Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, Mac 29, 2010

Apa nak buat

Rutin kerja harian ialah pagi pergi kerja jam 7.30 pagi hantar anak ke sekolah lepastu terus ke tempat kerja, punch kad (sebelum jam lapan). Masuk kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerja ku mengajar, ajar orang sampai pandai, yang asalnya datang tak reti nak buat apa, akhinya mahir. Itulah hasil kerja aku, kerja nampak mudah tapi tak seorangpun yang sanggup nak ambil alih tugas aku dan tak ada orang yang nak buat kerja aku, sebab sampai sekarang ni pun tak ada yang nak mohon kerja aku ni. Aku bangga dengan kerja aku sebab hasilnya nampak dan dapat dinilai. Ada orang pernah pertikaikan kerja aku, katanya kerja yang tidak ada cabaran langsung, aku hormati pendapat orang itu, tapi dia tak hormati kerja aku, suka hati dia lah. Aku masih ingat orang ini, tapi maaf aku tak berdendam dengan orang. Kalau yang pernah belajar dengan aku mesti tau apa kerja aku.

Aku bahagia dengan kerja yang aku buat. Aku bangga, aku tak pernah minta untuk dinaikan pangkat, dan aku tak pernah minta berhenti dari melakukan kerja aku. Nak tau apa kerja aku. Kerja aku ialah mengajar menaip. Kepada bekas pelajar aku yang menaip dengan mahir dan mendapat pujian bila menaip jangan lupa aku.

Isnin, Mac 15, 2010

Tingggi-Tinggi Si MaTaHari



Cuti sekolah datang lagi, apakah akitviti yang kau lakukan wahai anakku. Apakah perancangan yang telah engkau tetapkan sepanjang cuti ini wahai anakku. Adakah kau akan biarkan masa berlalu tanpa sebarang faedah. Kau hanya biarkan detik waktu berlalu dengan bangun pagi semasa mentari telah menyinar terang, memenuhi perutmu dengan masakan enak ibu di rumah dan meronda-ronda sekeliling taman tanpa apa-apa yang dilakukan dan memuhi hari malam dengan rancangan TV yang melalaikan. Betapa ruginya masa yang berlalu bila ia dah pergi. Masa adalah sesuatu yang pergi tanpa tahu kembali.

Lihatlah bangsa lain wahai anakku, apa yang mereka buat semasa cuti. Ada yang menolong ibu bapa di premis-premis perniagaan, mereka tolong bukan hanya diwaktu cuti sahaja, malah dari usia kecil lagi mereka dah diasuh untuk bekerja. Itulah punca pendapatan yang menyara hidup mereka. Itulah sumber wang yang digunakan untuk dibawa kesekolah, membeli barang keperluan harian, membeli pakaian, malah mendirikan mahligai mewah mereka. Mereka di latih dan ditanam dalam jiwa mereka "inilah punca pendapatan kita", "dengan pekerjaan inilah kita hidup". Cuba lihat dipremis-premis perniagaan, banyak kawan-kawanmu yang berbangsa lain bekerja secara sambilan semasa cuti ini. Kenapa mereka bekerja, adakah kerana mereka nakkan wang, tidak sama sekali. Mereka melatih diri sediri, memberi kesedaran kepada diri sendiri betapa susahnya mendapatkan sesuap nasi. Bila kita tahu betapa payahnya hidup barulah kita hargai kehidupan ini. Cuba bandingkan dengan kita, kita mewah, kita ada segala-galanya, kita tidak pernah rasa susah. Bangun pagi semua dah ada.

Sedarlah wahai anak-anaku, jangan lagi kita leka dengan kemewahan, jangan lagi kita leka dengan "Subuh Gajah", jangan kita tidur dengan kekenyangan. Kita harus bersedia menghadapi kesusahan. Bangunlah.

"Tinggi-tinggi Si Matahari, Anak Kerbau Mati Tertambat"

Jumaat, Mac 12, 2010

Hujan


Hari ini hujan turun agak lebat juga, lama juga dah tak hujan. Mungkin sebab dah mula cuti sekolah dan dah mula kenduri kawin maka hujan pun turun. Mungkin musim hujan dah bermula, mengikut ramalan jabatan meteorologi cuaca panas akan berpanjangan sehingga bulan April. Harap-harap ramalan mereka tidak tepat. Setiap hari ada sahaja kelihatan kebakaran belukar berlaku di kawasan aku ni.

Inilah negara kita yang beriklim tropika yang sentiasa hujan dan panas. Negara yang kita cintai. Negara Tumpah Darahku. Semoga Negara kita akan sentiasa aman dan damai.

Jumaat, Mac 05, 2010

Bijak

Alat apakah yang boleh digunakan untuk mengukur kebijaksanaan seseorang. Adakah kaedah mengukur IQ yang digunakan boleh diterima pakai. Aku pernah dengar IQ seseorang boleh diukur, tapi tak tau dimanakah, siapakah dan bagaimanakah ianya diukur, sebab aku tidak pernah mengambil ujian itu. Ujian yang pernah aku ambil diantaranya ialah Peperiksaan Darjah 6, Peperiksaan SRP, SPM, Ujian Memandu dan banyak ujian lain.

Macam mana kita nak ukur kecerdikan sesaorang?????.

Bolehkah kita mengatakan bahawa orang itu kurang cerdik, orang ini lebih cerdik. Susah juga. Yang penting kita kena gunakan otak yang ada untuk berfikir. Jadi gunakanlah ia sebaik-baiknya.