Sudi-sudilah klik kat sini

Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan

Sabtu, November 19, 2011

Melangkah Ke Alam Remaja

Hari ini dua anak aku bersunat (circumcision), bersunat cara moden. Mudah, cepat, tidak menyakitkan dan mahal le sikit. Tak apa yang penting semua selesai. Mohamad Nasruddin 9 tahun dan Mohamad Syahmi 7 tahun.
Wajah ceria sebelum bersunat



Menunggu....

Selesai

Semoga mereka berdua tabah menghadapi beberapa hari mendatang, masa bersunat memang tak sakit sebab disuntik ubat bius, bila dah selesai pun tak sakit sebab masih ada kesan ubat bius dan  harap tidak sakit sampai sembuh.

Menurut kata isteri aku, kalau anak bersunat bapa  yang kena rawat, ibu tak boleh rawat dan tengok kemaluan anak kalau mau cepat sembuh. Jadi akulah yang merawat mereka sekarang ni. Semasa aku menulis blog ini kedua-duanya baru tidur. Harap malam ini mereka dapat tidur dengan nyenyak.

Bersunat cara moden ini memang lebih mudah dan selesa berbanding cara dahulu. Masa zaman dahulu bersunat cara kampung menggunakan khidmat Tok Mudim, anak dimandikan dengan air yang dingin, duduk atas batang pisang, sebelum potong kepit dengan buluh dan potong guna pisau cukur berlipat.

Bila dah maju sikit guna khidmat doktor, guna ubat bius, potong dengan pisau lepas tu jahit urat supaya pendarahan berhenti. Ini kaedah yang digunakan pada anak sulung dan anak yang kedua. 

Bagi mereka berdua ini pula guna kaedah yang lebih mudah, guna botol dan kepit, tak perlu jahit. Doktor suntik ubat bius setempat, lepas tu masukan selinder, kepit dan potong, ringkas dan mudah. Kaedah yang aku cerita ini melalui apa yang aku perhati, tapi kalau cerita mengikut kaedah perubatan mungkin lain kot. Kalau nak tengok boleh tengok macamana doktor buat boleh cari dalam google. Aku ada jumpa tapi tak mau link kat sini takut dikatakan lucah.

Ahad, September 11, 2011

Hujan

Hujan turun lagi, seminggu sebelum 1 Syawal hujan, hari raya cuaca cerah. Beberapa hari selepas hari raya hingga hari ini hujan turun lagi. Beginilah cuaca di Negara ku yang tercinta ini. Semoga dengan datangnya hujan ini datang bersama rezeki yang melimpah ruah.

Jumaat, Jun 10, 2011

Seminggu Berlalu

Cuti 5 hari, Isnin hingga Jumaat, dapat +- lebih kurang 9 hari bermula dari Sabtu hinggalah Ahad. Kalau dulu masa jadi cikgu dan sebelum tukar skim memang banyak cuti, asal pelajar cuti sahaja aku pun bercuti. Sekarang semuanya cuma tinggal kenangan, apa nak dikatakan lagi pilihan dah dibuat terima sajalah. Menyesal ke tidak ke terpaksa telan sajalah. Baru ni ada jumpa sorang member yang kerjanya dengan sebuah bank tekemuka di Malaysia, dia nak dapat cuti pun susah, kekadang minta cuti 2 hari dapat satu hari je, lagi teruk, kira aku keja ngan gomen ni masih boleh tahanlah.

Apa yang nak dibuat masa cuti? wow banyak yang boleh dilakukan. Mengemas rumah, bersama anak-anak dan bermacam-macam lagilah. Terasa rugi juga kalau cuti lama tapi tak ada hasil. Hasil yang paling aku banggakkan kali ini ialah aktiviti mengecat rumah, dapat juga aku siapkan kerja mengecat ruang tamu bersama-sama dengan anak-anak. Sebenarnya lama dah nak mengecat ni, cuma tiada penggerak sahaja, biasalah kalau tak dicuba tak akan dapat hasilnya, pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, bila kita nak lakukan sesuatu jangan tangguh, mulakan sahaja, bila perancangan dah dibuat teruskan sahaja.

Tak banyak pun belanja mengecat ini, beli cat 5 liter 2 tin baru RM166, tangga 7 kaki RM102, berus+takung+lain-lain RM20. Air 100+ dan air cola sebagai penghilang dahaga. Akhirnya berhasil, kualiti tak perlulah dipertikaikan, asal hati puas sebab semuanya buat sendiri.

Itulah hakikatnya golongan seperti aku ni, bukannya kedekut tapi, inilah yang termampu. Kekadang terfikir juga kalau pendapatan dah banyak, taklah payah nak berpeluh nak mengecat rumah. Ada duit upah je. Bilalah nak jadi orang kaya, baru gaji naik sikit dah barang pula yang naik. Tadi kat kedai beli roti dah naik 10 sen, kata peniaga kedai tu semua barang naik 10 sen. Aduh naik lagi...

Isnin, November 01, 2010

Banjir

Hujan turun 2 hari tanpa henti,  maka terjadilah banjir, semuanya adalah dengan kuasa Allah. Banjir yang agak besar juga, syukur kepada Allah air tidaklah masuk sampai ke dalam rumah. Nampaknya ketika ini jam 22:39 malam hujan dan menunjukan tanda hendak berhenti, itupun dari pendengaran aku sahaja, nak mendongak ke langit tak nampak sebab malam. Apapun yang akan berlaku semuanya adalah kehendak dan ketentuan yang maha Esa.


Rabu, September 08, 2010

Raya Datang Lagi


Syukur kepada Allah Ramadan masih ada satu hari lagi, hari Jumaat Raya. 30 hari rasa begitu cepat sekali, detikan jam tidak pernah menjadi cepat, ianya tetap sama walau berjuta tahun dahulu, cuma manusia dan zaman sahaja berubah, kalau dahulu nak pergi satu-satu tempat mengambil masa yang begitu lama sebab tak ada kenderaan, bila dah ada kenderaan semuanya menjadi pantas, mungkin dulu orang naik kuda, unta, gajah, keldai, sekarang orang naik kereta, motorsikal, basikal dan jet.

Sekarang semua orang sibuk bekerja mencari rezeki.



Pemandangan belakang rumah aku (rumah jiran)

Kerana sibuk mungkin tak sempat nak bersihkan halaman rumah. Kekadang kita hidup berjiran kena fikirkan juga jiran sebelah menyebelah, kalau rumput keliling rumah dah nak sama tinggi dengan tingkap rumah, mungkin boleh menyebabkan banyak masalah. Harap lepas raya nanti segalanya beres.








Rabu, April 15, 2009

Burung Yang Berterbangan

Waktu hujan lebat, burung-burung layang-layang nampaknya gembira bermandi-manda. Lepas terbang ramai-ramai maka burung ini akan lepak kat tepi-tepi bangunan.



Burung layang-layang ini memang banyak di kawasan aku ini, mungkin mereka telah lama menetap di sini dan mungkin lebih lama dari aku. 16 April 2009 ni genap 5 tahun aku berkhidmat di PTSS. Terasa cepat masa berlalu. 1 Julai 2004 mula berpindah masuk ke PTSS, kuarters NO 1.6 Blok D1


Syukur kepada Allah, kerja kat PTSS ni ada disediakan kuarters, cuma tinggal kat Ulu Pauh ni sekolah anak-anak jauh sikit lebih kurang 11 km dan seperti yang diperkatakan dalam paparan terdahulu tak perkhidmatan bas sekolah kat sini. Masa harga minyak naik dulu pening juga kepala memikirkan belanja minyak setiap bulan.
Kepada yang baru masuk (baru daftar diri di PTSS) lagi best, masuk je terus buat laporan kerosakan dan kerosakan terus dibaiki. Harap-harap kerja pun mesti tip top jugalah, kenalah didik anak-anak bangsa dengan penuh dedikasi. Jangan marah sikit kat pelajar dah nak tendang pintu bilik kelas.