Sudi-sudilah klik kat sini

Memaparkan catatan dengan label Tip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip. Papar semua catatan

Selasa, Februari 01, 2011

Cuti

Lama tak menulis, entah kenapa? tak ada jawapan yang tepat, malas atau dah kekeringan semangat. Minggu ini semua pelajar dah mula bercuti selama seminggu. Pensyarah Politeknik dah tak boleh cuti, masih lagi dikenangkan cuti yang ditarik balik. Itu baru nikmat dunia yang ditarik oleh manusia sesama manusia, kalau nikmat dunia yang ditarik oleh Allah entah apalah rasanya.

Anak yang bersekolah di SK dan SM Bandar Baru Sintok hanya akan mula bercuti pada hari Khamis hingga Ahad, syukurlah aku pun dapat cuti dari Khamis hingga Ahad. Mungkin inilah masa berharga bersama keluarga. Ada sekolah di tempat yang sama dah mula bercuti pada hari Isnin, mungkin sekolah depa banyak pelajar kaum Tionghua (Cina) kot.

Banyak juga kerja yang dapat dibereskan semasa pelajar bercuti. Suasanapun sunyi dan sepi sebab tak ramai orang, aman dan damai rasanya. Ramai juga yang mengambil kesempatan cuti panjang untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga terutama ibu dan bapa. Berhati-hati dijalan raya.

Kepada yang tinggal berdekatan Changloon, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Masjid Kampung Tradisi, lokasinya hanya disebelah Highway menuju ke UUM. Kuliah pengajian diadakan pada malam-malam berikut selepas waktu Maghrib hingga Isyak. (Lebih kurang 45 minit sahaja)

Hari Ahad malam Isnin (Ustaz Wan)
Hari Isnin malam Selasa (Ustaz Nizom)
Hari Selasa malam Rabu (Ustaz Zul/Ustaz Helmi)
Hari Rabu malam Khamis (cuti)
Hari Khamis malam Jumaat (bacaan Yasin)
Hari Jumaat malam Sabtu (Ustaz Hasminuddin)
Hari Sabtu malam Ahad (Ustaz Naim)

Luangkan sedikit masa kita untuk bersama-sama mencari Ilmu akhirat.

Ahad, Oktober 10, 2010

Warga Asing

Kemana sahaja kita pergi sekarang ini mesti berjumpa dengan warga asing. Memang negara kita yang berbentuk semenanjung ini dikurniakan oleh Allah satu keistimewaan, sejak dari zaman dahulu kala lagi ianya menjadi tempat rebutan.

Pergi makan dekat kafetaria pekerja dan pelayan warga Kemboja, naik kereta nak pergi kerja berhenti kat lampu isyarat ada motor nombor pendaftaran Thailand disebelah, pi makan kat kedai mamak semua pekerja warga India, pi gunting rambut pun warga India. Naik kapal terbang sampai kat LCCT nak naik bas bau gudang garam, semua pekerja syarikat bas warga Indonesia. Mungkin Pilot yang bawa kapal terbang juga warga negara lain, pramugari mungkin rakyat Malaysia.

Kat Kuala Lumpur naik komuter lagi macam-macam warga asing yang aku jumpa, sampai tak tau nak sebut negara mana. Begitulah bertuahnya negara aku ini. Semoga ianya sentiasa aman dan sentosa.


Tip nak menjimatkan minyak. Jangan panaskan enjin kereta terlalu lama diwaktu pagi. 30 saat cukup. Lama-lama boleh membazikan minyak dan menyebabkan suhu bumi bertambah panas. Hanya satu mitos sahaja mengatakan bahawa memanaskan enjin dalam masa yang lama boleh menjaga enjin kenderaan anda. Semoga bumi kita lebih terpelihara selepas mengamalkan tip ini.