Sudi-sudilah klik kat sini

Jumaat, November 15, 2013

Persekiran Ku

Monyet liar, panggil JPAM, panggil PERHILITAN
 

Macam-macam berlaku


Ular di JPH, panggil Bomba


Apa yang terjadi dengan bendera Malaysia kita nie?



Kalau tak jelas pi la tengok sendiri, sibuk menguruskan kerja seharian sampai bendera pun tak sempat nak tukar.
 
Mungkin gambar bawah ni lebih jelas kot


Rabu, Oktober 23, 2013

Jaga Periksa Lagi





Hari yang kedua mengawasi peperiksaan, 2 jam yang amat bermakna, 1 semester bertungkus lumus menghadiri kuliah. Kehadiran mesti lebih 80%. Kuiz kena jawab, ujian dan bermacam-macam lagi. Yang komited pasti akan berjaya. Yang malas, sambil lewa, jangan harap. 

Masa hadapan ada harapan menjadi pemimpin yang akan menerajui negara. Mat Bangla, Myanmar, Indon dan Negro mana ada dalam dewan ini. Tapi kat luar tu berlambak. Nak buat macamana?.


Isnin, Oktober 21, 2013

Tugasan Biasa

 Mula mendaftar di PTSS 14 April 2004, masa itu di kenali dengan Politeknik Perlis (PPP). Hari ini dah 21 Oktober 2013, berapa lama dah tu?. Sat nak kira, emm lebih kurang 9 tahun, 6 bulan 7 hari. Inilah tempat yang agak lama aku bertugas. Mula SMV Miri, SMV Ampangan, Bahagian Kurikulum di JP Tek.,  kini di PTSS, Perlis Indera Kayangan.

Hari ini tugas yan biasa dibuat lagi iaitu mengawasi peperiksaan, lebih kurang dah 19 kali buat kerja ini, setap tahun dua kali. Muka-muka baru pun aku nampak banyak juga.


Inilah suasana dalam dewan peperiksaan yang penuh dengan memori untuk pelajar. Di sinilah juga mereka bakal menerima diploma. Semoga impian menjadi kenyataan.

Isnin, Ogos 12, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hari Raya AidilFitri datang lagi, setelah sebulan berpuasa, madrasah Ramadhan yang penuh dengan pengajaran. Sia-sia sajalah jika Ramadhan pergi begitu sahaja. Manakala AidilFitri yang disambut juga penuh dengan maksiat dan dosa. Semoga Allah memeberi petunjuk dan hidayah kepada aku, kaum keluarga aku dan seluruh umat Islam sejagat, agar ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah Azzawajalla.

Jika kita perhatikan Negara kita yang aman dan makmur ini, ekonomi yang berkembang dengan baik. Allah memberikan Rahmatnya kepada semua yang menghuni bumi Malaysia tercinta ini. Di bulan Ramadhan ramai peniaga-peniaga Melayu yang mengumpul pendapatan yang lumayan dalam sebulan. Aku difahamkan di Pekan Changloon, setiap gerai dihadapan Cmart sewanya mencecah RM2800 sebulan, jika sewa sudah hamper 3K cuba kita bayangkan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga disitu. Mustahil ada orang yang ingin rugi jika berniaga. Itulah Rahmat dari Allah.

Dihujung-hujung Ramadahan ramai orang yang berpususu-pusu ke pasaraya, kedai-kedai perabot, kedai-kedai alat elektronik dan macam-macam kedai lagi lah. Kebanyakan kedai-kedai di Negara kita ini dimiliki oleh satu bangsa yang hebat dalam perniagaan. Banyangkanlah berapa banyak keuntungan yang dijana.  Ini adalah perniagaan, Islam agamaku menggalakkan perniagaan tetapi mengharamkan Riba."Maha Suci Allah".

Kita hidup aman dan damai, sesiapa sahaja boleh menjalakan apa sahaja aktiviti "muamalat" tanpa sekatan, asalkan tidak melanggar undang-undang Negara. Tetapi kenapa ada segelintir manusia yang tidak berfikir secara waras. Kenapa masih ada yang tidak berpuashati. Siapa yang hendak Kaya berusahalah, boleh buat perniagaan dan bermacam-macam lagi pekerjaan, tiada sekatan.

Kita tidak boleh kaya dengan mudah, seperti yang pernah aku baca dalam sebuah buku bertajuk "Macam mana orang susah boleh jadi kaya", katanya:-

Pertama, berharaplah kita agar dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Kedua, berharaplah agar kita mempunyai wajah yang cantik dan suara yang merdu, supaya boleh menjadi penyanyi popular

Ketiga, saman orang lain, berharaplah agar kita ada kes untuk menyaman orang lain.

Adakah ketiga-tiga perkara ini mudah untuk kita perolehi. Kalau rasa susah, tiada jalan lain, berusahalah.

Selasa, Ogos 06, 2013

Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Hari ini dah masuk hari yang ke 28 bulan ramadhan, esok anak bulan akan di intai, kalau ada maka hari 1 Shawal pada hari Khamis, kalau tidak hari Jumaat. Zakat fitrah bagi negeri Kedah RM7.00 harga bagi segantang beras.

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang sesuai bagi membayar Zakat, bukan sekadar zakat fitrah sahaja, zakat lain seperti emas elok dibayar dalam bulan ini juga. Kenapa bulan Ramadhan menjadi pilihan? ini adalah bertujuan untuk memudahkan ingatan kita. Untuk pembayaran zakat yang perlu cukup haul, pengiraan haul adalah berdasarkan bulan kamariah atau keledar Hijrah. Setahun hijrah adalah 354 hari bukanya 365 hari, Bagi yang memakai emas yang banyak tu, kena bayarlah zakat.

Nisab zakat emas adalah seberat 20 misqal atau 85 gram.  Kadar zakat emas adalah sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah semuanya. Kalau pakai kurang dari 20 misqal atau 85 gram tak dikenakan zakat.

Rabu, Julai 10, 2013

Selamat Berpuasa

Ramadhan bulan penuh kemuliaan dan keberkatan datang lagi, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua. Selamat berpuasa. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap.

Isnin, Jun 10, 2013

Perkara Pelik



Perkara pelik yang pertama

Berhenti untuk solat asar di surau LCCT, KLIA ketika balik dari Sarawak haritu, terpandang tiga atau empat orang warga timur tengah yang aku tak pasti dari Negara mana berseluar pendek atas dari paras lutut sedang duduk berehat. Yang menariknya di tangan mereka ada tasbih.

Perkara pelik yang kedua

Ketika Mohamad Nasruddin ingin merakamkan gambar aku di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing (LTAK), beliau ditegur secara kasar oleh seorang pegawai Imigresen yang sendang bersembang dengan rakanya di kaunter sebelah. "Dik tak boleh ambil gambar kat sini". Aku cuba memerhati sekeliling kot-kot ada "sign" tidak boleh mengambil gambar di sini, tapi tak jumpa pun.

Cuba fikirkan apa yang ada dalam fikiran aku.



Dari Atas Awan (yang ini bukan perkara pelik, cuma sekadar hiasan)

Sabtu, Jun 01, 2013

Sarawak Mei 2013

Kunjungan ke Sarawak Tahun ini bermula 23 Mei hingga 3 Jun. Bawa anak-anak balik ke kampung halaman ibu mereka. Anak-anak bertuah kerana mengikut perlembagaan persekutuan mereka adalah anak Sarawak. Mereka boleh masuk ke Sarawak tanpa sekatan boleh tinggal di sini selama mungkin yang merka mahu. Mungkin ada diantara kita tidak menyedari kad pengenalan rakyat sarawak mempunyai huruf 'K' di penjuru bawah kiri. Tanda ini membolehkan mereka masuk ke Sarawak tanpa sekatan. Isu ini tak perlu dipertikaikan kerana memang termaktub dalam perjanjian ketika kemasukan Sarawak dalam Malaysia dulu. 


Tebingan Sungai Sarawak, antara yang tercantik di dunia.



Laksa Sarawak


Mee Kolok



Minuman Tiga Lapis

Setiap tahun, sekiranya di izin oleh Allah, di murahkan rezeki oleh Allah, dipanjangkan umur, pasti akan berkunjung lagi ke Sarawak. Keluarga di sini juga amat pemurah dan baik hati.

Sekarang bercadang nak beli tanah pula kat sini, mula dengan tanah lot dulu. In sha Allah.


Rabu, Mei 29, 2013

Serikin

Pengunjung ke Kuching, pasti akan mengunjungi Kampung Serikin, sebuah perkampungan yang berhampiran sempadan Malaysia dan Indonesia. Terletak dalam kawasan Malaysia, dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Hari ahad hanya separuh hari sahaja, ini adalah untuk memberi kesempatan kepada peniaga Indon balik ke negara mereka. 

Banyak barangan yang dijual di sini, kain batik, pelikat, telekung, beg kulit, tikar rotan, tikar kulit kayu, sayuran dan bayak lagi. Teloq penyu pun ada sebiji seringgit. 


Pada kunjungan kami tempohari, ribuan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana, agaknya kalau seorang berbelanja RM100 berpakah banyak duit Malaysia akan mengalir keluar ke Indon.

Khamis, Mei 16, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
 
2013
 
Hari ini 16 Mei 2013 Malaysia menyambut hari guru lagi.  Pada 1 Disember 1990 aku mula mendaftar di SM Vokasional Miri, mengikut pengiraan aku hari ini dah lebih 22 tahun dalam bidang pendidikan. Masih dalam ingatan bersama Mohamad Idris Haji Salam, Abdul Manaf bin Bejau dan Mohamamad Ismam bin Shahid, tiba di Lapangan Terbang Miri dan kami di jemput oleh Aziz bin Samad (arawah- semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau).
 
Kini masa sudah berlalu, dah banyak kenangan manis dan pahit dilalui. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat, petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Selamat Hari Guru.
 
 


Selasa, Mei 07, 2013

PRU 13

Catatan Peribadi Pilihanraya Umum ke 13

Gambar-gambar

Kampung Changhai, Changloon, Kedah
 
Pekan Pauh, Perlis
 
 
Selepas Mengundi


 
 
Malaysia membuat pilihan lagi, 5 Mei 2013, pilihanraya ke 13. Ini kali ke 3 aku menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Slogan undi anda adalah rahsia tetap di pegang. Aku bangga dengan negaraku Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Begitu juga dengan rakan-rakan di tempat bertugas yang matang dalam berbincang tentang isu-isu pilihanraya, masing-masing bebas mengeluarkan pendapat tanpa sebarang sengketa. Semoga Malaysia tetap di tangan bangsaku.
 

Rabu, April 10, 2013

MQA

Selamat menyambut kedatangan delegasi

 
 
M Q A
 
 
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI.
 
 
Setinggi-tinggi  penghargaan buat yang telah banyak membantu. Harap lepas ni tak ada lagi dah.
 




Isnin, April 01, 2013

Cuti Sekolah Mac 2013

Cuti Persekolah bulan Mac tahun ini bermula pada 25 haribulan hingga 30 haribulan.  Tiada kemana-mana cuti kali ini, bilakah agaknya akan ada masa untuk keluarga terutamanya anak-anak untuk merasai percutian yang menarik di dalam Negara ataupun di luar Negara.

Hanya sempat bawa anak-anak makan sahaja. Kebetulan 25 Mac adalah ulangtahun kelahiran Mohamad Nasruddin.

Jabatan Pendaftaran Kubang Pasu


Makan Malam Ulangtahun Hari Lahir Mohamad Nasruddin
 
Makan Kat KFC

Sampai bila nak kerja, asyik kerja-kerja, petang pukul 6 lebih baru nak sampai kat rumah. Kadang-kadang hari minggu pun terpaksa kerja.

Ada orang pukul 5 dah terpacak depan "tumbprint machine" bersedia untuk balik. Tapi dapat juga naik pangkat. Aku dah kerja lebih 20 tahun pangkant nasib baik la dapat sikit.

Melalut pula la kali ini.

Rabu, Mac 20, 2013

Majlis Istiadat Konvokesyen ke 7, PTSS

Majlis Istiadat Konvokesyen ke 7 telah berlangsung pada 12 dan 13 Mac 2013, tugas kali ini adalah Jawatan Kuasa Keselamatan dan Lalulintas. Dah 7 kali konvo rupanya, PTSS pun dah masuk 10 tahun beroperasi, dah ramai graduan yang telah di "lahirkan".



 Memasang Papantanda

 
Mengawal Lalulintas
 
 
Pengawal Keselamatan

Majlis Istiadat


Penyedia Makanan - Terima kasih
 

Kendara
 
Apakah pula tugas bagi Majlis Istiadat Konvokesyen berikutnya tak taulah. Semoga Allah memanjangkan usia agar dapat beribadah kepada Nya.