Sudi-sudilah klik kat sini

Sabtu, Julai 02, 2011

Cuaca dan Jawatan

Keadaan cuaca hari ini dari pagi hingga tengahari kelihatan mentari memancarkan sinarnya, sempat untuk mengerikan pakaian yang dicuci awal pagi. Nampaknya cuaca sebelah petang berbeza sekali, nak kata hujan tak juga, cuma tidak kelihatan matahari, nak dikatakan berjerubu pun tak juga. Apa juga situasi semuanya adalah kebesaran Allah yang maha kaya dengan ilmuNya. Kita hanya insan kerdil.

Walau besar mana jawatan, pangkat, kedudukan dan juga anugerah yang dipegang, kita harus ingat bahawa ada lagi yang lebih berkuasa dari kita. Kadang-kadang kita sering lupa, bila dah berjawatan kita membuat keputusan yang mungkin menyebabkan orang lain menderita atau teraniaya tanpa kita sedari. Jawatan adalah satu amanah, ramai yang inginkan jawatan yang besar, sebesar-besarnya sehingga ke tahap yang paling tinggi. Kalau bekerja dengan kerajaan mungkin kita mengimpikan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Kalau dalam politik mungkin kita mahukan kedudukan yang paling tinggi jadi PM. Kalau di kampung mungkin mengimpikan jawatan sebagai Ketua Kampung. Kalau dalam kampus kita mengimpikan jawatan YDP. Tak kira apa pun kedudukan, jawatan yang diimpikan merupakan satu amanah, dan bila dah memengang amanah segala keputusan yang dibuat melibatkan orang lain perlu diteliti sehalus-halusnya, takut-takut mengainaya orang lain.

Tiada ulasan: