Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, Februari 01, 2010

Kena Lagi

Salam sejahtera, kerja sebagai tenaga pengajar ni memanglah menyeronokkan, itulah kerja aku sejak tahun 1991 dah nak masuk 20 tahun. Mula-mula lagi dah bersemangat dan sampai sekarang pun tidak pernah luntur semangat mendidik anak bangsa. Dahulu terpaksa menyeberang Laut Cina Selatan menaiki belon untuk mendapatkan sesuap nasi. Syukur sekarang dan dekat dengan kampung halaman. "Kemana haluan kaki melangkahi itulah sumpah MPT" itulah rangkap terakhir lagu Maktab Peguruan yang mendidik aku menjadi Cikgu.

Kerja mengajar ni tak ada boleh nak minta tolong orang lain buat, kalau silibus tak habis, mesti habiskan, kalau tidak rasa macam ada yang tak lengkap. Semua kerja mesti buat sendiri, daripada padam papan hitam (putih pun ada), tutup makmal, bersihkan makmal dan macam-macam lagilah. Setiap pagi Isnin pasti bersemangat untuk ke tempat kerja.

Sekarang kat Politeknik pun sama juga, semua kerja kena buat sendiri juga, menaip soalan, photostat dokumen, order barang, ambil kedatangan dan sebagainya. Tak ada sesiapa yang akan tolong buat untuk anda.

Yang aku nak perkatakan di sini ialah, kenapalah pihak pentadbiran (Kerani, CC, EO dan bermacam-macam jawatan di bahagian Pentadbiran sana tu) tak pandai buat kerja sendiri. Yang pandai adalah boss mereka. Pandai mengambil kesempatan. Yang terbaru ialah mengemaskini data dalam HRMIS. Yang aku tahu ini adalah kerja bahagian pengkeranian (bukan kera ni atau kera nu.) Kerja sebagai pengajar memang dah banyak dan hari ini ditambah pula dengan arahan untuk mengisi data dalam pengkalan. Data yang perlu diisi bukanya sedikit amatlah banyak dan perlu membawa semua sijil-sijil dan dokumen yang ada, dari sijil sekolah rendah, sijil SPM, Ijazah, surat beranak, surat mati dan segalah jenis surat. Memanglah memasukkan data adalah tanggungjawab pemilik data itu sendiri. Tetapi yang menyedihkan ialah kebijaksanaan memperdaya semua orang termasuk B agar kami semua memasukkan data dalam tempoh yang singkat.

Bila aku tengok web site JPA sebenarnya untuk pengurusan rekod peribadi ada satu modul yang dibangunkan khas rujuk http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/mperibadi/Nota%20Taklimat%20Modul%20Pengurusan%20Rekod%20Peribadi.pdf kalau tak percaya. Tetapi dengan hanya satu MEMO dalaman mewajibkan semua orang untuk mengemaskini data siap dengan jadual mengikut Jabatan. Aku pun tak faham siapa sebenarnya boss di tempat kerja aku sekarang. Patutlah kekadang ada gurauan yang mengatakan "Boss yang nombor berapa?".

Nampaknya aku dah terkena hari ini, aku punyalah bersemangat untuk memasukan data dalam pengkalan, pukul 10 dah pergi pukul 11 tak sempat siap sebab ada kelas, pegi kelas dulu, pukul 2.30 sambung lagi sampai 4.30 tak siap juga. Rupa-rupanya ada orang yang dah berangan nak membuktikan kepada HQ yang tempat kami boleh siapkan dalam masa 2 minggu. Sekarang baru aku tersedar yang aku dah terkena lagi. Rasa hati macam nak buat majlis tunjuk perasaan bawa poster "Kami Telah Ditipu. Kami Tidak Mahu Buat Kerja Pentadbiran". Berani ka, sapa yang berani, silap-silap kena masuk dalam. Kalau buat pun nanti malu pula kat Pelajar. Batal Sajalah perasaan geram. Sabar sajalah.

Tulis saja dalam blog, ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa pun.

1 ulasan:

mohad berkata...

selamat mengajar...