Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Mei 27, 2010

Pekerja Adalah Aset Penting Dalam Organisasi

Kalau di sektor Swasta pekerja adalah aset penting bagi organisasi mereka, lagi lama bekerja lagi tinggi nilai sesaorang pekerja. Sebab orang lama banyak pengalaman, kerja cekap dan bermacam-macam lagi yang baik-baiklah. Cuma pekerja lama perlu dibayar gaji lebih sedikit. Kalau pekerja baru, kerja tak berapa cekap, tidak berpengalaman dan macam-macam lagilah. Gaji sikit sebab baru kerja.

Kalau majikan yang waras tentu akan mengekalkan pekerja lama, sebab apa? pikirlah sendiri. Kalau pengurus yang kurang bijak pasti akan mengambil pekerja baru buang yang lama, kononya menjimatkan kos. Pengurus yang bengong saya buat begini.

Pekerja yang dibayar gaji atau upah akan dikerah keringatnya setimpal dengan gaji yang dibayar. Kalau tak percaya tanya orang yang pernah kerja dengan Jepun.

Kebajikan pekerja adalah perkara yang paling penting dalam mengendalikan organisasi. Cuti adalah satu kebajikan, cuti diperlukan oleh pekerja untuk merehatkan diri dan minda setelah penat diperah keringatnya. Tenaga dan minda yang segar diperlukan untuk memulakan kerja setelah bercuti, barulah produktiviti akan meningkat.

Tempat aku kerja kebajikan pekerja boleh dikatakan teruk. Langsung tidak mempedulikan dan menghormati masa cuti. Kebetulan minggu ini hari Jumaat adalah cuti umum sempena hari Vesak. Aku bukanya nak merayakan Vesak. Cuma bila cuti semua orang akan berasa lega dan masa inilah nak berehat bersama anak-anak, nak bawa anak berjalan-jalan pergi berkelah dan sebagainyalah mengikut citarasa masing-masing. Ada ke patut kerja mesti disiapkan pada Hari Isnin. Bermakna tidak ada cutilah. Terusterang aku cakaplah senang. Tugas menanda kertas mesti disiapkan pada hari Isnin (markah mesti siap). Sedangkan ada peperiksan yang baru habis pada petang Khamis pukul 4.45 petang (bukan kertas aku). Bayangkanlah, bilalah masa nak cuti bagi mereka yang kertasnya akhir sekali ini.

Beginilah keadaanya jika ada pengurusan yang tidak memikirkan kebajikan orang lain. Apalah salahnya bagi lebih sikit hari untuk orang-orang yang kertas mereka lewat habis. Akupun tak faham apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pengurus-pengurus begini. Adakah mereka mementingkan pangkat (bila kerja cepat siap merekalah yang dapat nama) sedangkan yang berkerja keras adalah orang-orang macam kami.

Ingatlah wahai Pengurus-pengurus, kekadang kita sibuk mengejar pangkat didunia sedangkan kita tidak sedar yang kita telah menindas orang lain. Fikirkanlah sedikit orang yang ditindas dan juga apakah balasan yang mungkin akan diterima di akhirat nanti. Dunia yang dikejar hanyalah kesenangan sementara, akhirat juga yang kekal.

Tiada ulasan: