Maksud Hadis. Dari `Aisyah r.a., katanya: "Rasululah s.a.w. melakukan dua rakaat shalat sunat sebelum Subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku bertanya-tanya dalam hatiku, adakah Nabi s.a.w membaca Al Fatihah (atau tidak)."
Maksud Hadis Dari `Aisyah r.a., katanya: Tidak ada shalat Nawafil (sunat) yang lebih diutamakan oleh Nabi s.a.w. dari shalat sunat lainnya selain dua rakaat sunat fajar"
Sudi-sudilah klik kat sini
Khamis, November 24, 2011
Sabtu, November 19, 2011
Melangkah Ke Alam Remaja
Hari ini dua anak aku bersunat (circumcision), bersunat cara moden. Mudah, cepat, tidak menyakitkan dan mahal le sikit. Tak apa yang penting semua selesai. Mohamad Nasruddin 9 tahun dan Mohamad Syahmi 7 tahun.
Wajah ceria sebelum bersunat
Menunggu....
Selesai
Semoga mereka berdua tabah menghadapi beberapa hari mendatang, masa bersunat memang tak sakit sebab disuntik ubat bius, bila dah selesai pun tak sakit sebab masih ada kesan ubat bius dan harap tidak sakit sampai sembuh.
Menurut kata isteri aku, kalau anak bersunat bapa yang kena rawat, ibu tak boleh rawat dan tengok kemaluan anak kalau mau cepat sembuh. Jadi akulah yang merawat mereka sekarang ni. Semasa aku menulis blog ini kedua-duanya baru tidur. Harap malam ini mereka dapat tidur dengan nyenyak.
Bersunat cara moden ini memang lebih mudah dan selesa berbanding cara dahulu. Masa zaman dahulu bersunat cara kampung menggunakan khidmat Tok Mudim, anak dimandikan dengan air yang dingin, duduk atas batang pisang, sebelum potong kepit dengan buluh dan potong guna pisau cukur berlipat.
Bila dah maju sikit guna khidmat doktor, guna ubat bius, potong dengan pisau lepas tu jahit urat supaya pendarahan berhenti. Ini kaedah yang digunakan pada anak sulung dan anak yang kedua.
Bagi mereka berdua ini pula guna kaedah yang lebih mudah, guna botol dan kepit, tak perlu jahit. Doktor suntik ubat bius setempat, lepas tu masukan selinder, kepit dan potong, ringkas dan mudah. Kaedah yang aku cerita ini melalui apa yang aku perhati, tapi kalau cerita mengikut kaedah perubatan mungkin lain kot. Kalau nak tengok boleh tengok macamana doktor buat boleh cari dalam google. Aku ada jumpa tapi tak mau link kat sini takut dikatakan lucah.
Jumaat, November 11, 2011
LCCT
Jan 4.57 petang 11/11/11 berada di LCCT menanti jam 7.50 malam penerbangan AK5252 untuk ke Alor Setar. Rabu, Khamis dan Jumaat berada di Klana Resort Seremban, demi tugas. Syukur semua tugas dapat diselesaikan dengan sempurna. Harap tidak berlaku seperti kata pepatah "rumah siap tukul berbunyi". Daftar keluar dari hotel jam 1.00 petang, nasib baik ada Encik Azfar dari Polimas sudi menumpangkan kami hingg ke LCCT. Terima kasih daun keladi. Dia dan Encik Ariffin meneruskan perjalanan mereka dengan kereta ke Jitra. Aku masih lagi di LCCT. Insya Allah dijangka sampai jam 8.50 malam nanti.
Beginilah selalunya perjalanan orang seperti aku, tugas luar yang memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. Kekadang majikan sediakan tiket kapal terbang, kekadang hanya sekadar teksi atau bas ekspress. Apapun kaedahnya yang penting selamat sampai kedestinasi yang dituju dan selamat balik.
Banyak kerenah dan gelagat manusia yang dapat diperhatikan, ada yang berbangsa Melayu, ada Indonensia, China, Negero dan macam-macam bangsa. Tempat tujuan Antarabangsalah katakan.
Diantara kebijaksanaan CEO Airasia menjadi satu faktor yang direnungkan dalam fikiran. Bagaimanakah terfikir difikran beliau untuk membina sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan ramai sekarang. Dapat diperhatikan semua bangsa dari semua lapisan golongan menggunakan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Ada golongan seperti aku kakitangan kerajaan, ada makcik atau nyonya, ada pakcik dan apek, ada pasangan muda yang mungkin baru kahwin (berbulan madu) ada yang dari seberang (Indon) ada yang dari Sabah dan Sarawak, ada juga "mat salleh dan minah salleh" yang berpakaian selekeh, ntah dah berapa hari tak mandi bau punyalah hapak.
Begitulah pengajaran bidang perniagaan yang dapat dipelajari daripada Airasia ini, apa sahaja pun boleh diperniagakan asal ada ilmu dan keberanian. Berniaga bukan pakai hentam sahaja, mesti perlu mempunyai ilmu dan juga congakan (pengiraan) risiko yang mendatang. Kalau pakai hentam saja tak lama boleh bungkus.
Siapakah yang menentukan ekonomi negara kita, golongan peniaga atau pembeli? cuba kita fikirkan. Harga gula nak dinaikan, siapa yang berkuasa, pengguna atau peniaga. Kalau pengguna berkuasa tentu harga tak naik, tapi peniaga yang lebih berkuasa, sepatutnya pengguna yang lebih ramai, pengguna lah yang dapat menentukan harga. Fikirkanlah.....

Selasa, November 01, 2011
Iman
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya: "Islam yang bagaimanakah yang lebih utama?"
Jawab Nabi s.a.w. "Memberi makan (orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal"
Jawab Nabi s.a.w. "Memberi makan (orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal"
Langgan:
Catatan (Atom)