Kaca dan intan memang berbeza, dari jauh nampak sama, tapi bila diteliti memang dapat tau bezanya. Selalunya kaca tidak digunakan sebagai perhiasan mewah hanya sekadar dijadikan sebagai botol, cermin meja dan paling baikpun dijadikan perhiasan tiruan. Harga tentulah intan lebih mahal, kaca berapa sen sangat. Mungkin ada orang yang tidak mampu menilai yang mana satu kaca dan intan. Bagi sesetengah orang nampak sama saja. Mungkin orang itu bangang kot sampai tidak dapat menilai dengan tepat.
Hati mana yang tidak terguris bila kumpulan DSK tidak terpilih menyertai kem motivasi di dusun minda Kuala Nerang. Kelas DPM1, SPP1, DAT1 dan DSK1, semuanya adalah pelajar baru. Bila semua baru maka semua mesti diberikan motivasi seadil-adilnya, apakah pelajar DSK1 ni dah cukup motivasi, maka tidak perlu untuk menyertai kem yang diadakan oleh Jabatan.
Ataupun memang kelas DSK tidak ada nilai (tidak dipandang walau dengan lubang hidung). Apakah yang akan dijawab bila ditanya nanti oleh pelajar-pelajar "kenapa kami tidak terpilih untuk menyertai kem motivasi". Akupun ditanya oleh kawan-kawan kenapa budak-budak DSK tak dapat pergi. Untuk menjawab memang mudah, aku kata saja mungkin pihak pengurusan ada perancangan lain.
Perancangan hapa, kalau pandai merancang, mudah saja, kalau budak ada 160 orang buatlah perancangan untuk 160 orang, baru kira pandai dan adil. Entahlah apa yang nak jadi. Sebelum ini motivasi pelajar dibuat untuk semua orang, tak ada pula yang dipilih-pilih dan disisih-sisih. Memang tidak adil, dalam satu jabatan pun jadi macam ni, entahlah apa nak jadi nanti aku pun tak taulah. Hentam sajalah.....
Dalam hidup kekadang kita kena terima segala apa yang diperlakukan oleh orang kepada kita, kita kena banyak bersabar. Tetapi kalau selalu bersabar kita kena pijak-pijak pula. Menyalak bukit saja tak guna juga, tekak sakit habis suara, bukit tak jadi apa-apa pun. Jadi tong kosong pun tak guna juga, bunyi saja kuat tapi isi kosong. Jadi Hang Jebat nanti menyesal pula. Kalau jadi Hang Tuah, memendam perasaan saja. Susah juga ye. Adakah selepas ini perlu mencabut dan menghunuskan keris luk tujuh, huh lagi tak boleh sebab orang lain dah buat idea ini. Tulis jelah dalam blog yang disediakan ni, boleh juga melepasakan tension. Kalau ada orang nak baca, bacalah. Kalau tak ada orang bacapun tak apa, baca sendiri.
Hari ini hari depa, esok lusa mungkin hari kita pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan