Sudi-sudilah klik kat sini

Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 01, 2013

Sarawak Mei 2013

Kunjungan ke Sarawak Tahun ini bermula 23 Mei hingga 3 Jun. Bawa anak-anak balik ke kampung halaman ibu mereka. Anak-anak bertuah kerana mengikut perlembagaan persekutuan mereka adalah anak Sarawak. Mereka boleh masuk ke Sarawak tanpa sekatan boleh tinggal di sini selama mungkin yang merka mahu. Mungkin ada diantara kita tidak menyedari kad pengenalan rakyat sarawak mempunyai huruf 'K' di penjuru bawah kiri. Tanda ini membolehkan mereka masuk ke Sarawak tanpa sekatan. Isu ini tak perlu dipertikaikan kerana memang termaktub dalam perjanjian ketika kemasukan Sarawak dalam Malaysia dulu. 


Tebingan Sungai Sarawak, antara yang tercantik di dunia.



Laksa Sarawak


Mee Kolok



Minuman Tiga Lapis

Setiap tahun, sekiranya di izin oleh Allah, di murahkan rezeki oleh Allah, dipanjangkan umur, pasti akan berkunjung lagi ke Sarawak. Keluarga di sini juga amat pemurah dan baik hati.

Sekarang bercadang nak beli tanah pula kat sini, mula dengan tanah lot dulu. In sha Allah.


Sabtu, November 19, 2011

Melangkah Ke Alam Remaja

Hari ini dua anak aku bersunat (circumcision), bersunat cara moden. Mudah, cepat, tidak menyakitkan dan mahal le sikit. Tak apa yang penting semua selesai. Mohamad Nasruddin 9 tahun dan Mohamad Syahmi 7 tahun.
Wajah ceria sebelum bersunat



Menunggu....

Selesai

Semoga mereka berdua tabah menghadapi beberapa hari mendatang, masa bersunat memang tak sakit sebab disuntik ubat bius, bila dah selesai pun tak sakit sebab masih ada kesan ubat bius dan  harap tidak sakit sampai sembuh.

Menurut kata isteri aku, kalau anak bersunat bapa  yang kena rawat, ibu tak boleh rawat dan tengok kemaluan anak kalau mau cepat sembuh. Jadi akulah yang merawat mereka sekarang ni. Semasa aku menulis blog ini kedua-duanya baru tidur. Harap malam ini mereka dapat tidur dengan nyenyak.

Bersunat cara moden ini memang lebih mudah dan selesa berbanding cara dahulu. Masa zaman dahulu bersunat cara kampung menggunakan khidmat Tok Mudim, anak dimandikan dengan air yang dingin, duduk atas batang pisang, sebelum potong kepit dengan buluh dan potong guna pisau cukur berlipat.

Bila dah maju sikit guna khidmat doktor, guna ubat bius, potong dengan pisau lepas tu jahit urat supaya pendarahan berhenti. Ini kaedah yang digunakan pada anak sulung dan anak yang kedua. 

Bagi mereka berdua ini pula guna kaedah yang lebih mudah, guna botol dan kepit, tak perlu jahit. Doktor suntik ubat bius setempat, lepas tu masukan selinder, kepit dan potong, ringkas dan mudah. Kaedah yang aku cerita ini melalui apa yang aku perhati, tapi kalau cerita mengikut kaedah perubatan mungkin lain kot. Kalau nak tengok boleh tengok macamana doktor buat boleh cari dalam google. Aku ada jumpa tapi tak mau link kat sini takut dikatakan lucah.

Jumaat, Jun 10, 2011

Seminggu Berlalu

Cuti 5 hari, Isnin hingga Jumaat, dapat +- lebih kurang 9 hari bermula dari Sabtu hinggalah Ahad. Kalau dulu masa jadi cikgu dan sebelum tukar skim memang banyak cuti, asal pelajar cuti sahaja aku pun bercuti. Sekarang semuanya cuma tinggal kenangan, apa nak dikatakan lagi pilihan dah dibuat terima sajalah. Menyesal ke tidak ke terpaksa telan sajalah. Baru ni ada jumpa sorang member yang kerjanya dengan sebuah bank tekemuka di Malaysia, dia nak dapat cuti pun susah, kekadang minta cuti 2 hari dapat satu hari je, lagi teruk, kira aku keja ngan gomen ni masih boleh tahanlah.

Apa yang nak dibuat masa cuti? wow banyak yang boleh dilakukan. Mengemas rumah, bersama anak-anak dan bermacam-macam lagilah. Terasa rugi juga kalau cuti lama tapi tak ada hasil. Hasil yang paling aku banggakkan kali ini ialah aktiviti mengecat rumah, dapat juga aku siapkan kerja mengecat ruang tamu bersama-sama dengan anak-anak. Sebenarnya lama dah nak mengecat ni, cuma tiada penggerak sahaja, biasalah kalau tak dicuba tak akan dapat hasilnya, pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, bila kita nak lakukan sesuatu jangan tangguh, mulakan sahaja, bila perancangan dah dibuat teruskan sahaja.

Tak banyak pun belanja mengecat ini, beli cat 5 liter 2 tin baru RM166, tangga 7 kaki RM102, berus+takung+lain-lain RM20. Air 100+ dan air cola sebagai penghilang dahaga. Akhirnya berhasil, kualiti tak perlulah dipertikaikan, asal hati puas sebab semuanya buat sendiri.

Itulah hakikatnya golongan seperti aku ni, bukannya kedekut tapi, inilah yang termampu. Kekadang terfikir juga kalau pendapatan dah banyak, taklah payah nak berpeluh nak mengecat rumah. Ada duit upah je. Bilalah nak jadi orang kaya, baru gaji naik sikit dah barang pula yang naik. Tadi kat kedai beli roti dah naik 10 sen, kata peniaga kedai tu semua barang naik 10 sen. Aduh naik lagi...

Selasa, Februari 01, 2011

Cuti

Lama tak menulis, entah kenapa? tak ada jawapan yang tepat, malas atau dah kekeringan semangat. Minggu ini semua pelajar dah mula bercuti selama seminggu. Pensyarah Politeknik dah tak boleh cuti, masih lagi dikenangkan cuti yang ditarik balik. Itu baru nikmat dunia yang ditarik oleh manusia sesama manusia, kalau nikmat dunia yang ditarik oleh Allah entah apalah rasanya.

Anak yang bersekolah di SK dan SM Bandar Baru Sintok hanya akan mula bercuti pada hari Khamis hingga Ahad, syukurlah aku pun dapat cuti dari Khamis hingga Ahad. Mungkin inilah masa berharga bersama keluarga. Ada sekolah di tempat yang sama dah mula bercuti pada hari Isnin, mungkin sekolah depa banyak pelajar kaum Tionghua (Cina) kot.

Banyak juga kerja yang dapat dibereskan semasa pelajar bercuti. Suasanapun sunyi dan sepi sebab tak ramai orang, aman dan damai rasanya. Ramai juga yang mengambil kesempatan cuti panjang untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga terutama ibu dan bapa. Berhati-hati dijalan raya.

Kepada yang tinggal berdekatan Changloon, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Masjid Kampung Tradisi, lokasinya hanya disebelah Highway menuju ke UUM. Kuliah pengajian diadakan pada malam-malam berikut selepas waktu Maghrib hingga Isyak. (Lebih kurang 45 minit sahaja)

Hari Ahad malam Isnin (Ustaz Wan)
Hari Isnin malam Selasa (Ustaz Nizom)
Hari Selasa malam Rabu (Ustaz Zul/Ustaz Helmi)
Hari Rabu malam Khamis (cuti)
Hari Khamis malam Jumaat (bacaan Yasin)
Hari Jumaat malam Sabtu (Ustaz Hasminuddin)
Hari Sabtu malam Ahad (Ustaz Naim)

Luangkan sedikit masa kita untuk bersama-sama mencari Ilmu akhirat.

Rabu, Disember 29, 2010

Mencapai Kejayaan

Belum masuk tahun baru dah kena pergi sekolah, kalau dulu tak begini, sekarang cuti cikgu pun dah dikurangkan, terpaksa datang awal kesekolah demi anak bangsa.

Ahad, Disember 19, 2010

Makmurnya Negaraku

Pagi tadi ke kedai lampu di pekan Changloon, terserempak dengan seorang warga negara jiran lengkap berpakaian seragam, kalau tak salah aku dia ni Polis dari negara Thailand. Waktu itu dia sedang membeli lampu. Lepas beli lampu dia siap tanya tokey kedai tu mana boleh beli minyak masak. Dalam hati terfikir betapa makmurnya negara aku ni, mereka dari negara jiran boleh datang tanpa rasa takut, bebas bergerak kesana sini serta membeli belah. Sayangnya aku tak ada kamera, kalau ada teringin juga aku nak bergambar dengan Mat Polis dari Thailand ni.

Sekarang ini aku agak  pendatang yang ada kat negara kita ni berapa nisbah mereka dengan rakyat kita agaknya 1:2 kot. Mungkin masa depan semua yang ada dinegara kita adalah pendatang.

Negara kita ni memang tenpat kunjungan pendatang bersesuaian dengan bentuk geographinya "semenganjung". Semoga negara kita sentiasa aman dan makmur.

Isnin, November 01, 2010

Banjir

Hujan turun 2 hari tanpa henti,  maka terjadilah banjir, semuanya adalah dengan kuasa Allah. Banjir yang agak besar juga, syukur kepada Allah air tidaklah masuk sampai ke dalam rumah. Nampaknya ketika ini jam 22:39 malam hujan dan menunjukan tanda hendak berhenti, itupun dari pendengaran aku sahaja, nak mendongak ke langit tak nampak sebab malam. Apapun yang akan berlaku semuanya adalah kehendak dan ketentuan yang maha Esa.


Isnin, September 13, 2010

Raya 2010



Kegembiraan pada wajah anak-anak. Bahagialah mereka didunia dan akhirat.






Petua dari pakar motivasi "Jangan terlalu mewahkan anak-anak jika mahu lihat mereka berjaya." Insya Allah aku akan cuba.

Ahad, April 25, 2010

Hiburan




Tak Perlu Beli Tiket, Tak Perlu Bayar Cukai... teringat lagu Sudirman Haji Arshad. Petang Sabtu lepas bersama anak-anak ke Alor Setar. Beberapa hari sebelum ini ada terbaca dalam akhbar akan berlangsung acara penerjunan payung terjun di Menara Alor Setar. Memang ada niat untuk pergi, dalam hati berkata "kalau boleh pergi tengok bagus juga ni". Secara kebetulan pula dalam dok pusing-pusing bandar Alor Setar, ternampaklah Menara yang tersergam dan ada kelibat seperti orang nak terjun. Apa lagi, kami sekeluarga pun teruslah kesana, kebetulan pula majlis baru nak bermula dan pengunjung pun tak berapa ramai lagi. Menarik juga dan sempat juga merakamkan beberapa keping gambar menggunakan telefon bimbit kepunyaan isteri yang baru dibeli. Ada juga aku rakamkan video menggunakan telefon bimbit, rasa tak perlu upload nanti slow jadinya nak masuk blog aku ni.
Mula-mula sampai tak ramai orang kat sana, makin lama makin ramai pula. Walaupun bagi aku ini satu acara yang menarik dan bertaraf "international" tapi tak ramai pula pengunjung, orang yang datang nampak seperti satu kebetulan sahaja. Mungkin kerana tak perlu bayar, ataupun tak ada artis yang terkenal. Ataupun memang tak ramai yang berminat. Tak taulah, yang penting aku suka dan menikmati acara ini.
Aku suka tengok sahaja, tapi kalau diberi peluang untuk terjun, minta maaf aku tak berani, gayat tempat tinggi. Seronok juga tengok manusia boleh melayang-layang diudara dari bagunan tinggi. Aku memang suka tengok pertunjukan terjun payung ini. Mungkin sebab aku tak berani buat tapi aku kagum dengan manusia yang berani dan sanggup berlatih untuk membolehkan mereka layak melakukan sukan extrem ini.

Sabtu, Februari 27, 2010

Kami 1Keluarga



















Keluarga bahagia, minggu ini cuti 3 hari banyak masa bersama anak-anak.


Ahad, Februari 21, 2010

Hujan

Syukur kepada Allah petang tadi lebih kurang jam 1800 hujuan turun dengan lebat di kawasan rumah aku. Agak lama juga tak hujan. Petang tadi juga sebelum hujan ada berjumpa dua tiga orang jiran yang berkata "hari ini panas betul, macam nak hujan" memang betul tekaan mereka. Aku rasa bukan tekaan tapi satu doa. Bila hari terlalu panas ungkapan tadi akan keluar, "panas betul hari ni, macam nak hujan je". Memang hujan akan turun. Orang Melayu memang hidup dengan penuh perkara-perkara yang tak dapat di jelaskan dengan sains dan teknologi. Gambar diatas sebagai hiasan sahaja, bukan gambar terkini.

Ahad, Januari 17, 2010

Subur Menghijau

Pelbagai jenis sayuran dalam Polybag (petola, kucai, terung, kacang kelisa, dan bendi) Mujur ada sedikit ruang untuk bercucuk tanam.

Daun Selasih (boleh buat ulam)


Pokok Terung


Petola

Projek tanam sayur dalam Polybag

Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Pemandangan di hadapan PTSS

Gambar Pemandangan di Bagunan Pentadbiran PTSS, kami sekeluarga lepas tarwikh malam tadi menikmati gemerlapan lampu yang di sediakan oleh PTSS.



Esok hari raya, begitulah yang diperkatakan oleh setiap orang yang aku tanya, macam pasti je esok raya, kalau aku dulu, hari raya hanya akan pasti selepas pengisiharan oleh Pihak berwajib. Nampaknya semua orang konfiden je esok raya, tak kisalah lah, esok atau lusa raya, yang penting puasa kita cukup bermakna.
Kepada semua yang mengenali, yang membaca blog ini, selamat hari raya diucapakan, maaf zahir dan batin, somoga ibadah kita diterima Oleh Allah.
Aku raya kat PTSS je. Macam biasa.


Khamis, Jun 25, 2009

Bersantai

Petang tadi sempat bersama anak-anak memancing ikan di tasik di kawasan politeknik. Dapat atau tidak ikan tak lah penting sangat. Yang penting masa bersama anak-anak.











Memancing ni sebenarnya tak termasuk dalam hobi masa lapang aku pun, dan aku sebenarnya bukan ada hobi yang khusus, tapi memandangkan kat Politeknik (PTSS) ni ada tasik yang tersedia luas, jadi apa salahnya digunakan kemudahan yang ada. Tak payah susah nak pi jauh-jauh meredah hutan mencari port baik untuk memancing, hanya perlu jalan kaki je. Tempat pun tak semak dan tak panas. Syok juga melayan kerenah anak-anak ni.


Bayak lagi tempat bersantai yang ada di sekitar PTSS ni, ada kolam renang.

Ada pusat sukan boleh main badminton, tenis, squash, takraw dan macam-macam lagilah. Kalau tak pandai main jalan kaki keliling PTSS pun boleh. Kekadang terfikir juga kalau tak digunakan rugi rasanya.
Pusat Islam pun dekat, yang ini kalau tak pergi selalu lagi rugi besar. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada aku dan kita semua.
Nikmat yang Allah berikan ini amatlah besar, dapat hidup sihat sejahtra, dapat bekerluarga, mendapat rezeki dan banyak lagilah. Hanya kepada Allah sahaja layak kita bersyukur dan berterima kasih.



Jumaat, Jun 05, 2009

Adik Beradik

Kalau di utara perkataan Adik Beradik ini mengikut yang aku faham ada hubungan kekeluargaan la tu, bukan setakat abang dan adik sahaja, sepupu dua pupu juga kira adik beradik le tu, kalau ada bau-bau bacang pun kira adik beradik juga la kot. Ikatan kekeluargaan ini amat penting juga, kita hidup di dunia ni kalau susah keluargalah yang akan kita cari.

Pepatah ada mengatakan "Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi dan Yang Indah Itu Bahasa. Orang melayu memang indah berbahasa, dan Bahasa Melayu memang mudah untuk di palajari. Pernah aku ditegur oleh seorang lelaki Pakistan semasa sedang menaiki bas shutle di Lapangan Terbang Karachi dalam Bahasa Melayu. Bayangkan betapa terperanjatnya aku dalam banyak-banyak orang asing disekeliling aku masa tu, tiba-tiba sorang lelaki yang bukan Melayu menegur aku dalam Bahasa Melayu dan berbual dalam Bahasa Melayu dan dia kenal pula aku ini Orang Melayu. Katanya 6 tahun dia di Malaysia. Aku agak dia ni Bai jual kain kot kat Malaysia dulu.

Orang Melayu juga terkenal dengan budi yang baik, tak kira berapa rapat kita dengan seseorang atau adakah ianya adik beradik kita, tapi kalau dia dalam kesusahan mesti kita tolong punya. Tolong bukan seperti dalam cerita Anak Bapa "baik ada makna tu". Kita tolong dengan ikhlas.

Tapi zaman sekarang banyak dah berubah, manusia makin berpendidikan dan negara makin maju. Kadang-kadang kita mesti ada sikap berhati-hati kerana banyak yang suka mengambil kesempatan keatas kebaikan budi yang kita ada. Kawan aku pernah kata kita mesti ada sikap "curiga" terhadap setiap manusia yang kita temui. Jangan kita anggap semua orang baik. Apa pun pengalaman jugalah yang banyak membantu kita dalam kehidupan. Oleh itu respek la pada orang yang lebih berpengalaman. Jangan bila dah ada Ijazah atau Master atau PHD kita dah cukup terre (hebat).