Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Oktober 22, 2008

Menyimpan/Menabung

Kenapa perlu menyimpan? Persoalan yang agak menarik untuk dijawab. Persoalan yang perlu dijawab oleh insan-insan yang dah berpendapatan (yang dah kerja le). Tetapi kalau di imbau kembali zaman persekolahan dulu kita menyimpan juga, masa itu kita menyimpan mungkin ada sebab, mungkin sebab nak dapatkan sesuatu contohnya nak beli mainan.

Bila dah bekerja dan berpendapatan tetap, menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah amat-amat perlu, tidak boleh diabaikan. Bayangkan jika sebulan gaji RM1800 habis dibelanjakan, satu sen pun tidak disimpan.

Menyimpan ini penting untuk menghadapi masa depan yang tidak kita jangkakan, sapa boleh ramal masa depan?. Esok lusa tak tau apa nak jadi pada kita, mungkin masih sihat, atau jatuh sakit ataupun dah dijemput oleh yang maha Esa. Kalau dah dijemput oleh yang maha Esa, yang penting hanya bekalan amal sajalah, simpanan tak perlu dah kot. Tapi kalau sakit atau kesesakan kewangan, maka simpananlah yang boleh membantu kita. Takkan nak cari kat Along kot.

Cukup untuk hari ini. Jangan lupa hubungi saya (wakil etiqa) ntuk rundingan percuma tentang bagaimana nak menyimpan atau meyelamatkan sebahagian dari pendapatan anda. Email taherkasa@hotmail.com

Ahad, Oktober 19, 2008

Perbelanjaan Ke Universiti

Kalau di renungkan nilai duit semakin kecil, kalau dulu nasi lemak boleh di beli dengan harga 3 sen (tahun 1960an - mengikut cerita orang tua-tua le) sekarang nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dah berharga 60 sen sebungkus.

Agaknya berapakah belanja untuk masuk ke Universiti tahun ini, tahun depan dan beberapa tahun akan datang. Kalau yang baru ada anak berumur 1 tahun, mungkin 18 tahun akan datang anak tu nak masuk Universiti. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mesti ada persediaan itu. Ada dua pilihan:-

Pertama :

Tunggu sampai anak tu dah cukup umur untuk masuk U dan segala perbelanjaan kita pinjam kat bank, tabung pendidikan atau yayasan. Pinjam dulu lepas tu bayar.

Kedua :

Kita simpan dari sekarang, boleh simpan dalam PTPTN atau dalam Etiqa Takaful (aku Ejen). Kalau dalam Etiqa Takaful ada kelebihan. Kelebihannya ialah selain simpanan anda juga mendapat perlindungan. Perlindungan yang boleh diperlolehi jika kita menyertainya (kena ada sumbangan) ialah sekiranya pembayar meninggal, maka sumbangan akan diteruskan oleh pengendali, diteruskan (diulang). Jadi pembayar boleh pergi dengan aman. Peserta juga dilindungi dengan perlindungan lain seperti elaun kemasukan ke hospital.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kita harus memikirkan masa depan kita dan anak-anak kita.

Masa depan kita ialah - kalau tak simpan mulai sekarang, bila anak nak masuk universiti nanti teruk le nak mencari, kalau dah ada simpanan lega la sikit.

Masa depan anak-anak - itu sudah semestinya kita fikirkan. Kalau tidak buat apa nak beranak. Sebab mereka adalah amanah bagi kita, kita yang nak mencorakkanya. Nak bagi jadi hitam ke, kelabu ke atau tak berwarna.

Langkah seterusnya mudah sahaja, hubungi la aku segera. Email taherkasa@hotmail.com atau taherkasa@gmail.com

Sabtu, Oktober 18, 2008

Salam Perkenalan - Takaful

Takaful


Takaful adalah satu skim yang berlandaskan semangat tolong menolong, bantu membantu perpaduan dan persaudaraan. Peserta yang menyertai takaful besepakat untuk memberi bantuan kewangan sekiranya ada mana-mana peserta ditimpa musibah seperti yang telah dipersetujui. Ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggun oleh sesama kita jika ditimpa musibah.

Harus diingat bahawa tidak ada kaedah didunia ini yang boleh menyelesaikan 100% musibah yang kemungkinan bakal di hadapi, tatapi hanya sekadar meringankan sahaja. Adalah penting bagi kita untuk bersedia menghadapi kemungkinan yang entah bila akan menimpa kita. Pepatah mengatakan "malang tidak berbau". Sekurang-kurangnya kita dah bersedia untuk menghadapinya. Fikirkanlah.

Carilah yang halal lagi suci.