Sudi-sudilah klik kat sini

Ahad, April 24, 2011

Lama Tidak Membuat Catatan

Tengelam timbul jadinya sekarang ini, kenapa ? dan mengapa? ada soalan dan ada banyak jawapan. Malas, tiada masa, tiada bahan dan tak ada apa yang nak di tuliskan. Sebenarnya banyak juga yang nak di tuliskan, ada blog ni bagus juga, kalau ada apa-apa yang nak diluahkan boleh dibuat disini. Kalau ada berita menarik nak dituliskan (macam pemberita pula) boleh dituliskan disini. Kalau geram kat sesaorang disini juga diluahkan. Kalau tak ada apa-apa pun disini juga boleh katakan, dah kalu tak ada apa-apa, nak tulis apa, itulah jawapanya.

Sebernarnya aku teringin nak menceritakan perihal pengaut keuntungan, penyelewengan yang dilakukan oleh pencuri minyak yang dilakukan ditempat aku ni. Mereka ini bukan curi minyak sebenarnya mencuri wang kita semua. Bayangkan sebuah kereta biasa yang cerminya gelap dibahagian belakang dan bila dilihat ditempat duduk belakang ada tong drum yang besar. Tong ini aku lihat sendiri bila lalu ditepi kereta itu. Rupa-rupanya mereka melakukan aktiviti membeli minyak dalam kuantiti yang banyak, nak buat apa dengan minyak yang diisi dalam tong tu, tak taulah, memang ada dengar cerita apa yang mereka buat seterunya pada minyak itu, tapi aku tak nak ceritalah pasai aku pun dengar cerita saja. Tapi tong dalam kereta dan perbuatan membeli minyak tu memang aku nampak dengan mata aku sendiri.

Kta semua sepatutnya bersatu untuk menghalang aktiviti seperti ini, bayangkanlah berapa banyak duit kita yang terlepas ke tangangan mereka yang sepatut memilikinya.  Kalau dihitung duit-duit subsidi yang terlepas ketangan pe*jena**h ni berapa banyak agaknya sehari-hari. Alangkah elok kalau duit itu kita berikan kepada rakyat kita yang miskin, ataupun kita buat rumah bagi orang-orang yang masih tidak mempunyai rumah.

Saranan aku semua orang mesti bekerja sama, pengusaha kedai minyak mesti jujur, jangan jual minyak kepada mereka, pe*jena**h mesti hentikan kegiatan ini, cikgu sekolah mesti mendidik pelajar mereka agar tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan negara, ibu bapa mesti memastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti yang salah, penguatkuasa mesti memastikan tugas dijalan dengan jujur dan amanah.

Ini cuma luahan hati aku yang jujur agar negara kita tidak kerugian dan semua rakyat negara kita yang hidup aman dan damai selama ini terus menikmati apa yang sepatutnya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

ha betul tu.... kami pun ada nampak dengan mata kami sendiri... awal2 pagi ni... time org nak p kerja... ada la sebuah kerete ford kot kalau x silap.... kami beratur la dkt blakang kereta tu... punya lah lama dia isi minyak sampai RM100 x habih2 lagi... heran jugak kami... x kan la kalau minyak kereta dia kering langsung x kan la sampai RM100 x penuh2 lagi... padahal x sampai RM100 pun leh penuh kan... pastu... dia tgk kami tgu lama sangat di belakang tu dia stop dulu pengisian... dia beredar... ingtkan dah selesai la pengisian minyak kereta dia... rupa2nya... dia p pusing kereta pastu beratur blakang kami pulak... mmg kami syak la dia mmg nak seludup minyak.... ish... dkt manala kami nak mengadu ttg hal ini... depa punya angkara... minyak semakin naik... kita yang susah...