Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Disember 14, 2011

Magnatic Aura

Hari ini ada produk baru yang hendak di ketengahkan. Harap pengunjung laman blog ini dapat melayari tapak ini Magnetic Aura 

"Tidak rugi mencuba, rugi kalau tak cuba"

Khamis, November 24, 2011

Sunat Subuh

Maksud Hadis. Dari `Aisyah r.a., katanya: "Rasululah s.a.w. melakukan dua rakaat shalat sunat sebelum Subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku bertanya-tanya dalam hatiku, adakah Nabi s.a.w membaca Al Fatihah (atau tidak)."

Maksud Hadis Dari `Aisyah r.a., katanya: Tidak ada shalat Nawafil (sunat) yang lebih diutamakan oleh Nabi s.a.w. dari shalat sunat lainnya selain dua rakaat sunat fajar"

Sabtu, November 19, 2011

Melangkah Ke Alam Remaja

Hari ini dua anak aku bersunat (circumcision), bersunat cara moden. Mudah, cepat, tidak menyakitkan dan mahal le sikit. Tak apa yang penting semua selesai. Mohamad Nasruddin 9 tahun dan Mohamad Syahmi 7 tahun.
Wajah ceria sebelum bersunat



Menunggu....

Selesai

Semoga mereka berdua tabah menghadapi beberapa hari mendatang, masa bersunat memang tak sakit sebab disuntik ubat bius, bila dah selesai pun tak sakit sebab masih ada kesan ubat bius dan  harap tidak sakit sampai sembuh.

Menurut kata isteri aku, kalau anak bersunat bapa  yang kena rawat, ibu tak boleh rawat dan tengok kemaluan anak kalau mau cepat sembuh. Jadi akulah yang merawat mereka sekarang ni. Semasa aku menulis blog ini kedua-duanya baru tidur. Harap malam ini mereka dapat tidur dengan nyenyak.

Bersunat cara moden ini memang lebih mudah dan selesa berbanding cara dahulu. Masa zaman dahulu bersunat cara kampung menggunakan khidmat Tok Mudim, anak dimandikan dengan air yang dingin, duduk atas batang pisang, sebelum potong kepit dengan buluh dan potong guna pisau cukur berlipat.

Bila dah maju sikit guna khidmat doktor, guna ubat bius, potong dengan pisau lepas tu jahit urat supaya pendarahan berhenti. Ini kaedah yang digunakan pada anak sulung dan anak yang kedua. 

Bagi mereka berdua ini pula guna kaedah yang lebih mudah, guna botol dan kepit, tak perlu jahit. Doktor suntik ubat bius setempat, lepas tu masukan selinder, kepit dan potong, ringkas dan mudah. Kaedah yang aku cerita ini melalui apa yang aku perhati, tapi kalau cerita mengikut kaedah perubatan mungkin lain kot. Kalau nak tengok boleh tengok macamana doktor buat boleh cari dalam google. Aku ada jumpa tapi tak mau link kat sini takut dikatakan lucah.

Jumaat, November 11, 2011

LCCT

Jan 4.57 petang 11/11/11 berada di LCCT menanti jam 7.50 malam penerbangan AK5252 untuk ke Alor Setar. Rabu, Khamis dan Jumaat berada di Klana Resort Seremban, demi tugas. Syukur semua tugas dapat diselesaikan dengan sempurna. Harap tidak berlaku seperti kata pepatah "rumah siap tukul berbunyi". Daftar keluar dari hotel jam 1.00 petang, nasib baik ada Encik Azfar dari Polimas sudi menumpangkan kami hingg ke LCCT. Terima kasih daun keladi. Dia dan Encik Ariffin meneruskan perjalanan mereka dengan kereta ke Jitra. Aku masih lagi di LCCT. Insya Allah dijangka sampai jam 8.50 malam nanti.

Beginilah selalunya perjalanan orang seperti aku, tugas luar yang memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. Kekadang majikan sediakan tiket kapal terbang, kekadang hanya sekadar teksi atau bas ekspress. Apapun kaedahnya yang penting selamat sampai kedestinasi yang dituju dan selamat balik.

Banyak kerenah dan gelagat manusia yang dapat diperhatikan, ada yang berbangsa Melayu, ada Indonensia, China, Negero dan macam-macam bangsa. Tempat tujuan Antarabangsalah katakan.

Diantara kebijaksanaan CEO Airasia menjadi satu faktor yang direnungkan dalam fikiran. Bagaimanakah terfikir difikran beliau untuk membina sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan ramai sekarang. Dapat diperhatikan semua bangsa dari semua lapisan golongan menggunakan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Ada golongan seperti aku kakitangan kerajaan, ada makcik atau nyonya, ada pakcik dan apek, ada pasangan muda yang mungkin baru kahwin (berbulan madu) ada yang dari seberang (Indon) ada yang dari Sabah dan Sarawak, ada juga "mat salleh dan minah salleh" yang berpakaian selekeh, ntah dah berapa hari tak mandi bau punyalah hapak.

Begitulah pengajaran bidang perniagaan yang dapat dipelajari daripada Airasia ini, apa sahaja pun boleh diperniagakan asal ada ilmu dan keberanian. Berniaga bukan pakai hentam sahaja, mesti perlu mempunyai ilmu dan juga congakan (pengiraan) risiko yang mendatang. Kalau pakai hentam saja tak lama boleh bungkus.

Siapakah yang menentukan ekonomi negara kita, golongan peniaga atau pembeli? cuba kita fikirkan.  Harga gula nak dinaikan, siapa yang berkuasa, pengguna atau peniaga. Kalau pengguna berkuasa tentu harga tak naik, tapi peniaga yang lebih berkuasa, sepatutnya pengguna yang lebih ramai, pengguna lah yang dapat menentukan harga. Fikirkanlah.....

Selasa, November 01, 2011

Iman

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya: "Islam yang bagaimanakah yang lebih utama?"


Jawab Nabi s.a.w. "Memberi makan (orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal"

Ahad, Oktober 23, 2011

Maksud Hadis

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari iman"

malu ; yang dimaksuakan dengan malu di sini ialah, malu mengerjakan kejahatan dan segala perbuatan yang hina, atau malu tertinggal dalam perlumbaan mengerjakan kebaikan dan kemuliaan. Malu seperti itu menjaga manusia dari kejahatan dan membawa kepada keselamatan dan kemajuan. Itulah malu yang termasuk cabang iman.

Ahad, Oktober 02, 2011

Kerisauan

Adakah patut masjid hanya dikunjungi bila kita memerlukan tandas awam, bila kita perlukan tempat untuk berehat sebentar dari kepenatan, tempat untuk pesinggahan dalam perjalanan yang jauh, tempat untuk mandi, tempat untuk menukar lampin pakai buang bayi kecil.

Masjid hanya dikunjungi ketika majlis akad nikah yang hanya seumur hidup sekali atau dua, patutkah juga masjid cuma menjadi persinggahan terakhir sebelum masuk kubur.

Bukankan masjid perlu dikunjungi sehari 5 waktu. Inilah yang menjadi kerisauan Imam, Siak dan Bilal. Berazamlah kita untuk mengunjunginya setiap kali azan dilaungkan. Insya Allah.

Ahad, September 11, 2011

Hujan

Hujan turun lagi, seminggu sebelum 1 Syawal hujan, hari raya cuaca cerah. Beberapa hari selepas hari raya hingga hari ini hujan turun lagi. Beginilah cuaca di Negara ku yang tercinta ini. Semoga dengan datangnya hujan ini datang bersama rezeki yang melimpah ruah.

Ahad, September 04, 2011

Kembali Bertugas

Mulai esok semua nampaknya akan kembali bertugas, banyak tugasan yang menanti. Bagi yang dah menyelesaikan tugas sebelum cuti pasti akan berasa lapang dada. Bagi yang suka menangguhkan tugas pasti beban yang setinggi gunung sedang menanti. Menghabiskan sukatan, MQA, 5S, menyediakan soalan dan skema peperiksaan, menanda ujian, memastikan FRK dikemaskini dan banyak lagi tugas-tugas-tugas. Ingat senang kerajaan nak bagi gaji setiap bulan. Bukan sekadar datang masuk kelas mengajar dan 25 haribulan dapat gaji. Ganjaran yang dibayar oleh kerajaan mesti setimpal dengan kerja yang dilakukan. Nampaknya yang dah bekerja lama seperti aku harus bekerja lebih banyak atau kuat sebab gaji dah banyak.

Umur dah semakin tua, mati semakin dekat. Kerja mesti kena buat, ibadat mesti kena buat dan sentiasa istiqamah. Itulah yang dapat dikatakan kali ini. Semoga hidup akan lebih ceria dan keinsafan diri untuk mendekati Maha Pencipta akan sentiasa bertambah.

Isnin, Ogos 29, 2011

Syawal Tiba Lagi

Ramadan telah berlalu, Syawal tiba lagi. Mana lebih antara kegembiraan menyambut Syawal atau kesedihan perginya Ramadan yang pernuh barakah. Yang penting Sunnah tidak ditinggalkan. Malam disunatkan banyak takbir memuji Ilahi, pagi disunatkan menjamah tamar sebelum ke masjid, solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah. Semoga Ibadah kita semua diterima Allah.

Selasa, Ogos 23, 2011

Kemajuan

Kalau dulu mesin taip manual digunakan, selepas tu mesin taip elektrik, mesin taip elektronik dan kini "word processing". Zaman berubah dan pasti akan berubah. Cuba bayangkan berapakah bilangan penduduk kampung kita 100 tahun dulu, bagaimana keadaan masjid atau surau ketika itu. Bagaimanakah cara nenek moyang kita pergi menunaikan solat tarawih. Seingat aku masa aku kecil masjid di kampung ketika itu masih belum mempunyai bekalan elektrik sekitar tahun 1975. Ketika itu masjid ditempat aku masih lagi menggunakan gendang yang perlu dipalu untuk menandakan masuk waktu solat. Kini gendang itu pun dah tak digunakan lagi. Itu dahulu sekarang semua dah berubah.

Beberapa tahun dahulu kalau hendak menggunakan perkhidmatan kapal terbang pengguna perlu ke pejabat syarikat penerbangan untuk membeli tiket. Kini segalanya telah berubah, hanya berada depan komputer dirumah boleh membeli tiket penerbangan samada Airasia atau MAS, terus boleh mencetak "bording pas". Bila tiba dilapangan terbang kita tidak perlu lagi mendaftar masuk. Boleh terus sahaja masuk untuk pemeriksaan keselamatan dan terus ke pintu pelepasan. Begitu mudah sekali. Yang penting ada duit.

Sabtu, Ogos 20, 2011

Kursus

Certificate of Completion

This is to certify that
Mohamad Taher Bin Kasa
(6**********5)

Successfully Completed the
DISASTER MANAGEMENT WORKSHOP
15th - 19th August 2011

Organized by the
Perlis State Government and
Humanitarian International Service Group (HISG) Colorado USA

Inilah yang aku dapat selepas berhempas pulas berkursus semalam seminggu di Hotel Sri Malaysia Kangar. Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Mat Saleh dari Colorado USA. Hampir naik biru mata aku dengar dia punya presentation. Yang aku respek ialah mereka ini datang secara sukarela dibaiyai sepenuhnya oleh HISG. Jadi akupun terpaksalah secara suka dan separuh paksa rela menghadiri kursus ini. Walaupun terpaksa rela akhirnya dapat juga aku 5 hari kursus, jadilah untuk menuhi sebahagian dari kouta tahun ini. Tapi yang aku paling teruja ialah kursus ini juga dihadiri spenuhnya oleh Kebawah Duli Raja Muda Perlis.

Aku juga telah didaftarkan sebagai ahli International Disaster Respone Network (IDRN)http://idrn.info/. Pehh peringkat antarbangsa.

Rabu, Julai 27, 2011

iStILaH

Beberapa istilah yang bukan baru tetapi dijangka membuatkan jiwa menjadi kacau dan  muka menjadi kelat minggu ini bagi diriku adalah seperti tersenarai di bawah:-

MQA
COPPA
COPPIA
TPA
TPSA
KJ
KP

... dan bermacam-macam lagi, yang akan membuatkan tak tenteram kalbu jadinya.

"Membujur Lalu Melintang Patah". Yah!!!! samangat Jebat atau Tuah yang akan menghidupkan semula Melayu Jati.

Selasa, Julai 05, 2011

Membina Kapal

Orang lain pegi belajar buat kapal layar mengambil masa setahun lamanya. Kapal yang dibina pastilah dapat terapung dilautan dan belayar dengan lancarnya. Penumpangnya juga pasti gembira kerana kapal yang dibina amatlah cantik dan teguh. Destinasi yang dituju juga pasti akan tiba dengan selamatnya.

Aku diajar membuat kapal yang sama dalam 4 jam, agaknya macamanalah  kapal yang akan disiapkan. Bolehkan kapal tu terapung dan belayar dilautan luas. Sampaikah penumpang-penumpanya ke destinasi yang ditetapkan.

Isnin, Julai 04, 2011

Petua Pergi Bekerja

Petua ini aku dapat daripada Yang Berbahagia Ustaz Ramli bin Shafiee masa dengar Kedah FM tadi.

Semasa perjalanan ke tempat kerja (pandu kereta/naik bas/jalan kaki atau apa sajalah) bacalah Surah AL-SYARH (Kelapangan - surah ke 94) sebanyak 6 kali.

Bila dah sampai ke tempat kerja semasa dah duduk bacalah Surah QURAISY (Suku Quraisy - surah ke 106) sebanyak 3 kali.

Utamakan 2 perkara bersama-sama rakan

Pertama - ucapkan Salam dan bertanyakan perkara yang baik.

Kedua - sentiasa berikan perngiktirafan pada rakan.

Sama-samalah kita amalkan perkara baik yang dianjurkan oleh Islam. Semoga mendapat keberkatan.

Jangan lupa ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Malam ini (Isnin malam Selasa) ada kelas Tajwid di Masjid Kampung Tradisi, Changlun selepas solat maghrib. Kelas dikendalikan oleh Ustaz Mokhtar Imam masjid UUM. Kelas ini diadakan 2 minggu sekali, minggu pertama dan keempat. Segalanya percuma.

Sabtu, Julai 02, 2011

Cuaca dan Jawatan

Keadaan cuaca hari ini dari pagi hingga tengahari kelihatan mentari memancarkan sinarnya, sempat untuk mengerikan pakaian yang dicuci awal pagi. Nampaknya cuaca sebelah petang berbeza sekali, nak kata hujan tak juga, cuma tidak kelihatan matahari, nak dikatakan berjerubu pun tak juga. Apa juga situasi semuanya adalah kebesaran Allah yang maha kaya dengan ilmuNya. Kita hanya insan kerdil.

Walau besar mana jawatan, pangkat, kedudukan dan juga anugerah yang dipegang, kita harus ingat bahawa ada lagi yang lebih berkuasa dari kita. Kadang-kadang kita sering lupa, bila dah berjawatan kita membuat keputusan yang mungkin menyebabkan orang lain menderita atau teraniaya tanpa kita sedari. Jawatan adalah satu amanah, ramai yang inginkan jawatan yang besar, sebesar-besarnya sehingga ke tahap yang paling tinggi. Kalau bekerja dengan kerajaan mungkin kita mengimpikan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Kalau dalam politik mungkin kita mahukan kedudukan yang paling tinggi jadi PM. Kalau di kampung mungkin mengimpikan jawatan sebagai Ketua Kampung. Kalau dalam kampus kita mengimpikan jawatan YDP. Tak kira apa pun kedudukan, jawatan yang diimpikan merupakan satu amanah, dan bila dah memengang amanah segala keputusan yang dibuat melibatkan orang lain perlu diteliti sehalus-halusnya, takut-takut mengainaya orang lain.

Jumaat, Jun 24, 2011

Halatuju

Setakat ini dah ada lebih 27  Politeknik di Malaysia, banyak juga tu, ada negeri yang ada 2 Politeknik, ada yang masih satu sahaja seperti kat Perlis ni. Ada negeri yang ada 3 Politeknik seperti di Terengganu. Ramai dah yang mendapat jasa dari Politeknik ni, contohnya aku sendiri, dahulu adalah seorang bekas pelajar Politeknik Kota Bharu dalam bidang Sijil Penyimpan Kira. Aku berbangga sebagai sorang bekas pelajar Politeknik  yang dapat berkhidmat semula di Politeknik.

Dahulu dan kini banyak berbeza, Politeknik sekarang dah menuju kearah  tahap yang lebih tinggi. Sekarang dah tak ada lagi program sijil, yang ada hanya diploma. Berkemungkinankah satu hari nanti Politeknik akan dinaikan taraf sebagai Universiti?. Dengan bilangan 27 lebih itu bolekah ianya mencapai ke tahap itu, adakah bilangan pelajar-pelajar yang ada di sekolah-sekolah sekarang cukup banyak untuk semua masuk ke Universiti Politeknik?. Banyak lagi Univesiti Swasta dan Awam yang tersedia ada di negara Malaysia ini.

Khabarnya sekolah menengah vokasionalpun sedang dalam proses naik taraf kepada Kolej dan akan menawarkan kursus diploma, dan ianya bukan hanya cadangan lagi memang dah disahkan.

Mungkinkah bilangan Politeknik akan di kecilkan? Kalau dikecilkan apa akan berlaku?, apakah nasib aku? kemanakah aku?... Aduh... satu persoalan yang sendiri tanya dan sendiri tak dapat jawab. Adakah  aku bersedia dengan kemahiran lain yang dapat menyelamatkan diri dari sebarang kemungkinan. Manusia mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

Rabu, Jun 15, 2011

Demi Negara

Minggu ini 13 Jun hingga 17 Jun 2011 berada ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur demi menyiapkan tugasan untuk Negara. Tugas yang amat penting walaupun aku bukannya  seorang perwira negara (askar). Duduk di tingkat 14 hotel Coronade besebelahan Lot 10. Banyak juga tugasan yang perlu disiapkan dan memang akan disiapkan pun. Kerja dalam bilik yang mendapat cahaya matahari secukupnya, jadi bila time petanglah berjalan-jalan disekitar Bukit Bintang (Bintang Walk). Punyalah ramai manusia sekarang ini, boleh dikatakan separuh daripadanya adalah rakyat asing. Inilah negaraku yang tercinta. Rupa Melayu tapi cakap Bahasa Indonesia.

Demi negara..... yang tercinta.

Jumaat, Jun 10, 2011

Seminggu Berlalu

Cuti 5 hari, Isnin hingga Jumaat, dapat +- lebih kurang 9 hari bermula dari Sabtu hinggalah Ahad. Kalau dulu masa jadi cikgu dan sebelum tukar skim memang banyak cuti, asal pelajar cuti sahaja aku pun bercuti. Sekarang semuanya cuma tinggal kenangan, apa nak dikatakan lagi pilihan dah dibuat terima sajalah. Menyesal ke tidak ke terpaksa telan sajalah. Baru ni ada jumpa sorang member yang kerjanya dengan sebuah bank tekemuka di Malaysia, dia nak dapat cuti pun susah, kekadang minta cuti 2 hari dapat satu hari je, lagi teruk, kira aku keja ngan gomen ni masih boleh tahanlah.

Apa yang nak dibuat masa cuti? wow banyak yang boleh dilakukan. Mengemas rumah, bersama anak-anak dan bermacam-macam lagilah. Terasa rugi juga kalau cuti lama tapi tak ada hasil. Hasil yang paling aku banggakkan kali ini ialah aktiviti mengecat rumah, dapat juga aku siapkan kerja mengecat ruang tamu bersama-sama dengan anak-anak. Sebenarnya lama dah nak mengecat ni, cuma tiada penggerak sahaja, biasalah kalau tak dicuba tak akan dapat hasilnya, pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, bila kita nak lakukan sesuatu jangan tangguh, mulakan sahaja, bila perancangan dah dibuat teruskan sahaja.

Tak banyak pun belanja mengecat ini, beli cat 5 liter 2 tin baru RM166, tangga 7 kaki RM102, berus+takung+lain-lain RM20. Air 100+ dan air cola sebagai penghilang dahaga. Akhirnya berhasil, kualiti tak perlulah dipertikaikan, asal hati puas sebab semuanya buat sendiri.

Itulah hakikatnya golongan seperti aku ni, bukannya kedekut tapi, inilah yang termampu. Kekadang terfikir juga kalau pendapatan dah banyak, taklah payah nak berpeluh nak mengecat rumah. Ada duit upah je. Bilalah nak jadi orang kaya, baru gaji naik sikit dah barang pula yang naik. Tadi kat kedai beli roti dah naik 10 sen, kata peniaga kedai tu semua barang naik 10 sen. Aduh naik lagi...

Sabtu, Mei 28, 2011

Sesat

Sesat boleh berlaku dalam banyak situasi. Ada orang yang sesat jalan ketika hendak menuju ke satu destinasi. Sekarang perkara ini dapat diatasi dengan mudah jika mempunyai GPS. Tapi tak semua orang ada alat ini. Bila dah bermula cuti sekolah ni tentu ramai yang nak pi makan kenduri kahwin, dan tentu ramai yang akan sesat jalan walaupun pada kad jemputan ada tertera pelan lokasi rumah pengantin.

Ada ajaran sesat, ini lagi satu masalah yang serius, yang peliknya ramai pula yang terpedaya dengan ajaran sesat ni, walaupun kadang-kadang jelas dan nyata tak betulnya. Minta dijauhkan oleh Allah dari kita terpedaya dengan ajaran sesat ini. Kembalilah kepada Sunnah dan AlQuran.

Ada yang sesat didalam hutan,  ini lagi satu masalah, kalau sesat dalam hutan macam-macam boleh jadi. Dalam hutan selalunya pokok-pokok adalah kelihatan semuanya sama. Kita ingat kita bergerak ke hadapan rupa-rupanya berpusing pada tempat yang sama. Kalau tak mau sesat begini pastikan masuk ke hutan secara berkumpulan dan mempunyai ilmu tentang pandu arah. Pastikan juga kita sentiasa mengingati bahawa Allah banyak-banyak.

Semoga kita semua tidak sesat, samada sesat jalan, sesat akidah dan sesat dalam hutan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Jadual kuliah Maghrib di Masjid Kampung Tradisi, Lembah Kriang, Changloon, Kedah.

Hari Jumaat Ustas Hasminuddin kelas Panduan Amalan Harian (Bidatul Hidayah - Permulaan Jalan Hidup)
Hari Sabtu Tuan Sheikh Naim - ManyaMusalli - Karangan Sheikh Daud bin Abdlullah Al Fatoni
Hari Isnin - Minggu pertama dan kedua - Kuliah Tajwid (Ustaz Mokhtar)
Hari Isnin - Minggu kedua dan ketiga - Kuliah Tafsir (Ustaz Zul Azri)
Hari Selasa - Kuliah Feqah - Ustaz Helmi
Hari Khamis - Bacaan Yasin

Datanglah beramai-ramai.

Jumaat, Mei 27, 2011

Kerja

Kerja..., kerja..., ada orang tepat pukul 5 dah balik dan ada yang pukul 7 malam belum balik lagi. Masing-masing ada tugas yang diselesaikan.

Ramai yang bercuti minggu depan, masa yang sesuai untuk cuti, anak-anak cuti sekolah. Inilah masanya untuk bersama mereka. Ada yang akan balik ke kampung bagi menziarahi mak dan ayah. Betapa bersarnya ganjaran  yang diperolehi dari menziarahi mak dan ayah, hanya Allah sahaja yang tahu.

Ada  yang tak dapat bercuti, macam-macam alasan dan sebab..., kerja belum habis, kena ganti tempat boss, kena pergi kursus dan sebagainya. Itulah kehidupan. Tak semua yang akan kita dapat. Nak dapat sesuatu mesti kena korbankan sesuatu.

Ada juga tugasan  yang perlu dilakukan oleh tenaga kerja yang sedikit, pihak yang memerintah selalunya buat macam ini, suruh orang bawah lakukan tugas yang besarrrrr tapi kakitangan tak cukup, nak tambah kedekut. Ada kerja  yang memerlukan peralatan  yang banyak, tapi bila kita minta untuk beli tak diluluskan, macamana nak buat kerja. Bila dalam meeting dia suruh kita guna juga sumber  yang ada. Kalau yang kreatif dan bertenaga bolehlah buat itu dan ini. Itupun bukanya dapat pujian pun dalam mesyuarat bedah siasat. Hampeh  pun tarakkk.

Seronoknya kalau tak perlu kerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan. Alangkah bahagianya hidup ini.

Jumaat, Mei 20, 2011

Minggu Depan Tak Boleh Cuti

Isnin hingga Khamis 23 Mei 2011 hingga 26 Mei 2011 cuti rehat dibekukan disebabkan oleh proses audit ISO oleh pihak Sirim, Memo Perhubungan Dalaman yang ditandatangani oleh TPA. Dulu anggota polis saja kita dengar cuti mereka dibekukan, sekarang kat tempat kerja aku pun kena beku cuti. Dulu kerja cikgu masa pelajar cuti boleh dapat cuti, sekarang masa cuti pun kena kerja, lepastu kena beku pula cuti apa boleh buat dah tandatangan opsyen.

Apa benda yang boleh dibekukan?,  makanan boleh dibekukan dengan cara memasukannya dalam peti sejuk dan diletakkan pada tempat pembekuan. Tujuanya kalau makanan ialah untuk disimpan dalam tempoh yang lama. Bila kita nak guna kita kena cairkanya semula.

Cuti yang dibekukan tak perlulah masuk dalam peti sejuk. Cuma perlu diarahkan sahaja oleh orang  yang berkuasa. Gamaknya samalah dengan peti sejuk kot. Walau apapun tak apalah, aku bukannya nak bercuti pada minggu depan pun, lagipun anak-anak bersekolah, kalau cuti pun bukan ada benda nak buat sangat.

Isnin, Mei 16, 2011

Hari Guru

Selamat Hari Guru, semoga semua guru-guru di Malaysia akan terus cemerlang mendidik anak bangsa. Kerjaya guru memang mencabar dan membanggakan, semoga semua ilmu baik yang dicurahkan akan diamalkan sehingga hari kiamat.

Dulu semasa mengajar kat sekolah, setiap 16 Mei akan menyambut hari guru, kini dah jadi Pensyarah mengajar kat Politeknik, tapi aku masih anggap diri aku ini adalah guru, sebab kerja tetap sama mengajar juga,  cuma tempat dan panggilan sahaja berbeza. Apa boleh buat dah ditakdirkan aku kena mengajar kat Politeknik. Tidak ada apa yang nak dibanggakan disebabkan oleh perbezaan panggilan dari Cikgu kepada Encik. Bagi aku sama saja. Yang penting aku mengajar apa saja Ilmu yang ada pada aku ni kepada orang lain.

Ada juga terima beberapa SMS dari rakan dan bekas pelajar yang mengucapkan selamat Hari Guru. Awal pagi lagi dah terima SMS dari teman sebilik semasa kat Maktab dulu mengucapkan selamat hari guru, terharu juga rasanya.

Nampaknya jadi pensyarah di Politeknik tak berpeluang untuk menyambut hari Pensyarah, ish ish kesiannya. Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk mendapatkan sesuatu, dan sudah semestinya jika kita inginkan sesuatu kita terpaksa buang  yang satu lagi, tak boleh dapat kedua-duanya. Contonya macam aku sekarang ini, nak jadi Cikgu atau Pensyarah, nak di panggil Encik atau Cikgu, nak duduk kat sekolah atau Politeknik...., sendiri fikirkanlah.

Khamis, Mei 05, 2011

Ada Duit

Sedang memandu sambil bersiar-siar dipetang hari yang permai di negeri tercinta ini terpandang satu papan tanda "Tanah Untuk Dijual". Cantiknya kawasan, berapalah agaknya harganya ye. Ish ish kalau aku ada banyak duit dalam bank pasti aku dah telepon nombor yang diterakan. Sayangnya duit yang ada dalam bank yang banyak-banyak tu tolak duit orang semua baki tu duit aku lah. Seronokya jadi orang ada banyak duit, kalau jumpa offer baik boleh tangkap.

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh dibuat pilihan, aku rasa semua orang tau, pertama kita boleh pinjam wang dari bank, tapi kalau nak pinjam pun mesti ada modal juga untuk dijadikan deposit, kalau setakat kosong je jangan harap tuan tanah tu nak layan.

Isnin, April 25, 2011

PENDATANG

Agaknya berapa banyak RM yang dihantar balik oleh seorang pendatang kenegara mereka setiap bulan?. Aku ada tanya seorang warga Kembodia, katanya setiap bulan dia menghantar sebanyak RM600. Berapa jumlah jika ditukar kepada wang negara mereka. Mengikut kadar tukaran hari ini RM1 sama dengan KHR1354.3754 (Cambodia Riel) kalau RM600 sama dengan KHR 812,625.2505 wow banyak juga tu.

Kadar tukaran RM dengan IDR (Rupiah Indonesia) RM1 = IDR 2880.7615, kalau RM600 = IDR 1,728,456.9138. Dah boleh jadi jutawan.

Kadar tukaran USD dengan RM hari ini ialah RM1 = USD 0.334 atau  USD 1 = RM 2.994.

Selain dari duit apa lagi yang akan dibawa kenegara Pendatang ini, mungkin Bahasa Kita, Anak Gadis Kita. Mungkin satu hari  nanti Bahasa Melayu akan digunakan di negara-negara seperti Bangladesh, Kambodia, Viatnam dan Pakistan.

Banyak yang dapat digunakan dari pendapatan yang diperlolehi di negara kita ini. Dari wang itulah mereka dapat mendirikan rumah-rumah yang baik. Aku kat sini kena beli rumah yang harganya hampir RM2K. Itupun kena bayar sampai lepas pencen.

Ahad, April 24, 2011

Lama Tidak Membuat Catatan

Tengelam timbul jadinya sekarang ini, kenapa ? dan mengapa? ada soalan dan ada banyak jawapan. Malas, tiada masa, tiada bahan dan tak ada apa yang nak di tuliskan. Sebenarnya banyak juga yang nak di tuliskan, ada blog ni bagus juga, kalau ada apa-apa yang nak diluahkan boleh dibuat disini. Kalau ada berita menarik nak dituliskan (macam pemberita pula) boleh dituliskan disini. Kalau geram kat sesaorang disini juga diluahkan. Kalau tak ada apa-apa pun disini juga boleh katakan, dah kalu tak ada apa-apa, nak tulis apa, itulah jawapanya.

Sebernarnya aku teringin nak menceritakan perihal pengaut keuntungan, penyelewengan yang dilakukan oleh pencuri minyak yang dilakukan ditempat aku ni. Mereka ini bukan curi minyak sebenarnya mencuri wang kita semua. Bayangkan sebuah kereta biasa yang cerminya gelap dibahagian belakang dan bila dilihat ditempat duduk belakang ada tong drum yang besar. Tong ini aku lihat sendiri bila lalu ditepi kereta itu. Rupa-rupanya mereka melakukan aktiviti membeli minyak dalam kuantiti yang banyak, nak buat apa dengan minyak yang diisi dalam tong tu, tak taulah, memang ada dengar cerita apa yang mereka buat seterunya pada minyak itu, tapi aku tak nak ceritalah pasai aku pun dengar cerita saja. Tapi tong dalam kereta dan perbuatan membeli minyak tu memang aku nampak dengan mata aku sendiri.

Kta semua sepatutnya bersatu untuk menghalang aktiviti seperti ini, bayangkanlah berapa banyak duit kita yang terlepas ke tangangan mereka yang sepatut memilikinya.  Kalau dihitung duit-duit subsidi yang terlepas ketangan pe*jena**h ni berapa banyak agaknya sehari-hari. Alangkah elok kalau duit itu kita berikan kepada rakyat kita yang miskin, ataupun kita buat rumah bagi orang-orang yang masih tidak mempunyai rumah.

Saranan aku semua orang mesti bekerja sama, pengusaha kedai minyak mesti jujur, jangan jual minyak kepada mereka, pe*jena**h mesti hentikan kegiatan ini, cikgu sekolah mesti mendidik pelajar mereka agar tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan negara, ibu bapa mesti memastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti yang salah, penguatkuasa mesti memastikan tugas dijalan dengan jujur dan amanah.

Ini cuma luahan hati aku yang jujur agar negara kita tidak kerugian dan semua rakyat negara kita yang hidup aman dan damai selama ini terus menikmati apa yang sepatutnya.

Khamis, Mac 17, 2011

Kesedaran

Bilakah akan berlakunya kesedaran terhadap diri kita, kalau kita asyik melihat kuman di seberang sana tetapi tidak mempedulikan gajah di depan mata inilah akibatnya.





Pemandangan yang menjikikan aku rakamkan dengan kamera hand phone. Inilah sikap kita, kita tidak mempedulikan langsung, sedangkan lokasi terletak dilaluan ramai. Setiap yang melangkah naik tangga itu pasti akan terpandang kejijikan ini, tetapi tiada siapa pun yang nak merubahnya. Siapakah punya angkara, sepatutnya orang yang memulakan mengotorinya tidak bertindak demikian maka tidaklah akan berlaku begini.

Khamis, Februari 24, 2011

Senangnya Hidup

Kalau nak senang hidup banyak caranya, bahagianya kita jika dapat menentukan sebelum lahir siapakah ibu bapa kita, kalau berpeluang kita pasti mahukan ibu bapa yang kaya raya, kalau boleh  yang paling kaya di dunia. Bila kita dilahirkan sudah tentu akan bahagia sebab dilahirkan oleh orang yang kaya-raya. Tetapi tiada siapapun yang berpeluang buat begitu. Tulisan ini bukan bertujuan  untuk menafikan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah, hanya sekadar renungan ataupun gambaran  yang manusia ini perlu berusaha  untuk mencapai kejayaan.

Ada juga manusia yang menggunakan cara  yang mudah  untuk  hidup senang, ini kisah terbaru yang aku dapat. Hari-hari berehat di bilik asrama bagaikan menginap di hotel bila perut rasa lapar boleh turun ke Cafetaria  untuk makan, soal duit tak perlu takut sebab memang mendapat bekalan yang cukup dari ibu bapa. Setiap hujung minggu balik ke kampung seolah-olah penat belajar, hari minggu dihantar balik ke asrama. Tapi kelas tak pernah nampak muka. Bila ditanya katanya tak dapat mengikuti pelajaran sebab susah sangat.  Inilah manusia yang paling bijak pernah aku jumpa setakat ini. Kalau ada 100 orang macam ni alangkah bahagianya dunia. Indahnya Mencapai Kejayaan.

Selasa, Februari 01, 2011

Cuti

Lama tak menulis, entah kenapa? tak ada jawapan yang tepat, malas atau dah kekeringan semangat. Minggu ini semua pelajar dah mula bercuti selama seminggu. Pensyarah Politeknik dah tak boleh cuti, masih lagi dikenangkan cuti yang ditarik balik. Itu baru nikmat dunia yang ditarik oleh manusia sesama manusia, kalau nikmat dunia yang ditarik oleh Allah entah apalah rasanya.

Anak yang bersekolah di SK dan SM Bandar Baru Sintok hanya akan mula bercuti pada hari Khamis hingga Ahad, syukurlah aku pun dapat cuti dari Khamis hingga Ahad. Mungkin inilah masa berharga bersama keluarga. Ada sekolah di tempat yang sama dah mula bercuti pada hari Isnin, mungkin sekolah depa banyak pelajar kaum Tionghua (Cina) kot.

Banyak juga kerja yang dapat dibereskan semasa pelajar bercuti. Suasanapun sunyi dan sepi sebab tak ramai orang, aman dan damai rasanya. Ramai juga yang mengambil kesempatan cuti panjang untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga terutama ibu dan bapa. Berhati-hati dijalan raya.

Kepada yang tinggal berdekatan Changloon, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Masjid Kampung Tradisi, lokasinya hanya disebelah Highway menuju ke UUM. Kuliah pengajian diadakan pada malam-malam berikut selepas waktu Maghrib hingga Isyak. (Lebih kurang 45 minit sahaja)

Hari Ahad malam Isnin (Ustaz Wan)
Hari Isnin malam Selasa (Ustaz Nizom)
Hari Selasa malam Rabu (Ustaz Zul/Ustaz Helmi)
Hari Rabu malam Khamis (cuti)
Hari Khamis malam Jumaat (bacaan Yasin)
Hari Jumaat malam Sabtu (Ustaz Hasminuddin)
Hari Sabtu malam Ahad (Ustaz Naim)

Luangkan sedikit masa kita untuk bersama-sama mencari Ilmu akhirat.

Rabu, Januari 05, 2011

Timun dan Durian


Inilah Timun


Inilah durian

Kalau kita golek timun pergi kat durian apa yang terjadi?. Jawab. Kalau kita golek durian pi kat timun apa yang terjadi?. Jawab. Itulah cerita hari ini. Timun dan Durian.