam-macam jawatan di bahagian Pentadbiran sana tu) tak pandai buat kerja sendiri. Yang pandai adalah boss mereka. Pandai mengambil kesempatan. Yang terbaru ialah mengemaskini data dalam HRMIS. Yang aku tahu ini adalah kerja bahagian pengkeranian (bukan kera ni atau kera nu.) Kerja sebagai pengajar memang dah banyak dan hari ini ditambah pula dengan arahan untuk mengisi data dalam pengkalan. Data yang perlu diisi bukanya sedikit amatlah banyak dan perlu membawa semua sijil-sijil dan dokumen yang ada, dari sijil sekolah rendah, sijil SPM, Ijazah, surat beranak, surat mati dan segalah jenis surat. Memanglah memasukkan data adalah tanggungjawab pemilik data itu sendiri. Tetapi yang menyedihkan ialah kebijaksanaan memperdaya semua orang termasuk B agar kami semua memasukkan data dalam tempoh yang singkat.

Bila aku tengok web site JPA sebenarnya untuk pengurusan rekod peribadi ada satu modul yang dibangunkan khas rujuk http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/mperibadi/Nota%20Taklimat%20Modul%20Pengurusan%20Rekod%20Peribadi.pdf kalau tak percaya. Tetapi dengan hanya satu MEMO dalaman mewajibkan semua orang untuk mengemaskini data siap dengan jadual mengikut Jabatan. Aku pun tak faham siapa sebenarnya boss di tempat kerja aku sekarang. Patutlah kekadang ada gurauan yang mengatakan "Boss yang nombor berapa?".

Nampaknya aku dah terkena hari ini, aku punyalah bersemangat untuk memasukan data dalam pengkalan, pukul 10 dah pergi pukul 11 tak sempat siap sebab ada kelas, pegi kelas dulu, pukul 2.30 sambung lagi sampai 4.30 tak siap juga. Rupa-rupanya ada orang yang dah berangan nak membuktikan kepada HQ yang tempat kami boleh siapkan dalam masa 2 minggu. Sekarang baru aku tersedar yang aku dah terkena lagi. Rasa hati macam nak buat majlis tunjuk perasaan bawa poster "Kami Telah Ditipu. Kami Tidak Mahu Buat Kerja Pentadbiran". Berani ka, sapa yang berani, silap-silap kena masuk dalam. Kalau buat pun nanti malu pula kat Pelajar. Batal Sajalah perasaan geram. Sabar sajalah.

Tulis saja dalam blog, ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa pun.

Ahad, Januari 24, 2010

Panas

Dah lama tak hujan, mungkin minggu ini hujan akan turun, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ada kawan-kawan kata kalau cuci kereta mesti hujan. Hah, petang tadi aku cuci kereta. Tapi tak ada kaitanlah. Hanya sekadar gurauan sahaja. Kalau cuci kereta hantar kedai RM15 ringgit. Cuci sendiri berapa kosnya, air kena bayar juga, sabun, tenaga (boleh jadi sihat). Banyak baik dari tak baik. RM15 boleh disimpan setiap kali cuci, sikit-sikit, lama-lama jadi banyak.

Ramai orang bekerja keras untuk menambahkan pendapatan, ada yang buat kerja jadi guru tuisyen, jadi agen insuran, ada yang menjalankan perniagaan multilevel. Semuanya adalah pekerjaan yang baik dan halal. Tidak curi dan minta hak orang lain. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah agar memberikan kita rezeki yang halal. Minta dijauhkan dari terjerumus kepada pekerjaan yang ada unsur-unsur yang mengambil hak orang lain. Aku kalau kawan-kawan buat bisnes mesti sokong punya, tak kiralah bisnes apa, jual kain ke, jual tuala wanita ke, jual barang dapur ke. Kalau yang rajin menjalankan kerja-kerja sampingan lain seperti menternak ayam kampung, menternak kambing, bawa teksi dan sebagainya juga adalah pekerjaan yang suci dan halal.

Bukan apa sangat, maklumlah bulan ini gaji yang terakhir diterima agak dah lama. Kalau yang tak ada simpanan kecemasan mungkin terasa sengsara juga. Kena pula bulan ini, yang ada anak ke sekolah nak kena beli baju, seluar, kasut, beg, buku, bayar yuran dan sebagainya. Banyak juga belanja yang diperlukan. Waktu inilah simpanan masa sesak diperlukan.

Kekadang teringin juga untuk pergi bercuti atau melancong jauh-jauh, tapi kalau disukat pada pendapatan mungkin tidak mengizinkan. Bila dah sedar keadaan tidak mengizinkan jadi kita harus sedarlah. Duduk sajalah kat rumah, bila rezeki dah ada nanti pergilah melancong. Tak perlulah kita bersusah payah menyusahkan poket sendiri. Begitu juga jika teringin nak makan besar ditempat yang mewah, kalau dah tak ada duit tak payah lah nak berangan nak makan besar.

Mungkin dengan keinginan berkehendakan yang besar-besar inilah menyebabkan sesetengah dari kita mencari jalan untuk mendapatkan "masyuk" yang lebih. Kalau aku biar tak ada dan tak merasa lebih baik dari memperolehi sesuatu dari sumber yang tidak diizinkan.

Ahad, Januari 17, 2010

Subur Menghijau

Pelbagai jenis sayuran dalam Polybag (petola, kucai, terung, kacang kelisa, dan bendi) Mujur ada sedikit ruang untuk bercucuk tanam.

Daun Selasih (boleh buat ulam)


Pokok Terung


Petola

Projek tanam sayur dalam Polybag

Jumaat, Januari 15, 2010

Kaca atau Intan

Gambar Hiasan Sahaja


Kaca dan intan memang berbeza, dari jauh nampak sama, tapi bila diteliti memang dapat tau bezanya. Selalunya kaca tidak digunakan sebagai perhiasan mewah hanya sekadar dijadikan sebagai botol, cermin meja dan paling baikpun dijadikan perhiasan tiruan. Harga tentulah intan lebih mahal, kaca berapa sen sangat. Mungkin ada orang yang tidak mampu menilai yang mana satu kaca dan intan. Bagi sesetengah orang nampak sama saja. Mungkin orang itu bangang kot sampai tidak dapat menilai dengan tepat.




Hati mana yang tidak terguris bila kumpulan DSK tidak terpilih menyertai kem motivasi di dusun minda Kuala Nerang. Kelas DPM1, SPP1, DAT1 dan DSK1, semuanya adalah pelajar baru. Bila semua baru maka semua mesti diberikan motivasi seadil-adilnya, apakah pelajar DSK1 ni dah cukup motivasi, maka tidak perlu untuk menyertai kem yang diadakan oleh Jabatan.




Ataupun memang kelas DSK tidak ada nilai (tidak dipandang walau dengan lubang hidung). Apakah yang akan dijawab bila ditanya nanti oleh pelajar-pelajar "kenapa kami tidak terpilih untuk menyertai kem motivasi". Akupun ditanya oleh kawan-kawan kenapa budak-budak DSK tak dapat pergi. Untuk menjawab memang mudah, aku kata saja mungkin pihak pengurusan ada perancangan lain.




Perancangan hapa, kalau pandai merancang, mudah saja, kalau budak ada 160 orang buatlah perancangan untuk 160 orang, baru kira pandai dan adil. Entahlah apa yang nak jadi. Sebelum ini motivasi pelajar dibuat untuk semua orang, tak ada pula yang dipilih-pilih dan disisih-sisih. Memang tidak adil, dalam satu jabatan pun jadi macam ni, entahlah apa nak jadi nanti aku pun tak taulah. Hentam sajalah.....




Dalam hidup kekadang kita kena terima segala apa yang diperlakukan oleh orang kepada kita, kita kena banyak bersabar. Tetapi kalau selalu bersabar kita kena pijak-pijak pula. Menyalak bukit saja tak guna juga, tekak sakit habis suara, bukit tak jadi apa-apa pun. Jadi tong kosong pun tak guna juga, bunyi saja kuat tapi isi kosong. Jadi Hang Jebat nanti menyesal pula. Kalau jadi Hang Tuah, memendam perasaan saja. Susah juga ye. Adakah selepas ini perlu mencabut dan menghunuskan keris luk tujuh, huh lagi tak boleh sebab orang lain dah buat idea ini. Tulis jelah dalam blog yang disediakan ni, boleh juga melepasakan tension. Kalau ada orang nak baca, bacalah. Kalau tak ada orang bacapun tak apa, baca sendiri.


Hari ini hari depa, esok lusa mungkin hari kita pula.

Selasa, Januari 12, 2010

Kesatuan Pekerja


Dahulu aku adalah ahli NUTP/KPPK (National Union of the Teaching Profession). Sekarang pun aku masih lagi ahli yang berdaftar dan berbayar. Aku bangga menjadi ahli kesatuan ini. Mungkin ada orang yang berasa tidak penting menjadi ahli kesatuan, terutamanya golongan yang cop jari mereka masih lagi belum kering. Sebenarnya banyak faedah yang dapat diperlolehi bila kita menjadi ahli kesatuan ni. Sekurang-kurangnya menjadi tempat paling akhir sekali bila nak mengadu masalah.


Bulan Oktober 2009, isteri (gambar ceria diatas) aku mohon tambang percuma untuk mengunjugi wilayah asal (Sarawak). Aku rasa isteri aku berhak untuk mendapatkan kemudahan ini kerana memang tertulis dalam pekeliling dan Perdana Menteri pun ada menyatakan tujuan kemudahan ini diberi agar mereka-mereka yang bertukar wilayah dapat mengunjungi wilayah asal sekurang-kurannya setahun sekali. Masa aku bertugas kat Sarawak dahulupun aku dapat juga kemudahan ini. Sekarang ini pun ramai yang dari semenanjung samada rela atau terpaksa bertugas di sana masih mendapatkan kemudahan ini.


Syukur kerana permohonan diluluskan. Masalahnya waran tidak dapat dikeluarkan kerana Pejabat tak ada duit. Heran, pelik dan ajaib, Pengarah boleh lulus tetapi tak dapat tiket. Pelik tak?. Nak mengadu kat sapa, nak jumpa Pengarah?. Bila cakap dengan Pegawai Eksekutif, keputusan mereka mengalahkan Pengarah. Aku pun heran siapakah sebenarnya boss kat tempat kerja aku sekarang ni. Aku rasa ini salah satu punca kerjaan BN kalah dalam PRU13 haritu. (geram tahap gaban ni)


Staf kat pejabat pun satu, aku punya hormat kat mereka bukan main lagi. Bila nak berurusan aku akan mengikut prosedur, masuk ketuk pintu bagi salam. Hormat bukan takut. Bila kita dah lebih hormat, bukan nak balas dengan baik. Setakat ini aku rasa dah 4 kes yang membuatkan aku bengang kat orang pejabat.


Pertama. Gaji kena potong walaupun pinjaman perumahan belum diluluskan.


Kedua. Dapat tunggakkan RM3000. Lepas tu dapat memo kata tersalah bayar kena bayar balik RM5000 ada ke patut. Sekolah kat mana depa ni aku pun tak tau. Anak aku darjah tiga pun tau kira.


Ketiga. Nak tuntuk elaun pindah RM1000 tak dapat sebab aku dah guna lori pejabat. Kalau aku sewa lori kat luar tak sampai pun RM30 ringgit. Masa aku mohon lori mereka tak bagitaupun yang peraturanya begitu. Apa salahnya bagi tau, ini kawan-kawan bukan pelanggan. Nak jimat sangat duit tu dapat apa.


Keempat. Tak dapat tuntut elaun perjalanan sebab tak ada duit. Heran macam mana depa jaga duit. Tak belajar ke. Bisnes sampai juta-juta duit TNT pun tak boleh nak kawal ke.


Apa nak kata sekarang, satu yang selalu aku kata "tak apa hari ini hari depa, esok hari kita pula"


Akhirnya aku cuba nak mengadu kes Kemudahan Tambang isteri aku tadi kat NUTP. Harap-harap lepas ni ada sedikit perubahan. Kalau pihak bawahan prestasi kerja tak bagus gaji statik, harap harap depa pula yang statik kali ini, padan muka depa. Jangan aku pula kena pindah ke Sarawak sudah le.