Sudi-sudilah klik kat sini

Khamis, Mei 27, 2010

Pekerja Adalah Aset Penting Dalam Organisasi

Kalau di sektor Swasta pekerja adalah aset penting bagi organisasi mereka, lagi lama bekerja lagi tinggi nilai sesaorang pekerja. Sebab orang lama banyak pengalaman, kerja cekap dan bermacam-macam lagi yang baik-baiklah. Cuma pekerja lama perlu dibayar gaji lebih sedikit. Kalau pekerja baru, kerja tak berapa cekap, tidak berpengalaman dan macam-macam lagilah. Gaji sikit sebab baru kerja.

Kalau majikan yang waras tentu akan mengekalkan pekerja lama, sebab apa? pikirlah sendiri. Kalau pengurus yang kurang bijak pasti akan mengambil pekerja baru buang yang lama, kononya menjimatkan kos. Pengurus yang bengong saya buat begini.

Pekerja yang dibayar gaji atau upah akan dikerah keringatnya setimpal dengan gaji yang dibayar. Kalau tak percaya tanya orang yang pernah kerja dengan Jepun.

Kebajikan pekerja adalah perkara yang paling penting dalam mengendalikan organisasi. Cuti adalah satu kebajikan, cuti diperlukan oleh pekerja untuk merehatkan diri dan minda setelah penat diperah keringatnya. Tenaga dan minda yang segar diperlukan untuk memulakan kerja setelah bercuti, barulah produktiviti akan meningkat.

Tempat aku kerja kebajikan pekerja boleh dikatakan teruk. Langsung tidak mempedulikan dan menghormati masa cuti. Kebetulan minggu ini hari Jumaat adalah cuti umum sempena hari Vesak. Aku bukanya nak merayakan Vesak. Cuma bila cuti semua orang akan berasa lega dan masa inilah nak berehat bersama anak-anak, nak bawa anak berjalan-jalan pergi berkelah dan sebagainyalah mengikut citarasa masing-masing. Ada ke patut kerja mesti disiapkan pada Hari Isnin. Bermakna tidak ada cutilah. Terusterang aku cakaplah senang. Tugas menanda kertas mesti disiapkan pada hari Isnin (markah mesti siap). Sedangkan ada peperiksan yang baru habis pada petang Khamis pukul 4.45 petang (bukan kertas aku). Bayangkanlah, bilalah masa nak cuti bagi mereka yang kertasnya akhir sekali ini.

Beginilah keadaanya jika ada pengurusan yang tidak memikirkan kebajikan orang lain. Apalah salahnya bagi lebih sikit hari untuk orang-orang yang kertas mereka lewat habis. Akupun tak faham apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pengurus-pengurus begini. Adakah mereka mementingkan pangkat (bila kerja cepat siap merekalah yang dapat nama) sedangkan yang berkerja keras adalah orang-orang macam kami.

Ingatlah wahai Pengurus-pengurus, kekadang kita sibuk mengejar pangkat didunia sedangkan kita tidak sedar yang kita telah menindas orang lain. Fikirkanlah sedikit orang yang ditindas dan juga apakah balasan yang mungkin akan diterima di akhirat nanti. Dunia yang dikejar hanyalah kesenangan sementara, akhirat juga yang kekal.

Isnin, Mei 24, 2010

Naik Bas

Sekitar tahun 80an pengangkutan Bas memang popular di tempat aku. Kalau hari Sabtu nak ke Alor Setar memang jenuh menunggu bas, kekadang datang satu bas penuh, kalau dah penuh mestilah pemandunya tak nak hentikan bas, terpaksalah tunggu satu lagi bas datang. Masa tu tak ramai orang memilik motorsikal, kalau nak kebandar bas adalah pengangkutan pilihan.

Pernah aku dengar cerita satu ketika bas yang ditinggalkan oleh pemandu tanpa dimatikan enjin dicuri pandu oleh orang yang kurang waras "gila". Bayangkanlah jika anda adalah salah seorang dari penumpang bas itu, apakah perasaan anda? apakah tindakan anda? bagaimanakah wajah anda? bermacam-macam kemungkinan lagilah. Mengikut orang yang menceritakan kisah ini akhirnya pemandu yang "mereng" ini memberhentikan bas ditepi jalan dan meninggalanya begitu sahaja. Aku pun tak pastilah cerita ini benar atau tidak, aku cuma dengar cakap sahaja.

Sekarang bas dah tak begitu popular lagi kot? aku pun dah lama tak naik bas kat kampung aku ni, bukannya sombong tapi dah ada kereta buat apa nak naik bas. Tapi masa kerja kat KL dulu hari-hari naik bas pergi kerja. Naik saja bas boleh tido, macam ada suis automatik pula, bila bas bergerak terus lena dan bila sampai je tempat berhenti mesti terjaga, kalau tak terjaga pun ada member yang tolong kejutkan. Kalau tak percaya cuba sekali naik bas dari Seremban atau Klang waktu sama dengan orang peri kerja.

Apa pun yang penting pastikan pemandu bas yang anda naiki itu adalah waras 100%, JANGAN yang mereng atau setengah tiang macam yang aku dengar cerita tadi. Begitulah juga dengan hidup ini harap-harap dapat yang waras untuk membawa kita menuju kehadapan, kalau yang bawa kita kurang waras tak kemanahlah kita jadinya.

Isnin, Mei 17, 2010

Piramid

Ada piramid ka kat sini?, mungkin itu persoalan yang timbul bila anda lalu di kawasan ini. Perjalanan dari Changlon ke Kuala Nerang menggunakan jalan belakang melalui Kampung Darat akan menemui satu bukit yang seakan-akan piramid. Mungkinkah orang Melayu juga telah membina bangunan seperti piramid di sini. Hah! mengarut saja aku ini. Ini semua adalah kejadian alam semula jadi yang telah ujud beratus-ratus tahun, itulah kebesaran Allah. Bukit-bukau dan gunung-ganang adalah paku alam. Sayangnya banyak yang telah digondol dan diratakan untuk di ambil tanahnya. Manusia peduli apa, yang penting boleh mendatangkan RM ($$$$). Apa sahaja yang ada muka bumi ini boleh dijual dijadikan duit, jual sahaja. Jangan pedulikan generasi akan datang. Tanah, bukit, pasir, balak, batu, minyak, malah orang pun boleh dijual.