Dah lama tak hujan, mungkin minggu ini hujan akan turun, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ada kawan-kawan kata kalau cuci kereta mesti hujan. Hah, petang tadi aku cuci kereta. Tapi tak ada kaitanlah. Hanya sekadar gurauan sahaja. Kalau cuci kereta hantar kedai RM15 ringgit. Cuci sendiri berapa kosnya, air kena bayar juga, sabun, tenaga (boleh jadi sihat). Banyak baik dari tak baik. RM15 boleh disimpan setiap kali cuci, sikit-sikit, lama-lama jadi banyak.
Ramai orang bekerja keras untuk menambahkan pendapatan, ada yang buat kerja jadi guru tuisyen, jadi agen insuran, ada yang menjalankan perniagaan multilevel. Semuanya adalah pekerjaan yang baik dan halal. Tidak curi dan minta hak orang lain. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah agar memberikan kita rezeki yang halal. Minta dijauhkan dari terjerumus kepada pekerjaan yang ada unsur-unsur yang mengambil hak orang lain. Aku kalau kawan-kawan buat bisnes mesti sokong punya, tak kiralah bisnes apa, jual kain ke, jual tuala wanita ke, jual barang dapur ke. Kalau yang rajin menjalankan kerja-kerja sampingan lain seperti menternak ayam kampung, menternak kambing, bawa teksi dan sebagainya juga adalah pekerjaan yang suci dan halal.
Bukan apa sangat, maklumlah bulan ini gaji yang terakhir diterima agak dah lama. Kalau yang tak ada simpanan kecemasan mungkin terasa sengsara juga. Kena pula bulan ini, yang ada anak ke sekolah nak kena beli baju, seluar, kasut, beg, buku, bayar yuran dan sebagainya. Banyak juga belanja yang diperlukan. Waktu inilah simpanan masa sesak diperlukan.
Kekadang teringin juga untuk pergi bercuti atau melancong jauh-jauh, tapi kalau disukat pada pendapatan mungkin tidak mengizinkan. Bila dah sedar keadaan tidak mengizinkan jadi kita harus sedarlah. Duduk sajalah kat rumah, bila rezeki dah ada nanti pergilah melancong. Tak perlulah kita bersusah payah menyusahkan poket sendiri. Begitu juga jika teringin nak makan besar ditempat yang mewah, kalau dah tak ada duit tak payah lah nak berangan nak makan besar.
Mungkin dengan keinginan berkehendakan yang besar-besar inilah menyebabkan sesetengah dari kita mencari jalan untuk mendapatkan "masyuk" yang lebih. Kalau aku biar tak ada dan tak merasa lebih baik dari memperolehi sesuatu dari sumber yang tidak diizinkan.
Sudi-sudilah klik kat sini
Ahad, Januari 24, 2010
Ahad, Januari 17, 2010
Subur Menghijau
Jumaat, Januari 15, 2010
Kaca atau Intan
Kaca dan intan memang berbeza, dari jauh nampak sama, tapi bila diteliti memang dapat tau bezanya. Selalunya kaca tidak digunakan sebagai perhiasan mewah hanya sekadar dijadikan sebagai botol, cermin meja dan paling baikpun dijadikan perhiasan tiruan. Harga tentulah intan lebih mahal, kaca berapa sen sangat. Mungkin ada orang yang tidak mampu menilai yang mana satu kaca dan intan. Bagi sesetengah orang nampak sama saja. Mungkin orang itu bangang kot sampai tidak dapat menilai dengan tepat.
Hati mana yang tidak terguris bila kumpulan DSK tidak terpilih menyertai kem motivasi di dusun minda Kuala Nerang. Kelas DPM1, SPP1, DAT1 dan DSK1, semuanya adalah pelajar baru. Bila semua baru maka semua mesti diberikan motivasi seadil-adilnya, apakah pelajar DSK1 ni dah cukup motivasi, maka tidak perlu untuk menyertai kem yang diadakan oleh Jabatan.
Ataupun memang kelas DSK tidak ada nilai (tidak dipandang walau dengan lubang hidung). Apakah yang akan dijawab bila ditanya nanti oleh pelajar-pelajar "kenapa kami tidak terpilih untuk menyertai kem motivasi". Akupun ditanya oleh kawan-kawan kenapa budak-budak DSK tak dapat pergi. Untuk menjawab memang mudah, aku kata saja mungkin pihak pengurusan ada perancangan lain.
Perancangan hapa, kalau pandai merancang, mudah saja, kalau budak ada 160 orang buatlah perancangan untuk 160 orang, baru kira pandai dan adil. Entahlah apa yang nak jadi. Sebelum ini motivasi pelajar dibuat untuk semua orang, tak ada pula yang dipilih-pilih dan disisih-sisih. Memang tidak adil, dalam satu jabatan pun jadi macam ni, entahlah apa nak jadi nanti aku pun tak taulah. Hentam sajalah.....
Dalam hidup kekadang kita kena terima segala apa yang diperlakukan oleh orang kepada kita, kita kena banyak bersabar. Tetapi kalau selalu bersabar kita kena pijak-pijak pula. Menyalak bukit saja tak guna juga, tekak sakit habis suara, bukit tak jadi apa-apa pun. Jadi tong kosong pun tak guna juga, bunyi saja kuat tapi isi kosong. Jadi Hang Jebat nanti menyesal pula. Kalau jadi Hang Tuah, memendam perasaan saja. Susah juga ye. Adakah selepas ini perlu mencabut dan menghunuskan keris luk tujuh, huh lagi tak boleh sebab orang lain dah buat idea ini. Tulis jelah dalam blog yang disediakan ni, boleh juga melepasakan tension. Kalau ada orang nak baca, bacalah. Kalau tak ada orang bacapun tak apa, baca sendiri.
Hari ini hari depa, esok lusa mungkin hari kita pula.
Selasa, Januari 12, 2010
Kesatuan Pekerja
Dahulu aku adalah ahli NUTP/KPPK (National Union of the Teaching Profession). Sekarang pun aku masih lagi ahli yang berdaftar dan berbayar. Aku bangga menjadi ahli kesatuan ini. Mungkin ada orang yang berasa tidak penting menjadi ahli kesatuan, terutamanya golongan yang cop jari mereka masih lagi belum kering. Sebenarnya banyak faedah yang dapat diperlolehi bila kita menjadi ahli kesatuan ni. Sekurang-kurangnya menjadi tempat paling akhir sekali bila nak mengadu masalah.
Bulan Oktober 2009, isteri (gambar ceria diatas) aku mohon tambang percuma untuk mengunjugi wilayah asal (Sarawak). Aku rasa isteri aku berhak untuk mendapatkan kemudahan ini kerana memang tertulis dalam pekeliling dan Perdana Menteri pun ada menyatakan tujuan kemudahan ini diberi agar mereka-mereka yang bertukar wilayah dapat mengunjungi wilayah asal sekurang-kurannya setahun sekali. Masa aku bertugas kat Sarawak dahulupun aku dapat juga kemudahan ini. Sekarang ini pun ramai yang dari semenanjung samada rela atau terpaksa bertugas di sana masih mendapatkan kemudahan ini.
Syukur kerana permohonan diluluskan. Masalahnya waran tidak dapat dikeluarkan kerana Pejabat tak ada duit. Heran, pelik dan ajaib, Pengarah boleh lulus tetapi tak dapat tiket. Pelik tak?. Nak mengadu kat sapa, nak jumpa Pengarah?. Bila cakap dengan Pegawai Eksekutif, keputusan mereka mengalahkan Pengarah. Aku pun heran siapakah sebenarnya boss kat tempat kerja aku sekarang ni. Aku rasa ini salah satu punca kerjaan BN kalah dalam PRU13 haritu. (geram tahap gaban ni)
Staf kat pejabat pun satu, aku punya hormat kat mereka bukan main lagi. Bila nak berurusan aku akan mengikut prosedur, masuk ketuk pintu bagi salam. Hormat bukan takut. Bila kita dah lebih hormat, bukan nak balas dengan baik. Setakat ini aku rasa dah 4 kes yang membuatkan aku bengang kat orang pejabat.
Pertama. Gaji kena potong walaupun pinjaman perumahan belum diluluskan.
Kedua. Dapat tunggakkan RM3000. Lepas tu dapat memo kata tersalah bayar kena bayar balik RM5000 ada ke patut. Sekolah kat mana depa ni aku pun tak tau. Anak aku darjah tiga pun tau kira.
Ketiga. Nak tuntuk elaun pindah RM1000 tak dapat sebab aku dah guna lori pejabat. Kalau aku sewa lori kat luar tak sampai pun RM30 ringgit. Masa aku mohon lori mereka tak bagitaupun yang peraturanya begitu. Apa salahnya bagi tau, ini kawan-kawan bukan pelanggan. Nak jimat sangat duit tu dapat apa.
Keempat. Tak dapat tuntut elaun perjalanan sebab tak ada duit. Heran macam mana depa jaga duit. Tak belajar ke. Bisnes sampai juta-juta duit TNT pun tak boleh nak kawal ke.
Apa nak kata sekarang, satu yang selalu aku kata "tak apa hari ini hari depa, esok hari kita pula"
Akhirnya aku cuba nak mengadu kes Kemudahan Tambang isteri aku tadi kat NUTP. Harap-harap lepas ni ada sedikit perubahan. Kalau pihak bawahan prestasi kerja tak bagus gaji statik, harap harap depa pula yang statik kali ini, padan muka depa. Jangan aku pula kena pindah ke Sarawak sudah le.
Sabtu, Januari 09, 2010
Aktiviti Masa Lapang
Syukur kepada Allah. Ada masa lapang apa nak buat?, tanam sayur. Beli Polybag 20 keping RM11.00, isinya minta kat Abang aku kat Felda. Nak beli tanah dalam plastik pun mahal juga sekarang ini. Kat Changlun 5 bag RM10.00. Tanam dalam polybag senang sikit nak ubah-ubah dan juga nak menjaganya. Inilah hidup dizaman sekarang ini. Kalau kat kampung dulu, tanah sekeliling rumah boleh buat dusun, tapi bila hidup kat Kawasan Taman Perumahan, adalah sedikit kawasan untuk bercucuk tanam. Nak terus tanam kat kat tanah lapang tak berapa sesuai, biasalah mana ada pemaju yang nak bagi tanah yang subur, tanah yang ada bercampur dengan batu-batu. Tak apalah yang penting ada juga kawasan untuk bercucuk tanam.
Kalau banyak duit teringin juga nak beli tanah lebih kurang 10 hektar untuk berkebun (angan-angan biar tinggi). Harap kekawan sentiasa memberi dorongan dan doa agar aku dapat capai segala impian. Kawan tolong doa dan beri sokongan kita mesti berusaha. Tanam sayur kira berusaha juga la tu. Boleh jua save duit beli sayur. Nak tau aku tanam apa. Kuchai, petola, terung, kunyit, cili padi dan daun selasih. Nanti bila dah subur aku download gambar. Bila dah berhasil nanti boleh makan dan beri kepada jiran-jiran.
Ada Dr. dari U kat sini kata kalau nak bagi subur, kita kena bercakap dengan pokok yang kita tanam. Aku ada juga cuba nak cakap ngan pokok-pokok ni, tapi tak jadilah takut nanti jiran-jiran nampak dan kata aku sewel pula. Mungkin kena tunggu masa yang sesuai, waktu orang semua tak ada boleh kot cakap ngan pokok.
Langgan:
Catatan (Atom)