Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Februari 25, 2009

Jangan Ingat Kita Dah Tau Semua

Baru-baru ini terjadi sedikit masalah pada monitor koputer aku, skrinnya terdapat warna yang ganjil pada sebelah tepi ataupun sudut. Mengikut pemikiran aku yang sempit ni mungkin ada medan magnet kot yang menyebabkan ianya terjadi begitu, sebab bila pusing kearah lain ianya hilang.

Perkara begini memang pernah aku lihat pada komputer orang lain, bila ditanya kebanyakkan akan memberikan jawapan yang agak sama iaitu mungkin disebabkan oleh medan magnet. Setahu aku medan magnet ini mungkin terjadi daripada litar elektrik ataupun speaker yang diletakkan di sebelah monitor. Aku cuba alih speaker, tak juga berubah.

Dengan bantuan seorang pakar maka kami pun cubalah untuk menyelesaikan masalah ini, kira dia ni pakar la juga. Rupa-rupanya senang saja nak selesaikan masalah ini. Caranya ialah dengan menekan butang pada monitor dan pilih satu ikon yang ada gambar magnet dan tekan select. Bila ditekan skrin akan jadi seperti bergoyang dan masalah tadi pun selesai. Nasib baik dia tak caj aku, kalau dia minta bayaran RM100 contohnya apa nak kata. Ini kan caj profesional.

Dapatkan barang yang diperlukan oleh anda di http://cantikbergaya.blogspot.com segera.

Tiada ulasan: