Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, Mac 29, 2010

Apa nak buat

Rutin kerja harian ialah pagi pergi kerja jam 7.30 pagi hantar anak ke sekolah lepastu terus ke tempat kerja, punch kad (sebelum jam lapan). Masuk kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerja ku mengajar, ajar orang sampai pandai, yang asalnya datang tak reti nak buat apa, akhinya mahir. Itulah hasil kerja aku, kerja nampak mudah tapi tak seorangpun yang sanggup nak ambil alih tugas aku dan tak ada orang yang nak buat kerja aku, sebab sampai sekarang ni pun tak ada yang nak mohon kerja aku ni. Aku bangga dengan kerja aku sebab hasilnya nampak dan dapat dinilai. Ada orang pernah pertikaikan kerja aku, katanya kerja yang tidak ada cabaran langsung, aku hormati pendapat orang itu, tapi dia tak hormati kerja aku, suka hati dia lah. Aku masih ingat orang ini, tapi maaf aku tak berdendam dengan orang. Kalau yang pernah belajar dengan aku mesti tau apa kerja aku.

Aku bahagia dengan kerja yang aku buat. Aku bangga, aku tak pernah minta untuk dinaikan pangkat, dan aku tak pernah minta berhenti dari melakukan kerja aku. Nak tau apa kerja aku. Kerja aku ialah mengajar menaip. Kepada bekas pelajar aku yang menaip dengan mahir dan mendapat pujian bila menaip jangan lupa aku.

4 ulasan:

askRAIN berkata...

mengajar orang dari tak tahu kepada tahu itu pun dah besar faedahnya... orang boleh bercakap apa sahaja... teruskan En. Taher....

Taher Kasa berkata...

askRAIN.. terima kasih

what berkata...

sy akan ingat jasa en taher mngajar sy menaip..
sy tak akan lupa...

sarah dsk2b...jan10

answariah berkata...

Assalamualaikum En.Taher.. Semoga dirahmati allah selalu..Apapun jutaan terima kasih kerana menjadi "guru" menaip saya.Akan saya kenang sampai bila2.Insyaallah.Tima kasih sekali lagi En.Taher!!!!