Cuti 5 hari, Isnin hingga Jumaat, dapat +- lebih kurang 9 hari bermula dari Sabtu hinggalah Ahad. Kalau dulu masa jadi cikgu dan sebelum tukar skim memang banyak cuti, asal pelajar cuti sahaja aku pun bercuti. Sekarang semuanya cuma tinggal kenangan, apa nak dikatakan lagi pilihan dah dibuat terima sajalah. Menyesal ke tidak ke terpaksa telan sajalah. Baru ni ada jumpa sorang member yang kerjanya dengan sebuah bank tekemuka di Malaysia, dia nak dapat cuti pun susah, kekadang minta cuti 2 hari dapat satu hari je, lagi teruk, kira aku keja ngan gomen ni masih boleh tahanlah.
Apa yang nak dibuat masa cuti? wow banyak yang boleh dilakukan. Mengemas rumah, bersama anak-anak dan bermacam-macam lagilah. Terasa rugi juga kalau cuti lama tapi tak ada hasil. Hasil yang paling aku banggakkan kali ini ialah aktiviti mengecat rumah, dapat juga aku siapkan kerja mengecat ruang tamu bersama-sama dengan anak-anak. Sebenarnya lama dah nak mengecat ni, cuma tiada penggerak sahaja, biasalah kalau tak dicuba tak akan dapat hasilnya, pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, bila kita nak lakukan sesuatu jangan tangguh, mulakan sahaja, bila perancangan dah dibuat teruskan sahaja.
Tak banyak pun belanja mengecat ini, beli cat 5 liter 2 tin baru RM166, tangga 7 kaki RM102, berus+takung+lain-lain RM20. Air 100+ dan air cola sebagai penghilang dahaga. Akhirnya berhasil, kualiti tak perlulah dipertikaikan, asal hati puas sebab semuanya buat sendiri.
Itulah hakikatnya golongan seperti aku ni, bukannya kedekut tapi, inilah yang termampu. Kekadang terfikir juga kalau pendapatan dah banyak, taklah payah nak berpeluh nak mengecat rumah. Ada duit upah je. Bilalah nak jadi orang kaya, baru gaji naik sikit dah barang pula yang naik. Tadi kat kedai beli roti dah naik 10 sen, kata peniaga kedai tu semua barang naik 10 sen. Aduh naik lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan