Sudi-sudilah klik kat sini

Selasa, Ogos 24, 2010

Kerja

Awal bulan, akhir bulan dan pertengahan bulan. Bahagian manakah yang paling menyeronokkan. Mengikut ustaz yang bagi ceramah kat masjid mengatakan ramadan terbahagi kepada tiga, 10 yang pertama Rahmat, 10 yang kedua Keampunan dan 10 yang terakhir adalah Dijauhkan dari api neraka. Itu bulan ramadan semoga kita semua mendapat apa yang dihidangkan.

Awal bulan duit masih banyak, pertengahan bulan duit dah kurang, belanja pun perlahan saja, akhir bulan wow dapat gaji, masa  ini duit keluar macam air paip bomba yang dibuka, apa tidaknya. Bayar ansuran kereta, ansuran rumah, bil air, bil elektrik, bil telefon, bil astro, beli barang keperluan dapur, bayar tambang bas sekolah anak, bayar kredit kad dan bermacam-macam lagi. 80 % dari gaji akan  habis dalam beberapa hari saja. Agaknya itulah tujuan kita kerja, kerja dapat gaji lepastu bayar bil.

Kerja ni sebenarnya kena iklhas, macam aku contohnya, aku kerja mengajar, hari-hari aku mengajar, mengajar sampai pandai, sampai boleh buat, tak kira siapa budak tu, anak petani, anak penoreh, anak polis, anak datuk, anak cina, anak india dan ada yang aku tak tau pun anak siapa. Kalau tak pandai juga apa boleh buat. Kita cuma boleh berusaha dan berdoa hanya Allah sahaja yang berkuasa.

Setiap hari datang kerja kena "punch kad" balik pun "punch kad" [rakam waktu kedatangan dan balik]. Ketepatan masa amat penting, mesti datang sebelum jam lapan tak boleh lambat walau 3 minit, kalau lambat 3 kali dalam sebulan akan dapat kad baru [warna lain]. Macam kata Pengarah aku baru-baru ini, "lepas punch card baru "free" sebelum itu tidak...,". Bagus juga kata-kata dia ni, biar sesetengah orang tu sedar sikit yang kita ni kerja dengan orang bukan kerja sendiri, tak boleh buat sesuka hati sahaja.

Kalau kerja polis atau tentera siapa yang ada pangkat akan nampak dibahunya ada paku atau line. Kalau kerja macam aku ni tak la ada paku kat bahu. Tapi ramai orang nak naik pangkat, termasuklah aku. Mungkin bila pangkat dah tinggi masyuk pun lebih kot, bolehlah menarik napas lega setiap kali pertengahan bulan.

Tapi bagi aku pangkat ini satu amanah dari majikan kita, kalau kita ada pangkat tetapi kerja tak tera (setakat) mana pun tak bagus juga. Kalau jadi boss banyak perkara yang nak kena fikir dan laksanakan, keadilan, cekap, kebajikan orang bawahan, mesra, tegas dan macam-macam lagilah. Kalau opis tak ceria kena bagi ceria. Kena selalu senyum dan mesra dengan anak buah. Selalu bertanya khabar dengan anak buah, kalau ada peralatan yang tak berfungsi atau rosak perlu di baiki segera. Kalau ada anak buah ditimpa musibah kena bantu. Kalau jam tak betul kena betulkan. Huh banyak juga kalau nak disenaraikan. Semuanya baik-baik belaka.

Kepada semua kawan-kawan yang di validasi termasuk aku, akan memperolehi apa yang diidamkan. Rezeki itu datang dari Allah. Bukan dari makhluk.

Tiada ulasan: