Kalau nak senang hidup banyak caranya, bahagianya kita jika dapat menentukan sebelum lahir siapakah ibu bapa kita, kalau berpeluang kita pasti mahukan ibu bapa yang kaya raya, kalau boleh yang paling kaya di dunia. Bila kita dilahirkan sudah tentu akan bahagia sebab dilahirkan oleh orang yang kaya-raya. Tetapi tiada siapapun yang berpeluang buat begitu. Tulisan ini bukan bertujuan untuk menafikan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah, hanya sekadar renungan ataupun gambaran yang manusia ini perlu berusaha untuk mencapai kejayaan.
Ada juga manusia yang menggunakan cara yang mudah untuk hidup senang, ini kisah terbaru yang aku dapat. Hari-hari berehat di bilik asrama bagaikan menginap di hotel bila perut rasa lapar boleh turun ke Cafetaria untuk makan, soal duit tak perlu takut sebab memang mendapat bekalan yang cukup dari ibu bapa. Setiap hujung minggu balik ke kampung seolah-olah penat belajar, hari minggu dihantar balik ke asrama. Tapi kelas tak pernah nampak muka. Bila ditanya katanya tak dapat mengikuti pelajaran sebab susah sangat. Inilah manusia yang paling bijak pernah aku jumpa setakat ini. Kalau ada 100 orang macam ni alangkah bahagianya dunia. Indahnya Mencapai Kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan