Sudi-sudilah klik kat sini

Ahad, Januari 24, 2010

Panas

Dah lama tak hujan, mungkin minggu ini hujan akan turun, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ada kawan-kawan kata kalau cuci kereta mesti hujan. Hah, petang tadi aku cuci kereta. Tapi tak ada kaitanlah. Hanya sekadar gurauan sahaja. Kalau cuci kereta hantar kedai RM15 ringgit. Cuci sendiri berapa kosnya, air kena bayar juga, sabun, tenaga (boleh jadi sihat). Banyak baik dari tak baik. RM15 boleh disimpan setiap kali cuci, sikit-sikit, lama-lama jadi banyak.

Ramai orang bekerja keras untuk menambahkan pendapatan, ada yang buat kerja jadi guru tuisyen, jadi agen insuran, ada yang menjalankan perniagaan multilevel. Semuanya adalah pekerjaan yang baik dan halal. Tidak curi dan minta hak orang lain. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah agar memberikan kita rezeki yang halal. Minta dijauhkan dari terjerumus kepada pekerjaan yang ada unsur-unsur yang mengambil hak orang lain. Aku kalau kawan-kawan buat bisnes mesti sokong punya, tak kiralah bisnes apa, jual kain ke, jual tuala wanita ke, jual barang dapur ke. Kalau yang rajin menjalankan kerja-kerja sampingan lain seperti menternak ayam kampung, menternak kambing, bawa teksi dan sebagainya juga adalah pekerjaan yang suci dan halal.

Bukan apa sangat, maklumlah bulan ini gaji yang terakhir diterima agak dah lama. Kalau yang tak ada simpanan kecemasan mungkin terasa sengsara juga. Kena pula bulan ini, yang ada anak ke sekolah nak kena beli baju, seluar, kasut, beg, buku, bayar yuran dan sebagainya. Banyak juga belanja yang diperlukan. Waktu inilah simpanan masa sesak diperlukan.

Kekadang teringin juga untuk pergi bercuti atau melancong jauh-jauh, tapi kalau disukat pada pendapatan mungkin tidak mengizinkan. Bila dah sedar keadaan tidak mengizinkan jadi kita harus sedarlah. Duduk sajalah kat rumah, bila rezeki dah ada nanti pergilah melancong. Tak perlulah kita bersusah payah menyusahkan poket sendiri. Begitu juga jika teringin nak makan besar ditempat yang mewah, kalau dah tak ada duit tak payah lah nak berangan nak makan besar.

Mungkin dengan keinginan berkehendakan yang besar-besar inilah menyebabkan sesetengah dari kita mencari jalan untuk mendapatkan "masyuk" yang lebih. Kalau aku biar tak ada dan tak merasa lebih baik dari memperolehi sesuatu dari sumber yang tidak diizinkan.

Tiada ulasan: