Sudi-sudilah klik kat sini

Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 23, 2013

Jaga Periksa Lagi





Hari yang kedua mengawasi peperiksaan, 2 jam yang amat bermakna, 1 semester bertungkus lumus menghadiri kuliah. Kehadiran mesti lebih 80%. Kuiz kena jawab, ujian dan bermacam-macam lagi. Yang komited pasti akan berjaya. Yang malas, sambil lewa, jangan harap. 

Masa hadapan ada harapan menjadi pemimpin yang akan menerajui negara. Mat Bangla, Myanmar, Indon dan Negro mana ada dalam dewan ini. Tapi kat luar tu berlambak. Nak buat macamana?.


Isnin, Oktober 21, 2013

Tugasan Biasa

 Mula mendaftar di PTSS 14 April 2004, masa itu di kenali dengan Politeknik Perlis (PPP). Hari ini dah 21 Oktober 2013, berapa lama dah tu?. Sat nak kira, emm lebih kurang 9 tahun, 6 bulan 7 hari. Inilah tempat yang agak lama aku bertugas. Mula SMV Miri, SMV Ampangan, Bahagian Kurikulum di JP Tek.,  kini di PTSS, Perlis Indera Kayangan.

Hari ini tugas yan biasa dibuat lagi iaitu mengawasi peperiksaan, lebih kurang dah 19 kali buat kerja ini, setap tahun dua kali. Muka-muka baru pun aku nampak banyak juga.


Inilah suasana dalam dewan peperiksaan yang penuh dengan memori untuk pelajar. Di sinilah juga mereka bakal menerima diploma. Semoga impian menjadi kenyataan.

Isnin, Ogos 12, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hari Raya AidilFitri datang lagi, setelah sebulan berpuasa, madrasah Ramadhan yang penuh dengan pengajaran. Sia-sia sajalah jika Ramadhan pergi begitu sahaja. Manakala AidilFitri yang disambut juga penuh dengan maksiat dan dosa. Semoga Allah memeberi petunjuk dan hidayah kepada aku, kaum keluarga aku dan seluruh umat Islam sejagat, agar ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah Azzawajalla.

Jika kita perhatikan Negara kita yang aman dan makmur ini, ekonomi yang berkembang dengan baik. Allah memberikan Rahmatnya kepada semua yang menghuni bumi Malaysia tercinta ini. Di bulan Ramadhan ramai peniaga-peniaga Melayu yang mengumpul pendapatan yang lumayan dalam sebulan. Aku difahamkan di Pekan Changloon, setiap gerai dihadapan Cmart sewanya mencecah RM2800 sebulan, jika sewa sudah hamper 3K cuba kita bayangkan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga disitu. Mustahil ada orang yang ingin rugi jika berniaga. Itulah Rahmat dari Allah.

Dihujung-hujung Ramadahan ramai orang yang berpususu-pusu ke pasaraya, kedai-kedai perabot, kedai-kedai alat elektronik dan macam-macam kedai lagi lah. Kebanyakan kedai-kedai di Negara kita ini dimiliki oleh satu bangsa yang hebat dalam perniagaan. Banyangkanlah berapa banyak keuntungan yang dijana.  Ini adalah perniagaan, Islam agamaku menggalakkan perniagaan tetapi mengharamkan Riba."Maha Suci Allah".

Kita hidup aman dan damai, sesiapa sahaja boleh menjalakan apa sahaja aktiviti "muamalat" tanpa sekatan, asalkan tidak melanggar undang-undang Negara. Tetapi kenapa ada segelintir manusia yang tidak berfikir secara waras. Kenapa masih ada yang tidak berpuashati. Siapa yang hendak Kaya berusahalah, boleh buat perniagaan dan bermacam-macam lagi pekerjaan, tiada sekatan.

Kita tidak boleh kaya dengan mudah, seperti yang pernah aku baca dalam sebuah buku bertajuk "Macam mana orang susah boleh jadi kaya", katanya:-

Pertama, berharaplah kita agar dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Kedua, berharaplah agar kita mempunyai wajah yang cantik dan suara yang merdu, supaya boleh menjadi penyanyi popular

Ketiga, saman orang lain, berharaplah agar kita ada kes untuk menyaman orang lain.

Adakah ketiga-tiga perkara ini mudah untuk kita perolehi. Kalau rasa susah, tiada jalan lain, berusahalah.

Rabu, Februari 22, 2012

Cuti dan melepaskan geram

Dimanakah tempat yang sesuai bagi orang seperti aku untuk melepaskan geram (bukan garam) kalau bukan di laman Blog ini. Hari ini nak menulis tentang cuti, sebenarnya dah lama tak menulis. Emmm mungkin tak ada geram yang nak dilepaskan kot. Hari ini memang ada.

Sekarang kan musim pelajar bercuti, inilah masa yang sesuai untuk menghabiskan kerja-kerja yang berlambak tersadai. Rasa-rasa sekarang makin banyak pula kerja yang nak kena buat. Cukuplah rasanya dari Isnin sampai Khamis menyelesaikan segala kerja yang tertangguh dan merancang apa yang nak diajar selepas cuti ini. Hanya satu hari saja diperuntukan untuk bersama anak dan isteri. Hari Jumaat anak-anak bercuti sebab bersekoolah di Negeri Kedah.  Kononnya dapatlah cuti dalam 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu bersama mereka.

Awal pagi tadi Isteri terima SMS menyatakan bahawa kena kursus dari hari ini 22 hingga 24 haribulan (melalui sms sahaja, canggihnya perhubungan zaman sekarang). Hancur harapan untuk bercuti. Dalam hati terfikir tentang "majikan". Betapa susuahnya nak menjadi majikan yang perihatin kepada kebajikan pekerja mereka. Tidak terfikirkah mereka yang berstatus tinggi ini tentang kebajikan pekerja mereka. Pekerja juga perlukan cuti untuk merehatkan minda da diri setelah lama bekerja agar dapat kembali semula bertugas selepas cuti dengan semangat yang baru.

Bagi aku ini semua adalah salah insan yang bergelar majikan. Majikan seharusnya merancang dengan baik segala perjalanan organisasi mereka, bukan sekadar duduk dalam bilik yang selesa dengan kerusi empuknya. Memang tak dinafikan yang menguruskan segala urusan bukanlah boss besar, tetapi boss besar seharusnya adalah orang yang bertanggungjawab. Harap boss besar baca blog aku ini barulah dia sedar dan insaf sikit kot.

Jumaat, November 11, 2011

LCCT

Jan 4.57 petang 11/11/11 berada di LCCT menanti jam 7.50 malam penerbangan AK5252 untuk ke Alor Setar. Rabu, Khamis dan Jumaat berada di Klana Resort Seremban, demi tugas. Syukur semua tugas dapat diselesaikan dengan sempurna. Harap tidak berlaku seperti kata pepatah "rumah siap tukul berbunyi". Daftar keluar dari hotel jam 1.00 petang, nasib baik ada Encik Azfar dari Polimas sudi menumpangkan kami hingg ke LCCT. Terima kasih daun keladi. Dia dan Encik Ariffin meneruskan perjalanan mereka dengan kereta ke Jitra. Aku masih lagi di LCCT. Insya Allah dijangka sampai jam 8.50 malam nanti.

Beginilah selalunya perjalanan orang seperti aku, tugas luar yang memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. Kekadang majikan sediakan tiket kapal terbang, kekadang hanya sekadar teksi atau bas ekspress. Apapun kaedahnya yang penting selamat sampai kedestinasi yang dituju dan selamat balik.

Banyak kerenah dan gelagat manusia yang dapat diperhatikan, ada yang berbangsa Melayu, ada Indonensia, China, Negero dan macam-macam bangsa. Tempat tujuan Antarabangsalah katakan.

Diantara kebijaksanaan CEO Airasia menjadi satu faktor yang direnungkan dalam fikiran. Bagaimanakah terfikir difikran beliau untuk membina sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan ramai sekarang. Dapat diperhatikan semua bangsa dari semua lapisan golongan menggunakan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Ada golongan seperti aku kakitangan kerajaan, ada makcik atau nyonya, ada pakcik dan apek, ada pasangan muda yang mungkin baru kahwin (berbulan madu) ada yang dari seberang (Indon) ada yang dari Sabah dan Sarawak, ada juga "mat salleh dan minah salleh" yang berpakaian selekeh, ntah dah berapa hari tak mandi bau punyalah hapak.

Begitulah pengajaran bidang perniagaan yang dapat dipelajari daripada Airasia ini, apa sahaja pun boleh diperniagakan asal ada ilmu dan keberanian. Berniaga bukan pakai hentam sahaja, mesti perlu mempunyai ilmu dan juga congakan (pengiraan) risiko yang mendatang. Kalau pakai hentam saja tak lama boleh bungkus.

Siapakah yang menentukan ekonomi negara kita, golongan peniaga atau pembeli? cuba kita fikirkan.  Harga gula nak dinaikan, siapa yang berkuasa, pengguna atau peniaga. Kalau pengguna berkuasa tentu harga tak naik, tapi peniaga yang lebih berkuasa, sepatutnya pengguna yang lebih ramai, pengguna lah yang dapat menentukan harga. Fikirkanlah.....

Ahad, September 04, 2011

Kembali Bertugas

Mulai esok semua nampaknya akan kembali bertugas, banyak tugasan yang menanti. Bagi yang dah menyelesaikan tugas sebelum cuti pasti akan berasa lapang dada. Bagi yang suka menangguhkan tugas pasti beban yang setinggi gunung sedang menanti. Menghabiskan sukatan, MQA, 5S, menyediakan soalan dan skema peperiksaan, menanda ujian, memastikan FRK dikemaskini dan banyak lagi tugas-tugas-tugas. Ingat senang kerajaan nak bagi gaji setiap bulan. Bukan sekadar datang masuk kelas mengajar dan 25 haribulan dapat gaji. Ganjaran yang dibayar oleh kerajaan mesti setimpal dengan kerja yang dilakukan. Nampaknya yang dah bekerja lama seperti aku harus bekerja lebih banyak atau kuat sebab gaji dah banyak.

Umur dah semakin tua, mati semakin dekat. Kerja mesti kena buat, ibadat mesti kena buat dan sentiasa istiqamah. Itulah yang dapat dikatakan kali ini. Semoga hidup akan lebih ceria dan keinsafan diri untuk mendekati Maha Pencipta akan sentiasa bertambah.

Sabtu, Ogos 20, 2011

Kursus

Certificate of Completion

This is to certify that
Mohamad Taher Bin Kasa
(6**********5)

Successfully Completed the
DISASTER MANAGEMENT WORKSHOP
15th - 19th August 2011

Organized by the
Perlis State Government and
Humanitarian International Service Group (HISG) Colorado USA

Inilah yang aku dapat selepas berhempas pulas berkursus semalam seminggu di Hotel Sri Malaysia Kangar. Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Mat Saleh dari Colorado USA. Hampir naik biru mata aku dengar dia punya presentation. Yang aku respek ialah mereka ini datang secara sukarela dibaiyai sepenuhnya oleh HISG. Jadi akupun terpaksalah secara suka dan separuh paksa rela menghadiri kursus ini. Walaupun terpaksa rela akhirnya dapat juga aku 5 hari kursus, jadilah untuk menuhi sebahagian dari kouta tahun ini. Tapi yang aku paling teruja ialah kursus ini juga dihadiri spenuhnya oleh Kebawah Duli Raja Muda Perlis.

Aku juga telah didaftarkan sebagai ahli International Disaster Respone Network (IDRN)http://idrn.info/. Pehh peringkat antarbangsa.

Rabu, Julai 27, 2011

iStILaH

Beberapa istilah yang bukan baru tetapi dijangka membuatkan jiwa menjadi kacau dan  muka menjadi kelat minggu ini bagi diriku adalah seperti tersenarai di bawah:-

MQA
COPPA
COPPIA
TPA
TPSA
KJ
KP

... dan bermacam-macam lagi, yang akan membuatkan tak tenteram kalbu jadinya.

"Membujur Lalu Melintang Patah". Yah!!!! samangat Jebat atau Tuah yang akan menghidupkan semula Melayu Jati.

Selasa, Julai 05, 2011

Membina Kapal

Orang lain pegi belajar buat kapal layar mengambil masa setahun lamanya. Kapal yang dibina pastilah dapat terapung dilautan dan belayar dengan lancarnya. Penumpangnya juga pasti gembira kerana kapal yang dibina amatlah cantik dan teguh. Destinasi yang dituju juga pasti akan tiba dengan selamatnya.

Aku diajar membuat kapal yang sama dalam 4 jam, agaknya macamanalah  kapal yang akan disiapkan. Bolehkan kapal tu terapung dan belayar dilautan luas. Sampaikah penumpang-penumpanya ke destinasi yang ditetapkan.

Isnin, Julai 04, 2011

Petua Pergi Bekerja

Petua ini aku dapat daripada Yang Berbahagia Ustaz Ramli bin Shafiee masa dengar Kedah FM tadi.

Semasa perjalanan ke tempat kerja (pandu kereta/naik bas/jalan kaki atau apa sajalah) bacalah Surah AL-SYARH (Kelapangan - surah ke 94) sebanyak 6 kali.

Bila dah sampai ke tempat kerja semasa dah duduk bacalah Surah QURAISY (Suku Quraisy - surah ke 106) sebanyak 3 kali.

Utamakan 2 perkara bersama-sama rakan

Pertama - ucapkan Salam dan bertanyakan perkara yang baik.

Kedua - sentiasa berikan perngiktirafan pada rakan.

Sama-samalah kita amalkan perkara baik yang dianjurkan oleh Islam. Semoga mendapat keberkatan.

Jangan lupa ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Malam ini (Isnin malam Selasa) ada kelas Tajwid di Masjid Kampung Tradisi, Changlun selepas solat maghrib. Kelas dikendalikan oleh Ustaz Mokhtar Imam masjid UUM. Kelas ini diadakan 2 minggu sekali, minggu pertama dan keempat. Segalanya percuma.

Sabtu, Julai 02, 2011

Cuaca dan Jawatan

Keadaan cuaca hari ini dari pagi hingga tengahari kelihatan mentari memancarkan sinarnya, sempat untuk mengerikan pakaian yang dicuci awal pagi. Nampaknya cuaca sebelah petang berbeza sekali, nak kata hujan tak juga, cuma tidak kelihatan matahari, nak dikatakan berjerubu pun tak juga. Apa juga situasi semuanya adalah kebesaran Allah yang maha kaya dengan ilmuNya. Kita hanya insan kerdil.

Walau besar mana jawatan, pangkat, kedudukan dan juga anugerah yang dipegang, kita harus ingat bahawa ada lagi yang lebih berkuasa dari kita. Kadang-kadang kita sering lupa, bila dah berjawatan kita membuat keputusan yang mungkin menyebabkan orang lain menderita atau teraniaya tanpa kita sedari. Jawatan adalah satu amanah, ramai yang inginkan jawatan yang besar, sebesar-besarnya sehingga ke tahap yang paling tinggi. Kalau bekerja dengan kerajaan mungkin kita mengimpikan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Kalau dalam politik mungkin kita mahukan kedudukan yang paling tinggi jadi PM. Kalau di kampung mungkin mengimpikan jawatan sebagai Ketua Kampung. Kalau dalam kampus kita mengimpikan jawatan YDP. Tak kira apa pun kedudukan, jawatan yang diimpikan merupakan satu amanah, dan bila dah memengang amanah segala keputusan yang dibuat melibatkan orang lain perlu diteliti sehalus-halusnya, takut-takut mengainaya orang lain.

Jumaat, Jun 24, 2011

Halatuju

Setakat ini dah ada lebih 27  Politeknik di Malaysia, banyak juga tu, ada negeri yang ada 2 Politeknik, ada yang masih satu sahaja seperti kat Perlis ni. Ada negeri yang ada 3 Politeknik seperti di Terengganu. Ramai dah yang mendapat jasa dari Politeknik ni, contohnya aku sendiri, dahulu adalah seorang bekas pelajar Politeknik Kota Bharu dalam bidang Sijil Penyimpan Kira. Aku berbangga sebagai sorang bekas pelajar Politeknik  yang dapat berkhidmat semula di Politeknik.

Dahulu dan kini banyak berbeza, Politeknik sekarang dah menuju kearah  tahap yang lebih tinggi. Sekarang dah tak ada lagi program sijil, yang ada hanya diploma. Berkemungkinankah satu hari nanti Politeknik akan dinaikan taraf sebagai Universiti?. Dengan bilangan 27 lebih itu bolekah ianya mencapai ke tahap itu, adakah bilangan pelajar-pelajar yang ada di sekolah-sekolah sekarang cukup banyak untuk semua masuk ke Universiti Politeknik?. Banyak lagi Univesiti Swasta dan Awam yang tersedia ada di negara Malaysia ini.

Khabarnya sekolah menengah vokasionalpun sedang dalam proses naik taraf kepada Kolej dan akan menawarkan kursus diploma, dan ianya bukan hanya cadangan lagi memang dah disahkan.

Mungkinkah bilangan Politeknik akan di kecilkan? Kalau dikecilkan apa akan berlaku?, apakah nasib aku? kemanakah aku?... Aduh... satu persoalan yang sendiri tanya dan sendiri tak dapat jawab. Adakah  aku bersedia dengan kemahiran lain yang dapat menyelamatkan diri dari sebarang kemungkinan. Manusia mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

Jumaat, Jun 10, 2011

Seminggu Berlalu

Cuti 5 hari, Isnin hingga Jumaat, dapat +- lebih kurang 9 hari bermula dari Sabtu hinggalah Ahad. Kalau dulu masa jadi cikgu dan sebelum tukar skim memang banyak cuti, asal pelajar cuti sahaja aku pun bercuti. Sekarang semuanya cuma tinggal kenangan, apa nak dikatakan lagi pilihan dah dibuat terima sajalah. Menyesal ke tidak ke terpaksa telan sajalah. Baru ni ada jumpa sorang member yang kerjanya dengan sebuah bank tekemuka di Malaysia, dia nak dapat cuti pun susah, kekadang minta cuti 2 hari dapat satu hari je, lagi teruk, kira aku keja ngan gomen ni masih boleh tahanlah.

Apa yang nak dibuat masa cuti? wow banyak yang boleh dilakukan. Mengemas rumah, bersama anak-anak dan bermacam-macam lagilah. Terasa rugi juga kalau cuti lama tapi tak ada hasil. Hasil yang paling aku banggakkan kali ini ialah aktiviti mengecat rumah, dapat juga aku siapkan kerja mengecat ruang tamu bersama-sama dengan anak-anak. Sebenarnya lama dah nak mengecat ni, cuma tiada penggerak sahaja, biasalah kalau tak dicuba tak akan dapat hasilnya, pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, bila kita nak lakukan sesuatu jangan tangguh, mulakan sahaja, bila perancangan dah dibuat teruskan sahaja.

Tak banyak pun belanja mengecat ini, beli cat 5 liter 2 tin baru RM166, tangga 7 kaki RM102, berus+takung+lain-lain RM20. Air 100+ dan air cola sebagai penghilang dahaga. Akhirnya berhasil, kualiti tak perlulah dipertikaikan, asal hati puas sebab semuanya buat sendiri.

Itulah hakikatnya golongan seperti aku ni, bukannya kedekut tapi, inilah yang termampu. Kekadang terfikir juga kalau pendapatan dah banyak, taklah payah nak berpeluh nak mengecat rumah. Ada duit upah je. Bilalah nak jadi orang kaya, baru gaji naik sikit dah barang pula yang naik. Tadi kat kedai beli roti dah naik 10 sen, kata peniaga kedai tu semua barang naik 10 sen. Aduh naik lagi...

Jumaat, Mei 27, 2011

Kerja

Kerja..., kerja..., ada orang tepat pukul 5 dah balik dan ada yang pukul 7 malam belum balik lagi. Masing-masing ada tugas yang diselesaikan.

Ramai yang bercuti minggu depan, masa yang sesuai untuk cuti, anak-anak cuti sekolah. Inilah masanya untuk bersama mereka. Ada yang akan balik ke kampung bagi menziarahi mak dan ayah. Betapa bersarnya ganjaran  yang diperolehi dari menziarahi mak dan ayah, hanya Allah sahaja yang tahu.

Ada  yang tak dapat bercuti, macam-macam alasan dan sebab..., kerja belum habis, kena ganti tempat boss, kena pergi kursus dan sebagainya. Itulah kehidupan. Tak semua yang akan kita dapat. Nak dapat sesuatu mesti kena korbankan sesuatu.

Ada juga tugasan  yang perlu dilakukan oleh tenaga kerja yang sedikit, pihak yang memerintah selalunya buat macam ini, suruh orang bawah lakukan tugas yang besarrrrr tapi kakitangan tak cukup, nak tambah kedekut. Ada kerja  yang memerlukan peralatan  yang banyak, tapi bila kita minta untuk beli tak diluluskan, macamana nak buat kerja. Bila dalam meeting dia suruh kita guna juga sumber  yang ada. Kalau yang kreatif dan bertenaga bolehlah buat itu dan ini. Itupun bukanya dapat pujian pun dalam mesyuarat bedah siasat. Hampeh  pun tarakkk.

Seronoknya kalau tak perlu kerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan. Alangkah bahagianya hidup ini.

Jumaat, Mei 20, 2011

Minggu Depan Tak Boleh Cuti

Isnin hingga Khamis 23 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 cuti rehat dibekukan disebabkan oleh proses audit ISO oleh pihak Sirim, Memo Perhubungan Dalaman yang ditandatangani oleh TPA. Dulu anggota polis saja kita dengar cuti mereka dibekukan, sekarang kat tempat kerja aku pun kena beku cuti. Dulu kerja cikgu masa pelajar cuti boleh dapat cuti, sekarang masa cuti pun kena kerja, lepastu kena beku pula cuti apa boleh buat dah tandatangan opsyen.

Apa benda yang boleh dibekukan?,  makanan boleh dibekukan dengan cara memasukannya dalam peti sejuk dan diletakkan pada tempat pembekuan. Tujuanya kalau makanan ialah untuk disimpan dalam tempoh yang lama. Bila kita nak guna kita kena cairkanya semula.

Cuti yang dibekukan tak perlulah masuk dalam peti sejuk. Cuma perlu diarahkan sahaja oleh orang  yang berkuasa. Gamaknya samalah dengan peti sejuk kot. Walau apapun tak apalah, aku bukannya nak bercuti pada minggu depan pun, lagipun anak-anak bersekolah, kalau cuti pun bukan ada benda nak buat sangat.

Isnin, Mei 16, 2011

Hari Guru

Selamat Hari Guru, semoga semua guru-guru di Malaysia akan terus cemerlang mendidik anak bangsa. Kerjaya guru memang mencabar dan membanggakan, semoga semua ilmu baik yang dicurahkan akan diamalkan sehingga hari kiamat.

Dulu semasa mengajar kat sekolah, setiap 16 Mei akan menyambut hari guru, kini dah jadi Pensyarah mengajar kat Politeknik, tapi aku masih anggap diri aku ini adalah guru, sebab kerja tetap sama mengajar juga,  cuma tempat dan panggilan sahaja berbeza. Apa boleh buat dah ditakdirkan aku kena mengajar kat Politeknik. Tidak ada apa yang nak dibanggakan disebabkan oleh perbezaan panggilan dari Cikgu kepada Encik. Bagi aku sama saja. Yang penting aku mengajar apa saja Ilmu yang ada pada aku ni kepada orang lain.

Ada juga terima beberapa SMS dari rakan dan bekas pelajar yang mengucapkan selamat Hari Guru. Awal pagi lagi dah terima SMS dari teman sebilik semasa kat Maktab dulu mengucapkan selamat hari guru, terharu juga rasanya.

Nampaknya jadi pensyarah di Politeknik tak berpeluang untuk menyambut hari Pensyarah, ish ish kesiannya. Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk mendapatkan sesuatu, dan sudah semestinya jika kita inginkan sesuatu kita terpaksa buang  yang satu lagi, tak boleh dapat kedua-duanya. Contonya macam aku sekarang ini, nak jadi Cikgu atau Pensyarah, nak di panggil Encik atau Cikgu, nak duduk kat sekolah atau Politeknik...., sendiri fikirkanlah.

Isnin, Disember 13, 2010

Wajah Gembira dan Ceria

Isnin 13 Disember 2010, ramai yang ceria dan keriangan kerana mendapat berita gembira, tahniah kerana hajat yang lama diidamkan telah tercapai. Semoga bahagia ditempat baru, harap di tempat baru bintang lebih menyinar. Bagi yang masih tinggal di sini seperti aku bilalah bintang nak menyinar terang.

Indahnya Mencapai Kejayaan, itulah tajuk blog aku. Bagi aku mencapai kejayaan bukanlah satu yang datang bergolek, setiap kejayaan yang aku capai selama ini adalah dari hasil usaha dan kerja keras dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah jua.

Kegembiraan yang tidak dapat diucapkan oleh kata-kata bila mencapai kejayaan, ianya begitu indah sekali, hanya kepada Nya juga kita memanjatkan kesyukuran bila beroleh sesuatu.

Adakah kita sebagai manusia biasa boleh menahan insan lain dari mencapai kejayaan, layakkah kita menidakkan hak orang lain, bolehkan kita besikap kejam sesama manusia. Dunia sekarang memang penuh dengan tipu daya dan muslihat, ingatlah dalam perjalanan mencapai kejayaan kekadang ada juga yang tersungkur. Bagi yang tersungkur jatuh dan rebah, bangun dan kumpulkan semangat dan tenaga baru, teruskan usaha kerana kejayaan pasti akan dicapai jika kita tidak mudah putus asa.

Ahad, Disember 05, 2010

Selamat Kembali Bertugas

Salam sejahtera, esok 6 December 2010 pemulaan semester baru. Boleh juga dikatakan permulaan era baru, sebab sebelum ini semester baru hanya bermula pada awal Januari, tetapi kini dah ditukar menjadi December pula, begitulah perancangan manusia yang tidak pernah tetap dan kekal.

Walau apapun atau bilapun semuanya tidak penting, yang penting adalah tugas yang suci dan ikhlas "sicncerely"  dalam mendidik pelajar "modal insan". Semuanya mesti di setkan dalam dalam minda agar diri dan minda bersedia untuk menerima apa sahaja tugasan yang diberikan. Nampaknya semester ini terpaksa bergelut dengan bilangan pelajar yang melipah ruah. 

Bilangan pelajar yang melebihi dari kemampuan tenaga pengajar juga satu yang fenomena yang pelik berlaku ditahun ini, dimanakah kewarasan fikiran pihak yang menentukan terjadinya fenomena ini pun tidak dapat di terima oleh akal. Menjadi pengurus juga satu tanggungjawab yang berat, menganiaya dan menyebabkan orang teraniaya juga akan dipersolakan nanti.

Banyak idea dan perancangan yang tercetus dalam pemikiran bertujuan untuk menjana kecemerlangan pelajar. Ingat "Pelajar adalah keutamaan" bukan diri sendiri. Harap segala yang dirancang dan direncanakan akan mebuahkan hasil yang cemerlang.

16 December juga satu tarikh yang dinanti-nantikan. Khabarnya satu gelombang perubahan besar akan dilakukan oleh KP. Adakah aku akan terlibat juga dalam gelombang itu tidak dapat dipastikan  hanya Allah juga yang Berkuasa dan  Dialah yang Mentakdirkan segala-galanya. Semoga Allah Mengampunkan dosa kita dan memberi Petunjuk serta Hidayahnya kepada kita semua.

Ahad, Oktober 10, 2010

Hujung Minggu

Kenapa kita diberi cuti pada hari Sabtu dan Ahad?. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada hujung minggu ini, terutamanya aktiviti bersama keluarga.  Minggu lepas pi kursus, penceramah yang paling sempoi pernah aku Jumpa Encik Zahiruddin ada berkata "kita telah dilatih untuk berkerja, setiap hari pikir nak pergi kerja untuk dapatkan pendapatan bagi membesarkan anak-anak supaya mereka nanti boleh bekerja juga, begitulah kitaran hidup kita" betul juga kata dia.



Inilah aktiviti yang sempat aku lakukan pada hujung minggu ini, bukan nak tunjuk rajin. Inilah yang mampu aku buat.

Ada ketika kita kena bertugas pada hujung minggu, aduh sedih sekali, kalau dapat RM masuk tak apa juga, tapi kalau kena kerja tapi tak dapat apa "kosong je". Orang lain boleh berada dirumah bersama keluarga, bersama isteri dan anak-anak. Dahlah kena kerja pada  hari Sabtu dan Ahad, guna telefon sendiri pula kalau nak buat panggilan (hari cuti mana boleh guna telefon kat opis, sebab operator tak datang). Lepas tu kena maki dan kena marah pula sebab kerja tidak memuaskan hati orang yang menyuruh. Itulah hakikatnya kehidupan ini.

Selasa, September 28, 2010

Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah

Ada ketika pekerja terpaksa menghadapi perubahan, perubahan yang bakal dilakukan oleh peneraju organisasi, pekerja tidak boleh statik sahaja dalam kehidupan, mesti boleh berubah.

Ada yang mengatakan bahawa pekerja adalah seperti ketulan ais yang boleh dibekukan dan boleh dicairkan dan boleh dibekukan dan boleh dicairkan dan boleh dibekukan terus dan boleh dicairkan terus, ikut suka pentadbir.

Begitulah nasib ketulan ais, samalah nasib perkerja seperti aku ini.  Kita lihatlah nanti apa nak jadi pada ketulan ais tadi. Samada dia akan kembali seperti asal atau berubah. Kalau berubah bentuk ini yang dinamakan "Transfomasi".

Kalau peneraju kali ini memang prihatin tentang pekerja bawahan maka beruntunglah kami semua, kalau peneraju kali ini asyik nak memenuhi kantung sendiri, tak taulah apa nak jadi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.