Sudi-sudilah klik kat sini

Selasa, September 28, 2010

Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah

Ada ketika pekerja terpaksa menghadapi perubahan, perubahan yang bakal dilakukan oleh peneraju organisasi, pekerja tidak boleh statik sahaja dalam kehidupan, mesti boleh berubah.

Ada yang mengatakan bahawa pekerja adalah seperti ketulan ais yang boleh dibekukan dan boleh dicairkan dan boleh dibekukan dan boleh dicairkan dan boleh dibekukan terus dan boleh dicairkan terus, ikut suka pentadbir.

Begitulah nasib ketulan ais, samalah nasib perkerja seperti aku ini.  Kita lihatlah nanti apa nak jadi pada ketulan ais tadi. Samada dia akan kembali seperti asal atau berubah. Kalau berubah bentuk ini yang dinamakan "Transfomasi".

Kalau peneraju kali ini memang prihatin tentang pekerja bawahan maka beruntunglah kami semua, kalau peneraju kali ini asyik nak memenuhi kantung sendiri, tak taulah apa nak jadi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Ahad, September 19, 2010

Lain Padang Lain Belalang

Kepada rakan-rakan dalam fb teks asal di laman blog http://www.taherkasa.blogspot.com sudi-sudilah ke laman blog aku dan klik pada iklan

Apakah yang dibuat oleh belalang?, pesoalan yang menarik, belalang mana ada bekerja. Belalang adalah sejenis serangga yang merosakkan tanaman seperti sayuran. Belalang merupakan musuh utama bagi petani. Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menghapuskan belalang?. Penggunaan racun makhluk perosak adalah kaedah yang amat mudah dan berkesan.

Bagaimana pula jika kita pelihara burung-burung sebagai penghapus belalang. Kita biarkan alam semula jadi yang meghapuskan musuh tanaman seperti belalang dan ulat-ulat. Katakan "tidak" pada racun makhluk perosak, pasti hidup kita akan lebih selamat.

Petua hari ini ialah kita tanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri, tanam bayam, tanam kunyit, tanam halia, tanam cili, serai, rebung dan bermacam-macam lagi sayuran boleh ditanam. Kalau tak ada tanah tanam sahaja dalam "polybag". Ingat jangan gunakan racun, biarkan burung-burung memakan ulat-ulat dan belalang.

Hasil tanaman pastinya tidaklah cantik seperti yang dibeli di pasar, daun sayur pasti belubang, tak apa asalkan kita makan makanan yang tidak mempunyai unsur-unsur yang membahayakan diri.


Juga jangan gunakan baja yang mempunyai kandungan bahan kimia, gunakan baja organik atau baja kompos.

Kalau nak makan ayam organik beli sahaja dari HPA.

Bagimana pula dangan pepatah Melayu "Lain Padang Lain Belalang". Ini lebih kurang  pada tafsiran aku ialah, perangai, tingkah laku dan tabiat manusia tidak sama di semua tempat.

Bagi orang yang baru datang ke sesuatu tempat sama ada berpindah kerja atau baru masuk kerja, jangalah anggap orang ditempat baru tu sama seperti di tempat lama. Tak kira yang baik atau yang buruk. Banyak perbezaannya.  Ambil masa untuk memerhati dan memahami manusia di tempat baru, masa yang diambil mungkin 6 bulan hingga 2 tahun. Kalau dah 2 tahun pun masih tak juga dapat memahami perangai manusia di tempat baru, baik berhenti saja dari jadi manusia.

Jumaat, September 17, 2010

Tugas Luar

Dah lama aku tak bertugas di luar kawasan.  Sebenarnya banyak tugas kekeluargaan yang pelu diuruskan, yang utama sekali ialah menghantar anak-anak ke sekolah dan bermacam-macam lagilah, biasalah orang dah bekeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, keluarga perlu diutamakan. 

Bayangkanlah bagaimana seorang anggota tentera yang terpaksa bertugas berbulan-bulan di luar (operasi/masuk hutan). Mungkin inilah salah satu sebab mengapa anak-anak tentera ada kenderaan (feri) menghantar mereka ke sekolah.

Aku lebih rela bekerja ditempat kerja sekarang dari bekerja diluar kawasan. Bayangkanlah terpaksa berkerja dari jam 8.00 hingga 10.00 malam dan memberikan sepenuh tumpuan kepada satu kerja, amat membosankan, tapi apa boleh buat dah diarahkan, terpaksalah ikut saja.

Untuk menghilangkan rasa kebosanan terpaksalah tanamkan dalam minda, "sekali sekala apa salahnya berjalan makan angin dan duduk dihotel."

Bayangkanlah perjalanan menggunakan bas ekspress dari Perlis ke Kota Raya, sekurang-kurangnya 6 jam, kalau naik keretapi lagi lah membosankan. Nak bawa kenderaan sendiri pun memenatkan juga. Aku ni bukan jenis suka sangat memandu jauh-jauh. Kalau boleh naik MAS syok sikit. Tapi siapa nak bagi, jangan haraplah.

Sepatutnya majikan mestilah mementingkan kebajikan pekerja, jika pekerja diperlukan untuk melakukan satu tugasan, berilah sedikit keistimewaan, tak boleh naik MAS, airAsia pun jadilah, alah bukannya mahal sangat. Mahal sikit dari bas ekspres saja.

Apa boleh buat, dah berkerja dengan orang, kena ikut sajalah, nantilah kalau aku dah jadi boss kepada diri sendiri aku tak akan mengeluh lagi. Harap-harap tahun depan aku akan jadi boss kepada diri aku sendiri, masa itu "akulah boss dan akulah pekerjanya"
 

Isnin, September 13, 2010

Raya 2010

video


Kegembiraan pada wajah anak-anak. Bahagialah mereka didunia dan akhirat.






Petua dari pakar motivasi "Jangan terlalu mewahkan anak-anak jika mahu lihat mereka berjaya." Insya Allah aku akan cuba.

Ahad, September 12, 2010

Aktiviti Selepas Ramadan

Semua di jemput untuk menghadiri kuliah maghrib di Masjid Kampung Tradisi, Lembah Keriang, Changloon, Kedah. Tiada yuran pengajian di kenakan semuanya adalah percuma.

Jadual Pengajian adalah seperti di bawah:-

Hari Ahad -   Ustaz Wan Abdul Rahman (UUM)
Hari Isnin -  Ustaz Nizo bin Abdul Rahman
              (UUM)
Hari Selasa - Ustaz Haji Helmi bin Haji Ramli
Hari Rabu -   Tiada Kuliah
Hari Khamis - Bacaan Yasin
Hari Jumaat - Ustaz Hasminuddin
Hari Sabtu -  Ustaz Tuan Sheikh Mohamad Naim 
              (Pegawai dari Pejabat Agama
              Kubang Pasu)

Datanglah beramai ramai, luangkan sedikit masa kita untuk agama dan akhirat.

Maghrib masuk lebih kurang jam 7.25 (19.25 pm) malam, Isyak lebih kurang jam 8.45 (20.45) malam. 

1 jam 30 minit sahaja kena duduk bersila mendengar kuliah, itupun termasuk sembahyang maghrib dan isyak. Kuliah sebenarnya lebih kurang 45 minit sahaja, tiada kerusi dan meja macam kat kelas.

Tiada diploma, ijazah atau master yang akan dianugerakan. Ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk kebaikan kita. Semoga Allah mengurniakan petunjuk dan hidayah kepada kita (termasuk aku). Semoga Allah menjauhkan sifat riak dan takbur dalam diri aku.

Sabtu, September 11, 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kereta Ketika Balik Kampung

http://www.taherkasa.blogspot.com/

Kepada yang memandu kenderaan balik ke kampung cuba kurangkan barangan yang dibawa bersama anda. Bawa sedikit barang cukuplah, rancang berapa helai baju yang nak dibawa balik, berapa helai seluar nak pakai, berapa pasang kasut nak guna dan dan keperluan lain yang nak bawak bawak balik ke kampung.  Barang-barang yang tak berguna dalam kereta keluarkan, besi-besi spana, tool box, botol air, payung, buku-buku, resit-resit kedai minyak dan bermacam-macam perkara lagi yang tak berguna buang saja. Bayangkan jika 1/2 kilogram barang tak berguna yang kita bawa sejauh beratus-ratus kilometer tentu tak dak faedahnya. Jika semua pengguna yang balik raya tahun ini buangkan 1/2 kilogram berat yang sepatutnya tidak dibawa bersama pada setiap kenderaan, berapa banyak yang telah dapat dijimatkan dinegara kita. Itulah petua yang boleh dipertimbangkan untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi di petua yang akan datang.

Jumaat, September 10, 2010

Gali Perigi

http://www.taherkasa.blogspot.com/

Selamat Hari Raya, teringat kata imam ketika khutbah pagi tadi. "Adakah kita mahu menjadi penggali perigi yang  setelah selesai menggali, air yang keluar itu diberi minum kepada orang sedangkan kita melihat dengan penuh kehausan tanpa menikmatinya sedikit pun".  Itulah antara kata-kata khatib yang masih aku ingat. Seruan yang penuh bermakna itu ditujukan khusus kepada golongan pemuda. Tapi aku rasa semua yang hadir juga patut mengambil iktibar dari cerita pengali perigi itu.  Itulah gambaran yang akan terjadi kepada kita jika kita tidak menguasai sepenuhnya negara kita. Kalau kita tidak jaganya dengan baik, mungkin semua akan tergadai, dan kita akan mengemis di bumi yang bertuah ini. Yang penting sekarang kita mesti kembali kepada Islam, jika kita berpegang kepada Islam, InsyaAllah semuanya akan terjamin.

Khamis, September 09, 2010

Makmurnya Negaraku

Siapa kata ekonomi kita sekarang meleset, sejak terbenamnya matahari petang tadi hingga sekarang berapa banyak dentuman mercun dan bunga api yang telah aku lihat dan dengar. Bayangkanlah jika setiap kali dentuman berapa RM yang melayang. Banyak sungguh duit depa no. Mana depa dapat, ish, ish, ish tak sayang ke duit sungguh. Arwah bapa aku pernah kata membakar mercun atau bunga apa seolah-olah seperti membakar duit. Alhamdulillah aku masih berpegang kepada pesanan dia. Jangan harap aku nak beli bunga api atau mercun untuk anak-anak aku. Kalau mereka beli sendiri aku tak tau la, biasalah anak remaja keinginan mereka bukan boleh disekat. Aku dulu pun pernah ramaja juga.

Kalau dulu hanya ada mercun roket dan bunga api sahaja, paling power pun mercun lada. Tapi sekarang bermacam-macam bunga api dan mercun. Dulu kalau nak tengok bunga api hanya pada hari-hari tertentu di Stadium. Tapi sekarang jiran sebelah pun ada bunga api yang power punya. Inilah budaya kita yang semakin berkembang. Dunia yang tanpa sempadan, masyarakat kita bermain mercun dan bunga api mengalahkan negara yang mengeluarkan barangan itu sendiri. Makmurnya Negaraku. Heran macamana depa boleh bawa masuk benda ni kenegara kita, siapalah yang punya angkara. Ini mesti RM punya pasal, yang penting boleh untung, apa nak jadi kepada negara mereka peduli apa. Yang jual dan yang beli serupa saja.

Apalah agaknya akan terjadi 10 atau 20 tahun lagi. Semoga Allah sentiasa merahmati negara ku ini. Semoga Allah akan membahagiakan anak cucu kita nanti didunia dan akhirat.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Allah menerima ibadah kita.

Teks asal boleh dibaca dilaman blog http://www.taherkasa.blogspot.com/

Rabu, September 08, 2010

Raya Datang Lagi


Syukur kepada Allah Ramadan masih ada satu hari lagi, hari Jumaat Raya. 30 hari rasa begitu cepat sekali, detikan jam tidak pernah menjadi cepat, ianya tetap sama walau berjuta tahun dahulu, cuma manusia dan zaman sahaja berubah, kalau dahulu nak pergi satu-satu tempat mengambil masa yang begitu lama sebab tak ada kenderaan, bila dah ada kenderaan semuanya menjadi pantas, mungkin dulu orang naik kuda, unta, gajah, keldai, sekarang orang naik kereta, motorsikal, basikal dan jet.

Sekarang semua orang sibuk bekerja mencari rezeki.



Pemandangan belakang rumah aku (rumah jiran)

Kerana sibuk mungkin tak sempat nak bersihkan halaman rumah. Kekadang kita hidup berjiran kena fikirkan juga jiran sebelah menyebelah, kalau rumput keliling rumah dah nak sama tinggi dengan tingkap rumah, mungkin boleh menyebabkan banyak masalah. Harap lepas raya nanti segalanya beres.