Sudi-sudilah klik kat sini

Jumaat, Mei 20, 2011

Minggu Depan Tak Boleh Cuti

Isnin hingga Khamis 23 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 cuti rehat dibekukan disebabkan oleh proses audit ISO oleh pihak Sirim, Memo Perhubungan Dalaman yang ditandatangani oleh TPA. Dulu anggota polis saja kita dengar cuti mereka dibekukan, sekarang kat tempat kerja aku pun kena beku cuti. Dulu kerja cikgu masa pelajar cuti boleh dapat cuti, sekarang masa cuti pun kena kerja, lepastu kena beku pula cuti apa boleh buat dah tandatangan opsyen.

Apa benda yang boleh dibekukan?,  makanan boleh dibekukan dengan cara memasukannya dalam peti sejuk dan diletakkan pada tempat pembekuan. Tujuanya kalau makanan ialah untuk disimpan dalam tempoh yang lama. Bila kita nak guna kita kena cairkanya semula.

Cuti yang dibekukan tak perlulah masuk dalam peti sejuk. Cuma perlu diarahkan sahaja oleh orang  yang berkuasa. Gamaknya samalah dengan peti sejuk kot. Walau apapun tak apalah, aku bukannya nak bercuti pada minggu depan pun, lagipun anak-anak bersekolah, kalau cuti pun bukan ada benda nak buat sangat.

2 ulasan:

Hanis Atikah berkata...

salam eck taher... sihat ke???

Ashok berkata...

Orang kalut nak keje... ada orang sibuk nak cuti(tak nak keje).... dunia...dunia.... hari hujan.. orang nak toreh juga yakni nak keje juga walaupun tak leh pasal kerja sia-sia..... insaf la wahai umat......