Sudi-sudilah klik kat sini

Jumaat, November 15, 2013

Persekiran Ku

Monyet liar, panggil JPAM, panggil PERHILITAN
 

Macam-macam berlaku


Ular di JPH, panggil Bomba


Apa yang terjadi dengan bendera Malaysia kita nie?



Kalau tak jelas pi la tengok sendiri, sibuk menguruskan kerja seharian sampai bendera pun tak sempat nak tukar.
 
Mungkin gambar bawah ni lebih jelas kot


Rabu, Oktober 23, 2013

Jaga Periksa Lagi





Hari yang kedua mengawasi peperiksaan, 2 jam yang amat bermakna, 1 semester bertungkus lumus menghadiri kuliah. Kehadiran mesti lebih 80%. Kuiz kena jawab, ujian dan bermacam-macam lagi. Yang komited pasti akan berjaya. Yang malas, sambil lewa, jangan harap. 

Masa hadapan ada harapan menjadi pemimpin yang akan menerajui negara. Mat Bangla, Myanmar, Indon dan Negro mana ada dalam dewan ini. Tapi kat luar tu berlambak. Nak buat macamana?.


Isnin, Oktober 21, 2013

Tugasan Biasa

 Mula mendaftar di PTSS 14 April 2004, masa itu di kenali dengan Politeknik Perlis (PPP). Hari ini dah 21 Oktober 2013, berapa lama dah tu?. Sat nak kira, emm lebih kurang 9 tahun, 6 bulan 7 hari. Inilah tempat yang agak lama aku bertugas. Mula SMV Miri, SMV Ampangan, Bahagian Kurikulum di JP Tek.,  kini di PTSS, Perlis Indera Kayangan.

Hari ini tugas yan biasa dibuat lagi iaitu mengawasi peperiksaan, lebih kurang dah 19 kali buat kerja ini, setap tahun dua kali. Muka-muka baru pun aku nampak banyak juga.


Inilah suasana dalam dewan peperiksaan yang penuh dengan memori untuk pelajar. Di sinilah juga mereka bakal menerima diploma. Semoga impian menjadi kenyataan.

Isnin, Ogos 12, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hari Raya AidilFitri datang lagi, setelah sebulan berpuasa, madrasah Ramadhan yang penuh dengan pengajaran. Sia-sia sajalah jika Ramadhan pergi begitu sahaja. Manakala AidilFitri yang disambut juga penuh dengan maksiat dan dosa. Semoga Allah memeberi petunjuk dan hidayah kepada aku, kaum keluarga aku dan seluruh umat Islam sejagat, agar ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah Azzawajalla.

Jika kita perhatikan Negara kita yang aman dan makmur ini, ekonomi yang berkembang dengan baik. Allah memberikan Rahmatnya kepada semua yang menghuni bumi Malaysia tercinta ini. Di bulan Ramadhan ramai peniaga-peniaga Melayu yang mengumpul pendapatan yang lumayan dalam sebulan. Aku difahamkan di Pekan Changloon, setiap gerai dihadapan Cmart sewanya mencecah RM2800 sebulan, jika sewa sudah hamper 3K cuba kita bayangkan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga disitu. Mustahil ada orang yang ingin rugi jika berniaga. Itulah Rahmat dari Allah.

Dihujung-hujung Ramadahan ramai orang yang berpususu-pusu ke pasaraya, kedai-kedai perabot, kedai-kedai alat elektronik dan macam-macam kedai lagi lah. Kebanyakan kedai-kedai di Negara kita ini dimiliki oleh satu bangsa yang hebat dalam perniagaan. Banyangkanlah berapa banyak keuntungan yang dijana.  Ini adalah perniagaan, Islam agamaku menggalakkan perniagaan tetapi mengharamkan Riba."Maha Suci Allah".

Kita hidup aman dan damai, sesiapa sahaja boleh menjalakan apa sahaja aktiviti "muamalat" tanpa sekatan, asalkan tidak melanggar undang-undang Negara. Tetapi kenapa ada segelintir manusia yang tidak berfikir secara waras. Kenapa masih ada yang tidak berpuashati. Siapa yang hendak Kaya berusahalah, boleh buat perniagaan dan bermacam-macam lagi pekerjaan, tiada sekatan.

Kita tidak boleh kaya dengan mudah, seperti yang pernah aku baca dalam sebuah buku bertajuk "Macam mana orang susah boleh jadi kaya", katanya:-

Pertama, berharaplah kita agar dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Kedua, berharaplah agar kita mempunyai wajah yang cantik dan suara yang merdu, supaya boleh menjadi penyanyi popular

Ketiga, saman orang lain, berharaplah agar kita ada kes untuk menyaman orang lain.

Adakah ketiga-tiga perkara ini mudah untuk kita perolehi. Kalau rasa susah, tiada jalan lain, berusahalah.

Selasa, Ogos 06, 2013

Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Hari ini dah masuk hari yang ke 28 bulan ramadhan, esok anak bulan akan di intai, kalau ada maka hari 1 Shawal pada hari Khamis, kalau tidak hari Jumaat. Zakat fitrah bagi negeri Kedah RM7.00 harga bagi segantang beras.

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang sesuai bagi membayar Zakat, bukan sekadar zakat fitrah sahaja, zakat lain seperti emas elok dibayar dalam bulan ini juga. Kenapa bulan Ramadhan menjadi pilihan? ini adalah bertujuan untuk memudahkan ingatan kita. Untuk pembayaran zakat yang perlu cukup haul, pengiraan haul adalah berdasarkan bulan kamariah atau keledar Hijrah. Setahun hijrah adalah 354 hari bukanya 365 hari, Bagi yang memakai emas yang banyak tu, kena bayarlah zakat.

Nisab zakat emas adalah seberat 20 misqal atau 85 gram.  Kadar zakat emas adalah sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah semuanya. Kalau pakai kurang dari 20 misqal atau 85 gram tak dikenakan zakat.

Rabu, Julai 10, 2013

Selamat Berpuasa

Ramadhan bulan penuh kemuliaan dan keberkatan datang lagi, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua. Selamat berpuasa. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap.

Isnin, Jun 10, 2013

Perkara Pelik



Perkara pelik yang pertama

Berhenti untuk solat asar di surau LCCT, KLIA ketika balik dari Sarawak haritu, terpandang tiga atau empat orang warga timur tengah yang aku tak pasti dari Negara mana berseluar pendek atas dari paras lutut sedang duduk berehat. Yang menariknya di tangan mereka ada tasbih.

Perkara pelik yang kedua

Ketika Mohamad Nasruddin ingin merakamkan gambar aku di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing (LTAK), beliau ditegur secara kasar oleh seorang pegawai Imigresen yang sendang bersembang dengan rakanya di kaunter sebelah. "Dik tak boleh ambil gambar kat sini". Aku cuba memerhati sekeliling kot-kot ada "sign" tidak boleh mengambil gambar di sini, tapi tak jumpa pun.

Cuba fikirkan apa yang ada dalam fikiran aku.



Dari Atas Awan (yang ini bukan perkara pelik, cuma sekadar hiasan)