Sudi-sudilah klik kat sini
Rabu, Disember 29, 2010
Mencapai Kejayaan
Belum masuk tahun baru dah kena pergi sekolah, kalau dulu tak begini, sekarang cuti cikgu pun dah dikurangkan, terpaksa datang awal kesekolah demi anak bangsa.
Khamis, Disember 23, 2010
Satu Petang
Pakar Motivasi sentiasa mengajar kita agar menerima segala cabaran "jangan lari dari cabaran". Kenapalah petang ini amat membosankan, paling tidak menyeronokkan. Sebabnya biarlah aku sahaja yang tahu, kerana ini blog aku dan disinilah aku meluakan segala kebosanan aku.
Adakah dengan mengetik keyboard ini boleh menghilangkan kebosanan, kadang-kadang boleh. Adakalanya bila kebosanan dan kemurungan melanda nak menaip pun tak jadi sebab idea buntu. Tensionnyyyyaaaaaaaaaa
Kalaulah ketikan ini berada di tepi pantai yang menderu ombak kan best...., itulah, dulu cuti banyak sekarang cuti dah tak ada. Minggu depan aku nak cuti, tapi kesian pula kat pelajar nanti nak kena ganti kelas.

Ahad, Disember 19, 2010
Makmurnya Negaraku
Pagi tadi ke kedai lampu di pekan Changloon, terserempak dengan seorang warga negara jiran lengkap berpakaian seragam, kalau tak salah aku dia ni Polis dari negara Thailand. Waktu itu dia sedang membeli lampu. Lepas beli lampu dia siap tanya tokey kedai tu mana boleh beli minyak masak. Dalam hati terfikir betapa makmurnya negara aku ni, mereka dari negara jiran boleh datang tanpa rasa takut, bebas bergerak kesana sini serta membeli belah. Sayangnya aku tak ada kamera, kalau ada teringin juga aku nak bergambar dengan Mat Polis dari Thailand ni.
Sekarang ini aku agak pendatang yang ada kat negara kita ni berapa nisbah mereka dengan rakyat kita agaknya 1:2 kot. Mungkin masa depan semua yang ada dinegara kita adalah pendatang.
Negara kita ni memang tenpat kunjungan pendatang bersesuaian dengan bentuk geographinya "semenganjung". Semoga negara kita sentiasa aman dan makmur.

Isnin, Disember 13, 2010
Wajah Gembira dan Ceria
Isnin 13 Disember 2010, ramai yang ceria dan keriangan kerana mendapat berita gembira, tahniah kerana hajat yang lama diidamkan telah tercapai. Semoga bahagia ditempat baru, harap di tempat baru bintang lebih menyinar. Bagi yang masih tinggal di sini seperti aku bilalah bintang nak menyinar terang.
Indahnya Mencapai Kejayaan, itulah tajuk blog aku. Bagi aku mencapai kejayaan bukanlah satu yang datang bergolek, setiap kejayaan yang aku capai selama ini adalah dari hasil usaha dan kerja keras dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah jua.
Kegembiraan yang tidak dapat diucapkan oleh kata-kata bila mencapai kejayaan, ianya begitu indah sekali, hanya kepada Nya juga kita memanjatkan kesyukuran bila beroleh sesuatu.
Adakah kita sebagai manusia biasa boleh menahan insan lain dari mencapai kejayaan, layakkah kita menidakkan hak orang lain, bolehkan kita besikap kejam sesama manusia. Dunia sekarang memang penuh dengan tipu daya dan muslihat, ingatlah dalam perjalanan mencapai kejayaan kekadang ada juga yang tersungkur. Bagi yang tersungkur jatuh dan rebah, bangun dan kumpulkan semangat dan tenaga baru, teruskan usaha kerana kejayaan pasti akan dicapai jika kita tidak mudah putus asa.

Sabtu, Disember 11, 2010
Minggu Pertama
20 jam seminggu, biasa sahaja, aku pernah dapat 26 jam seminggu satu ketika dahulu. Semuanya diterima dengan keterpaksaan, nak buat macam mana, nak menyalak bukit pasti tak akan runtuh. Sipalah aku yang dapat merubah apa yang telah diberikan.
Kekadang terfikir juga difikiran aku yang bukan dalam bidang pengurusan ini, tidak terfikirkah pihak bertanggunjawab membuat pengambilan bahawa tenaga yang akan membimbing modal ihsan itu tidak mencukupi. Kalau dah tak cukup orang kenapa nak menyusahkan ambil banyak-banyak. Tidak bijak sungguh mereka ini dalam bidang pengurusan, tak reti nak congak ke. Mungkin mereka tidak peduli dengan apa yang akan terjadi, mereka tidak perlu berjuang dilapangan yang nak berjuang adalah golongan kuli seperti aku ini, yang nak perit tekak, bisu dan berpeluh ketiak adalah kami. Bo*** dan kejam sungguh.
Mereka tidak terfikirkah yang akan menjadi mangsa adalah pelanggan-pelanggan, kalau pelanggan-pelanggan merungut dan tidak berpuashati nanti golongan seperti aku juga yang akan dipersalahkan. Pihak yang memerintah tak akan jadi apa-apa, malah mereka akan bertambah naik pangkat. Hidung makin tinggi, bila ada masalah kami juga akan dimaki dan di herdik dan di cabar ajak betumbuk. Piiii rahhhhhhhh, geram sunggu aku ini.
Ahad, Disember 05, 2010
Selamat Kembali Bertugas
Salam sejahtera, esok 6 December 2010 pemulaan semester baru. Boleh juga dikatakan permulaan era baru, sebab sebelum ini semester baru hanya bermula pada awal Januari, tetapi kini dah ditukar menjadi December pula, begitulah perancangan manusia yang tidak pernah tetap dan kekal.
Walau apapun atau bilapun semuanya tidak penting, yang penting adalah tugas yang suci dan ikhlas "sicncerely" dalam mendidik pelajar "modal insan". Semuanya mesti di setkan dalam dalam minda agar diri dan minda bersedia untuk menerima apa sahaja tugasan yang diberikan. Nampaknya semester ini terpaksa bergelut dengan bilangan pelajar yang melipah ruah.
Bilangan pelajar yang melebihi dari kemampuan tenaga pengajar juga satu yang fenomena yang pelik berlaku ditahun ini, dimanakah kewarasan fikiran pihak yang menentukan terjadinya fenomena ini pun tidak dapat di terima oleh akal. Menjadi pengurus juga satu tanggungjawab yang berat, menganiaya dan menyebabkan orang teraniaya juga akan dipersolakan nanti.
Banyak idea dan perancangan yang tercetus dalam pemikiran bertujuan untuk menjana kecemerlangan pelajar. Ingat "Pelajar adalah keutamaan" bukan diri sendiri. Harap segala yang dirancang dan direncanakan akan mebuahkan hasil yang cemerlang.
16 December juga satu tarikh yang dinanti-nantikan. Khabarnya satu gelombang perubahan besar akan dilakukan oleh KP. Adakah aku akan terlibat juga dalam gelombang itu tidak dapat dipastikan hanya Allah juga yang Berkuasa dan Dialah yang Mentakdirkan segala-galanya. Semoga Allah Mengampunkan dosa kita dan memberi Petunjuk serta Hidayahnya kepada kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)