Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Mei 29, 2013

Serikin

Pengunjung ke Kuching, pasti akan mengunjungi Kampung Serikin, sebuah perkampungan yang berhampiran sempadan Malaysia dan Indonesia. Terletak dalam kawasan Malaysia, dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Hari ahad hanya separuh hari sahaja, ini adalah untuk memberi kesempatan kepada peniaga Indon balik ke negara mereka. 

Banyak barangan yang dijual di sini, kain batik, pelikat, telekung, beg kulit, tikar rotan, tikar kulit kayu, sayuran dan bayak lagi. Teloq penyu pun ada sebiji seringgit. 


Pada kunjungan kami tempohari, ribuan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana, agaknya kalau seorang berbelanja RM100 berpakah banyak duit Malaysia akan mengalir keluar ke Indon.

Tiada ulasan: