Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, Ogos 12, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hari Raya AidilFitri datang lagi, setelah sebulan berpuasa, madrasah Ramadhan yang penuh dengan pengajaran. Sia-sia sajalah jika Ramadhan pergi begitu sahaja. Manakala AidilFitri yang disambut juga penuh dengan maksiat dan dosa. Semoga Allah memeberi petunjuk dan hidayah kepada aku, kaum keluarga aku dan seluruh umat Islam sejagat, agar ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah Azzawajalla.

Jika kita perhatikan Negara kita yang aman dan makmur ini, ekonomi yang berkembang dengan baik. Allah memberikan Rahmatnya kepada semua yang menghuni bumi Malaysia tercinta ini. Di bulan Ramadhan ramai peniaga-peniaga Melayu yang mengumpul pendapatan yang lumayan dalam sebulan. Aku difahamkan di Pekan Changloon, setiap gerai dihadapan Cmart sewanya mencecah RM2800 sebulan, jika sewa sudah hamper 3K cuba kita bayangkan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga disitu. Mustahil ada orang yang ingin rugi jika berniaga. Itulah Rahmat dari Allah.

Dihujung-hujung Ramadahan ramai orang yang berpususu-pusu ke pasaraya, kedai-kedai perabot, kedai-kedai alat elektronik dan macam-macam kedai lagi lah. Kebanyakan kedai-kedai di Negara kita ini dimiliki oleh satu bangsa yang hebat dalam perniagaan. Banyangkanlah berapa banyak keuntungan yang dijana.  Ini adalah perniagaan, Islam agamaku menggalakkan perniagaan tetapi mengharamkan Riba."Maha Suci Allah".

Kita hidup aman dan damai, sesiapa sahaja boleh menjalakan apa sahaja aktiviti "muamalat" tanpa sekatan, asalkan tidak melanggar undang-undang Negara. Tetapi kenapa ada segelintir manusia yang tidak berfikir secara waras. Kenapa masih ada yang tidak berpuashati. Siapa yang hendak Kaya berusahalah, boleh buat perniagaan dan bermacam-macam lagi pekerjaan, tiada sekatan.

Kita tidak boleh kaya dengan mudah, seperti yang pernah aku baca dalam sebuah buku bertajuk "Macam mana orang susah boleh jadi kaya", katanya:-

Pertama, berharaplah kita agar dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Kedua, berharaplah agar kita mempunyai wajah yang cantik dan suara yang merdu, supaya boleh menjadi penyanyi popular

Ketiga, saman orang lain, berharaplah agar kita ada kes untuk menyaman orang lain.

Adakah ketiga-tiga perkara ini mudah untuk kita perolehi. Kalau rasa susah, tiada jalan lain, berusahalah.

Tiada ulasan: