Sudi-sudilah klik kat sini

Jumaat, Jun 24, 2011

Halatuju

Setakat ini dah ada lebih 27  Politeknik di Malaysia, banyak juga tu, ada negeri yang ada 2 Politeknik, ada yang masih satu sahaja seperti kat Perlis ni. Ada negeri yang ada 3 Politeknik seperti di Terengganu. Ramai dah yang mendapat jasa dari Politeknik ni, contohnya aku sendiri, dahulu adalah seorang bekas pelajar Politeknik Kota Bharu dalam bidang Sijil Penyimpan Kira. Aku berbangga sebagai sorang bekas pelajar Politeknik  yang dapat berkhidmat semula di Politeknik.

Dahulu dan kini banyak berbeza, Politeknik sekarang dah menuju kearah  tahap yang lebih tinggi. Sekarang dah tak ada lagi program sijil, yang ada hanya diploma. Berkemungkinankah satu hari nanti Politeknik akan dinaikan taraf sebagai Universiti?. Dengan bilangan 27 lebih itu bolekah ianya mencapai ke tahap itu, adakah bilangan pelajar-pelajar yang ada di sekolah-sekolah sekarang cukup banyak untuk semua masuk ke Universiti Politeknik?. Banyak lagi Univesiti Swasta dan Awam yang tersedia ada di negara Malaysia ini.

Khabarnya sekolah menengah vokasionalpun sedang dalam proses naik taraf kepada Kolej dan akan menawarkan kursus diploma, dan ianya bukan hanya cadangan lagi memang dah disahkan.

Mungkinkah bilangan Politeknik akan di kecilkan? Kalau dikecilkan apa akan berlaku?, apakah nasib aku? kemanakah aku?... Aduh... satu persoalan yang sendiri tanya dan sendiri tak dapat jawab. Adakah  aku bersedia dengan kemahiran lain yang dapat menyelamatkan diri dari sebarang kemungkinan. Manusia mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

Rabu, Jun 15, 2011

Demi Negara

Minggu ini 13 Jun hingga 17 Jun 2011 berada ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur demi menyiapkan tugasan untuk Negara. Tugas yang amat penting walaupun aku bukannya  seorang perwira negara (askar). Duduk di tingkat 14 hotel Coronade besebelahan Lot 10. Banyak juga tugasan yang perlu disiapkan dan memang akan disiapkan pun. Kerja dalam bilik yang mendapat cahaya matahari secukupnya, jadi bila time petanglah berjalan-jalan disekitar Bukit Bintang (Bintang Walk). Punyalah ramai manusia sekarang ini, boleh dikatakan separuh daripadanya adalah rakyat asing. Inilah negaraku yang tercinta. Rupa Melayu tapi cakap Bahasa Indonesia.

Demi negara..... yang tercinta.

Jumaat, Jun 10, 2011

Seminggu Berlalu

Cuti 5 hari, Isnin hingga Jumaat, dapat +- lebih kurang 9 hari bermula dari Sabtu hinggalah Ahad. Kalau dulu masa jadi cikgu dan sebelum tukar skim memang banyak cuti, asal pelajar cuti sahaja aku pun bercuti. Sekarang semuanya cuma tinggal kenangan, apa nak dikatakan lagi pilihan dah dibuat terima sajalah. Menyesal ke tidak ke terpaksa telan sajalah. Baru ni ada jumpa sorang member yang kerjanya dengan sebuah bank tekemuka di Malaysia, dia nak dapat cuti pun susah, kekadang minta cuti 2 hari dapat satu hari je, lagi teruk, kira aku keja ngan gomen ni masih boleh tahanlah.

Apa yang nak dibuat masa cuti? wow banyak yang boleh dilakukan. Mengemas rumah, bersama anak-anak dan bermacam-macam lagilah. Terasa rugi juga kalau cuti lama tapi tak ada hasil. Hasil yang paling aku banggakkan kali ini ialah aktiviti mengecat rumah, dapat juga aku siapkan kerja mengecat ruang tamu bersama-sama dengan anak-anak. Sebenarnya lama dah nak mengecat ni, cuma tiada penggerak sahaja, biasalah kalau tak dicuba tak akan dapat hasilnya, pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, bila kita nak lakukan sesuatu jangan tangguh, mulakan sahaja, bila perancangan dah dibuat teruskan sahaja.

Tak banyak pun belanja mengecat ini, beli cat 5 liter 2 tin baru RM166, tangga 7 kaki RM102, berus+takung+lain-lain RM20. Air 100+ dan air cola sebagai penghilang dahaga. Akhirnya berhasil, kualiti tak perlulah dipertikaikan, asal hati puas sebab semuanya buat sendiri.

Itulah hakikatnya golongan seperti aku ni, bukannya kedekut tapi, inilah yang termampu. Kekadang terfikir juga kalau pendapatan dah banyak, taklah payah nak berpeluh nak mengecat rumah. Ada duit upah je. Bilalah nak jadi orang kaya, baru gaji naik sikit dah barang pula yang naik. Tadi kat kedai beli roti dah naik 10 sen, kata peniaga kedai tu semua barang naik 10 sen. Aduh naik lagi...