Selamat Hari Guru, semoga semua guru-guru di Malaysia akan terus cemerlang mendidik anak bangsa. Kerjaya guru memang mencabar dan membanggakan, semoga semua ilmu baik yang dicurahkan akan diamalkan sehingga hari kiamat.
Dulu semasa mengajar kat sekolah, setiap 16 Mei akan menyambut hari guru, kini dah jadi Pensyarah mengajar kat Politeknik, tapi aku masih anggap diri aku ini adalah guru, sebab kerja tetap sama mengajar juga, cuma tempat dan panggilan sahaja berbeza. Apa boleh buat dah ditakdirkan aku kena mengajar kat Politeknik. Tidak ada apa yang nak dibanggakan disebabkan oleh perbezaan panggilan dari Cikgu kepada Encik. Bagi aku sama saja. Yang penting aku mengajar apa saja Ilmu yang ada pada aku ni kepada orang lain.
Ada juga terima beberapa SMS dari rakan dan bekas pelajar yang mengucapkan selamat Hari Guru. Awal pagi lagi dah terima SMS dari teman sebilik semasa kat Maktab dulu mengucapkan selamat hari guru, terharu juga rasanya.
Nampaknya jadi pensyarah di Politeknik tak berpeluang untuk menyambut hari Pensyarah, ish ish kesiannya. Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk mendapatkan sesuatu, dan sudah semestinya jika kita inginkan sesuatu kita terpaksa buang yang satu lagi, tak boleh dapat kedua-duanya. Contonya macam aku sekarang ini, nak jadi Cikgu atau Pensyarah, nak di panggil Encik atau Cikgu, nak duduk kat sekolah atau Politeknik...., sendiri fikirkanlah.
1 ulasan:
nama yang membezakan sesuatu.... tetapi hakikatnya.... benda yang sama... hala tuju yang sama... mengajar... betul x???
Catat Ulasan