Sudi-sudilah klik kat sini

Ahad, Februari 28, 2010

Pekerjaan

Apakah pekerjaan warga kampung kita atau anda, ada yang menoreh getah, ada yang bersawah padi dan bermacam-macam pekerjaan yang menghasilkan pendapatan yang halal. Jika di kenang kembali 100 tahun dahulu sekitar tahun 1910 atau tahun 1900 dan sebelum itu. Ini cuma kenangan kembali, bukan fakta sejarah. Berapa ramaikah penghuni sesebuah kampung. Apakah pekerjaan penghuni kampung ketika itu, bagaimanakah cara pakaian mereka, bagaimanakah rumah mereka dibina, bagaimanakah perhubungan mereka, jalan yang menghubungi sebuah kampung dengan kampung yang lain.

Kita sekarang yang tinggal dalam suasana serba maju, ada jalan raya yang besar, ada pengangkutan yang pantas, ada makanan yang mewah dan sedap, ada pakaian yang cantik dan banyak dan bermacam-macam lagi. Aman dan damai. Syukur kepada Allah banyak-banyak.

Cuba bayangkan pula 100 tahun akan datang, apa nak jadi. Bagaimanakah bentuk kenderaan masa itu, bagaimanakah cara perhubungan masa itu, apakah jenis makanan bagaimana cara berpakaian. Tak siapa yang tahu. Seronok juga menggunakan otak kita yang ada berjuta-juta sel untuk menggambarakan masa depan.

Yang penting disini, ialah untuk menggunakan minda kita yang dijadikan oleh Allah untuk berfikiran kreatif dan inovatif menghasilkan banyak barangan agar kita menjadi bangsa yang maju.

Sabtu, Februari 27, 2010

Kami 1Keluarga



















Keluarga bahagia, minggu ini cuti 3 hari banyak masa bersama anak-anak.


Isnin, Februari 22, 2010

Mengubah Haluan



Masih ingat lagi sekolah rendah aku dahulu, Sekolah Kebangsaan Hosba http://skhosba.zoom-a.com/index.html, banyak kenangan manis disana, kawan-kawan lama, cikgu yang mengajar aku mengenal a, b, c sampai z. Kalau tak ada Guru-guru darjah 1 manalah aku tau membaca dan manalah aku boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih Cikgu, aku mohon kepada Allah agar sentiasa merahmati semua guru-guru yang pernah mengajar aku. Semoga mereka dan keluarga sentiasa bahagia dan dilimpahi dengan taufik dan hidayahNya.





Jauh juga perjalanan nak sampai ke tahap ini, tapi kalau di kenangkan masih banyak lagi yang nak di kejar. Umur dah semakin tua. Perlukah belajar lagi, perlukah masuk ke Universiti lagi, kekadang rasa dah cukup lah. Apakah tujuan nak belajar lagi, adakah benar-benar ingin menuntut ilmu, atau ada muslihat lain. Patutkah pergi belajar kerana ingin melarikan diri dari bebanan tugas ditempat kerja, atau kerana memang ada kemudahan yang disediakan dan kalau tak guna rugi juga. Ataupun belajar kerana salah satu kriteria kenaikan pangkat mesti ada master atau PHD. Ataupun kerana takut ketinggalan berbanding dengan rakan setugas muda-muda yang masing-masing ada Master dan PHD.





Ahhhh, itu belum cerita lagi tengtang ilmu keagamaan dan ilmu akhirat.

Ahad, Februari 21, 2010

Hujan

Syukur kepada Allah petang tadi lebih kurang jam 1800 hujuan turun dengan lebat di kawasan rumah aku. Agak lama juga tak hujan. Petang tadi juga sebelum hujan ada berjumpa dua tiga orang jiran yang berkata "hari ini panas betul, macam nak hujan" memang betul tekaan mereka. Aku rasa bukan tekaan tapi satu doa. Bila hari terlalu panas ungkapan tadi akan keluar, "panas betul hari ni, macam nak hujan je". Memang hujan akan turun. Orang Melayu memang hidup dengan penuh perkara-perkara yang tak dapat di jelaskan dengan sains dan teknologi. Gambar diatas sebagai hiasan sahaja, bukan gambar terkini.

Rabu, Februari 17, 2010

Kemahiran






Salam sejahtera petang tadi ke basikal tukar tiub tayar depan kena caj RM7.00. Basikal yang aku kadang-kadang guna untuk mengeluarkan sedikit peluh diwaktu petang. Pemilik kedai seorang lelaki tua yang dibantu oleh seorang anak yang masih muda. Gambar basikal dan kedai diatas hanya sekadar hiasan sahaja. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah bagaimana kemahiran dan perniagaan di warisi dari satu keturunan ke satu keturunan. Kemahiran dalam perniagaan menservis (membaiki) basikal yang diturunkan kepada anaknya. Anaknya dengan rela dan gembira menjalankan tugasnya (dari riak muka yang aku lihat). Inilah rahsia yang perlu dicungkil. Inilah ilmu yang perlu dipelajari. Di Sekolah, Politeknik dan Universiti matapelajaran keusahawanan di gubal dan di ajar kepada kebanyakan pelajar. Tetapi ramai yang tak sampai kemana, dimanakah kekurangan ilmu yang dipelajari. Banyak lagi yang perlu kita terokai.
Semangat, kekuatan, ketabahan, kemahuan, pengorbanan dan macam-macam perkara +ve perlu ada dalam jiwa kita. Kalau tidak, kita tidak akan kemana. Entah-entah kita perlu mengemis di tanah air sendiri satu masa nanti.
Kalau kita baca kebanyakan akhbar hari ini menceritakan tentang kajian yang dilakukan oleh Malaysian Business menyatakan orang terkaya di Malaysia mempunyai kekayaan sebanyak RM42.76 billion. (Baca akhbar hari ini kalau nak tau lebih lanjut). Macamana harta yang sebegitu banyak diperolehi?. Sudah tentu daripada usaha yang gigih diperingkat awal. Tentu banyak cabaran dan rintangan ditempuhi sehigga angka berbillion ini di capai.
Ada seorang kawan pernah berkata ketika bersembang di kedai kopi. Nak cari RM1 juta yang pertama memang sukar, tapi bila dah ada RM1 juta, duit itu akan tumbuh seperti taugeh. Walaupun kita tidor duit itu akan tumboh sendiri.
Ada juga cerita dari kawan lama tentang sorang pemuda yang menang dalam pertandingan hanya mahukan satu biji beras pada hari pertama, permintaan ini menjadi bahan ketawa pembesar-pembesar yang mendengarnya. Tetapi satu biji hendaklah digandakan dengan dua pada kedua, dua biji akan diganda dengan dua pada hari berikutnya, begitualah setiap hari jumlah yang bertambah perlu digandakan dengan jumlah yang bertambah. Cuba ambil kakulator kira tengok. Hari pertama 1, esok 2 ganda 2, lusa 4 ganda 4, tulat 16 ganda 16 dan seterusnya tungging dan hari-hari lain.
Duit satu sen yang kita tak hiraukan pun kalau kita gandakan menggunakan kaedah ini sebulan jadi berapa? Banyak juga wooo....

Sabtu, Februari 06, 2010

Mari Pakat Ramai-Ramai Jadi Ahli NUTP

NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) http://nutp.org/ membela nasib Pensyarah Politeknik, untuk maklumat lanjut baca harian metro atau singgah di http://www.hmetro.com.my/ hari ini, cari pada ruangan "setempat".

Sebenarnya dah lama aku kempen agar kawan-kawan menjadi ahli kesatuan, tetapi disebabkan kesibukan kita semua kita mungkin lupa tentang pentingnya kita berpesatuan. Kalau dalam 300 orang pensyarah hanya 15 orang sahaja jadi ahli, kesatuan mungkin sukar nak tolong, tapi kalau semua 300 kita menjadi ahli sudah semestinya mereka akan tolong kita.

Untuk dapatkan borang boleh berhubung dengan aku atau Encik Shamsuri unit multimedia. (maaf kalau salah eja nama)

Khamis, Februari 04, 2010

Kebersihan











Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil ketika makan tengahari di kafe pentadbiran. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku bila melihatkan lima dari enam paip air kat sinki dibalut dengan plastik.
Pesoalan pertama ialah siapa rajin sangat balut paip air dengan plastik. Persoalan kedua, kenapa ianya dibalut. Tekaan aku bagi soalan pertama ialah sinki ini dibalut oleh pengusaha kafe. Jawapan bagi persoalan kedua, kenapa dia balut?, mungkin tekanan air tak kuat jadi langkah bijak pengusaha kafe ini ialah menutup 5 dari 6 paip air, maka tekanan menjadi stabil, mudahlah pekerja dia mencuci pinggan dan menyediakan makanan. Mungkin juga dia balut sebab kotor. Lihat gambar kedua. Bila satu sinki sahaja boleh digunakan jadi tak teruklah kerja pembersihan dilakukan.
Masa aku pergi makan tadi lebih kurang jam 1.15 tengahari, suasana di kafe memanglah penuh sesak dengan pelajar. Meja boleh dikatakan kotor sebab tidak dilap. Memang tak ada orang lap pun. Kempen kebersihan yang dijalankan boleh dikatakan berkesan, pelajar memang dah mengikuti peraturan memasukan pinggan mangkuk yang digunakan kedalam bekas yang disediakan, cuma meja saja tak dilap. Sebab mengelap meja tidak termasuk dalam arahan, dan memang tak sesuai pun suruh pelajar lap meja. Tapi apa salahnya jika kita menjadi insan yang bertanggungjawab, membesihkan tempat kita makan. Ini kena latih dari rumah.
Dari pemerhatian aku, ada pihak yang perlu turun melihat sendiri keadaan di tempat makan pelajar, pihak-pihak ini perlu datang makan (beli) makanan bersama-sama dengan pelajar, rasai sendiri keenakan makanan yang dijual, rasai sendiri harga makanan, hidu sendiri suasana sekitar tempat makan pelajar, lihat sendiri perangai pelajar. Setelah puas turun dan menikmati bersama-sama barulah boleh diperbetulkan apa yang tidak betul.
Kalau tekana air rendah, pihak yang mempunyai kuasa bolehlah arahkan dibaiki segera. Kalau ada lantai yang pecah, boleh segera arahkan, kalau lampu atau kipas tak berfungsi, minta pihak yang pandai elektrik betulkan. Kalau makanan mahal sangat, bincang dengan pengusaha. Kalau ada pelajar yang terlampau boleh tegur-tegurkan. Boleh kata banyak perkara yang boleh dibuat, demi kebaikan Institusi yang disayangi.
Kekadang bila kita terlalu mengejar banyak sangat perkara yang besar seperti keuntungan, bertukar dan gelaran, kita lupa kepada anak didik kita yang seolah-olah dibiarkan tanpa pedoman. Sebenarnya merekalah yang kita nak didik, bukan pangkat, keuntungan dan kekayaan yang perlu diutamakan. Jangan sampai satu hari nanti kita akan dipersoalkan jika mereka gagal dalam kehidupan. Merekalah yang akan menjadi pewaris Negara kita dan 90% dari mereka adalah anak bangsa kita yang selalu menjadi statistik dalam pengiraan penghuni pusat serenti, penghuni rumah besi dan perempit-perempit dimalam minggu.

Orang Kuat DSK Politeknik Malaysia

Kepada semua pelajar DSK (bekas pelajar atau yang masih belajar) ramai-ramai kita baca blog berikut

http://alladiin.blogspot.com/

Isnin, Februari 01, 2010

Kena Lagi

Salam sejahtera, kerja sebagai tenaga pengajar ni memanglah menyeronokkan, itulah kerja aku sejak tahun 1991 dah nak masuk 20 tahun. Mula-mula lagi dah bersemangat dan sampai sekarang pun tidak pernah luntur semangat mendidik anak bangsa. Dahulu terpaksa menyeberang Laut Cina Selatan menaiki belon untuk mendapatkan sesuap nasi. Syukur sekarang dan dekat dengan kampung halaman. "Kemana haluan kaki melangkahi itulah sumpah MPT" itulah rangkap terakhir lagu Maktab Peguruan yang mendidik aku menjadi Cikgu.

Kerja mengajar ni tak ada boleh nak minta tolong orang lain buat, kalau silibus tak habis, mesti habiskan, kalau tidak rasa macam ada yang tak lengkap. Semua kerja mesti buat sendiri, daripada padam papan hitam (putih pun ada), tutup makmal, bersihkan makmal dan macam-macam lagilah. Setiap pagi Isnin pasti bersemangat untuk ke tempat kerja.

Sekarang kat Politeknik pun sama juga, semua kerja kena buat sendiri juga, menaip soalan, photostat dokumen, order barang, ambil kedatangan dan sebagainya. Tak ada sesiapa yang akan tolong buat untuk anda.

Yang aku nak perkatakan di sini ialah, kenapalah pihak pentadbiran (Kerani, CC, EO dan bermacam-macam jawatan di bahagian Pentadbiran sana tu) tak pandai buat kerja sendiri. Yang pandai adalah boss mereka. Pandai mengambil kesempatan. Yang terbaru ialah mengemaskini data dalam HRMIS. Yang aku tahu ini adalah kerja bahagian pengkeranian (bukan kera ni atau kera nu.) Kerja sebagai pengajar memang dah banyak dan hari ini ditambah pula dengan arahan untuk mengisi data dalam pengkalan. Data yang perlu diisi bukanya sedikit amatlah banyak dan perlu membawa semua sijil-sijil dan dokumen yang ada, dari sijil sekolah rendah, sijil SPM, Ijazah, surat beranak, surat mati dan segalah jenis surat. Memanglah memasukkan data adalah tanggungjawab pemilik data itu sendiri. Tetapi yang menyedihkan ialah kebijaksanaan memperdaya semua orang termasuk B agar kami semua memasukkan data dalam tempoh yang singkat.

Bila aku tengok web site JPA sebenarnya untuk pengurusan rekod peribadi ada satu modul yang dibangunkan khas rujuk http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/mperibadi/Nota%20Taklimat%20Modul%20Pengurusan%20Rekod%20Peribadi.pdf kalau tak percaya. Tetapi dengan hanya satu MEMO dalaman mewajibkan semua orang untuk mengemaskini data siap dengan jadual mengikut Jabatan. Aku pun tak faham siapa sebenarnya boss di tempat kerja aku sekarang. Patutlah kekadang ada gurauan yang mengatakan "Boss yang nombor berapa?".

Nampaknya aku dah terkena hari ini, aku punyalah bersemangat untuk memasukan data dalam pengkalan, pukul 10 dah pergi pukul 11 tak sempat siap sebab ada kelas, pegi kelas dulu, pukul 2.30 sambung lagi sampai 4.30 tak siap juga. Rupa-rupanya ada orang yang dah berangan nak membuktikan kepada HQ yang tempat kami boleh siapkan dalam masa 2 minggu. Sekarang baru aku tersedar yang aku dah terkena lagi. Rasa hati macam nak buat majlis tunjuk perasaan bawa poster "Kami Telah Ditipu. Kami Tidak Mahu Buat Kerja Pentadbiran". Berani ka, sapa yang berani, silap-silap kena masuk dalam. Kalau buat pun nanti malu pula kat Pelajar. Batal Sajalah perasaan geram. Sabar sajalah.

Tulis saja dalam blog, ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa pun.