Sudi-sudilah klik kat sini

Ahad, Oktober 19, 2008

Perbelanjaan Ke Universiti

Kalau di renungkan nilai duit semakin kecil, kalau dulu nasi lemak boleh di beli dengan harga 3 sen (tahun 1960an - mengikut cerita orang tua-tua le) sekarang nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dah berharga 60 sen sebungkus.

Agaknya berapakah belanja untuk masuk ke Universiti tahun ini, tahun depan dan beberapa tahun akan datang. Kalau yang baru ada anak berumur 1 tahun, mungkin 18 tahun akan datang anak tu nak masuk Universiti. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mesti ada persediaan itu. Ada dua pilihan:-

Pertama :

Tunggu sampai anak tu dah cukup umur untuk masuk U dan segala perbelanjaan kita pinjam kat bank, tabung pendidikan atau yayasan. Pinjam dulu lepas tu bayar.

Kedua :

Kita simpan dari sekarang, boleh simpan dalam PTPTN atau dalam Etiqa Takaful (aku Ejen). Kalau dalam Etiqa Takaful ada kelebihan. Kelebihannya ialah selain simpanan anda juga mendapat perlindungan. Perlindungan yang boleh diperlolehi jika kita menyertainya (kena ada sumbangan) ialah sekiranya pembayar meninggal, maka sumbangan akan diteruskan oleh pengendali, diteruskan (diulang). Jadi pembayar boleh pergi dengan aman. Peserta juga dilindungi dengan perlindungan lain seperti elaun kemasukan ke hospital.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kita harus memikirkan masa depan kita dan anak-anak kita.

Masa depan kita ialah - kalau tak simpan mulai sekarang, bila anak nak masuk universiti nanti teruk le nak mencari, kalau dah ada simpanan lega la sikit.

Masa depan anak-anak - itu sudah semestinya kita fikirkan. Kalau tidak buat apa nak beranak. Sebab mereka adalah amanah bagi kita, kita yang nak mencorakkanya. Nak bagi jadi hitam ke, kelabu ke atau tak berwarna.

Langkah seterusnya mudah sahaja, hubungi la aku segera. Email taherkasa@hotmail.com atau taherkasa@gmail.com

Tiada ulasan: