Dimanakah tempat yang sesuai bagi orang seperti aku untuk melepaskan geram (bukan garam) kalau bukan di laman Blog ini. Hari ini nak menulis tentang cuti, sebenarnya dah lama tak menulis. Emmm mungkin tak ada geram yang nak dilepaskan kot. Hari ini memang ada.
Sekarang kan musim pelajar bercuti, inilah masa yang sesuai untuk menghabiskan kerja-kerja yang berlambak tersadai. Rasa-rasa sekarang makin banyak pula kerja yang nak kena buat. Cukuplah rasanya dari Isnin sampai Khamis menyelesaikan segala kerja yang tertangguh dan merancang apa yang nak diajar selepas cuti ini. Hanya satu hari saja diperuntukan untuk bersama anak dan isteri. Hari Jumaat anak-anak bercuti sebab bersekoolah di Negeri Kedah. Kononnya dapatlah cuti dalam 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu bersama mereka.
Awal pagi tadi Isteri terima SMS menyatakan bahawa kena kursus dari hari ini 22 hingga 24 haribulan (melalui sms sahaja, canggihnya perhubungan zaman sekarang). Hancur harapan untuk bercuti. Dalam hati terfikir tentang "majikan". Betapa susuahnya nak menjadi majikan yang perihatin kepada kebajikan pekerja mereka. Tidak terfikirkah mereka yang berstatus tinggi ini tentang kebajikan pekerja mereka. Pekerja juga perlukan cuti untuk merehatkan minda da diri setelah lama bekerja agar dapat kembali semula bertugas selepas cuti dengan semangat yang baru.
Bagi aku ini semua adalah salah insan yang bergelar majikan. Majikan seharusnya merancang dengan baik segala perjalanan organisasi mereka, bukan sekadar duduk dalam bilik yang selesa dengan kerusi empuknya. Memang tak dinafikan yang menguruskan segala urusan bukanlah boss besar, tetapi boss besar seharusnya adalah orang yang bertanggungjawab. Harap boss besar baca blog aku ini barulah dia sedar dan insaf sikit kot.
2 ulasan:
sangat bersetuju dengan tuan blog. seharusnya 'majikan' mesti lebih prihatin mengenai kebajikan pekerja.
Assalamualaikum en taher, heheh,, betul tu, dah kerja baru rynn faham kenapa kadang2 parent terpaksa tunda plan picnic dgn family.
Catat Ulasan