Sudi-sudilah klik kat sini
Isnin, Ogos 29, 2011
Syawal Tiba Lagi
Ramadan telah berlalu, Syawal tiba lagi. Mana lebih antara kegembiraan menyambut Syawal atau kesedihan perginya Ramadan yang pernuh barakah. Yang penting Sunnah tidak ditinggalkan. Malam disunatkan banyak takbir memuji Ilahi, pagi disunatkan menjamah tamar sebelum ke masjid, solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah. Semoga Ibadah kita semua diterima Allah.
Selasa, Ogos 23, 2011
Kemajuan
Kalau dulu mesin taip manual digunakan, selepas tu mesin taip elektrik, mesin taip elektronik dan kini "word processing". Zaman berubah dan pasti akan berubah. Cuba bayangkan berapakah bilangan penduduk kampung kita 100 tahun dulu, bagaimana keadaan masjid atau surau ketika itu. Bagaimanakah cara nenek moyang kita pergi menunaikan solat tarawih. Seingat aku masa aku kecil masjid di kampung ketika itu masih belum mempunyai bekalan elektrik sekitar tahun 1975. Ketika itu masjid ditempat aku masih lagi menggunakan gendang yang perlu dipalu untuk menandakan masuk waktu solat. Kini gendang itu pun dah tak digunakan lagi. Itu dahulu sekarang semua dah berubah.
Beberapa tahun dahulu kalau hendak menggunakan perkhidmatan kapal terbang pengguna perlu ke pejabat syarikat penerbangan untuk membeli tiket. Kini segalanya telah berubah, hanya berada depan komputer dirumah boleh membeli tiket penerbangan samada Airasia atau MAS, terus boleh mencetak "bording pas". Bila tiba dilapangan terbang kita tidak perlu lagi mendaftar masuk. Boleh terus sahaja masuk untuk pemeriksaan keselamatan dan terus ke pintu pelepasan. Begitu mudah sekali. Yang penting ada duit.

Sabtu, Ogos 20, 2011
Kursus
Certificate of Completion
This is to certify that
Mohamad Taher Bin Kasa
(6**********5)
Successfully Completed the
DISASTER MANAGEMENT WORKSHOP
15th - 19th August 2011
Organized by the
Perlis State Government and
Humanitarian International Service Group (HISG) Colorado USA
Inilah yang aku dapat selepas berhempas pulas berkursus semalam seminggu di Hotel Sri Malaysia Kangar. Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Mat Saleh dari Colorado USA. Hampir naik biru mata aku dengar dia punya presentation. Yang aku respek ialah mereka ini datang secara sukarela dibaiyai sepenuhnya oleh HISG. Jadi akupun terpaksalah secara suka dan separuh paksa rela menghadiri kursus ini. Walaupun terpaksa rela akhirnya dapat juga aku 5 hari kursus, jadilah untuk menuhi sebahagian dari kouta tahun ini. Tapi yang aku paling teruja ialah kursus ini juga dihadiri spenuhnya oleh Kebawah Duli Raja Muda Perlis.
Aku juga telah didaftarkan sebagai ahli International Disaster Respone Network (IDRN)http://idrn.info/. Pehh peringkat antarbangsa.
Langgan:
Catatan (Atom)