Sudi-sudilah klik kat sini

Isnin, Jun 10, 2013

Perkara Pelik



Perkara pelik yang pertama

Berhenti untuk solat asar di surau LCCT, KLIA ketika balik dari Sarawak haritu, terpandang tiga atau empat orang warga timur tengah yang aku tak pasti dari Negara mana berseluar pendek atas dari paras lutut sedang duduk berehat. Yang menariknya di tangan mereka ada tasbih.

Perkara pelik yang kedua

Ketika Mohamad Nasruddin ingin merakamkan gambar aku di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing (LTAK), beliau ditegur secara kasar oleh seorang pegawai Imigresen yang sendang bersembang dengan rakanya di kaunter sebelah. "Dik tak boleh ambil gambar kat sini". Aku cuba memerhati sekeliling kot-kot ada "sign" tidak boleh mengambil gambar di sini, tapi tak jumpa pun.

Cuba fikirkan apa yang ada dalam fikiran aku.



Dari Atas Awan (yang ini bukan perkara pelik, cuma sekadar hiasan)

Sabtu, Jun 01, 2013

Sarawak Mei 2013

Kunjungan ke Sarawak Tahun ini bermula 23 Mei hingga 3 Jun. Bawa anak-anak balik ke kampung halaman ibu mereka. Anak-anak bertuah kerana mengikut perlembagaan persekutuan mereka adalah anak Sarawak. Mereka boleh masuk ke Sarawak tanpa sekatan boleh tinggal di sini selama mungkin yang merka mahu. Mungkin ada diantara kita tidak menyedari kad pengenalan rakyat sarawak mempunyai huruf 'K' di penjuru bawah kiri. Tanda ini membolehkan mereka masuk ke Sarawak tanpa sekatan. Isu ini tak perlu dipertikaikan kerana memang termaktub dalam perjanjian ketika kemasukan Sarawak dalam Malaysia dulu. 


Tebingan Sungai Sarawak, antara yang tercantik di dunia.



Laksa Sarawak


Mee Kolok



Minuman Tiga Lapis

Setiap tahun, sekiranya di izin oleh Allah, di murahkan rezeki oleh Allah, dipanjangkan umur, pasti akan berkunjung lagi ke Sarawak. Keluarga di sini juga amat pemurah dan baik hati.

Sekarang bercadang nak beli tanah pula kat sini, mula dengan tanah lot dulu. In sha Allah.