Berapakah pendapatan anda sebulan RM700, RM1000, RM1500, RM2000 atau lebih. Apakah yang anda lakukan dengan duit yang halal yang diperolehi hasil dari titik peluh sendiri. Mungkin senarai di bawah menepati apa yang anda belanjakan:-
- Sewa Rumah
- Bayar Bil (elektrik, telefon, air, astro, streamyx dan bermacam-macam lagi)
- Tambang bas (kalau naik bas)
- Ansuran kereta (yang dah beli kereta)
- Hantar balik kampung (jangan lupa)
- Beli baju, pakaian, mekap dan lain (shoping)
- KWSP (terpaksa)
- Simpan (kalau ada lebih)
Takaful (Insuran) ini perkara yang tidak di ambil berat oleh anda. Mungkin tidak terfikir langsung atau pernah dengar tapi tak peduli tentang kepentingannya. Apakah Takful ini ???, penting sangatkah ia. Kenapa perlu kita ambil.
Memang Penting.
Takaful adalah perlindungan dan simpanan. Dua perkara yang digabungkan dalam satu.
Perlindungan ???? apa yang dilindungi. Persoalan yang menarik untuk difikirkan sejenak. Setiap bulan bagi anak yang sentiasa mengingati ayah dan ibu kat kampung mesti anda akan mengirimkan sedikit wang kat mereka. Bayangkan jika berlaku sesuatu kepada anda (umur tak panjang, dijemput oleh Allah terlebih dahulu) mesti dah tak boleh nak hantar dah lagi duit kat kampung. Ini yang di maksudkan dengan perlindungan, jika anda pergi dahulu sekurang-kurangnya ada lah sedikit pampasan yang dapat dituntut oleh keluarga kita. Kita pergi dengan aman. Kita bukanya nak ganti nyawa kita dengan duit, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat hidup dengan aman sebab kita dah ada persediaan awal.
Samalah juga jika berlaku keilatan kekal kepada kita (kelilatan kekal ni mengikut istilah insurans ialah putus kedua-dua belah tangan sampai paras bahu atau putus satu tangan dan satu kaki - kena rujuk dalam kontrak) masa tu kita dah tak boleh buat kerja, kalau ada perlindungan takaful bermakna ada lah sedikit wang untuk kita gunakan.
Takaful juga menawarkan kepada kita manfaat ideminti akibat kemalangan.
Takaful juga menawarkan manfaat akibat penyakit kritikal.
Takaful juga menawarkan kad rawatan hospital.
Semua yang ditawarkan diatas adalah memerlukan sedikit sumbangan (simpanan) yang perlu kita keluarkan dari pendapatan bulanan kita. Kalau kita tidak ambil sedikit daripada pendapatan bulanan untuk takaful maka kita tidak adalah perlindungan yang dinyatakan tadi.
Berapa banyak yang perlu kita sumbangkan (simpan) untuk manfaat diri sendiri ini???. Ini bergantung kepada berapa bayak yang kita inginkan sebagai perlindungan, kalau nak banyak kena simpan banyak. RM135 sebulan rasa-rasa tak lah banyak sangat. RM135 tu kalau pi shoping sat saja habis.
Jadi mulai dari saat ini apa salahnya kita ambil sedikit dari pendapatan kita (simpan) untuk sumbangan takaful.
Jangan bimbang segala sumbangan (simpanan) yang kita buat tidak akan hangus, bila sampai tarikh matang (ini istilah takaful maksudnya bila dah sampai tempoh tertentu yang kita tetapkan) segala yang kita simpan akan dapat kepada kita balik termasuk keuntungan (kalau belum mati). Inilah yang dimaksudkan dengan simpanan dan perlindungan.
Untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut sila hubungi saya dengan segera.
0194516019
Dapatkan perlindungan RM60K dari simpanan RM135 sebulan (umur peserta 20 tahun dan tempoh perlindungan 37 tahun keatas - anggaran sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan