Sudi-sudilah klik kat sini

Rabu, Mei 29, 2013

Serikin

Pengunjung ke Kuching, pasti akan mengunjungi Kampung Serikin, sebuah perkampungan yang berhampiran sempadan Malaysia dan Indonesia. Terletak dalam kawasan Malaysia, dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Hari ahad hanya separuh hari sahaja, ini adalah untuk memberi kesempatan kepada peniaga Indon balik ke negara mereka. 

Banyak barangan yang dijual di sini, kain batik, pelikat, telekung, beg kulit, tikar rotan, tikar kulit kayu, sayuran dan bayak lagi. Teloq penyu pun ada sebiji seringgit. 


Pada kunjungan kami tempohari, ribuan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana, agaknya kalau seorang berbelanja RM100 berpakah banyak duit Malaysia akan mengalir keluar ke Indon.

Khamis, Mei 16, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
 
2013
 
Hari ini 16 Mei 2013 Malaysia menyambut hari guru lagi.  Pada 1 Disember 1990 aku mula mendaftar di SM Vokasional Miri, mengikut pengiraan aku hari ini dah lebih 22 tahun dalam bidang pendidikan. Masih dalam ingatan bersama Mohamad Idris Haji Salam, Abdul Manaf bin Bejau dan Mohamamad Ismam bin Shahid, tiba di Lapangan Terbang Miri dan kami di jemput oleh Aziz bin Samad (arawah- semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau).
 
Kini masa sudah berlalu, dah banyak kenangan manis dan pahit dilalui. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat, petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Selamat Hari Guru.
 
 


Selasa, Mei 07, 2013

PRU 13

Catatan Peribadi Pilihanraya Umum ke 13

Gambar-gambar

Kampung Changhai, Changloon, Kedah
 
Pekan Pauh, Perlis
 
 
Selepas Mengundi


 
 
Malaysia membuat pilihan lagi, 5 Mei 2013, pilihanraya ke 13. Ini kali ke 3 aku menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Slogan undi anda adalah rahsia tetap di pegang. Aku bangga dengan negaraku Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Begitu juga dengan rakan-rakan di tempat bertugas yang matang dalam berbincang tentang isu-isu pilihanraya, masing-masing bebas mengeluarkan pendapat tanpa sebarang sengketa. Semoga Malaysia tetap di tangan bangsaku.