Masa nak makan ambil le sudu dan garfu untuk makan, nampaknya kafe yang aku makan pagi tadi memang tak cukup pekerja, pertama sudu yang di basuh tu memang kurang bersih dan masih berair tak dilap atau dikeringkan dengan betul. Aku minta tisu pun tak ada, tuala lap meja ada le, takkan nak guna tuala lap meja untuk lap sudu kot.
Mengikut kata pekerja yang aku penah tanya beberapa minggu lepas, pemilik kafe ini memang nak "save" je (kedekut le ni). Tapi bagi aku bukan kedekut, masalah yang mungkin pemilik kafe ini hadapi ialah kekurangan orang yang nak bekerja. Emmm boleh jadi juga.
Masa aku kat koperasi tadi, terpandang satu iklan mencari pekerja "on call" untuk menjaga siber cafe. Ini juga satu peluang pekerjaan.
Terfikir juga di kepala aku sebenarnya pekerjaan memang banyak, cuma orang nak bekerja tak mahu bekerja bukan tak ada kerja.
Ada pernah aku terbaca dan mendengar cerita dari kekawan yang pernah belajar di luar negara. Sesetengah dari mereka yang belajar di luar negara ini pernah bekerja secara "part time" sebagai penghantar makanan segera, kerja sebagai pencuci pejabat atau hospital, jaga anak orang, kerja sebagai pencuci pinggang mangkuk di restoran dan bermacam-macam kerja lagi depa buat. Kenapa lah mereka sanggup buat kerja ni??. Mungkin nak cari duit lebih atau sebab duduk di tempat orang tak malu (kalau di Malaysia malu konon) atau mungkin pekerjaan banyak atau bayaran yang diperlolehi lumayan. Yang mana satu jawapanya aku pun tak tahu sebab persoalan disini bukan mereka tetapi yang berada di Malaysia sekarang.
Negara kita mudah sangat ambil orang luar sebagai pekerja, bila semua kerja dah dibuat oleh orang luar maka anak-anak kita tak ada peluang nak buat kerja langsung.
Kita sanggup cari duit suruh anak kita belajar dan berpesan dengan mereka "engkau belajar betul-betul sampai berjaya, soal duit jangan risau biar bapa yang cari". Kita langsung tidak beri sedikit rasa susah kepada mereka. Bila aku tengok kat sini, pelajar-pelajar begitu mewah, pakaian bukan main melawa lagi, bagi yang perempuan tu mengalahkan pensyarah, yang lelaki cuba tengok kasut mereka kalau harga tak RM100 keatas tak sah. Handphone tak payah cerita le. Nak cari handphone yang murah memang bermimpi le. Enjoy bukan main lagi, dari riak wajah mereka tak nampak langsung kesusahan, semuanya ceria, apa tak ceria duit pinjaman PTPTN ada, cukup bulan mak dan ayah hantar duit, kalu tak cukup talipon je minta lagi.
Aku teringin juga nak tengok ada pelajar yang menyapa aku bila masuk restoran atau kedai runcit atau mana-mana tempat yang aku singgah dan tanpa segan silu mengatakan "saya buat partime sini cik, cari duit sikit". Mungkin menitis air mata aku kalau tak pun tegak bulu roma aku, bukan kerana sedih atau takut tapi bangga melihatkan insan yang sanggup menghadapi cabaran dunia dari usia remaja lagi.
Kalau nak berjaya, kalau nak bangsa kita menjadi bangsa yang digeruni dan disegani, golongan muda kita harus dapat menghadapi cabaran disamping tekun menimba ilmu dan jangan lupa beriman dan beramal kepada Allah.
Lawatilah laman blog (kedai) di bawah untuk mendapatkan barangan yang harus dimiliki oleh ramai wanita masa kini
http://www.cantikbergaya.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan