Isnin 13 Disember 2010, ramai yang ceria dan keriangan kerana mendapat berita gembira, tahniah kerana hajat yang lama diidamkan telah tercapai. Semoga bahagia ditempat baru, harap di tempat baru bintang lebih menyinar. Bagi yang masih tinggal di sini seperti aku bilalah bintang nak menyinar terang.
Indahnya Mencapai Kejayaan, itulah tajuk blog aku. Bagi aku mencapai kejayaan bukanlah satu yang datang bergolek, setiap kejayaan yang aku capai selama ini adalah dari hasil usaha dan kerja keras dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah jua.
Kegembiraan yang tidak dapat diucapkan oleh kata-kata bila mencapai kejayaan, ianya begitu indah sekali, hanya kepada Nya juga kita memanjatkan kesyukuran bila beroleh sesuatu.
Adakah kita sebagai manusia biasa boleh menahan insan lain dari mencapai kejayaan, layakkah kita menidakkan hak orang lain, bolehkan kita besikap kejam sesama manusia. Dunia sekarang memang penuh dengan tipu daya dan muslihat, ingatlah dalam perjalanan mencapai kejayaan kekadang ada juga yang tersungkur. Bagi yang tersungkur jatuh dan rebah, bangun dan kumpulkan semangat dan tenaga baru, teruskan usaha kerana kejayaan pasti akan dicapai jika kita tidak mudah putus asa.
1 ulasan:
As'kum, . Maaf saya minta share bahan ilmiah. Untuk bahan bacaan. semuanya best. terima kasih...
Catat Ulasan