Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, November 12, 2009

Menepati Masa

Susah sangatkah untuk menepati masa, kalau dah berjanji tepat 8.00 pagi, kenapa masih ada yang lambat. 8.10 baru nak sampai. Apakah ini satu budaya. Kalau dah jadi budaya susah nak di betulkan. Kalau kecemasan boleh diterima, datang dengan alasan kemalangan atau cuaca buruk. Tapi alasan yang diberikan tidak masuk akal dan ianya dilakukan berulang kali.

Kenapa jadi begini, kenapa bangsa aku ni memang susah sangat nak dilatih. Mungkin banyak sangat alasan yang berlegar dikepala, otak mereka ini memang bijak membuat alasan. "Lambat Sikit Tak Apalah".

Atau mereka-mereka ini meamang tidak pandai merancang masa. Kalau masa yang 10 hingga 20 minit pun tidak pandai merancang, bagaimanakah mereka-mereka ini nak merancang dan mentadbirkan negara 10 tahun nanti. Hancur jadinya.

3 ulasan:

alladiin berkata...

Bro..wa ni berkawan rapat dgn semua bangsa. Apa yg wa perasan, semua bangsa ada masalah yg sama. Yg membezakan hanyalah kesedaran yg ada pd setiap individu tu..

Setiap pokok tu, tak kiralah pokok petai ke, durian ke, sure ada yg baik dan ada yg buruk..

Kekadang tu, naik menyampah dgn muka yg sama je asyik masuk lambat..

Taher Kasa berkata...

alladiin - terima kasih.

Unknown berkata...

ni ada kene mengena dengan kena datang opis Sabtu Ahad ke?