Cuti sekolah datang lagi, apakah akitviti yang kau lakukan wahai anakku. Apakah perancangan yang telah engkau tetapkan sepanjang cuti ini wahai anakku. Adakah kau akan biarkan masa berlalu tanpa sebarang faedah. Kau hanya biarkan detik waktu berlalu dengan bangun pagi semasa mentari telah menyinar terang, memenuhi perutmu dengan masakan enak ibu di rumah dan meronda-ronda sekeliling taman tanpa apa-apa yang dilakukan dan memuhi hari malam dengan rancangan TV yang melalaikan. Betapa ruginya masa yang berlalu bila ia dah pergi. Masa adalah sesuatu yang pergi tanpa tahu kembali.
Lihatlah bangsa lain wahai anakku, apa yang mereka buat semasa cuti. Ada yang menolong ibu bapa di premis-premis perniagaan, mereka tolong bukan hanya diwaktu cuti sahaja, malah dari usia kecil lagi mereka dah diasuh untuk bekerja. Itulah punca pendapatan yang menyara hidup mereka. Itulah sumber wang yang digunakan untuk dibawa kesekolah, membeli barang keperluan harian, membeli pakaian, malah mendirikan mahligai mewah mereka. Mereka di latih dan ditanam dalam jiwa mereka "inilah punca pendapatan kita", "dengan pekerjaan inilah kita hidup". Cuba lihat dipremis-premis perniagaan, banyak kawan-kawanmu yang berbangsa lain bekerja secara sambilan semasa cuti ini. Kenapa mereka bekerja, adakah kerana mereka nakkan wang, tidak sama sekali. Mereka melatih diri sediri, memberi kesedaran kepada diri sendiri betapa susahnya mendapatkan sesuap nasi. Bila kita tahu betapa payahnya hidup barulah kita hargai kehidupan ini. Cuba bandingkan dengan kita, kita mewah, kita ada segala-galanya, kita tidak pernah rasa susah. Bangun pagi semua dah ada.
Sedarlah wahai anak-anaku, jangan lagi kita leka dengan kemewahan, jangan lagi kita leka dengan "Subuh Gajah", jangan kita tidur dengan kekenyangan. Kita harus bersedia menghadapi kesusahan. Bangunlah.
"Tinggi-tinggi Si Matahari, Anak Kerbau Mati Tertambat"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan