Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, September 14, 2009

Pengalaman

Jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman yang di timba. Pengalaman lah yang menjadikan sesaorang itu dihormati, disegani dan mungkin juga digeruni. Pengalaman juga membolehkan pangkat sesaorang itu menjadi lebih tinggi dari yang lain. Bayangkanlah sesebuah organisasi di kepalai oleh boss yang baru tamat pengajian, mungkin haru biru jadinya. Tambah-tambah pula baru lepas dari politeknik dah dilantik jadi boss.

Bagi mereka yang dah berpengalaman kekadang boleh mendabik dada dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kerja mereka boleh dibereskan dengan penuh bermutu dan berkualiti jika nak dibandingkan dengan golongan yang masih mentah. Kira orang yang berpengalaman ni macam Profesional lah. Tapi sayangnya profesional tak dapat bonus tahun ni. Aduhai kesiannya. Melalak, memekik dan melolongpun orang tak akan dengar punya.

Bidang pendidikan juga memerlukan pengalaman, kalau dah berpengalaman tu semua kerenah pelajar dapat di selesaikan dengan mudah. "Sekilas Ikan Di Air Dah Ku Tahu Jantan atau Betina". Tak payah nak kelentong, apa saja alasan yang diberikan oleh pelajar dah tau apa disebaliknya. Bahkan mereka yang berpengalaman ini dari pertemuan pertama dah dapat agak dah pelajar ni jenis apa, rajin, sederhana atau lembab. Sekiranya pengalaman yang dimiliki digunakan dengan baik yang lembab pun boleh berjaya.

Apapun yang dimiliki, semua adalah dipinjamkan oleh Allah kepada kita, pengalaman, kecerdikan, kecantikan dan segala-galanya adalah milik Dia Yang Maha Esa. Jadi untuk diriku dan yang lain, pergunakanlah anugerah yang diberikan dengan cara yang baik kearah tujuan yang baik. Semoga kita akan mendapat balasan yang setimpal.

2 ulasan:

alladiin berkata...

Tahir.. walaupun ko tak de entry hari raya, aku nak gak ucap selamat hari raya kpd ko sefamili. Maaf zahir bathin bro...

Taher berkata...

Selamat Hari Raya, terima kasih, aku pun nak minta maaf, maaf zahir dan bathin.