Sekitar tahun 80an pengangkutan Bas memang popular di tempat aku. Kalau hari Sabtu nak ke Alor Setar memang jenuh menunggu bas, kekadang datang satu bas penuh, kalau dah penuh mestilah pemandunya tak nak hentikan bas, terpaksalah tunggu satu lagi bas datang. Masa tu tak ramai orang memilik motorsikal, kalau nak kebandar bas adalah pengangkutan pilihan.
Pernah aku dengar cerita satu ketika bas yang ditinggalkan oleh pemandu tanpa dimatikan enjin dicuri pandu oleh orang yang kurang waras "gila". Bayangkanlah jika anda adalah salah seorang dari penumpang bas itu, apakah perasaan anda? apakah tindakan anda? bagaimanakah wajah anda? bermacam-macam kemungkinan lagilah. Mengikut orang yang menceritakan kisah ini akhirnya pemandu yang "mereng" ini memberhentikan bas ditepi jalan dan meninggalanya begitu sahaja. Aku pun tak pastilah cerita ini benar atau tidak, aku cuma dengar cakap sahaja.
Sekarang bas dah tak begitu popular lagi kot? aku pun dah lama tak naik bas kat kampung aku ni, bukannya sombong tapi dah ada kereta buat apa nak naik bas. Tapi masa kerja kat KL dulu hari-hari naik bas pergi kerja. Naik saja bas boleh tido, macam ada suis automatik pula, bila bas bergerak terus lena dan bila sampai je tempat berhenti mesti terjaga, kalau tak terjaga pun ada member yang tolong kejutkan. Kalau tak percaya cuba sekali naik bas dari Seremban atau Klang waktu sama dengan orang peri kerja.
Apa pun yang penting pastikan pemandu bas yang anda naiki itu adalah waras 100%, JANGAN yang mereng atau setengah tiang macam yang aku dengar cerita tadi. Begitulah juga dengan hidup ini harap-harap dapat yang waras untuk membawa kita menuju kehadapan, kalau yang bawa kita kurang waras tak kemanahlah kita jadinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan