Hari ini dah masuk hari yang ke 28 bulan ramadhan, esok anak bulan akan di intai, kalau ada maka hari 1 Shawal pada hari Khamis, kalau tidak hari Jumaat. Zakat fitrah bagi negeri Kedah RM7.00 harga bagi segantang beras.
Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang sesuai bagi membayar Zakat, bukan sekadar zakat fitrah sahaja, zakat lain seperti emas elok dibayar dalam bulan ini juga. Kenapa bulan Ramadhan menjadi pilihan? ini adalah bertujuan untuk memudahkan ingatan kita. Untuk pembayaran zakat yang perlu cukup haul, pengiraan haul adalah berdasarkan bulan kamariah atau keledar Hijrah. Setahun hijrah adalah 354 hari bukanya 365 hari, Bagi yang memakai emas yang banyak tu, kena bayarlah zakat.
Nisab zakat emas adalah seberat 20 misqal atau 85 gram. Kadar zakat emas adalah sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah semuanya. Kalau pakai kurang dari 20 misqal atau 85 gram tak dikenakan zakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan