Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, Oktober 05, 2009

Kursus Di Hutan Belum, Tasik Banding, Perak

1. Gambar Buah macam Pisang
2. Gambar Bunga Pakma yang belum kembang
3.Gambar Cendawan
4. Gambar Awan yang mendung




Video Perjanan (Kesiputan yang amat sangat) dengan tongkang yang dikatakan Feri


29 September 2009 hingga 2 Oktober 2009 berkursus "Team Building" di Hutan Belum, Tasik Banding, Grik Perak. Perjalanan yang agak lama, menaiki bas dari PTSS jam 9.00 pagi sampai di Jeti Tasik Banding Jam 2 petang. Dari Jeti menaiki Feri (Tongkang) ke Pulau Tali Kali, memakan masa selama 1 jam (kesiputan yang amat sangat).
4 hari 3 malam, berkampung dalam hutan tebal, tepi tasik. Tidur di callet yang agak selesa juga. Banyak juga aktiviti, yang dah biasa dibuat, ada yang aku tak sanggup buat (kalau tak sanggup jangan buat, buat apa nak menyusahkan diri sendiri). Minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan yang menyumpah kat aku bagi aktiviti ini.
Bukan nak kejar pangkat atau nak apa-apa, yang penting rezeki yang halal. Biarlah peluang yang ada diberikan kepada golongan muda yang masih banyak peluang dan masa hadapan. Bagi aku yang dan 40++ tak ada apa yang nak dikejarkan sangat, sekadar untuk tidak mengecewakan pihak yang telah bertungkus-lumus mendapatkan peruntukan bagi menjayakan program ini. Semoga aku tidak mengecewakan sangat rakan-rakan sekumpulan dan orang lain, kalau ada (rasa memang ada) sekali lagi mohon ampun dan maaf (masih mood hari raya).
Harap hidup aku tak akan menyusahkan orang lain.





4 ulasan:

adanz berkata...

memang bertuah kalau dapat join xtvt outdoor mcm nih... hilang segala tension dan lupa PTSS seketika!

nOthinGs tO dispLay berkata...

FRIM da prOjek kat belum tue..slalu gak depa2 ni p wat keja kat sana..tp shah xpenah nk dapat p sbb bukan dalam bidang tugas...tingin jugak nk p..

Taher Kasa berkata...

shah - kekadang peluang bukannya mudah nak dapat, bersabar jelah.

nOthinGs tO dispLay berkata...

tu la En. Taher...sabar ja la..slalu shah ikut p JerantOt ja..mmg sgt2 besh la bila sekali sekala masOk utan wat research...