Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Februari 04, 2010

Kebersihan











Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil ketika makan tengahari di kafe pentadbiran. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku bila melihatkan lima dari enam paip air kat sinki dibalut dengan plastik.
Pesoalan pertama ialah siapa rajin sangat balut paip air dengan plastik. Persoalan kedua, kenapa ianya dibalut. Tekaan aku bagi soalan pertama ialah sinki ini dibalut oleh pengusaha kafe. Jawapan bagi persoalan kedua, kenapa dia balut?, mungkin tekanan air tak kuat jadi langkah bijak pengusaha kafe ini ialah menutup 5 dari 6 paip air, maka tekanan menjadi stabil, mudahlah pekerja dia mencuci pinggan dan menyediakan makanan. Mungkin juga dia balut sebab kotor. Lihat gambar kedua. Bila satu sinki sahaja boleh digunakan jadi tak teruklah kerja pembersihan dilakukan.
Masa aku pergi makan tadi lebih kurang jam 1.15 tengahari, suasana di kafe memanglah penuh sesak dengan pelajar. Meja boleh dikatakan kotor sebab tidak dilap. Memang tak ada orang lap pun. Kempen kebersihan yang dijalankan boleh dikatakan berkesan, pelajar memang dah mengikuti peraturan memasukan pinggan mangkuk yang digunakan kedalam bekas yang disediakan, cuma meja saja tak dilap. Sebab mengelap meja tidak termasuk dalam arahan, dan memang tak sesuai pun suruh pelajar lap meja. Tapi apa salahnya jika kita menjadi insan yang bertanggungjawab, membesihkan tempat kita makan. Ini kena latih dari rumah.
Dari pemerhatian aku, ada pihak yang perlu turun melihat sendiri keadaan di tempat makan pelajar, pihak-pihak ini perlu datang makan (beli) makanan bersama-sama dengan pelajar, rasai sendiri keenakan makanan yang dijual, rasai sendiri harga makanan, hidu sendiri suasana sekitar tempat makan pelajar, lihat sendiri perangai pelajar. Setelah puas turun dan menikmati bersama-sama barulah boleh diperbetulkan apa yang tidak betul.
Kalau tekana air rendah, pihak yang mempunyai kuasa bolehlah arahkan dibaiki segera. Kalau ada lantai yang pecah, boleh segera arahkan, kalau lampu atau kipas tak berfungsi, minta pihak yang pandai elektrik betulkan. Kalau makanan mahal sangat, bincang dengan pengusaha. Kalau ada pelajar yang terlampau boleh tegur-tegurkan. Boleh kata banyak perkara yang boleh dibuat, demi kebaikan Institusi yang disayangi.
Kekadang bila kita terlalu mengejar banyak sangat perkara yang besar seperti keuntungan, bertukar dan gelaran, kita lupa kepada anak didik kita yang seolah-olah dibiarkan tanpa pedoman. Sebenarnya merekalah yang kita nak didik, bukan pangkat, keuntungan dan kekayaan yang perlu diutamakan. Jangan sampai satu hari nanti kita akan dipersoalkan jika mereka gagal dalam kehidupan. Merekalah yang akan menjadi pewaris Negara kita dan 90% dari mereka adalah anak bangsa kita yang selalu menjadi statistik dalam pengiraan penghuni pusat serenti, penghuni rumah besi dan perempit-perempit dimalam minggu.

Tiada ulasan: